Kalam Perantau

Icon

Batu Sapi : DAP Ketuai Jentera Pilihanraya Pakatan

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Parti Maju Sabah (SAPP) diminta tidak meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi bagi memberi laluan kepada calon pakatan pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pakatan itu telah bersetuju untuk bertanding di Batu Sapi dan akan memastikan pertemuan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN).

“Kita berpendapat SAPP tidak perlu letak calon di Batu Sapi bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu dengan BN diadakan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 walaupun kerusi itu diperuntukkan kepada parti tersebut.

SAPP bagaimanapun sebelum ini telah mengumumkan akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Anwar berkata, Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr. Hiew King Cheu akan mengetuai kempen pilihan raya kecil berkenaan.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Edmund Chong dalam satu kemalangan pada 9 Oktober lalu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi manakala 4 November depan sebagai tarikh membuang undi

Filed under: News, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: