Kalam Perantau

Icon

e-Harakah sayap baru penerangan PAS

Oleh Abd Shukur Harun  

Usaha pihak Harakah mewujudkan e-Harakah  (epaper.harakah.net.my), iaitu Harakah versi digital, adalah suatu langkah tepat, yang memancarkan pemikiran dinamik pihak pengurusan Harakah untuk menyampaikan maklumat kepada warga PAS dan rakyat Malaysia umumnya.

Ketika akhbar alternatif, khususnya Harakah menerima pelbagai cabaran dan kesulitan serta karenah dari pihak tertentu, e-Harakah adalah jawapan tepat untuk menyelesaikan masalah ini. Iaitu menerusi  e-Harakah, PAS dan Pakatan Rakyat dapat menyampaikan maklumat kepada warga PAS dan rakyat Malaysia umumnya mengenai perkembangan politik dalam dan luar negara, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan segalanya.

Ini suatu usaha sangat tepat selaras dengan era demokrasi digital yang sedang dinikmati oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Kemunculan demokrasi digital ini menyebabkan hampir tidak ada suatu kuasapun yang boleh menyekat aliran pelbagai maklumat dalam dan luar negeri.

Oleh itu, Pakatan Rakyat, khususnya PAS, sewajarnyalah mengambil peluang sepenuhnya dalam suasana demokrasi digital ini untuk menyampaikan kepada rakyat mengenai dasar perjuangan PAS serta berita alternatif, yang tidak diperoleh dalam media tradisional.

Sepatutnya usaha seumpama ini sudah lama diperbanyak oleh PAS, khususnya Lajnah Penerangan. Justru Lajnah Penerangan, seperti yang saya katakan dulu, mesti dipelbagai dimensinya. Memanglah PAS dan rangkaian penerangannya sudah ada Harakahdaily.net (bahasa Melaysia dan Inggeris) – yang kini hitnya semakin meningkat dan popular serta menjadi rujukan pelbagai pihak. Ada pula TV PAS, di samping pelbagai wabe-site oleh para pemimpinnya. Ditambah lagi dengan pelbagai website dan blog pelbagai pihak yang banyak menyokong PAS.

Bagaimanapun, oleh kerana PAS sebagai parti politik terbesar, yang didukung lebih sejutan ahli dan kehadirannya lebih setengah abad pula, serta berkembang begitu pesat,  diterima oleh pelbagai kaum dan agama pula, adalah wajar PAS mempelbagai lagi sumber penerangannya di era demokrasi digital ini.

Ia perlu memperbanyak lagi website, rangkaian TV internetnya dan pelbagai usaha lagi seperti mewujudkan e-Harakah yang baru ini. Tidak dapat dinafikan bahawa golongan profesional yang mengendalikan rangkaian IT PAS selama ini memberikan sumbangan sangat besar dalam usaha menyebarluaskan maklumat mengenai PAS. Warga PAS dan golongan yang menyokong perjuangannya tidak perlu lagi gusar kerana tidak dapat mengikuti seperti siaran langsung Muktamar Tahunan PAS dan pelbagai program besar parti itu di seluruh negara kerana Jabatan IT PAS telah berjaya mengadakan siaran langsung mengenai program tersebut.

Dengan kemajuan dan kemudahan teknologi maklumat yang ada, PAS tidak lagi berharap kepada media tradisional yang ada, yang kebanyakannya dimiliki parti kerajaan, untuk mendapat maklumat ataupun menyalurkan maklumat. Oleh kerana kepentingan politik, media yang dikuasai parti pemerintah itu, tidak bersedia menyalurkan maklumat mengenai PAS/Pakatan Rakyat. Kalau adapun maklumat yang disiarkan sangat terbatas, malahan mengandungi unsur negatif kepada pembangkang.

Oleh itu, dengan era demokrasi digital ini, semua jentera PAS, khususnya Lajnah Penerangan, perlu merangka strategi penerangan yang lebih luas, efektif, terkini dan menyeluruh dengan mencari daerah baru untuk menjadi target penerangannya supaya mesej PAS benar-benar sampai kepada semua rakyat di bandar dan luar bandar.

Pada pendapat saya e-Harakah adalah permulaan yang baik, langkah jauh ke depan ke arah meluaskan penerangan PAS, justeru usaha seerti ini mesti diperbanyak.

Kempen penerangan menerusi ceramah memanglah perlu dikekalkan, tetapi PAS tidak boleh berhenti dengan program ceramah saja. Era ICT, dengan langit terbuka memberikan kita peluang untuk meneroka daerah baru penerangan. Oleh itu peluang keemasan ini mestilah dimanfaatkan oleh semua pihak di dalam PAS, khususnya Lajnah Penerangan.

Mungkin ada hambatan di sini bahawa rakyat luar bandar ‘belum mesra’ dengan internet. Tetapi jangan lupa, tinjauan rambang oleh pelbagai pihak dalam PRU Ke-12 2008 dulu serta beberapa pilihan raya kecil menyusulnya, mendapati penduduk luar bandar juga, terutama generasi muda, sudah mulai bermesra dengan internet, bermakna mereka sudah mendapat maklumat alternatif. Bagaimanapun, untuk meluaskan lagi penyebaran maklumat menerusi internet ini, penggerak PAS di peringkat kawasan dan  cawangan sewajarnyalah memperbanyakkan salinan (foto-copy) berita dari e-Harakah untuk disampaikan kepada masyarakat luar bandar yang belum mesra dengan internet.

Kesimpulannya, Lajnah Penerangan PAS perlulah merangka pelbagai program penerangan yang bersifat terkini sesuai dengan tuntutan keperluan masa kini

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: