Kalam Perantau

Icon

Pasaraya Dalam Paya Di Kijal: Mengapa Gopoh?

Oleh : Ustnik

“Mereka yang melalui bypass Teluk Kalong-Kijal akan merasa sangat tidak selesa dengan jalan yang bumping. Sudah beberapa kali jalan dibaiki. Teknologi apa yang dipakai di bawah jalan merentasi paya itu hingga bumping demikian? Pandangan mata tertoleh pula pada pasaraya ‘gergasi’ yang akan dibuka 16 Dis 2010. Terpampang besar tanda itu. Tiada perkataan insyaAllah, tetapi seakan-akan satu kepastian bahawa ia akan tetap dibuka 16 Dis 2010 ini.

5 gelombang banjir yang dikatakan akan melanda Terengganu masih belum kelihatan. Hujan hanya renyai-renyai sahaja setakat ini. Namun air sungai di tengah paya di tepi pasaraya yang sedang hebat disiapkan itu kelihatannya sudah penuh. Tanah di Paya Lasir, bandar baharu Kijal lebih rendah dari jalan. Risiko untuk banjir sedalam mana belum teruji. Yang penting, pasaraya itu mesti dibuka 16 Dis ini.

Dengar ceritanya CF dikeluarkan secepat mungkin, kalau tidak peniaga tak mahu berniaga di situ, benar demikian? Jalan utama di tepi pasaraya ditambak di kiri dan kanan paya, tapi masih tidak sempurna. Lampu tiada. Garisan putih tengah tiada. Kalau berjalan malam, mungkin membahayakan. Tepi jalan terus ada gaung. Kalau ada kereta terbabas, ertinya terjun gaung, bukan masuk pasaraya.

Cara pembinaan pasaraya nampaknya gopoh dan gelojoh, macam sudah tidak ada hari esok. (Esok untuk siapa?) Apa cara sekalipun, pasaraya mesti dibuka 16 Dis ni. Faham? 16 Dis. Apa ada 16 Dis? WallahuA’lam.

Kalau nak kata tak ada pasaraya besar, tak jauh dari situ ada MesraMall. Orang Kerteh, Kemasik, Kijal boleh saja pergi ke situ kalau mahu. Tapi cara menyiapkan pasaraya di bandar baharu Kijal ini nampaknya seperti orang Kijal tak ada kedai langsung untuk membeli-belah. Kalau dengan maksud menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan, tidak salah, tapi biarlah beransur-ansur. Jangan sampai membahayakan pemandu di jalan utama. Jalan susur masuk ke situ pun dibina macam lebihkurang je.

Saya hanya memerhati dari dalam kereta setiap kali melalui jalan itu tetapi apa yang berlaku sebenarnya di sebalik pembinaan pasaraya dan bandar baharu Kijal itu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita tidak menolak pembangunan dan projek yang menguntungkan rakyat. Namun, saya masih tidak lupa dengan ‘air-filter’ besar di persimpangan Balai Bomba Kemaman yang nilainya RM4 juta (?) yang sehingga sekarang rosak tak berfungsi.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: