Kalam Perantau

Icon

Pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris tepati kehendak rakyat Kelantan

KOTA BHARU 15 Sept. – Pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan menepati kehendak rakyat di negeri ini kerana sifat baginda yang amat prihatin dan menyelami nasib mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar – kiri) berkata, ia terbukti apabila baginda sering kali turun padang untuk berdamping dengan rakyat terutama golongan bawahan bagi menyelami nasib mereka.

Beliau turut menyifatkan pemasyhuran tersebut satu perkembangan yang baik untuk rakyat di negeri ini dan berharap semua pihak bersatu di bawah naungan baginda.

“Kita bersyukur Tuanku Al-Sultan dimasyhurkan dua hari lepas, kami semua (Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional) bukan sahaja hadir pada majlis tersebut, tetapi juga menyokong sepenuhnya kerana ini selaras dengan undang-undang dan Perlembagaan negara.

“Saya yakin rakyat Kelantan akan memberi taat setia kepada sultan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Tuanku khususnya melalui program turun padang bertemu dengan rakyat seperti ziarah orang uzur dan ke masjid.

“Ini satu perkembangan yang baik dan diharapkan rakyat Kelantan akan bersatu di bawah Sultan,” katanya selepas Majlis Hari Raya Aidilfitri Bersama Pesara Pendidik di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Pas di Kelantan percaya pelantikan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan Kelantan berupaya menamatkan krisis di dalam keluarga diraja itu.

Timbalan Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (gambar – kanan) berkata, beliau dan rakan-rakannya berharap pelantikan itu akan memberi ruang baru kepada Kelantan untuk terus maju.

“Kami menyatakan sokongan penuh kepada Tuanku dan akan terus bekerjasama demi kemakmuran Kelantan,” katanya pada sidang akhbar berhubung pelantikan Sultan Kelantan itu di sini, hari ini.

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: