Kalam Perantau

Icon

Al-Fatihah Bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah kembali ke rahmatullah

BEKAS IMAM BESAR MASJID NEGERI SABAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

KOTA KINABALU : Bekas Imam Besar Masjid Negeri Sabah Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi ini di Hospital Queen Elizabeth 2 (atau lebih dkenali sebagai SMC). Almarhum yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihanraya Pas di Kundasang mengadu sakit gastrk dan telah dtahan di Hospital Likas. Almarhum keluar Hospital pagi ini kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibu almarhum. Kira-kira jam 9.45 almarhum rebah dan tidak sedarkan diri. Almarhum terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian almarhum amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau disamping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Semasa beliau menjadi Imam Masjid Negeri beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.

Semasa hayat Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama. Almarhum yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS), Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah, AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Di Pertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Unit Pengurusan Masjid.

Diantara tokoh yang hadir di kediaman beliau ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Ismail Awang Besar, bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Matusin Awang Damit, bekas Imam Besar Masjid Negeri Datuk Mokhtar Rapok, ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail, Pengerusi Persatuan Ulamak Uruseria Sabah Ustaz Muchklis Ali Kassim, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Mohd Aminudin Aling, Ahli MPT KeADILan Ansari Abdullah dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Ustaz Nahar akan disembahyangkan pada pagi esok di Masjid Kampong Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Likas

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: