Kalam Perantau

Icon

Anwar Tak Mahu Layan Desakan Zaid Supaya Undur Diri

Oleh Dzulkarnain Taib 

AI39KUALA LUMPUR 9 Nov – Pandangan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Zaid Ibrahim  supaya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali  berundur merupakan pandangan peribadi beliau dan bukannya pandangan pimpinan parti
secara keseluruhannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen petang tadi berkata jika perkara itu dibuat secara konsensus maka ianya boleh dipertimbangkan.

“Ini kali pertama, saya mendengar pandangan beliau dan saya tidak perlu layan desakan tersebut,” ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dalam responnya berkata KEADILAN adalah parti reformasi dan jika rakyat mempercayai kata-kata Zaid, sepatutnya beliau memperolehi undi yang banyak.

“Bagi saya, rakyat tahu siapa yang sebenarnya yang membawa reformasi, KEADILAN sebagai parti dan juga perubahan di Malaysia secara amnya.

“Pengiktirafan itu bukan daripada peringkat tempatan malahan juga di peringkat antarabangsa,” tegas beliau.

Yusmadi turut meminta supaya Zaid bermuhasabah diri dan melihat kembali di mana silapnya kerana menurutnya perkara itu belum terlambat untuk diperbetulkan.

“Kenapa perlu merosak dan mengkusutkan keadaan, beliau sepatutnya bermuhasabah daripada menyalahkan orang lain,” ujar Yusmadi.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang tidak berpuas hati dengan tindakan Zaid supaya Anwar berundur mempersoalkan siapa beliau untuk membuat desakan tersebut.

“Siapa dia untuk mendesak Datuk Seri Anwar bersara, dia baru berapa hari dalam parti sedangkan saya sudah 12 tahun dengan parti pun tidak  berani cakap begitu.

“Umum tahu, Anwar merupakan penyebab kebangkitan 82 kerusi yang telah kita tawan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu,” kata beliau.

Abdullah Sani dalam kenyataan juga menyelar sikap Zaid yang sepatutnya memberikan sumbangan kepada parti tetapi perkara yang berlaku  katanya adalah sebaliknya.

“Beliau langsung tidak menyumbang kesan baik kepada parti malahan kata-kata yang dikeluarkannya merosakkan fikiran anggota parti.

“Bagi saya, dia berhak berkata apa pun tetapi saya sebagai ahli parti merasakan ia merupakan satu kenyataan yang tidak bermoral, dan orang yang kecewa.

Justeru, beliau meminta supaya Zaid mengambil apa sahaja tindakan yang dirasakan perlu dan jika ingin keluar parti, ianya sangat dialu-alukan kerana parti katanya tidak perlukan orang seperti itu.

Sebelum itu, Zaid dalam sidang medianya pagi tadi terus membidas kepimpinan PKR berkata Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam KEADILAN).

Zaid dalam kenyataannya berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur daripada kepimpinan parti

Sumber : Suara Keadilan

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: