Kalam Perantau

Icon

Harakah bakal diharamkan?

Oleh Jimadie Shah Othman

Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh kementerian dalam negeri hingga kini.

“Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah,” kata pengerusi jamaah pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali yang juga setiausaha agung parti itu dalam kenyataan ringkasnya.

Namun, seperti ‘rakannya’ Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka – Harakah – seperti biasa.

Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.

“Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak,” katanya.

Harakah hari ini dilaporkan diberi tujuh hari mulai kelmarin bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan.

“Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan,” kata Taufek yang mendakwa telah memohon memperbaharui semula permit penerbitannya pada April lepas.

Katanya, kali terakhir pihaknya berhubung dengan KDN pada semalam tetapi dimaklumkan bahawa ia masih “belum siap”.

Semalam Pengarah strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan – akhbar rasmi PKR – akan diterbitkan seperti biasa walaupun menghadapi ‘masalah’ dengan KDN berhubung laporan muka depannya berjudul ‘Felda Bankrap’ minggu lalu.

Menurut Tian Chua, ia akan dicetak kerana “tidak ada arahan yang jelas untuk menghentikan pencetakannya”.

Sejak tahun-tahun 90-an, akhbar pembangkang sering berdepan dengan kesukaran memperbaharui permit penerbitannya, dipercayai ekoran tulisannya yang dilihat tidak mesra kerajaan.M/Kini

Filed under: News, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: