Kalam Perantau

Icon

Khalid Pengerusi PR Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih kekal Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) negeri itu walaupun melepaskan jawatan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi memastikan Abdul Khalid dapat menumpukan agenda pembangunan negeri tanpa dibebani tugasan parti.

Katanya, pada mesyuarat PR akan datang, Abdul Khalid akan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

“Kita berharap selepas ini beliau akan dapat membantu menyelaraskan mesyuarat dan menjamin hubungan tiga parti dalam PR iaitu PKR, Pas dan DAP supaya menjadi lebih mantap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Penganugerahan Kepimpinan daripada University of Queensland kepada Abdul Khalid di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PKR Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar.

Sementara itu, Abdul Khalid menyifatkan pelantikan Mohamed Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor sebagai keputusan tepat.

Katanya, Mohamed Azmin mempunyai pengalaman politik yang lebih lama berbanding dirinya.

Katanya, keputusan itu sekali gus memberi lebih banyak ruang kepadanya untuk memberi tumpuan terhadap tugas-tugas sebagai Menteri Besar terutamanya merancakkan penjanaan hasil dan merakyatkan ekonomi Selangor.

“Penstrukturan pengurusan dan kepimpinan itu adalah satu hal yang biasa.

“Dari masa ke semasa, ia amat diperlukan untuk membolehkan kelancaran pengurusan dan kepimpinan itu berlaku,” katanya.

Terdahulu, Abdul Khalid menyifatkan Anugerah Alma-mater daripada Unversity of Queensland itu sebagai satu penghormatan kepada dirinya.

Beliau berkata, anugerah tersebut menjadi dorongan kepadanya agar terus gigih bekerja, berkongsi pengetahuan dan kemahiran untuk dimanfaatkan semua pihak.

Dengan penganugerahan tersebut, Abdul Khalid tersenarai bersama 50 individu lain antaranya Menteri Pengangkutan Australia, Rachel Nolan, bekas Menteri Queensland, Dr Wayne Goss dan Hakim Kanan Mahkamah Persekutuan Australia, Justice Jeffrey Spencer.

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: