Kalam Perantau

Icon

Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim tak tanding No 2, Mat Sabu masih kaji peluang

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.

Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa.

Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti. Dua naib presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena an Kubang Kerian.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.
Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
“Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya. Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.

“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.“Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding. Mohamad yang turut dihubungi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi jawatan itu sekiranya mendapat sokongan kuat di peringkat kawasan.

Bagaimanapun, Mohamad berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding sekali lagi dan hanya akan mengumumkan pendiriannya tiga minggu sebelum muktamar yang akab berlangsung awal Jun ini.

Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu. Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.
Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.

Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi.

“Kita tengok pencalonan dulu… kemudian bincang dengan kawan-kawan, kemudian tengok pula sokongan lepas itu baru akan buat keputusan untuk bertanding atau tidak.

“Setakat hari ini saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi, dua atau tiga minggu sebelum muktamar saya akan beritahu sebab saya nak tengok mood perwakilan. “Kalau dapat sokongan yang kuat saya akan bertanding tapi kena lihat perkembangan dulu… lihat di kawasan yang akan mengadakan mesyuarat bulan depan,” kata Mohamad.

Mengakui kurang mendapat sokongan di peringkat perwakilan, Mohamad berkata, beliau mungkin akan bertanding jawatan lain sekiranya sokongan tidak kuat. “Kita tengok perkembangan dulu… tengok mood dulu. Kalau baik, saya akan bertanding, kalau tidak saya akan bertanding mana-mana jawatan yang dirasakan sesuai.

“Ataupun kemungkinan saya tidak akan bertanding pada pemilihan kali ini,” katanya.

Filed under: News, , , , ,

One Response

  1. kedahsenget says:

    Penilaian dari sudut keberkesanan gerak kerja dan pengorbanan yang telah mebawa banyak faedah pada jemaah harus lah di nilai dalam ‘scale dan Indek yang tertentu. pengorbanan masa yang di korbankan sepanjang hayat,anak isteri,,harta benda malah nyawanya sendiri mistilah menjadi kayu ukur yang utama .Penilaian dari sudut budaya kagum dengan Ilmu,jawatan,taraf,ustaz ulamak dan seumpamanya tidak ada apa apa erti jika tiada unsur Hidayah yang terpancar dalam jiwa pemimpin bekenaan..Hidayah akan mengerakan hati hati kita untuk meyanyangi pemimpin yang di pilih. Maka di situ akan timbul walak dan tiqah secara semula jadi .Berpidato di iringi dengan kata kata dan selogan di terjemahkan dalam bentuk pelaksanaan serta berkesan dalam memimpin amal jemaai seharusnya menjadi matlamat dalam pencarian pemimpin yang syumul.Ahli Pas harus membuat semak semula semua pemimpin Pusat.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: