Kalam Perantau

Icon

Defisit Kerajaan Terengganu Meningkat RM274,046,116.36

KUALA TERENGGANU – Defisit (kurangan) Akaun hasil yang disatukan Kerajaan Negeri Terengganu meningkat sebanyak RM274,046,116.36 pada 31 Disember 2009 menjadikan jumlah defisit terkumpul pada akhir tahun tersebut berjumlah RM699,010,087.44.

Pada akhir tahun 2008, Akaun Hasil kerajaan telah mencatatkan defisit sebanyak RM146,548,465.66 menjadikan jumlahnya sebanyak RM424,963,971.08 pada 31 Disember 2008.

Defisit lebih setengah bilion ringgit tersebut telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan-soalan bertulis Mesyuarat Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Kedua Belas pada 8 dan 9 Ogos lalu.

Fakta tersebut diumumkan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menjawab soalan yang dikemuka oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Beliau turut meminta Kerajaan Negeri Terengganu menjelaskan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah belanja berlebihan itu.

Kerajaan negeri pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu telah mengemukakan beberapa langkah antaranya mengamalkan perbelanjaan berhemat dan memberi tumpuan kepada perbelanjaan sebenar kerajaan negeri,

Sebaliknya, jawapan yang dikemukakan itu jelas bertentangan dengan tindakan pemimpin Umno/BN negeri yang mengusulkan supaya DUN meluluskan peruntukan tambahan pula sebanyak RM220 juta

Filed under: News, , , , , , , ,

Pemimpin Umno ‘Baham’ Komisyen Projek

https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170553.JPGKUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib mendakwa ada di kalangan pemimpin Umno memperolehi komesyen dari projek-projek di negeri ini.

Ini kerana, katanya peruntukan tambahan yang dibuat oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melebihi bajet asalnya.

“Saya dapati tambahannya lebih banyak dari peruntukan asal. Peruntukan asal (pejabat Menteri Besar & Setiausaha Kerajaan) RM106 juta dan peruntukan tambahan yang dikehendaki RM127 juta.

“Saya dapati dalam setengah kawasan saya (Manir) ada (projek) rumah mampu milik di Batu Hampar. Peruntukan dalam anggaran dulu RM3 juta dan tambahannya RM10 juta.

“Apa yang saya khuatir dan bimbang ialah pungutan ‘tol’ (komesyen) daripada jumlah projek ini. Ada orang yang dapat kutipan ‘tol’ dari projek ini. Projek RM10 juta, ‘tol’ RM2 juta dan yang RM2 juta itu ‘hilang’ sahaja,” tegasnya.

Beliau yang juga ADUN Manir berkata demikian ketika perbahasan peruntukan tambahan sebanyak RM157 juta di Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 9 Ogos.

Menurutnya, adakah peruntukan asal itu tidak dikaji dengan teliti atau berlaku sesuatu di dalam perjalanan projek tersebut.

Katanya, pemberian ‘tol’ atau komesyen tertentu boleh merugikan rakyat serta menjejaskan kualiti pembinaan sesuatu projek.

Ustaz Harun menjelaskan kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh kemungkinan berlaku pembinaan secara tidak sempurna.

“Sebagaimana berlaku (runtuh) kepada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, kompleks sukan itu belanja banyak (mahal) tapi kompleks tidak kompleks.

“Jadi runtuh mungkin kerana tidak cukup duit untuk buat sempurna kerana duit sudah bagi ‘tol’ (komesyen).

“Saya hendak mengingatkan ‘tol’ (komesyen) itu membahaya, merugikan rakyat dan kualiti rumah yang kita (kerajaan) bina adalah rendah (tiada kualiti),” ujarnya.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri agar memantau serta mengkaji pembayaran ‘tol’ yang melibatkan pihak tertentu.

Filed under: News, , , , , ,

Betulkah kerjanya suka mengkafir orang?

Oleh Wan Nik Wan Yussof   

Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk “Jangan terlalu berani mencabar” hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat  dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat. Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut:

“Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.”

Persoalannya, apakah kaitannya pensyarah Cina Muslim itu yang begitu syok memuji Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara itu, tiba-tiba menyindir PAS dengan tuduhan bersifat lorat, tidak articulate, mual, meloya dan berupa buah cakap peminum kopi pahit di kedai canggung?

Kalaulah suka sangat memuji penggubal perlembagaan yang majoritinya ‘orang luar’ dilantik oleh penjajah Inggeris, janganlah pula meremeh dan mengaitkan secara aib parti PAS.

Sedangkan PAS dari sudut sejarahnya turut menyumbang idea kepada penggubalan perlembagaan sehingga Islam diterjemah sebaiknya di dalam perlembagaan negara sekarang.

Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid

Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap Peñyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara. 

Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam.

Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka.  Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai ‘orang Umno’ tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno.

Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk  “Amanat Haji Hadi”. Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci ‘perlembagaan-Reid-kafir’ itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan ‘amanat’ itu.

Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:

“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Percayalah saudara-saudara sekelian,

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Persoalan di sebalik ‘amanat’ tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir?  Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujah menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku agama suku’. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001.

Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan ‘amanat’ yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam.

Namun tiada fatwa mengenainya.

Salah faham
Atas asas itu, semasa berbahas di parlimen tahun 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memperbetulkan salah faham terhadap ‘amanat’ yang dicetak itu. Namun, tiada penegasan rasmi pihak majlis tersebut. Apakah dengan kekaburan akademik sedemikian cukup adil (fair and fairness) untuk menghukum bahawa kerjanya (dirujuk kepada PAS) suka mengkafir?

Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah “pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara.”

Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar’iyyah) “iqamatiddin wa siasatudunyabih” yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan  sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang.

Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkan rahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu.
 
Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Filed under: News, , , , , , ,

Doa untuk bukan Muslim

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya “malu”) dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: “Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”

Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan “sejahtera” itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.

Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh – bukan lemah seperti saya – dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.

Kita memberitahu dunia “Islam adalah agama yang rahmat”. Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”.

Walaupun Nabi SAW – seperti riwayat al-Bukhari – dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan “assalamualaikum” sahaja. Perkataan “assalamualaikum” itu memang bermaksud “kesejahteraan ke atas kamu”.

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan “salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Tidakkah “salam sejahtera kepada bukan beragama Islam” itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru “Salam 1Malaysia” juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”.

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya

Filed under: News, , , , , , ,

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.

Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu “Guan Eng gantikan Agong” yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama lain.

Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP.

10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-

  1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di-Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
  2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
  3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.
  4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO.
  5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.
  6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
  7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agung serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.  
  8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam masjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.
  9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri.
  10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat   (SAR),  serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

YB Dato Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Pengerusi PKR Pulau Pinang 

YB Chow Kon Yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang

Ustaz Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Apabila Ibrahim Abu Shah tidak lebih bagai ketua cawangan Umno…

Oleh : Ahmad Lutfi Othman   

SELALUNYA hari Rabu agak lapang buat saya dan rakan-rakan editorial Harakah. Tiada deadline pada hari itu. Kesempatan untuk melepaskan lelah seketika. Juga memanfatkan waktu luang untuk mencari informasi secara lebih santai. Walaupun masih bercuti sehingga akhir Ramadan nanti, saya cuba hadir ke pejabat, agar tidak terputus denganperkembangan semasa, juga mengatur perencanaan lobi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) bagi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

Kaki saya masih lemah. Terpaksa mengajak sahabat baik menemani. Agak lama tidak menjengah kedai buku. Di waktu ilmu dan maklumat “bertebaran” di alam maya, atau semudah di hujung jari, saya masih selesa dengan buku.
Dan buku bagi saya tidak dapat menggantikan internet. Ia lebih asyik dan mengesankan.

KURANG MESRA
Membaca di hadapan komputer mungkin baik untuk menangkap info terkini, lintasan berita tetapi saya masih kurang mesra untuk mengunyah dan menghadam ilmu melalui cara itu. Banyak bahan internet agak tohor nilai ilmunya; penggarapannya seperti tergesa-gesa.

Antara lokasi popular saya adalah Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya. Tengah hari Rabu lalu saya berhasrat untuk singgah di situ. Kampus tertua di Lembah Pantai itu rupanya sesak. Patutlah, ada pesta konvokesyen (bukan pesta ilmu!).

Parkir berdekatan kedai buku penuh dengan gerai-gerai jualan. Saya tidak boleh berjalan jauh, walaupun dibantu tongkat hadiah teman lama sekampus dulu, sama-sama aktif gerakan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak. Hasrat untuk “menggelidah”kedai buku UM terbantut. Tak terlarat nak mengheret kaki di celah-celah keriuhan.

Semasa melewati Dewan Tunku Canselor (DTC) yang sesak dengan siswazah dan keluarga yang mahu bergambar kenangan, teringat peristiwa lebih 20 tahun lalu.

Malam itu, DTC menjadi saksi himpunan tunjuk perasaan mahasiswa membantah konsert Sheila Majid, juga sewaktu pesta konvo. September 1989, saya hadir selepas solat Isya sebagai wartawan yang baru berkhidmat dengan Harakah. Saya memang diamanahkan untuk mengendalikan kolum siswa.

Mungkin kepada editor Harakah, Zin Mahmud, pengalaman saya sebagai Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PMUTM) 1985-86 boleh membantu.

BUKAN TENTANG KONSERT
Zahirnya isu penentangan pelajar adalah konsert. Namun asas bantahan bukan sangat kepada persembahan Sheila Majid tetapi lebih kepada sikap hipokrasi universiti dalam menangani penganjuran aktiviti kampus.

Kegiatan yang menyuburkan daya intelektualisme dan budaya ilmu, seperti seminar, konvensyen dan forum-forum isu semasa dilarang atau sekurang-kurangnya menghadapi laluan sukar untuk diluluskan urusetia Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Penceramah atau penalis parti pembangkang seperti diharamkan terus. Sebaliknya, aktiviti hiburan seperti konsert begitu mudah dilepaskan. Tidak banyak soal jawab.

Saya kira aktivis pelajar Islam juga mendambakan aktiviti santai yang menghiburkan jika dilaksanakan dalam batas akhlak luhur.

Dalam kes protes konsert itu, mesej yang mahu diluahkan kepada dunia luar adalah mengapa pentadbiran HEP tiba-tiba menjadi begitu tertutup apabila diajukan permohonan program yang dikira dapat menyegarkan idealisme universiti itu sendiri.

Sebaliknya, minda masyarakat diasak dengan tohmahan oleh tukang canang pihak penguasa  bahawa Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) hanya sibuk-ghairah bantah konsert hiburan – lalu dilabelkan mereka jumud, fanatik, berfikiran tertutup dan antihiburan.

DEMONSTRASI YANG MENGEJUTKAN
Protes yang didahului solat hajat di perkarangan DTC itu memang mengejutkan. Dikepung puluhan anggota Unit Tindakan Ringan polis sambil diperhatikan pasukan keselamatan universiti, demonstran — majoritinya mahasiswi — tidak berganjak walaupun diberi amaran awal bahawa mereka akan digempur jika tidak bersurai.

Saya sendiri agak kaget dengan keberanian mereka. Pelajar hanya bersedia berkompromi jika konsert yang sedang berlangsung dalam DTC ditamatkan. Satu syarat yang cukup mencabar keegoan pentadbiran universiti.
Polis selamanya memang sukar memahami bahasa diplomasi. Mereka diajar untuk menurut perintah dan kehendak elit penguasa, tidak kira apa implikasinya.

Akhirnya rempuhan secara kasar (dan itulah pendekatan tradisi polis, lihat saja tangkapan ke atas himpunan vigil anti-ISA di seluruh negara, halangan ceramah Pakatan Rakyat di Johor dan program berkaitan Felcra di Perak, baru-baru ini) dibuat.

Ramai yang ditangkap, termasuk pengunjung awam pesta konvo. Memang ia satu berita besar buat saya sebagai pemberita yang mengendalikan kolum siswa. Apa pun saya tidak dapat pulang awal ke pejabat di Jalan Pahang kerana “terpaksa” menjadi penjamin salah seorang pelajar yang ditahan di balai polis Jalan Pantai Baru.

Saya bukan saja tidak kenal pelajar berkenaan malah tidak perasaan pun namanya. Yang penting, pelajar itu tidak wajar dibiarkan bermalam dalam lokap.

PENCEROBOHAN POLIS
Harakah memberi liputan besar penangkapan dan pencerobohan polis itu. Banyak foto-foto menarik kami petik dari akhbar Cina. Satu muka penuh disiarkan.

Jurugambar amatur bersama saya tidak dapat merakam sudut-sudut menarik, apatah lagi kameranya pun begitu “ketinggalan zaman”.

Jelas, universiti sudah lama hilang autonominya. Lebih teruk perbezaan pandangan jarang disanggah dengan pendapat lebih bernas. Hujah pelajar yang konkrit dihadapi dengan tekanan, ugutan dan intimidasi.

Malam itu, tragedi lebih dahsyat lagi apabila polis diperkakaskan, walaupun pendekatan berhikmah lain masih boleh digunakan.

Kisah tidak berakhir pada malam bersejarah itu sahaja. Saya langsung tidak menduga nama saya tersenarai dalam operasi borong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama empat lagi pemimpin kanan PMIUM (hanya dua daripadanya dapat ditahan).

Sewaktu mahu memperbaharui jaminan terhadap seorang pelajar yang ditahan seminggu sebelum itu, di Balai Polis Brickfield, saya diminta masuk ke sebuah bilik, lantas seorang pegawai polis membacakan perisytiharan kuasa mutlak akta rimba itu.

Ya, siapa yang tidak terkejut …  tapi saya lebih tidak menduga polis mencari jalan mudah memberkas saya ketika berkunjung ke kubu sendiri. Senangnya kerja!

II.
Yang dapat Rabu itu hanya penat, apatah lagi sudah lama tidak meredah kesesakan lalulintas, walaupun hanya duduk di sebelah pemandu.

Memang Kuala Lumpur menagih perencanaan sebelum kita bergerak menuju ke sesuatu destinasi. Jika tidak, seperti yang saya perolehi hari itu, sekadar lenguh anggota badan sahaja.

Malam itu saya mahu tidur awal tetapi diganggu SMS seorang kawan jam 11.15: “Saifuddin Abdullah dan Ibrahim Abu Shah, program Soal Jawab TV3”.

SAIFUDDIN YANG MENGUJAKAN
Walaupun agak lewat kerana program bermula jam 11 malam, tapi saya bingkas bangun, kerana teruja dengan nama Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, seorang tokoh yang sinonim dengan tuntutan agar belenggu kampus ditamatkan.

Saya sudah merasakan bahawa mantan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, Ibrahim,  akan bertindak tidak lebih daripada “kehebatan” seorang ketua Umno cawangan diceruk kampung, manakala Saifuddin, walaupun seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, tapi dijangka mempertahankan hak dan kepentingan mahasiswa, selain terpaksa menjadi pemimpin “pembangkang” kepada menterinya sendiri, Mohamed Khaled Noordin!

Andaian saya agak menepati sasaran. Saifuddin  nampak cukup tenang, mengatur bicara secara tersusun, mengemukakan hujah bagai cendekiawan, manakala Ibrahim sekadar memomokkan pandangan dangkal dan mencerminkan kebebalan yang tinggi menggunung.

Saya hairan bagaimana beliau dianugerahkan darjat profesor (pastinya pangkat naib canselor tidak lebih daripada jawatan politik),  yang sepatutnya dimiliki para sarjana ulung yang disaring daripada kelompok the best minds.

Anda pastinya terkejut jika sempat mengikuti pengalaman buruk pelajar-pelajar UiTM yang dilihat mempunyai idea berbeda dengan elit pemerintah.

UiTM TERKENAL KERANA MENDERA PELAJARNYA
Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasakan bila pertama kali didedahkan dengan taktik licik-kotor pentadbir UiTM bagi mengekang gerakan pelajar di zaman Ibrahim.

Pengganti beliau cukup padan apabila mewarisi “bebalisme” dan terus menghina keupayaan mahasiswa untuk terlibat dalam perkembangan semasa di luar kampus. Rujuk wawancara Mingguan Malaysia dengan Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Malam itu Saifuddin memang bintang dan wira bagi gerakan pelajar. Beliau mencadangkan, selain guru, pensyarah patut diberi peluang bergiat aktif dalam parti, manakala mahasiswa dipertimbangkan untuk terbabit menjadi ahli parti politik.

“Jika sekarang guru siswazah DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik, mengapa tidak kita memberipeluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian,” katanya.

Kerajaan, tambah beliau, wajar menerima mahasiswa sebagai rakan kepemimpinan, selain menghargai peranan pelajar sebagai sebahagian masyarakat sivil yang mempunyai tugas penting dalam sistem demokrasi.

Apabila Ibrahim cuba mencari daleh di sebalik artikel seorang pemimpin pelajar, yang mahukan “mahasiswa tidak diganggu pemimpin politik”, Saifuddin tangkas memintas.

Bagi timbalan menteri yang mula memperkenalkan kembali Sudut Pidato (yang juga diakuinya penuh kekangan mengarut) itu, pandangan aktivis pelajar yang menjadi sandaran Ibrahim merupakan aliran lama yang ketinggalan zaman.

Agak kerap Saifuddin menyindir Ibrahim, yang kata beliau, sepatutnya lebih bersikap terbuka, berjiwa besar dan berlapang dada. Apa pun saya tak pasti sama ada Ibrahim terasa dengan kilasan itu, atau sudah “tebal telinga”.

SYUKUR KONTRAK IBRAHIM TIDAK DISAMBUNG
Malah, Saifuddin seperti melahirkan “kesyukuran” di awal program apabila merujuk Ibrahim yang tidak disambung kontrak sebagai Naib Canselor UiTM selepas memegang posisi strategik itu selama sembilan tahun! (Apa pun saya kira masih ramai pentadbir utama di universiti-universiti awam yang mempunyai mentaliti hampir sama dengan Ibrahim).
Ibrahim mendakwa kebanyakan mahasiswa yang aktif di kampus dari kumpulan anti-establishment, yang bersikap rebellious. Justeru, kecenderungan itu mesti disekat.

Sedangkan bagi Saifuddin, soal itu bukan isu besar. Yang penting  kita mesti menghargai hak mahasiswa dan apa jua pilihan mereka. Tambahnya, tidak ada statistik yang menunjukkan bahawa mahasiswa yang terlibat dengan politik di universiti terkemuka, seperti di Yale, Harvard, Oxford dan Cambridge, menyebabkan rankingnya jatuh.

“Saya yakin, walaupun mahasiswa dibenarkan berpolitik, mereka nantinya lebih suka bersikap non-partisan. Mereka akan lebih tertarik dengan politik ilmu, dan bukannya politik ampu,” tegas Saifuddin.

Beliau turut tidak bersetuju dengan pendekatan legalistik yang sering diamalkan pentadbir universiti ketika mengendalikan konflik kampus. Baginya, jika pelajar dibenarkan menjadi ahli pertubuhan politik, tiada syarat perlu dikenakan kerana  peraturan sedia ada sudah mencukupi.

Malah Saifuddin sebelum itu secara terbuka mahu peruntukan mengongkong dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

III.
Kempunan kerana tidak sempat memborong buku Rabu itu, saya membelek-belek koleksi lama. Saya kira ramai seperti saya juga; banyak buku yang dibeli tidak sempat dijamah dan terperuk dalam timbunan.

TIADA LAGI DEBAT ILMIAH DI KAMPUS
Menunggu masa lapang untuk menghadamnya hanya impian semata. Tersua buku “Mengangkasa Pengajian Tinggi” oleh teman lama, Zaini Ujang, kini Naib Canselor UTM.

Kebetulan, ketika mengulas syarahan perdana Zaini sebagai VC bertajuk “Universiti, Kreativiti, Inovasi” pada 11 Ogos 2009, saya dalam kolum ini juga, turut mengaitkan Saifuddin selaku perasmi majlis.

Dalam buku itu, Zaini mengungkapkan fenomena yang menyedihkan di universiti hari ini: “Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana, diskusi dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting.

“Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus, malah semakin pupus melawan arus masa.

“Tidak ada lagi debat atau diskusi ilmiah tentang isu-isu pokok yang membabitkan perkembangan semasa dalam arena politik, ekonomi, sosial, sains atau teknologi.

“Kalaupun ada jarang-jarang sekali dianjurkan. Itu pun dengan dengan segala perkiraannya supaya tidak bersifat sensasi dan sensitif. …

“Keadaan ini mewujudkan persekitaran akademik yang agak pudar dan mengurangkan aktiviti serta kemeriarahan dalam konteks percambahan daya fikir dalam komuniti akademik.”

Akhirnya, pesanan untuk semua, termasuk dan terutamanya, untuk saya sendiri, marilah bersama-sama kita menghidupkan Ramadhan – lutfi_detik@yahoo.com

Filed under: News, , , , , , , , , , , , ,

LGE ganti Agong: Tindakan UMNO karut

By Harakahdaily   

GEORGE TOWN, 22 Ogos: Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah Jumaat.

Tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kami menafikan dengan keras dakwaan Umno kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri”, kata mereka dalam satu kenyataan bersama.  

Permainan politik oleh Umno itu juga karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat sahaja berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.

Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato Mansor Othman, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Hussain.

Turut serta pada mesyuarat yang dipengerusikan Lim Guan Eng itu, Ahli Exco Negeri Pulau Pinang yang memegang portfolio agama Islam, Abdul Malik Kassim.

Mereka turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib atau imam masjid yang dapat dibuktikan telah mengubah doa tersebut.

“Kita mendesak BN dan Umno hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam dan khatib.

Mereka juga melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Selain itu mereka juga melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Mereka turut menyatakan komitmen menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

Tindakan umno itu juga jelas mereka bagi mengalihkan pandangan rakyat dari kebaikan yang dibuat kerajaan negeri.

Antaranya meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas.

Selain itu menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.

Filed under: News, , , , , , , ,

Mahasiswa berpolitik : Takut Mahsiswa Tidak Sokong Umno ?

Oleh Idris Haji Ahmad
 
Benarkanlah mahasiswa berpolitik, apa yang hendak ditakutkan mahasiswa berpolitik. Adakah kerana  takut mahasiswa tidak menyokong umno. Itu hanya andaian sahaja. Bukankah mahasiswa seorang yang cerdik, kalau bodoh mereka tidak masuk ke universiti. Mereka adalah manusia terpilih dari kalangan 26 juta rakyat di Malaysia. Biarkanlah  mereka berpolitik. Alasan Tan Sri Ibrahim Abu Shah (mantan Naib Canselor UITM) seorang pengampu tegar umno , takut ganggu pelajaran. Ini alasan yang tidak berpijak kepada kebenaran.

Berapa ramai pelajar yang tidak terlibat dalam persatuan dan tidak memperdulikan sekeliling mereka, tetapi kecundang dalam pelajaran. Malahan ramai di kalangan mereka yang hidup berpoya-poya  dan gila dengan budaya hidonisme, akhirnya gagal dalam pelajaran. Tidak dengar pula rungutan daripada pihak universiti bising dalam hal ini. 
 
Kalau ada larangan pelajar  jangan terlibat dengan politik, ini hanya arahan untuk pelajar yang menyokong pembangkang, tidak kepada penyokong umno. Begitulah juga amaran hanya diberi kepada pensyarah yang membantu pembangkang. Pihak university redha dengan pensyarah yang menjadi tali barut umno di universiti. Sebenarnya Akta Universiti Kolej (AUKU) hanya untuk mereka yang menentang BN, bukan untuk pengampu umno.

Sekarang universiti sudah hilang daya intelektual, sepatutnya kampus bukan tempat untuk mencari pengaruh politik kepartian sempit. Biarkan mahasiswa berpolitik, biarkan mereka tegakkan idealisma mereka. Usah bimbang kepada kelantangan mahasiswa kerana itulah mahasiswa, tidak perlu takut kepada mereka. 
  
Universti ialah sebagai proses pembelajaran, ia mesti berlaku bukan sahaja di dalam kelas. Sepatutnya pendedahan politik kepada mahasiswa adalah perlu kerana ia sebagai medan mengasah bakat kepimpinan pada masa akan datang. Banyak kepimpinan mahasiswa  telah melahirkan tokoh-tokoh politik di pihak pembangkang, kerajaan dan ahli akademik. Perkara ini tidak boleh di nafikan, kerana sejarah telah membuktikan  terserlahnya mereka dalam kepimpinan politik adalah hasil; perjuangan mereka di universiti melalui gelanggang  Majlis Perwakilan Pelajar dan juga kegiatan persatuan di universiti. 
  
Tokoh-tokoh politik yang berada di persada politik tanah air kini samada berada di gelanggang kerajaan atau pembangkang seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Universiti Malaya), Ibrahim Ali (ITM), Ustaz Halim Arshad bekas Setiausaha Agung Pas (UKM), Dato’ Fuad Hassan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor (UKM), Dr Fuad Zarkasyi (UM), Sabri Cik (UM), Dato’ Tajudin Abdul Rahman Ahli Parlimen Umno Pasir Salak (UM), Kamarul Zaman Yaakob (UM), Mohd Sabu (ITM), Dr Sanusi Osman (UM), Sdr. Lutfi Osman (UTM), Saifudin Nasution (UPM), Ustaz Fadhlullah Syuaib (UKM), Ustaz Abu Bakar Cik (UKM). Inilah rekod sejarah kepimpinan mahasiswa yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan politik dan intelktual di negara ini.
 
Pimpinan universiti jangan jadikan mahasiswa  pelajar sekolah yang masih beruniform tadika Kemas. Jangan lacurkan intelektual, sehingga  hilang wibawa dan daya kreatviti. Budaya mengampu inilah menyebabkan kita melihat gred universiti sudah turun  macam kelas dewasa tahun 60 an. Mereka hendak membudakkkan pelajar universiti supaya otak yang sama dengan mereka. Sedangkan pemimpin Umno selalu menyebut untuk menjadi universiti Wold Class tetapi realitinya seperti Universiti  Jawatankuasa Kampung (UJKK).
 
Saya pernah menyebut dalam Forum di Konvensyen Kepimpinan  Mahasiswa yang terdiri daripada  Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh negara pada 16 Mei 2005 di Melaka yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.  Majlis yang dipengerusikan oleh Dr Junaidi Abu Bakar yang dulunya penah bertanding atas tiket Islam Penyelamat Ummah (IPU)  di UKM, sekarang telah menjadi orang kuat umno. Saya memberi tahu kepada majlis, kerana waktu itu  ada Timbalan Naib Canselor HEP. Jangan bimbanglah dengan pergerakan pelajar. Kerana ramai di kalangan pimpinan pelajar yang kecundang dalam dakapan pangkat dan wang.

Sekadar saya menyebut beberapa nama dahulu merupakan golongan yang anti Umno seperti Dr Fuad Zarkasyi daripada PMUM sekarang Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Shabri Cik Presiden PMUM sekarang Menteri Belia Dan Sukan,  Datuk Zaidi Mohd Zin bekas Timbalan Presiden PMUM, sekarang  Umno bahagian Serdang, Johan Che Pa Timbalan Presiden PMUM sekarang Naib Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Abdul Rahman Shaik Timbalan Presiden PMUPM sekarang AJK Bahagian Teluk Intan, Ismail Said Ahli Parlimen Kuala Krau Pahang bekas speaker PMUKM sesi 87/88 zaman saya menjadi presiden PMUKM. Oleh itu pihak universiti biarkan mereka berpolitik secara sihat di atas padang yang rata. Jangan ganggu mereka.

Pilihan politik mereka adalah hak mereka, mahasiswa adalah orang cerdik, mereka tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak. Saya ucap tahniah kepada Datuk Saifudin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memperjuangkan supaya mahasiwa dibenarkan berpolitik. Walaupun cadangan ini ditolak oleh kabinet pada 10/8/2010, sekurang-kurangnya beliau telah membawa aspirasi beliau sebagai bekas pimpinan pelajar di university Malaya satu ketika dahulu. 
  
Kabinet tolak kerana mereka bimbang ia akan memberi kesan yang buruk kepada perjuangan umno pada masa akan datang. Pemimpin BN dengan penuh tawaduk tahu, sekarang zaman rakyat tidak mahu kepada umno. Mereka yang menyokong umno hanya terdiri dari kalangan mereka yang buta maklumat dan yang ada kepentingan projek, itu pun hanya umno projek, bukan umno ideologi. Kabinet tahu ketika pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam politik sekarang, umno ditolak di universti apabila calon proksi umno ditolak setiap kali pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar. 

Umno terpaksa bertungkus lumus dengan membuat macam-macam cara supaya proksi mereka menang melalui orang suruhan yang menjadi abdi mereka di universiti. 
  
Walaupun tindakan jahat mereka lakukan, namun mereka tetap gagal dalam setiap kali pilihanraya kampus. Maka sekarang mereka mengubah sistem dan peraturan rimba untuk menang dalam pilihanraya seperti dikenakan deposit, ada temuduga, tidak dibenarkan berkempen dan mencetak poster. Mereka melawan bukan sebagai  anak jantan . Mungkin mereka belajar daripada bapa mereka UMNO di luar kampus.

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Sudah sampai masa PAS ganti Umno

Oleh Idris Ahmad   

PAS berpandangan Umno yang  bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30%  ekonomi Bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini.

Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah pesepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19 Disember 2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera.

PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam gengaman  Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.

PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”.

Siapakah yang menjual ekuiti  30%  yang diperuntukkan kepada Bumiputera setiap kali  syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur? Ke mana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lesap?

Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion,  sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%.

PAS  pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain.

Cadangan PAS disambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS kemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.
PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu.

Pengalaman PAS di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar.

Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu  daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat.

Kerajaan PAS Trrengganu juga telah memberi  tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu.

Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah.

Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

PAS Desak Mufti Dedahkan Perlembagaan Baru

Oleh Ustaz Idris Ahmad 

Parti Islam Semalaysia Pas terkejut dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ada ‘perlembagaan baru’ dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Pas mendesak supaya beliau mendedahkan kandungan Perlembagaan baru dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.
 
Pas dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan. Malahan  Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat 

  • Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai 
  •  Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153 
  •  Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan 
  •  Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum  

Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama.
 
Pas berpandangan sekiranya  Tan Sri Harussani Zakaria tidak segera mendedahkan siapakah yang memberi dan isi kandungannya, maka ia akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat  di negara ini. Sebagai seorang tokoh agama mesti bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan yang dibuat supaya masyarakat tidak memandang serong terhadap institusi mufti. 
  
Pas mengharapkan kepada Tan Sri Harussani Zakaria janganlah memanaskan suasana politik yang sedia panas dengan kenyataan seperti ini di tempat awam, kerana bimbang akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis.

Idris Ahmad adalah Ketua Penerangan PAS

Filed under: News, , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories