Kalam Perantau

Icon

77 kakitangan kontrak sambut 2011 sebagai penganggur

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia mengisi pelbagai azam baru sempena ketibaan tahun 2011, seramai 77 bekas pekerja rendah awam (PRA) di Kangar berharap kontrak perkhidmatan mereka yang berakhir 31 disember, tidak disambung semula.
   
Jurucakap kumpulan itu, Jamaludin Husin, 49, merayu Kementerian Pelajaran menimbang semula nasib mereka yang kebanyakannya telah bertugas selama 15 tahun.

“Kami tidak sangka apabila menerima surat penamatan kontrak kerja daripada Jabatan Pelajaran Perlis kerana kebiasaannya kami akan terima surat untuk sambung kontrak dua tahun sekali,” katanya ketika ditemui hari ini.
   
Beliau berkata pelbagai cara telah dilakukan agar kontrak perkhidmatan disambung semula, termasuklah menghubungi kementerian namun tiada jawapan yang diterima.
   
“Tiada sesiapa pun yang akan ambil kami bekerja memandangkan usia kami sudah tua,” katanya sambil menyifatkan kehidupan mereka kini gelap.
   
Selain itu, katanya, mereka juga buntu memikirkan pinjaman bank yang perlu dijelaskan selain sewa rumah dan tanggungan anak yang masih bersekolah.

“Kami berharap pihak kerajaan mempertimbangkan semula dan menyarankan sama ada kontrak kami disambung semula atau diserap terus ke jawatan tetap,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas PRA, Zulkafli Md Isa, 48, yang tugas terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, berkata beliau kini buntu memikirkan nasibnya setelah ditamatkan perkhidmatan kerana terpaksa menjaga ibu yang terlantar sakit di rumah.
   
Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kuning hari ini berkata ibunya terpaksa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu berjalan berikutan terjatuh di bilik air pada tahun lalu.

Menurutnya, sewaktu bekerja di sekolah itu, beliau dapat pulang semasa waktu rehat sebelah tengah hari untuk membeli makanan dan menjenguk ibunya di rumah.

Zulkafli berkata ibunya pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi masih belum menerima sebarang bantuan jabatan itu.

– Bernama

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: