Kalam Perantau

Icon

Royalti Minyak cabaran utama Dr Ahmad Samsuri sebagai Menteri Besar

oleh: Shuhaimi Al Maniri

Saya tertarik dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyebut, PAS mengharapkan royalti Petroleum dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dijanjikan dalam manifesto (PH).

Untuk itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,

“Kita harap apa yang Pakatan Harapan janjikan dalam manifesto mereka akan dikotakan sekali gus tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Katanya, PAS mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Isu Rolyati Minyak adalah antara isu hangat diperbahaskan selepas PRU-14 oleh rata-rata rakyat Terengganu. Topik ini menjadi hangat apabila kenyataan pengerusi Harapan Terengganu Azan Ismail agak “kebudakan” yang sama mentaliti seperti UMNO dahulu yang telah ditolak oleh rakyat sekarang ini.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu, namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Dr Ahmad Samsuri berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.

Selain itu, kerajaan negeri pimpinan PAS perlu terutama Terengganu dan Kelantan perlu mengambil pendekatan yang cermat dalam hal ini dengan mengambil pendekatan yang lebih mesra untuk mengajak bekerjasama antara kerajaan negeri dan Pusat.

Saya begitu tertarik apabila Menteri Besar Terengagnu yang ke-15, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan tekadnya untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata pelbagai pendekatan akan diambil bagi tujuan itu termasuk tindakan undang-undang jika perlu.

“Kita akan memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri,”

kata Ahmad Samsuri dalam ucapan sulungnya sebagai Menteri Besar ketika kuliah Dhuha Jumaat di Rusila, Marang sebaik sahaja selepas mengangkat sumpat pada malam sebelumnya Khamis, 10hb Mei, 2018.

Sebaik-baik tunggu masa dan ini adalah tanggungjawab kepimpinan baru Terengganu dalam rundingan kerajaan dengan kerajaan. Untuk Royalti diberikan kepada kerajaan Terengganu mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, dan Perjanjian Petronas Terengganu 1975 hingga tahun 2000 bila PAS berjaya memerintah Terengganu (1999-2004) dahulu.

Dalam isu Royalti cukuplah kita beri tanggungjawab kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri mencari jalan yang terbaik untuk menguruskan perkara ini dengan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perdana menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu,”

katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam baru-baru ini..

Pada saya, tidak perlu ada mana-mana Ahli Parlimen dan ADUN mahupun exco kerajaan negeri yang membuat kenyataan terbuka mewar-warkan isu ini dalam apa situasi yang akan membuatkan rundingan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan menjadi makin rumit.

.

Filed under: Kalam Perantau

Terengganu Maju Berkat Sejahtera: Mampukah Dr Samsuri dan Exco penuhi kehendak rakyat?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Saya tertarik kepada ucapan Cikgu Daud sejurus selepas kuliah dhuha jumaat Tok Guru Hj Abdul Hadi di Masjid Rusila selepas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menangkat sumpah Menteri Besar Terengganu pada malam sebelumnya secara sepontan menyebut,” lepas ni kalau nok jadi menteri Besar jugok kena mari tanding di Rhu Rendang lah”.

Ucapan Cikgu Daud secara sepontan ini disambut oleh Tuan Guru semasa gilirannya berucap, dengan nada berjenaka menyebut, cikgu Daud pun mungkin jadi menteri besar pada 2008 jika dia bertanding pada pilihanraya tahun tersebut sebab Tuan Guru dah cadangkan dia bertanding.

Penilaian terhadap kerajaan Terengganu pimpinan PAS (1999-2004) bertemakan ‘Membangun Menurut Islam’ pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah selesai melaksanakan tugasannya dengan meletakkan kembali kedaulatan Islam dalam undang-undang tubuh kerajaan Negeri Terengganu.

Perkara ini telah selesai dan tak perlu dibahaskan lagi. Ada pun kerajaan Terengganu Maju Berkat Sejahtera yang dipimpin oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,Adun Rhu Rendang yang juga Setiausaha Politik kepada Presiden PAS ini adalah kesinambungan kepada kerajaan Terengganu Membangun Bersama Islam yang dipimpin oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, mantan Adun Rhu Rendang sebelum ini.

Analisa EXCO Kerajaan PAS di Terengganu

Ramai kawan-kawan bertanya, mampukah Menteri Besar dan exco kerajaan PAS pada kali ini bertugas memenuhi kehendak rakyat dan mentadbir kerajaan Terengganu bertemakan ‘maju berkat sejahtera’ berbanding kerajaan PAS (1999-2004) sebelum ini dengan lebih baik.

Sebagai pemerhati politik, saya mendapati perlantikan Menterui Besar dan exco kerajaan teknokrat PAS di Terengganu adalah mantap dengan merit tertentu mengikut kawasan pilihanraya dan kemampuan peribadi seseorang yang dipilih menjadi exco yang merupakan gabungan generasi pemuda dari zaman generasi pemerintahan selepas tahun 1999 dahulu.

Dari analisa ringkas berhubung kabinet exco kerajaan Terengganu pimpinan PAS kali ini, Menteri Besar diberikan kepada Adun Rhu Rendang juga. Hanya kawasan Marang dan Kuala Terenggnu sahaja didapati mendapat peruntukan dua kerusi exco. Sementara lain-lain kawasan parlimen diwakili oleh seorang exco dalam kabinet kerajaan Terengganu seperti sebelum ini.

Dua kerusi exco dari kawasan Marang diwakili oleh YB Ustaz Mohd Noor Hamzah, Adun Bukit Payong (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan) seorang graduan dalam bidang pengajian islam dan YB Arifin Deraman, Adun Alor Limbat (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat) merupakan graduan dalam bidang Sains Komputer dan juga pengajian Islam .

Manakala exco dari kawasan parlimen Kuala Terenganu pula terdiri YB Dato Tengku Hassan Tengku Omar, Adun Ladang (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran) merupakan bekas pegawai tadbir kerajaan negeri Terengagnu yang berpengalaman luas dalam bidang ini dan YB ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, ADUN Wakaf Mempelam (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO merupakan bekas pemimpin muda pemuda PAS dan juga aktivis NGO.

Setiap kawasan parlimen yang lain diwakili oleh seorang exco dimana Besut dan setiu memenagi satu sahaja kerusi DUN dalam parlimen berkenaan. Besut diwakili oleh YB Hj Nurkhuzaini Abdul Rahman, ADUN Kota Putra (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja) merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan dan juga usahawan dan dari Setiu yang merupakan kawasan pertanian pula diwakili oleh Dr Azman Ibrahim, ADUN Jabi (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa) .

Manakala Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman masing-masing menang 3 kerusi DUN dalm parlimen berkenaan. Bagi Hulu Terengganu, pencapaian kali ini lebih baik daripada tahun 1999 kerana berjaya menambah satu lagi kerusi DUN yang dimenangi iaitu Ajil yang menang dengan majiriti 4 undi.

Prestasi di Kemaman, sama seperti tahun 1999 tetapin telah bertukar dari kerusi kijal yang dimenangi 1999 tetapi kalah pada kali ini tetapi menang Kemasek kerusi yang tidak dimenangi pada tahun 1999 dulu. Sementara di Dungun pula kurang satu kerusi bila Bukit Besi gagal dimenangi setelah beberapa kalim kira kalah dengan 26 undi. Tahun 1999 dahulu Bukit Besi dimenangi dengan 28 undi sahaja.

YB hanafiah Mat, ADUN Chukai (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan keluarga & Pembangunan Nasional mengambil alih portfolio Ustaz Awang Dagang, mantan ADUN Chukai (1999-2004) dahulu ExcoHal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum.

Manakala Ustaz Saiful Bahri Mamat, ADUN Paka dari Dungun (pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syarian, Pendidikan dan Pengajianj Tinggi) seorang graduan pengajian islam imenggantikan peranan Ustaz harun Taib yang menjadi exco Pendidikan, dakwah dan Perlaksanaan Syariah pada masa kerajaan PAS (1999-2004).

Dua lagi exco dari Kualoa Nerus dan Hulu Terengganu disandang oleh YB Dr Alias Abdul Razak, ADUN Bukit Tunggal (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) dan YB Dr Mamad Puteh, ADUN Kyuala Berang (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau). Kedua-dua ini adalah doctor perubatan yang telah menjadi ADUN pada tahun 1999-2004 yang lepas.

Kesemua Exco ini sedang diteropong secara dekat oleh rakyat. Mereka perlu bekerja secara berpasukan bagi melaksanakan janji-janji PAS Terengganu dalam pilihanraya umum ke14 baru-baru ini. Kepada semua, selamat berkhidmat dan menyahutv seruan Menteri Besar yang menyeru, ‘AYUH BEKERJA BERSAMA KAMI’ bangunkan Terengganu “Maju, Berkat dan Sejahtera”.

Filed under: Kalam Perantau

Catatan Perjalanan (IIA) PRU ke-14: Pilih Dr Samsuri keputusan tepat

Tulisan ini adalah sambungan kepada Catatan Perjalanan PRU ke-14 saya sebelum ini dengan tajuk “PAS Akhirnya Berjaya tawan Terengganu”

Selepas ke Sabah, saya balik ke Terengganu untuk meninjau suasana penamaan calon sebelum berkunjung ke Kelantan dan Sarawak sebelum balik ke Terengganu dua hari sebelum mengundi untuk melihat sendiri suasana di Terengganu.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Terengganu berjaya ditubuhkan oleh PAS sebaik sahaja selesai pilihanraya umum pada tahun 1859 dan dipimpin oleh Abdul Daud Samad sebagai Menteri Besar tetapi sempat bertahun selama 2 tahun lebih setelah Berjaya ditumbangkan oleh UMNO dalam satu usul undi tidak percaya di DUN Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan memenangi 22 kerusi DUN, PAS sekali lagi berjaya membentuk kerajaan Negeri Terengganu bagi kali yang ke-3 setelah kerajaan Terengganu dipimpin oleh Dato Seri Tusn Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai Menteri Besar Terengganu (1999-2004) tidak dapat dipertahankan oleh PAS pada pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004.

Selepas 15 tahun, PAS akhirnya Berjaya memerintah semula Terengganu bagi kali ketiga berbanding dengan 38 tahun sebelum ini selepas tewas pada tahun 1961. Bagi saya, pencapaian PAS kali ini lebih bermakna pada tahun 1999 kerana pada kali ini PAS menang diatas kekuatan yang bertanding secara bersendirian berbanding dengan tahun 1999 dahulu.

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berpendapat, pemilihan Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon di kerusi Pas Dun Rhu Rendang pada PRU14 bagi menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pemilihan sesuai dan tepat.

Malah beliau juga yakin pemilihan telah dilakukan secara berhati-hati dan mengambil kira semua perkara termasuk pengalaman calon sendiri yang merupakan Setiausaha Politik Presiden Pas.

“Saya fikir dia (Samsuri) adalah calon yang paling sesuai bagi menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tentunya, Hadi telah melakukan pemilihan dengan berhati-hati dan sesuai.

“Sebagai Setiausaha politik, beliau (Samsuri) tahu pemikiran dan cara bekerja (Abdul Hadi) dan sebagainya. Oleh itu, beliau (Abdul Hadi) akan pastikan (Samsuri) menang kerana kawasan itu merupakan kubu kuat Pas dan juga Hadi.

“Tentunya meletakkan setiausaha politiknya adalah satu pilihan yang tidak boleh dipertikaikan,” katanya ketika dihubungi sebuah media tempatan.

Beliau juga berpendapat, Samsuri yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi kerana merupakan pakar penerbangan yang juga bekas Ketua Jabatan Aeroangkasa Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mempunyai keperibadian baik itu, dilihat mampu pertahankan kerusi itu.

“Saya yakin beliau boleh pertahankan kerusi di Dun Rhu Rendang dan mampu memberi cabaran besar kepada BN untuk merampas kerusi itu. Samsuri merupakan calon yang sukar ditandingi oleh BN,” katanya.

Apabila ditanya kenapa tidak meletakkan anaknya, Mohd Khalil Abdul Hadi di kerusi Dun Rhu Rendang sebaliknya di Dun Batu Burok, beliau berkata tentunya Abdul Hadi atau PAS mempunyai alasannya sendiri.

“Dia (Abdul Hadi) melihat orang kanannya lebih sesuai. Samsuri sendiri juga sudah masak dan mengenali kawasan itu dan sudah dikenali penduduk.

“Sebagai setiausaha politik juga, beliau yang menjaga pergerakan dan program politik Abdul Hadi. Saya percaya pemilihan begitu strategik dibuat oleh Pas,” katanya.

Apabila ditanya, kemungkinan Samsuri bakal menjadi calon Menteri Besar sekiranya Pas berjaya menawan Terengganu. “Tidak mustahil, jika Pas mampu menawan Terengganu, Samsuri mungkin menjadi calon Menteri Besar,” katanya.

Terbukti pandangan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) berkaitan pemilihan Dr Samsuri oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi itu bukan sahaja mampu menang di Rhu Rendang yang telah dipertahankannya beliau selama 36 tahun tetapi kesannya merebak keseeluruh Terengganu untuk membolehkan PAS menang dan menawarkan sebuah kerajaan teknokrat bagi membentuk kerajaan Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.

Filed under: Kalam Perantau

PRU ke-14: Catatan Perjalanan (II) ke Borneo

Tulisan ini adalah sambungan kepada Catatan Perjalanan PRU ke-14 saya sebelum ini.

Dalam ziarah ke Sabah, saya sempat ke Semporna dan beberapa tempat lain untuk melihat sendiri gelombang WARISAN yang diterajui Shafie Afdhal dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UMNO di Sabah.

Gelombang untuk menukarkan kerajaan di Sabah amat terasa khususnya di Semporna, Sabah. Sukar bagi mereka untuk menerima apa yang dilakukan oleh UMNO kepada Shafie, Naib Presiden UMNO sebelum ini.

Saya tidaklah terkejut sangat bila melihat WARISAN mendapat 21. Manakalla sekutunya dalam PH, PKR mendapat 2 kerusi dan DAP mendapat 6 kerusi menjadikan gabongan mereka 29 kerusi, sama dengan kerusi yang diperolehi BN juga.

Keadaan ini menjadikan Parti STAR yang dipimpin Dr Jefri Kitingan mendapat 2 kerusi menjadi ‘kingmaker’ yang boleh menentukan kerajaan dengan parti yang dipilih mereka.

Selepas ke Sabah, saya berkunjung ke Sarawak sebelum balik ke Terengganu dua hari sebelum mengundi untuk melihat sendiri suasana di Terengganu. Tentang Terengganu saya sudah tulis dalam catatan yang lepas.

Di Sarawak, saya turun Batang Lupar dan lain-lain tempat dimana PAS berkembang dengan baik sebelum ini. Malah di Beting Maro pada PRN 2011, PAS nyaris-nyaris mencatat kemenangan sulong bila hanya kalah sekitar 350 undi sahaja.

Dalam kesempatan masa yang ada, saya sempat bertukar-tukar pendapat dengan Prof Madya Dr Jeniri Amir, seorang ‘pakar’ dan pengkaji politik Sarawak yang dihormati pelbagai pihak.Bagi beliau tidak banyak perubahan yang berlaku dan boleh dilakukan dalam politik Sarawak setakat ini. Rakyat Sarawak masih lagi perlukan PBB untuk memayung perjuangan mereka.

Kehadiran PAS di bumi Sarawak memerlukan masa yang masih panjang untuk mula mendapat tempat dan diberikan peluang menjadi wakil mereka.

Politik Sarawak ini amat unik untuk diteliti. PAS Sarawak telah memulakan langkah dengan baik bila meletakkan calon bukan Islam sebagai calon mereka dalam pilihanraya negeri yang lepas tetapi tidak ada pula dalam pilihanraya umum kali ini.

Di Sarawak, pilihanraya parlimen dan negeri diadakan berasingan. Pilihanraya negeri telah diadakan pada tahun 2016 yang lepas.

Banyak lagi perbincangan yang memakan masa hampir 2 jam dengan Dr Jeniri Amir sambil lunch dengan beberapa sahabat lain. Dipenghujung pertemuan, beliau mengharapkan PAS Sarawak terus tabah walaupun gagal mendapat kerusis dalam pilihanraya kali ini.

Beliau berpendapat, setidak-tidaknya PAS memerlukan 2 dekad lagi atau 4 kali pilihanraya lagi bagi membolehkan adanya ADUN PAS di Sarawak.

Filed under: Kalam Perantau

Catatan Perjalanan PRU ke-14

Jika tidak silap ingatan saya, saya mula kenal pilihanraya ini pada tahun 1974 lagi, ketika itu saya dalam darjah 3. Saya masih ingat lagi lagu yang dinyanyikan termasuk kami yang masih kanak-kanak pusing basikal keliling kampong dengan membawa bendera PSRM dan menyanyikan lagi, “Pok amai amai, belalang kupu kupu, keluar ramai-ramai, pakoh tanduk lembu”

PSRM menjadi popular di Terengganu termasuk di kampong saya disebabkan berlaku kelompangan dipihak pembangkang, PAS, ketika itu berada dalam Barisan Nasional. Sekarang PSRM telah berpecah kepada dua parti yang berlainan menjadi Parti Rakyat Malaysia (PRM dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang turut bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Survey 1Media

Dua parti berhaluan kiri, PSM dan PRM dilihat tidak menjadi pilihan pembaca 1Media dengan mendapat beberapa undi sahaja. PRM dapat 6 undi dan PSM dapat 7 undi sahaja dari 1251 undi. dengan hanya 18 (1 %) sahaja yang tidak pasti.

Dua parti baru yang turut bergabung dalam PH bersama PKR dan DAP, iaitu PPBM dan PAN mendapat 20 undi (1%) dan 26 undi (1 %) juga. PKR dan BN dilihat bersaing rapat dengan 67 undi (5 %) dan 68 undi (5 %)

Jika dibanding dengan parti DAP yang mendapat 18 undi (1%), kalau undi PRM/PRM digabongkan, gabongan kedua parti tersebut boleh dapat 1% seperti DAP juga.

Jika dapatan yang diperolehi ini menggambarkan keadaan yang berlaku diluar sana, PAS yang mendapat 1100 undi (87 %) adalah diluar dugaan sama sekali. Ini memberikan gambaran kepada PAS yang membentuk Gagasan Sejahtera.

Dengan kerjasama beberapa parti politik, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyyah SeMalaysia (Berjasa) serta Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berasaskan kaum Cina dan Parti Generasi Baru (NewGen) yang berasaskan kaum India, PAS menjadi pilihan rakyat untuk menjadi kerajaan alternatif kepada rakyat dengan janji membentuk sebuah kerajan baru – Malaysia Sejahtera berasaskan kerajaan teknokrat perlu diberikan perhatian oleh pengkaji-pengkaji politik.

PRU14: Turun Padang melihat sendiri

Untuk mengelak tidak terpengaruh dengan dapat survey media online ini, penulis dengan beberapa orang rakan menjelajah ke semua negeri di Malaysia bagi melihat sendiri dapatan kajian yang tak pernah berlaku dalam beberapa pilihanraya umum sebelum ini.

Saya tidak merasa hairan dan terkejut, jika sambutan yang luar biasa kepada PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Malah kalau di Perlis dan Pahang pun, jika sambutan kepada PAS hebat pun saya masih dapat menerimanya.

Tetapi mengejutkan juga, jika sambutan terhadap PAS memberangsangkan di Sabah. Beberapa tempat yang saya lawati, Semporna, Kunak, Kalabakan, Tawau disebelah Pantai Timur Sabah muda memberikan sambutan kepada PAS. Malah disebelah Pantai Barat, Tanjung Aru dan Putatan, sambutan dan perang poster antara PAS, BN dan warisan amat sengit. Malah ada yang beritahu saya, jangan terkejut jika PAS menang kerusi di Sabah pada kali ini.

Hujung minggu ini Sabtu dan Ahad saya ke Sarawak pula untuk meninjau beberapa parlimen yang ditandingi oleh PAS. Seorang pimpinan PAS Sarawak memberi tahu saya, Sarawak juga akan menyumbangkan kerusi kepada PAS dalam usaha untuk membentuk kerajaan baru Malaysia Sejahtera.

Biasanya saya akan balik lebih awal beberapa hari untuk mengundi di kampong halaman di Terengganu. Jika ada permintaan untuk berceramah atau memberikan pandangan di kedai kopi, biasanya saya akan layan.

Jika tidak ada, biasanya saya akan bersembang dengan bapa, seorang aktivis PAS peringkat bawahan. Saya tak pasti sejak bila dia menjadi ketua cawangan PAS di sebuah kampong asalnya, Kampong Baru Serada dalam Dun Alor Limbat.

Tetapi menjelang pilihanraya ke-14 ini, dia tak sempat lagi mengundi kerana telah dipanggil penciptaNya selepas sakit terbaring selama lebih 7 bulan, selepas terjatuh dalam rumah pada masa saya bertolak balik ke Kuala Lumpur pada 1hb Oktiober tahun 2017 selasai program Fastaqim 2.0 di Tok Jembal, Kuala Nerus.

Walaupun kami semua tinggal di kampong keluarga sebelah emak di Manir, tetapi ayah tetap tidak pindah pusat pengundian ke tempat yang kami tinggal kerana dia hendak undi Tok Guru di Parlimen.

Terengganu kembali kepada PAS?

Dalam masa saya turun padang meninjau perjalanan pilihanraya di semua negeri, satu soalan yang tak lekang ditanya kepada saya, bolehkah PAS ambil balik Terengganu? Ini soalan yang bertubi-tubi ditanya.

Saya tidak berani untuk memberikan jawapan yang pasti. Tetapi dari apa yang saya lihat, PAS hampir pasti membentuk kerajaan baru berasaskan teknokrat di Terengganu selepas PRU ke-14 ini.

Jika tidak ada kenyakinan ini, tidak mungkin Presiden PAS melepaskan kerusi Dun Rhu Rendang yang disandangnya selema lebih 30 tahun (sejak 1982 hingga 2018) kepada Setiausaha Politik, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk ditandingi pada PRU ke-14 ini.

Malah anak beliau, Ustaz Khalil Abdul Hadi yang juga Ketua Pemuda PAS disebut-sebut menggantikan beliau bertanding kerusi tersebut diletakkan bertanding di DUN Batu Burok yang dikosongkan oleh mantan ADUN batu Burok yang juga pernah menjadi Setiausaha Politik beliau sebelum Dr Ahmad Samsuri.

Rakyat mula yakin PAS tidak ketandusan teknokrat untuk memimpin dan mentadibir kerajaan negeri Terengganu ke arah yang lebih baik. Kehadiran Dr Ahmad Samsuri, seorang pakar Aeroangkasa bukan sahaja mengejutkan dan membuka mata banyak pihak di Terengganu.

Setelah meneliti kemampuan akademik dan pengalaman serta sokongan kepada calon yang bertanding ke tiga-tiga pihak di Terengganu. Saya yakin pertatungan sebenar adalah kepada PAS/Gagasan Sejahtera dan UMNO/BN sahaja.

Calon dari Parti-parti PH yang menggunakan simbol PKR pada kali ini perlu ditolak awal-awal lagi oleh rakyat kerana ianya bersifat pengacau sahaja dalam usaha rakyat Terengganu untuk membuat perubahan dalam PRU ke-14 kali ini.

Selamat Mengundi, Jom sama-sama mengundi pada 9hb Mei untuk perubahan bagi membentuk kerajaan Terengganu – Maju. Berkat dan Sejahtera.

Filed under: Kalam Perantau

2333 calon bersaing bagi PRU ke-14

oleh Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Proses penamaan calon bagi PRU ke-14 telah berakhir pada 28hb April baru-baru ini dengan hanya satu kerusi sahaja yang dimenangi tanpa bertanding, iaitu DUN Rantau di Negeri Sembilan oleh Datuk Mohamad Hassan, Menteri Besar sebelum ini setelah calon PKR, Dr Streram gagal bertanding.

Selain daripada kerusi DUN Ratau tersebut, dun atau parlimen ditandingi sekurang-kurangnya 2 penjuru merebut 504 kerusi DUN berbaki dan 222 kerusi parlimen.

Terdapat 70 kawasan yang melibatkan 2 penjuru atau 1 lawan 1 membabitkan 30 parlimen dan 40 dun. Manakala pertandingan 3 penjuru membabitkan 494 kerusi, dimana 151 parlimen dan 343 dun. Sejumlah 113 partandingan 4 pennjuru membabitkan 33 parlimen dan 80 dun. Malah ada yang ditandingi 5 penjuru (6 parlimen, 31 dun), 6 penjuru (2 parlimen, 9 dun) dan paling banyak adalah 7 penjuru di dun merotai di Sabah.

Pilihanraya kali ini melibatkan 2,333 calon bersaing di 505 kerusi dun dan 222 kerusi parlimen dengan seramai 1,646 orang bertanding melibatkan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang serta calon bebas. PRU ke-14 kali ini menyaksikan seramai 590 calon bagi merebut 222 kerusi parlimen dan 1,934 calon menghantar pencalonan bagi 505 kerusi DUN (tidak termasuk Sarawak).

Dalam pada itu, terdapat 26 calon bertanding 2 kerusi parlimen dan dun sertentak pada PRU ke-14 ini. Mereka termasuklah 3 orang Menteri Besar dan 1 orang Ketua Menteri, iaitu Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin (Parlimen Pasir Gudang, Dun Permas), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamri Abdul Kadir (Parlimen Lumut, Dun Pangkor) dan dari pembangkang pula, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali (Parlimen Giombak, Dun Bukit Antarabangsa) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan, Dun Ayer Puteh).

Selain itu, Pengerusi UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan AntaraBansa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad kekal bertanding 2 kerusi (Parlimen Jeli dan Dun Ayer Lanas). Seorang lagi adalah Timbalan Pengerusi Umno Pahang bertanding di dua kerusi juga (Parlimen Temerloh, Dun Lanchang).

DUN dan Parlimen Tumpuan

Dikatakan lebih 40 kerusi parlimen dan 60 kerusi dun menjadi tumpuan diseluruh negara terutama kerusi-kerusi yang ditandingi oleh pemimpin kerajaan dan pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang.

Trend bertanding dua kerusi ini memang menjadi kebiasaan bagi pembangkang dan juga pemimpin BN di Sabah dan Sarawak mula diikuti oleh UMNO di Semenanjong pula sekarang. Sebaliknya, Presiden PAS yang bertanding di dua kerusi sebelum ini, Parlimen Marang dan Rhu Rendang, kali inii hanya bertanding kerusi Parlimen Marang sahaja dan melepas kerusi Dun Rhu Rendang yang dimenangi sejak tahun 1982 kepada Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokkhtar untuk bertanding Dun Rhu Rendang pada PRU ke14 kali ini.

Selain itu, Wan Azizah juga bertanding satu kerusi sahaja dengan melepas kerusi Dun Kajang yang dimenangi dalam pilihanraya kecil yang dibuat dalam ‘Langkah Kajang’ yang bersejarah menabalkan Azmin Ali di kerusi Menteri Besar Selangor walaupun Wan Azizah menang dikerusi yang dikhususkan untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kali ini Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpindah kerusi dengan bertanding kerusi parlimen Pandan yang sebelum ini ditandingi oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramlimenjadi tumpuan media dan peminat politik setelah beliau meninggalkan kerusi tradisi keluarganya di Permatang Pauh, Pulau Pinang kepada anak sulungnya Nurul Izzah Anwar yang juga berpindah dari kerusi Parlimen Lembah Pandai yang dimennagi sejak 2008 untuk bertanding dikerusi tersebut.

Rafizi Naib Presiden PKR tidak layak bertanding pada PRU ke-14 untuk mempertahankannya kerusi Parlimen Pandan. Seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua juga tidak layak bertanding pada kali ini mempertahankan kerusi Parlimen Batu.

Banyak lagi kejutan-kejutan lain yang menjadi tumpuan kepada persaingan merebut kerusi dari 3 kelompak yang besar bakal mewarnai politik negara pada kali. Tumpuan adalah kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan serta Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS bagi mendapat mandat rakyat Malaysia pada kali ini.

Ketika rencana ini ditulis, saya berada di Sabah untuk meninjau perkembangan politik Sabah yang mana PAS mewakili Gagasan Sejahtera bertanding 8 kerusi parlimen dan 18 kerusi dun di Sabah. Saya ingin melihat sendiri, apakah PAS Sabah mampu menang mana-mana kerusi dun atau parlimen yang ditandingi mereka pada kali ini.

Tumpuan banyak diberikan apakah PAS akan terus menerajui Kelantan, selain merampas Kedah dan Terengganu. Manakala PKR pula akan bertahan di Selangor dan Penang bersama dengan DAP yang tidak bertanding diatas logo sendiri di Semenanjong pada kali ini.

Sama-sama kita tunggu hari pembuangan undi pada 9hb Mei 2018 yang akan menjadi hari penentuan, pihak mana yang akan diberikan mandat oleh rakyat.

Filed under: Kalam Perantau

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories