Kalam Perantau

Icon

Batu Sapi : PBS kemuka empat calon

KOTA KINABALU 17 Okt. – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengemukakan tiga atau empat nama calon esok kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang merupakan Pengarah Operasi Peringkat Negeri bagi pilihan raya kecil Batu Sapi.

Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, PBS kini mempunyai 10 nama calon untuk bertanding di Batu Sapi, 4 November ini.

Katanya, daripada senarai calon tersebut, PBS mengemukakan tiga atau empat nama bagi proses penilaian dan pemilihan calon oleh Barisan Nasional (BN).

“Dalam memastikan kemenangan BN di Batu Sapi, PBS mengadakan perbincangan dalam memilih calon terbaik. Saya menerima beberapa nama yang dicadangkan oleh parti.

“Saya akan kemukakan tiga atau empat nama untuk perhatian Musa dalam perbincangan esok, setelah kami mengadakan perbincangan tidak rasmi sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBS bagi membincangkan persiapan pilihan raya kecil Batu Sapi dan pemilihan nama calon.

Pairin merupakan Timbalan Pengarah Operasi Peringkat Negeri bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Antara nama pemimpin PBS yang disebut-sebut bakal bertanding di Batu Sapi ialah Datuk Thien Fui Yun yang merupakan Naib Presiden PBS.

Mengulas lanjut, Pairin berkata, PBS akan memberi mandat kepada Musa yang merupakan Pengerusi BN Sabah untuk menentukan siapakah calon terbaik yang bertanding di kawasan tersebut

Filed under: News, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: