Kalam Perantau

Icon

P’raya: Kemenangan BN di tangan pengundi remaja

Ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah meminta Umno dan parti komponen BN memperhebatkan gerakan mendaftar pemilih baru di kalangan generasi muda yangmasih ramai belum berbuat demikian.

Beliau turut meluah kebimbangan bahawa kelewatan BN bertindak akan memberi peluang pembangkang memonopoli remaja cukup umur yang menjadi pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan remaja yang berjumlah lebih 4 juta di negara ini memberi peluang cerah kepada BN untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, jika gerakan secara besar-besaran dilancarkan bagi mendaftarkan mereka sebagai pemilih.

“Ini adalah peluang terbaik untuk kita memenangi pilihan raya umum akan datang, kerana jumlah yang ramai itu sudah tentu mengembalikan kekuatan untuk berdepan dengan pembangkang yang tidak kurang kuatnya,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati semalam, lapo Bernama.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang turut meluahkan kebimbangan mengenai kekuatan Umno sekiranya ada di kalangan ahli parti tidak memahami asas perjuangannya.

Bagaimanapun, Tengku Razaleigh yakin kepimpinan yang ada sekarang, khususnya di peringkat pusat, mampu memulihkan keadaan itu berdasarkan perubahan yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Namun demikian, kita sebagai ahli Umno perlu menghayati perjuangan demi membela bangsa, agama dan negara untuk melahirkan sebuah negara yang mampu berdepan dengan sebarang cabaran.

“Kita juga perlu mengambil iktibar daripada kekalahan lima negeri yang jatuh kepada tangan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, untuk bekerja lebih kuat bagi merampas semula negeri terbabit dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata tidak ada sebab kelima-lima negeri tersebut tidak boleh ditawan semula kerana BN adalah sebuah parti yang kuat dan belum pernah tewas dengan mudah di tangan pembangkang.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: