Kalam Perantau

Icon

Ketuai kaukus: Bagaimana Datuk Saifuddin?

Oleh : Regina Lee

Bukan setiap hari pembangkang mempelawa anggota kerajaan memimpin sebuah kaukus bersama parlimen.

Yang terbaru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dipelawa mengetuai Kaukus Parlimen mengenai penyertaan mahasiswa dalam politik.

Ketika membuat pelawaan tersebut, ahli parlimen PKR Lembak Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan beliau bagi mencapai matlamat bersama.Isu tersebut menjadi perbualan hangat ekoran keputusan kerajaan membenarkan guru berijazah menyertai politik.

Saifuddin kemudiannya mencadangkan supaya ianya juga diperluaskan meliputi pelajar universiti.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin dilaporkan berkata kabinet telah menolak cadangan tersebut Ketika diminta mengulas pelawaan tersebut, Saifuddin berkata ia bukanlah persoalan mengenai kaukus atau siapa yang akan memimpinnya.

Sebaliknya, tegas beliau, konsensus umum adalah supaya perbincangan sama ada mahasiwa perlu menyertai politik, harus diteruskan.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, apa yang beliau kehendaki ialah supaya perbincangan mengenainya, diteruskan.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada perbincangan mengenainya telah diadakan.

Bagaimanapun, beberapa sumber berkata, kedua belah pihak sudahpun berbincang mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan telah memanjang jemputan kepada Saifuddin untuk “berbincang” mengenai penyertaan mahasiwa dalam politik.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: