Kalam Perantau

Icon

Azizan bidas Muhyiddin, dakwaan tidak berasas

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini:.

Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini.

“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit.

Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya.

Mengulas kenyataan Muhyiddin: kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik mena-ngani bencana ini.

“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya.

Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat.

“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut.

“Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan,” katanya.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: