Kalam Perantau

Icon

Kerajaan Pusat terdesak raih sokongan: Nik Aziz

JERANTUT – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan kerajaan memberi kebenaran kepada guru Gred DG41 sehingga DG48 berpolitik, dilihat sebagai tindakan terdesak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak faham mengapa baru sekarang Kerajaan BN memberi kebenaran itu sedangkan keperluan kepada pembabitan guru untuk berpolitik amat tinggi. Mungkin mereka (BN) sudah terdesak untuk meraih undi selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan sebab itu mereka benarkan guru main politik untuk dapatkan sokongan daripada kakitangan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas Pahang, di Kompleks Imam Al Shafie (KIAS) Temin, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, selain guru, pensyarah juga seharusnya diberi peluang berpolitik kerana pemikiran mereka diperlukan untuk membangunkan ummah.

“Jangan apabila diberikan kebenaran, kumpulan guru akan dijadikan sasaran UMNO dan BN untuk memastikan mereka mengundi, patuh dan taat kepada parti itu sahaja,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, ketelusan itu perlu supaya guru boleh memilih parti yang disukai dan tidak disusuli dengan tindakan kerajaan seperti menahan kenaikan pangkat mereka, menghantar bertukar atau juga apa sahaja yang berkaitan dengan guru.

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: