Kalam Perantau

Icon

Batu Sapi : Pucuk pimpinan PBS diminta beri laluan calon Bumiputera

BATU SAPI: Ahli-Ahli dan masyarakat di peringkat akar umbi parti itu di sini merayu pucuk pimpinan tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya ‘laluan’ diberikan kepada calon mewakili kaum bumiputera Islam bertanding pada pilihan raya kecil parlimen kawasan ini 4 November depan.

Rata-ratanya mereka berpendapat peluang itu bukan saja kerana tuntutan sekitar 69 peratus pengundi masyarakat bumiputera Islam di kawasan tersebut sekian lama, tetapi kesempatan harus diberikan kepada pemimpin parti mewakili masyarakat tersebut menunjukkan bakat kepimpinan mereka sesudah sekian lama berjuang di dalam parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda PBS Sekong, Mahmud Hassan, berkata peluang tersebut merupakan kayu ukur kepada sejauh mana ketelusan pucuk pimpinan parti dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke 13, di mana pengundi bumiputera Islam turut memainkan peranan besar kepada kekuatan Barisan Nasional (BN).

“Dalam hubungan ini saya dan ahli-ahli mencadangkan sekiranya Ketua Bahagian PBS Sekong, Bonie Yusuf Abdullah diberikan peluang bertanding mewakili parti itu. Bukan saja peranannya yang banyak berjuang kepada parti. Tetapi sebagai Pegawai Perhubungan kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, beliau sudah amat dikenali seluruh pengundi di Batu Sapi,” katanya.

Kata Mahmud, peranan Bonie yang kerap kali mewakili mendiang bertemu rakyat, diikuti melaksanakanaktiviti-aktiviti parti dan kerajaan di kawasan ini melibatkan kepentingan masyarakat berbilang kaum membolehkannya layak diberikan peluang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil ini.

Ketua Cawangan PBS Kampung Segaliud, Haris bin Ijaris, yang sama-sama mengemukakan rayuan kepada parti itu berkata, kelebihan besar Bonie menghidupkan semula kepimpinan parti PBS di Bahagian Sekong sebelum ini perlu diambil kira dalam menghadapi pilihan raya itu.

“Daripada jumlah keahlian parti yang semakin baik berbanding sebelumnya, hubungan beliau dengan pemimpin mewakili rakan-rakan parti komponen di kawasan itu juga penting. Keupayaannya untuk mewakili parti bukan berdasarkan simpati, tetapi kerana Bonie sudah bekerja untuk parti, BN dan rakyat,” kata Haris.

Pilihan raya kecil di Kawasan Batu Sapi itu berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Edmund Chong Ket Wah, dalam satu kemalangan jalanraya di Sembulan Kota Kinabalu minggu lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Oktober ini sebagai Hari Penamaan Calon, manakala 4 November tarikh pembuangan undi.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan PBS Kampung Shanghai, Uyong Bin Bakung, berkata seluruh masyarakat pengundi di kawasan Pulau-Pulau di sini amat mengenali Ketua Bahagian PBS Sekong itu sejak dia berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi itu.

“Apa yang kami tahu, belum pun mendiang Edmund menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi, Bonie sudah dikenali dan berdamping dengan masyarakat pengundi di kawasan Batu Sapi. Ini merupakan alasan penting kenapa beliau diberi peluang sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen itu, sebelum menjadi Ketua Bahagian Parti di kawasan ini,” katanya.

Ketua Cawangan PBS Trongliman, Ramlee Mulong pula menyarankan pucuk pimpinan parti PBS tidak memilih calon pilihanraya kecil kawasan itu berdasarkan simpati semata-mata tetapi menjurus kepada kemenangan parti dan BN pada pilihan raya kecil berkenaan

Source : New Sabah Times

Advertisements

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: