Kalam Perantau

Icon

Karpal perlu hormati dasar perjuangan Pas

SHAH ALAM – Pas Selangor meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh menghormati dasar yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, keengganan pemimpin DAP menerima konsep Negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas disebabkan ketidakfahaman pemimpin utama parti itu terhadap Islam.

“Kita memang sedar dan akur penolakan konsep itu oleh masyarakat bukan Islam di negara ini dan sebab itu jalan perjuangan kita sekarang menggunakan pentas politik untuk memberikan penjelasan.

“Kalau kita berkawan, kita kena hormati dasar perjuangan masing-masing. Kita boleh tolak ansur untuk beberapa perkara, tetapi dalam prinsip perjuangan kita tetap teguh dengan pendirian kita sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Katanya, Pas menggunakan amalan demokrasi sebagai jalan untuk meneruskan perjuangan berkenaan.

“Jika berpeluang amalan demokrasi yang diguna pakai inilah yang akan mengislamkan perlembagaan negara seperti yang dilakukan di Kelantan.

“Kerja kita sekarang adalah berdakwah dan menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Karpal yang meminta supaya Pas menghormati DAP yang menolak negara Islam.

Malah menurut Karpal, Pas perlu menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan negara Islam seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas Selangor berpegang pada keputusan yang diambil dalam resolusi Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat baru-baru ini.

“Dalam resolusi itu kita telah menerima beberapa perkara berkaitan agama Islam dan kita perlu berpegang dan menghormati dengan keputusan yang dicapai semasa resolusi tersebut,” katanya.

Walau bagaimanapun beliau menganggap kenyataan Karpal bersifat peribadi dan tidak menggambarkan keadaan dalam PR.

“Itu hanya pandangan peribadi beliau dan walaupun kita mempunyai perbezaan tetapi kita masih boleh bekerjasama dalam beberapa isu.

“Apa yang penting sekarang kita perlu menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Ditanya sama ada perkara itu akan memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk terus mengeruhkan hubungan Pas-DAP, Mohd Khairuddin berkata, tidak timbul isu berkenaan memandangkan hubungan antara kedua-dua parti itu baik.

“Kita tidak fikir akan timbul isu ini kerana hubungan antara kedua-duanya rapat sebelum ini,” katanya.

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: