Kalam Perantau

Icon

Batu Sapi : BN dan SAPP dah, Bersekutu dan PKR belum bayar deposit

SANDAKAN 25 Okt. – Keseriusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi menjadi tanda tanya apabila parti itu masih belum membayar wang deposit kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehingga pukul 2.30 petang ini, hanya Barisan Nasional (BN) dan Parti Maju Sabah (SAPP) sahaja yang berbuat demikian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof pada sidang akhbar di sini berkata, semua calon bertanding perlu membayar wang deposit selewat-lewatnya ketika mengemukakan borang pada hari pencalonan esok.

“Setakat ini sebanyak 26 borang pencalonan Parlimen Batu Sapi telah dijual kepada parti-parti politik dan individu.

“Daripada empat parti yang membeli borang iaitu Barisan Nasional (BN), SAPP, PKR dan Bersekutu, setakat ini kita hanya menerima bayaran deposit daripada dua parti iaitu BN dan SAPP,” katanya selepas meninjau pusat penamaan calon di Dewan Masyarakat Sandakan di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi SPR negeri, Datuk Idrus Ismail.

Calon yang bertanding bagi Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi perlu membayar deposit RM15,000 termasuk deposit untuk berkempen sebanyak RM5,000.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi akan diadakan pada 4 November ini manakala pencalonan akan diadakan esok.

Setakat ini tiga parti telah mengumumkan calon masing-masing iaitu BN, SAPP dan PKR

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: