Kalam Perantau

Icon

PAS: Kemenangan BN di Hulu S’gor hanya sementara

Oleh Abdul Rahim Sabri
 
PAS menggariskan empat faktor utama yang memberi tambahan undi kepada BN untuk merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu dengan majoriti 1,725 undi.

Setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali berpendapat, sebahagian undi rosak dalam pilihan raya umum 2008, telah kembali kepada BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

Undi rosak yang dicatatkan Ahad lalu berjumlah 731 berbanding 1,446 pada 2008.

“Jadi separuh sudah tidak rosak. Daripada undi yang rosak (pada 2008) sebahagian pengundi memang kembali kepada BN atas tindakan-tindakan yang tertentu,” katanya.

Di samping itu, katanya, BN juga memperolehi 600 undi pos yang disifatkannya sebagai ‘undi tetap’ kepada BN setiap kali dalam pilihan raya diadakan, termasuk di Hulu Selangor.

Mustafa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai analisis awal PAS mengenai kemenangan BN merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor dari PKR Ahad lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi manakala calon PKR Datuk Zaid memperolehi 23,272 undi.

Mustafa turut menjelaskan bahawa lebih daripada 50 peratus pengundi di gugusan Felda menyokong BN kerana jentera mereka menumpu sepenuh perhatian terhadap kawasan tersebut.

Beliau menyifatkan gugusan Felda di Hulu Selangor sebagai kubu kuat tradisi BN dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

“Di mana-mana, seluruh kawasan Felda menjadi benteng terakhir kepada BN. Kawasan itu cukup dijaga. Kita dapat tembus tetapi mereka mengundi BN,” katanya.

Mustafa berkata, begitu juga dengan kaum India yang didapati kembali semula menyokong BN dalam pilihan raya kecil Ahad lalu.

Sebagai contohnya, kata beliau, ada di saluran undi di kawasan majoriti India, di mana BN mendapat 107 undi, manakala PKR hanya mendapat lapan undi sahaja.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengundi Melayu yang menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar, lebih banyak menyokong calon PKR daripada BN.

Mustafa juga menjelaskan bahawa kaum Cina memberi sokongan yang membanggakan kepada PKR dan terdapat peningkatan undi mereka sehingga mencecah lebih 70 peratus.

“Apakah pengundi Cina sudah bosan dengan MCA? Mungkin ia salah satu faktor. Orang Tionghua hilang kepercayaan kepada BN kerana sikap perkauman yang ditunjukkan.

“Mula-mula dengan (isu) keris, kemudian kenyataan Muhyiddin. Konsep 1Malaysia adalah satu konsep yang dilihat sebagai berpura-pura, berbanding keadilan yang dijanji oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kali ini merupakan ‘kemenangan sementara’ dan Pakatan akan merampas semula tersebut dalam pilihan raya akan

datang.

Ini kerana, katanya, dalam pilihan raya umum, BN tidak dapat memberi tumpuan sepenuh terhadap satu-satu kawasan sahaja, termasuk kawasan Felda.

Mustafa berkata, pernah berlaku sebelum ini di mana dalam pilihan raya kecil di DUN Ijok (Selangor) dan parlimen Pendang (Kedah) memihak kepada BN.

Tetapi, katanya, dalam pilihan raya umum berikutnya, keadaan itu berubah di mana pengundi di kedua-dua kawasan tersebut memberi kemenangan kepada Pakatan.

Ditanya mengenai jentera PAS sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, Mustafa berkata, beliau tidak berniat untuk memperkecilkan jentera PKR, tetapi menegaskan bahawa peningkatan

jentera PAS banyak membantu mencergaskan kempen di samping sokongan jentera DAP.

Katanya, sumbangan tenaga petugas pilihan raya PAS dan DAP telah diakui sendiri oleh Zaid.

Mustafa juga menjejaskan dakwaan arak dan judi yang dikaitkan kepada Zaid, tidak menjejaskan sokongan penyokong PAS kepada calon PKR itu.

“Ia tak terjejas. Orang PAS faham tentang fitnah… Orang PAS boleh terima,” katanya.

Ditanya mengenai penghuni hantu, Mustafa berkat: “Kita tidak dapat kesan pengundi hantu. Saya rasa tak ada kut.

“Setakat saya dimaklumkan, saya pun tak teliti satu satu, saya dimaklumkan tidak ada undi yang cara begitu. Tak ada,” katanya

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , ,

One Response

  1. […] full post on india « WordPress.com Tag Feed Interesting Stuff Club Room Shorts, Wrinkle Resistant Flat Front Shorts India Ink 36When the only […]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: