Kalam Perantau

Icon

Harakah baru terima surat tunjuk sebab KDN

Oleh Nazri Abdullah  

KUALA LUMPUR, 8 Jul: Harakah sebentar tadi menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas pengarangnya dipanggil 5 Julai lalu.

Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya berkata, surat itu amat pelik kerana baru beberapa hari lepas dia sudah dipanggil KDN dan menerangkan beberapa isu yang dibangkitkan.

“Tiga hal jadi isu dalam surat ini iaitu lambat hantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, jual kepada bukan ahli PAS dan jual di tempat yang dibenarkan iaitu pejabat dan markas PAS sahaja,” kata Taufek.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Harakah diberikan tujuh hari untuk menjawab surat ini.

“Memandangkan kepada soalan yang ditanya, rasanya yang lebih sesuai menjawab soalan ini adalah Pengarah Urusan, Datuk Kamarudin Jaffar, bukan editorial,” kata Taufek.

Dalam pertemuan 5 Julai, lapan pegawai KDN yang diketuai Timbalan KSU KDN menemubual Taufek.

Sebelum menerima surat itu, Taufek memberitahu beliau tidak pernah diberi apa-apa surat termasuk surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewaktu pertemuan dengan pihak kementerian itu Isnin lalu.

Menurutnya, agenda pertemuan itu hanya berkisar kepada perbincangan biasa berhubung isu yang dilapor Harakah dan beberapa ingatan dari KDN agar pihak akhbar itu berhati-hati dalam melaporkan isu yang dianggap sensitif.

Turut dibangkitkan berhubung kelambatan Harakah menghantar lapan salinan ke KDN setiap kali selesai dicetak.

Tegasnya, isu surat tunjuk sebab dan permit penerbitan Harakah tidak pernah timbul dalam perbincangan tersebut.

“Saya hadir hanya memenuhi jemputan untuk berbincang dengan KDN,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam yang mendakwa Harakah telah diberi surat tunjuk sebab berhubung beberapa isu termasuk kegagalan menghantar lapan salinan kepada KDN setiap kali dicetak.

Menurut Mahmood, kegagalan membuat penjelasan dalam tempoh tujuh hari bermula kelmarin akan membawa masalah kepada pembaharuan permit penerbitan akhbar itu.

“Dakwaan itu tidak betul. Kita bukan gagal hantar lapan salinan tersebut, kita cuma lewat sahaja,” jelasnya lagi.

Permit penerbitan Harakah berakhir pada semalam 7 Julai 2010.

Isnin lalu, Harakah dipanggil ke KDN untuk satu perbincangan “saling faham memahami”  yang dipengerusikan Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abd. Rahim Mohd Radzi.

Turut hadir ialah Datuk Zaitun Ab Samad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran.

Sementara itu, pihak pengurusan Harakah ketika dihubungi hari ini memaklumkan surat permohonan pembaharuan permit telah dikemukakan kepada KDN April lalu.

Difahamkan, ketika kali terakhir dihubungi pihak Harakah kelmarin, pihak KDN memaklumkan urusan permohonan permit tersebut belum siap

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: