Kalam Perantau

Icon

Kompleks Parkir, Projek Gajah Putih Kuala Terengganu?

Oleh: amkns

“Apakah kompleks tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya Kuala Terengganu dengan kos RM9 juta akan menjadi Projek Gajah Putih? Atau akan mengikut langkah bumbung stadium yang runtuh di Gong Badak?

Gambar Sistem Parkir Automatik “Rotary Type” dalam pembinaan dan dijangka siap awal tahun 2011 pada pautan berikut  http://amkns.blogspot.com/2010/12/kompleks-parkir-projek-gajah-putih.html 

Tempat letak kereta bertingkat dijangka beroperasi awal 2011 

KUALA TERENGGANU 14 Nov. – Tempat letak kereta bertingkat mengunakan sistem putaran di pusat bandar raya ini yang pertama seumpamanya di negara ini dijangka mula beroperasi awal tahun depan.
 
Projek dengan kos lebih RM9 juta di Jalan Batas Baru itu menggunakan keluli, dibangunkan setinggi tiga tingkat dan boleh menampung 250 kenderaan pada satu-satu masa.

Datuk Bandar, Datuk Adzlan Mohd. Dagang berkata, ia sebahagian daripada langkah proaktif bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di kawasan perdagangan yang paling menjadi tumpuan umum. ”Ia dapat menjimatkan penggunaan ruang tempat letak kereta sedia ada di lokasi itu sebanyak tiga kali ganda, di samping lebih selamat bagi pemilik kenderaan,” ujarnya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Tambah Adzlan lagi, teknologi itu dibawa masuk dari Guangzhou China dan bagi menguasai pengendalian operasinya itu kelak, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan menghantar kakitangannya ke negara itu tidak lama lagi.

“Apabila siap sepenuhnya kelak, bangunan ini seakan-akan pusat komersial atau ruangan pejabat yang mewah, namun ia hanya sebuah garaj bertingkat dan ruang dinding akan disewakan untuk pengiklanan. “Pengguna seakan-akan memasuki sebuah lif, itulah juga yang akan dialami oleh kenderaan mereka sewaktu dimasukkan ke dalam tempat letak kereta ini, “ujarnya.

Kelebihan teknologi ini katanya, ia juga menjimatkan masa dan lebih sistematik kerana pengguna hanya perlu memasukkan kenderaan mereka ke dalam ruangan dan meninggalkannya di situ.  “Dengan kaedah pembayaran melalui kad, kenderaan akan diangkat ke atas menggunakan kren hidraulik menerusi kawalan sistem komputer di bangunan berkenaan secara automatik.

“Kenderaan pengguna akan dibawa ke ruang kosong di bangunan berkenaan yang terhindar daripada hujan,” jelasnya lagi. Walaupun kemudahan mungkin menimbulkan kesangsian sebahagian warga bandar raya pada peringkat awalnya, katanya, ia suatu yang lumrah dan lama kelamaan mereka dapat menyesuaikan keadaan. “Apabila ‘percubaan’ ini menampakkan kemajuan dan keyakinan pengguna, kemudahan ini mungkin akan ditambah di lokasi yang lain, ” jelasnya.

Filed under: News, , , , , ,

Leave a comment

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories