Kalam Perantau

Icon

Galas: Isu setempat bakal dominasi kempen

Oleh : Wan Nordin Wan Yaakob   

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang kini Penyelaras Pakatan Rakyat meramalkan isu setempat akan mendominasi kempen bagi pilihan raya kecil Dun Galas yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zaid, kedua-dua pihak (PAS dan Umno) pastinya akan menumpukan kepada isu tempatan samada persoalan keperluan asas, infrastruktur, bantuan, soal kehidupan harian masyarakat disana dan isu kebajikan.

Mengulas mengenai peluang PAS menang di kawasan kubu kuat Umno itu, beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan samada PAS mampu atau sebaliknya.

Tetapi beliau mahu Pakatan Rakyat bekerja keras kerana pastinya dalam pengamatan PAS mahupun pimpinan Pakatan Rakyat bahawa BN akan menggunakan segala macam strategi ‘jahat’ untuk mendapatkan undi.

“Di sana politik nasional saya rasa kurang relevan, sebaliknya isu setempat.Siapa yang berjaya selesaikan masalah setempat, dia ada kelebihan, saya sarankan kerajaan negeri perhalusi benda ini,” katanya dalam sessi cakap-cakap di pejabat Harakah pagi ini.

Ditanya mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Umno/BN di Dun Galas, Zaid berkata ‘persoalan Ku Li’ bukan keutamaan.

Sebaliknya rakyat di sana mahukan bantuan, kebajikan dan siapa yang mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, katanya.

Galas sebuah kawasan pedalaman yang pastinya merangkumi isu-isu setempat yang tidak ada dibandar, katanya.

Tambahnya, cuma di Kelantan ada sedikit faktor individu yang boleh mempengaruhi geo politik disana iaitu kelibat Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun tidak boleh dipastikan samada kawasan yang dahulunya begitu tebal dengan sokongan kepada Umno/BN ini sudah berjaya ditembusi PAS sewaktu Allahyarham Che Hashim Sulaima menjadi wakil rakyat, katanya.

Justeru beliau mengharapkan PAS dan jentera Pakatan Rakyat bekerja kuat lebih-lebih lagi Galas mempunyai 65 peratus undi Melayu yang boleh dimanipulasi oleh Umno/BN.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: