Kalam Perantau

Icon

Cina Hulu Selangor Tolak BN, Peluang DAP Cerah di Sibu

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Kemenangan calon BN, P Kamalanathan menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim adalah sudah diduga lebih awal. Apa yang mengejutkan adalah majoritinya hanya sekadar 1,725 undi sahaja.

Ianya jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin. Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakaran Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272

Melihat kepada kesungguhan BN berkempen di sini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan berbagai habuan kepada pengundi di Hulu Selangor semasa pilihanraya baru-baru ini, majoriti tersebut adalah disumbangkan oleh warga Felda terutama Kampung Sungai Buaya yang mahukan duit RM 50,000  yang dijanjikan kepada mereka jika BN menang pilihnraya kecil tersebut.

Apa yang saya lihat bukan setakat Najib sahaja berkempen di kawasan Felda, malah bapanya allahyarham Tun Razak, pun turun berkempen bila merata billboard yang mengingatkan warga tua Felda agar tidak lupa kepada bekas Perdana Menteri ke-2 tersebut yang berjasa mewujudkan Felda. 

Saya difahamkan pengundi di Felda Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Felda Soeharto, Gedangsa dan Kampung Sungai Buaya menyumbang tambahan lebih 1,000 undi dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding dengan pilihanraya umum lepas.

Untuk menggambarkan cukup banyak wang yang dibelanjakan oleh BN bagi memenangi kersui tersebut. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyebut BN membelanjakan RM 65,000 untuk seorang pengundi di sini. 

Sungguhpun begitu besar wang yang dilaburkan oleh BN untuk seseorang pengundi, tetapi ianya masih gagal memujuk pengundi Cina untuk mengundi calon BN pada pilihanraya kecil ini. Mengikut satu analisa, daripada 16,964 undi masyarakat Cina, hanya 25 peratus memihak kepada BN, selebihnya 75 peratus menjadi milik mutlak Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keyakinan masyarakat Cina terhadap BN terutama MCA masih belum pulih, malah kehadiran beberapa pemimpin MCA di kawasan berkenaan gagal mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan perkara ini tidak boleh dinafikan.. 

Malah, BN kalah teruk dengan margin cukup besar dalam peti undi yang majoritinya Cina. Misalnya daripada lebih 300 undi Cina, BN hanya memperoleh sekitar 60 undi. Begitu juga dengan lain-lain peti undi Cina khususnya dalam DUN Kuala Kubu Baru yang gagal dipertahankan oleh BN.

Satu maklumat lain menyebut, diperingkat awal kempen, sokongan pengundi Cina terhadap BN dikatakan cuma sekitar 10 hingga 15 peratus. Kedatangan Datuk Seri Najib Razak  untuk turut sama berkempen dengan berbagai goodies berjaya melonjak peratus sokongan pengundi Cina kepada sekitar 25 peratus.

Keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi segala kehendak masyarakat Cina yang sebelum ini tidak diperoleh ketika BN, membuatkan mereka teguh menyokong calan PKR. Selain itu, faktor kedudukan DAP tidak boleh dinafikan antara penyumbang kepada sokongan masyarakat Cina terhadap pembangkang.

DAP berpeluang cerah di Sibu

DAP kini yang mempunyai kerusi majoriti dalam pakatan pembangkang dilihat sebagai berpeluang menambahkan satu lagi kerusi selepas pilihanraya kecil Sibu pada 16hb. Mei nanti. Berdasarkan kepada peningkatan undi Cina dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini, tidak mustahil Cina Sarawak juga dengan bersetuju dengan janji pembangkang yang akan memberi hak yang saksama kepada masyarakat bukan Bumiputera sememangnya diharapkan masyarakat Cina.

Dalam pilihanraya kecil Sibu nanti, DAP sudah menamakan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek bagi berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti.

Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 pada pilihan raya sebelum ini, namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16,000 orang di situ.

Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat melalaui DAP bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Pakatan dengan sokongan padu PKR dan PAS serta SNAP  akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

Tidak mustahil DAP boleh menang sekali lagi di sini kerana DAP pernah membuat kejutan dengan memenangi kerusi ini pada tahun 1982 melalui melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Jika DAP menang di Sibu, beliau bukan sahaja akan berganding dengan seorang lagi ahli parlimen dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching, malah akan membawa sinar baru untuk Pakatan Rakyat bertapak di Sarawak dakam pilihanraya negeri yang dijangka akan diadakan pada pertengahan atau hujung tahun ini.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: