Kalam Perantau

Icon

Fiqh Harakah Sirah Nabawiyah : Buku terbaru Tok Guru Presiden dilancar

Khairul Azlam Mohamad    
MARANG, 6 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, menunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisannya bertajuk, Fiqh Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk ‘Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin’.

Buku tersebut dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Husain Awang di Masjid Rusila, pagi tadi. (Gambar)

Di halaman prakata buku tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, para sahabat adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah s.a.w.

Tambahnya, Khulafa ar-Rasyidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah.

Beliau menambah, itulah rahsia kejayaan Islam meski pun para penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran yang suci itu serta melaksanakannya secara tidak sempurna.

“Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.

“Al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu daripada Allah SWT,” ujarnya yang juga Adun Ru Rendang.

Menurutnya, pendukung al-Quran tetap ada sama ada wujud negara yang berdaulat atau negara Islam yang dihilangkan.

“Pendukungnya tidak dapat dikalahkan, dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat,” jelasnya.

Filed under: Buku, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: