Kalam Perantau

Icon

Debat: Shafie jangan berkokok melalui media

Oleh Azim Fitri    

KOTA KINABALU, 7 Julai: PAS Sabah mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya bertindak sebagai anak jantan dan menyahut cabaran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengadakan debat terbuka berhubung tuduhan PAS sebuah parti ajaran sesat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata, jika benar Shafie mempunyai kredibiliti dan berwibawa, maka jalan terbaik untuk membuktikannya ialah berdebat dengah Salahuddin.

Beliau berkata, sekiranya Naib Presiden Umno itu menolak, membuktikan beliau seorang bacul dan hanya berani berkokok melalui media.

“Saya harap Shafie masih ingat ketika peristiwa beliau terpaksa membatalkan perjalanannya walaupun beliau sudah mendaftar masuk untuk penerbangan MAS dari Tawau ke Kuala Lumpur.

“Ini disebabkan beliau takut berdepan dengan Datuk Seri Anwar  yang berkebetulan daftar masuk untuk penerbangan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya lagi, tindakan Shafie jelas menunjukkan bahawa beliau sebenarnya gentar untuk bersekemuka pemimpin Pakatan Rakyat dan hanya berani secara ‘baling batu sembunyi tangan’.

“Pusat-pusat judi, karaoke, kelab malam, pusat urut dan pelbagai lagi  tumbuh dengan subur sekali di bawah Umno BN. Isu pembuangan bayi, kes zina, gugur anak merupakan budaya rutin yang semacam tiada penghujungnya akibat Umno BN menolak hukum Allah. Inilah kesesatan yang nyata,” tegasnya

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: