Kalam Perantau

Icon

BN tawan Hulu Selangor, majoriti kecil banding sasaran 6,000

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 25 April — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Pakatan Rakyat tetapi majoriti diperoleh tidak sebesar disasarkan sebelum ini.

Pun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gembira dengan pencapaian ini dengan menyifatkan rakyat mula menerima dasar BN dan konsep 1 Malaysia di bawah pimpinannya.

“Ini satu permulaan yang baik bagi BN,” kata Pengerusi BN ini sambil menambah, pihaknya gembira dengan prestasi hari ini kerana BN terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Keputusan diumumkan kira-kira 9.15 malam di Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini dengan dihadiri Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyddin Yassin.
 
Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakaran Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272.

Walaupun BN menang dengan majoriti 1,725 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Undi rosak direkodkan ialah 731.

Pada sidang tengah hari tadi Muhyddin berkata pihaknya meletakkan sasaran KPI majoriti 6,000 undi dengan mengambil kira prestasi peringkat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac 2008.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan.

Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.
Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

Pilihan raya kecil ini peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 75.9 peratus atau 48,935 pengundi.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tetap gembira dengan pencapaian walaupun meletakkan awalnya meletakkan sasaran lebih tinggi.
 
Tengku Adnan juga mengakui BN tidak memperoleh undi yang memuaskan daripada kalangan masyarakat Cina di Hulu Selangor. “Undi yang kami peroleh daripada masyarakat Cina lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008. BN menerima sokongan besar daripada kalangan pengundi Melayu dan India.

“Kami akan ada bedah siasat mengapa pengundui Cina tidak memihak kepada BN dan akan membantu menyelesaikan isu mereka hadapi,” katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Kamalanathan, 45, dan Zaid 59. Pada hari penamaan calon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang daripada empat calon termasuk dua calon Bebas.
Bagaimanapun kedua-dua calon Bebas terbabit menarik diri.

Ini adalah pilihan raya kecil ke-10 sejak selepas pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil pertama di negeri Selangor.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.

Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.

Filed under: News, , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: