Kalam Perantau

Icon

Lepas Petronas Disaman, Peguam Negara Pula Diheret BN Dalam Isu Royalti

Oleh : Idris Ahmad

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dapat merasai ketakutan pemimpin BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu. Ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat peguam negara.

Nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN. Nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di Mahkamah, dan atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak.

Apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya nanti. Kenapa ada nasihat yang ‘double standard’ dalam agenda pentadbiran Peguam Negara.

Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama. Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan Akta berkenaan dengan cara yang berbeza.

Yang pasti, peraturan perjanjian dan akta itu tidak pernah berubah. Yang berubah adalah Kerajaan yang memerintah. Asalkan PAS memerintah sahaja, wang Royalti bertukar jadi wang ehsan. Itulah yang ada dalam kamus Umno-BN.

Bila Kerajaan BN tumbang di DUN negeri, muncul pula Kerajaan HARAM bernama Jabatan Pembangunan Persekutuan. Mana pula Akta dan peraturan yang mereka guna untuk wujudkan Jabatan ini.

PAS kini yakin yang isu saman royalti ini akan dimenangi oleh Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS. Saman ini juga membuka mata rakyat dan menyampaikan kepada masyarakat dunia bahawa di Malaysia terdapat Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyatnya lantaran dendam dan tidak tahan malu selepas tewas dalam Pilihanraya.

Idris Ahmad merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: