Kalam Perantau

Icon

PH5,BN4: Tun M dipenghujung kuasa…?

oleh: Shuhaimi Al-Maniri’

 

Pada PRU ke14 yang lepas, rakyat telah membuat satu perubahan dengan menukar sebuah kerajaan yang telah memerintah negara selama 60 tahun sejak merdeka untuk memberikan satu pengajaran kepada BN bagi mendapat sebuah kerajaan yantg lebih baik ‘dari rakyat kepada rakyat’. Mereka memberi ‘peluang’ kepada Tun Mahadir Mohamad (PM4) – mengetuai koalasi pembangkang-Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah.
Pertandingan secara 3 penjuru dalam satu disamping satu lagi pembangkang-Gagasan Sejahtera (GS) menyebabkan kerajaan BN tersungkur setelah 60 tahun memerintah. Apa yang berlaku sekarang, dalam tempoh 19 bulan sahaja selepas PH diberi kuasa memerintah negara menjadi sebuah kerajaan, rakyat sudah mula sedar dan terbangun dari ‘mimpi’ sebelum ini yang panjang
Pilihan Raya Kecil : PH5, BN4
Sebanyak 9 pilihanraya kecil telah diadakan selepas PRU ke-14 derngan 4 pada tahun 2018 dan 5 pada 2019. Pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14., malah setakat ini Negeri Selangor sahaja melibat pilihanraya kecil bagi 4 DUN. Manakala 1 pilihanraya parlimen di Negeri Sembilan (Parlimen Port Dickson) yang ‘sengaja’ diadakan tanpa keperluan yang mendesak oleh PH (PKR) bila Ahli Parlimen PKR meletak jawatan untuk membolehkan Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.
Berikut adalah, pilihanraya kecil yang telah diadakan; 1 Pilihan raya kecil DUN Sungai Kandis (2018), 2 Pilihan raya kecil DUN Balakong (2018), 3 Pilihan raya kecil DUN Seri Setia (2018), 4 Pilihan raya kecil Parlimen Port Dickson (2018), 5 Pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands (2019), 6 Pilihan raya kecil ADUN Semenyih (2019), 7 Pilihan raya kecil ADUN Rantau (2019), 8 Pilihan raya kecil Parlimen Sandakan (2019) dan 9 Pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai (2019).
Pilihan Raya kecil ADUN Sungai Kandis (Ogos, 2018)
MOHD Zawawi Ahmad Mughni meraikan kemenangan selepas dipilih menjadi Adun Sungai Kandis pada Pilihanraya Kecil N.49 Dun Sungai Kandis. – Foto Roslin Mat Tahir

Pada mulanya, PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Mat Suhaimi Shafiei, 50 tahun yang meninggal dunia akibat barah limfoma pada 2 Julai 2018 lalu. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari penamaan calon diadakan pada 21 Julai 2018 manakala PRK ini juga diadakan pada 4 Ogos 2018.

Berikut merupakan keputusan rasmi

Pilihan Raya kecil ADUN Balakong (September, 2018)

Pilihan raya kecil ADUN Balakong di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang kedua selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan berikutan penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Eddie Ng Tien Chee, 40 tahun yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga, Cheras, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2018 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala, hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018.
Berikut merupakan keputusan rasmi:

Pilihan Raya Kecil ADUN Seri Setia (September, 2018)

Pilihan Raya Kecil ADUN Seri Setia di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang ketiga selepas PRU-14 lalu. PRK ini diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga ADUN bagi kawasan itu, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, 56 tahun yang meninggal dunia akibat kanser usus tahap 4 pada 2 Ogos 2018 lalu. Menurut SPR, sama seperti PRK ADUN Balakong, hari penamaan calon diadakan pada 18 Ogos manakala hari mengundi awal pada 4 September dan kemudiannya, hari pengundian pada 8 September 2018.
Berikut merupakan keputusan rasmi
Keputusan Pilihan Raya Kecil N.32 Seri Setia
Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson (Oktober, 2018)
Pilihan raya kecil Port Dickson 2018 di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang keempat selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan penyandangnya Laksamana Muda Dato’ Danyal Balagopal Abdullah (B) telah meletak jawatan pada 12 September 2018. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 13 Oktober 2018.
Berikut merupakan keputusan rasmi:

Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands (Januari, 2019)

 

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kelima selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan bahawa keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen P.078 Cameron Highlands yang diadakan pada 9 Mei 2018 adalah terbatal. Mahkamah mendapati Sivarraajh bersalah menyuap antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi masyarakat Orang Asli sebelum pilihan raya itu ditubuhkan di luar keraguan munasabah dalam petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon PH-DAP, M. Manogaran. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 26 Januari 2019.Berikut merupakan keputusan rasmi:

Pilihan Raya Kecil ADUN Semenyih (Mac, 2019)

Pilihan Raya Kecil Semenyih di negeri Selangor merupakan pilihan raya kecil yang keenam selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar bin Mohd Nor pada 11 Januari 2019.[1] Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 2 Mac 2019. Kerusi itu menjadi kosong selepas kematian anggota Dewan Undangan Negeri, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Januari 2019 akibat serangan jantung.[2] Bakhtiar ialah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah gabungan Pakatan Harapan (PH).
Hari pencalonan pada 16 Februari 2019, dengan tempoh berkempen selama 2 minggu sehingga hari pilihan raya pada 2 Mac 2019 dan 26 Februari 2019 untuk pengundian awal. Pilihan raya kecil itu menggunakan senarai pemilih suku tahun 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari 2019, yang mana kawasan itu mempunyai 53,411 pengundi yang layak terdiri daripada 53,520 pengundi biasa dan 109 orang yang tidak hadir.[1][3]

Zakaria Hanafi dari Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil itu. Inilah kali pertama kerusi bertukar kepada pihak lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.[4]

Pilihan Raya Kecil Rantau (April, 2019)
Pilihan Raya Kecil Rantau di Negeri Sembilan merupakan pilihan raya kecil yang ketujuh selepas Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. Pilihan Raya ini diadakan berikutan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan tanpa bertanding Mohamad Hasan pada PRU lalu tidak sah dan terbatal[1]. Pilihan Raya kecil ini diadakan pada 13 April 2019
Berikut merupakan keputusan rasmi
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan (Mei, 2019)

Pilihan Raya Kecil Sandakan di negeri Sabah merupakan pilihan raya kecil yang kelapan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan itu, Datuk Stephen Wong, 65 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kota Kinabalu, Sabah pada 28 Mac 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 27 April manakala hari mengundi awal pada 7 Mei dan kemudian, hari pengundian pada 11 Mei 2019.

Berikut merupakan keputusan rasmi
Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai (November, 2019)
Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai di negeri Johor merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas PRU-14. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen bagi kawasan itu, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 21 September 2019 lalu. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 2 November manakala hari mengundi awal pada 12 November dan kemudian, hari pengundian pada 16 November 2019.

Berikut merupakan keputusan rasmi:

 

Penutup
Pada 16 November lalu, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai dengan majoriti yang begitu besar kepada BN(MCA) menujukkan kekuatan parti PH (Bersatu) yang sedang memerintah terhakis bukan sahaja kalah 3 pilihanraya kecil (Cameron Highland, DUN Semenyih dan Dun Rantau) secara hatrik.sebelum ini.
Lebih parah bila kalah lagi dalam skala besar di Tanjong Piai, tempat yang telah dimenangi sebelum ini. Justeru itu, seorang pemimpin PH (PKR) di Johor, Hassan Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang) yang pernah menjadi pemimpin Parti Rakyat Malayia (PRM) sebelum ini segera menyeru pimpinan PH jangan terus berduka dengan ‘referendum kecil’ pengundi di Pilihanraya kecil Tanjong Piai kerana PH masing menang (PH5, BN4).
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dillihat seolah-olah mahukan calon Bersatu Karmaine Sardini menang untuk PRK Tanjung Piai, “ADUN Pekan Nenas (Yeo Tung Siong) memberitahu saya, jika Karmaine menang, mereka boleh bekerja bersama-sama untuk membangunkan Tanjung Piai dan Pekan Nenas. Ini satu kombinasi yang bagus – Lim Kit Siang” bukan kerana kemakmuran rakyat, tetapi lebih kepada manfaat dan survival parti s DAP itu sendiri “menunggang” calon Melayu PH (Bersatu) untuk mengukuhkan kuasa mereka di luar kawasan Cina.
Keputusan Pilihanraya kecil Tanjong Piai adalah diluar dugaan sama asekali walaupun banyak pemerhati dan pengkaji poilitik memberikan peluang yang tinggi untuk BN (MCA) menang majoriti 15,000, Ini pilihanraya pertama selepas Muafakat Nasional (Umno dan PAS) dimeterai.
Kemenangan calon BN (MCA) dan PAS pada PRU ke-14 telah dijangka apabila keputusan PRU 14 (BN dan PAS) memihak kepada mereka walaupun kerusi tersebut dimenangi oleh PH (bersatu) dengan majority tipis 500 undi (nota: Baca tulisan saya sebelum ini, Tanjung Piai kekal PH atau kembali BN?).
Dalam tulisan ini, saya tidak bercadang untuk menganalisa keputusan pilihanraya kecil Tanjong Piai ini. Kali ini saya bercadang untuk mengimbau sedikit kebelakang dalam persaingan kuasa antara parti-parti politik yang ada dalam negara kita. Dari segi stastik BN-PAS tewas lima kali PRK, manakala PH tewas empat kali dari sembilan pilihan raya kecil sejak 9 Mei 2018.
Kata pemimpin PH Johor, Hassan Karim, “Kalau dalam liga bolasepak, PH masih dikira pihak yang menang. Hanya yang bimbang PH tewas empat kali hampir berturut-turut bermula dari Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai.
PKR terlibat dalam empat (4) PRK itu dengan keputusan tiga menang dan satu kalah. DAP pula terlibat dalam tiga PRK dengan keputusan dua menang dan satu kalah. Manakala parti Bersatu terlibat dalam dua PRK iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai, malangnya kedua-duanya tewas”.
Bagi saya pula, apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil sebelum ini adalah masing-masing parti kembali memenagi kerusi yang dimenangi dalam PRU ke-14 lepas kecuali 2 pilihnaraya kecil, Dun Semenyih dan Parlimen Tanjong Piai yang ditandingi PH (Bersatu) telah bertukar kerusi dari PH kepada BN. Manakala bagi PRK Parlimen Cameron yang dibatalkan keputusannya, masih kerusi BN walaupun mereka menukar strategi dengan meletakkan calon Umno bagi menggantikan Datuk C Sivarrajh yang juga Naib Presiden MIC yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU ke14
Dalam komponen PH, 3 parti (PKR, DAP, Bersatu) telah terlibat dalam pilihan kecil. Cuma tinggal Amanah sahaja lagi yang belum di uji kemampuan dalam pilihnraya kecil.
PKR terlibat dalam empat ($) PRK itu dengan keputusan tiga menang dan satu kalah. DAP pula terlibat dalam tiga PRK dengan keputusan dua menang dan satu kalah. Manakala parti Bersatu terlibat dalam dua PRK iaitu di Semenyih dan Tanjung Piai, malangnya kedua-duanya tewas.

Filed under: Kalam Perantau

Tanjung Piai kekal PH atau kembali BN?

oleh: Mohd Shuhaimi A-Maniri

KEMPEN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P. 165 Tanjung Piai yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung sudah lebih seminggu bermula. Penamaan calon diadakan pada 2hb Novmber, 2019 lepas dan pengundian pula akan diadakan pada 16hb November, 2019.

PRK Tanjung Piai ini adalah pilihan raya yang kesembilan diadakan sejak PH memenangi PRU-14 pada Mei tahun lalu. Dalam rencana Tanjong Piai bakal cipta sejarah politik baharu? sebelum ini, Allahyarham Md Farid (Bersatu) memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi pada PRU-14 pada 9 Mei tahun lepas dalam pertandingan tiga penjuru dengan BN (MCA) dan PAS.

PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), GERAKAN, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan dua calon Bebas..

Calon yang bertanding adalah ; calon PH, Karmaine Sardini, calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng, calon GERAKAN, Wendy Subramaniam; calon BERJASA, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lok dan Faridah Aryani Abdul Ghafar.

Saingan 6 penjuru: Mudarat bagi BN dan PH

PH dan BN tidak diberikan laluan mudah untuk ditentang ‘satu lawan satu’ dalam PRK Tanjong Piai ini. Sebaliknya ianya merupakan saingan 6 penjuru. Pengundi “disogok” dengan isu dalaman dan akan ada undi protes terhadap BN dan PH. Parti Gerakan dan Berjasa kurang dikenali dan berpengaruh di Tanjung Piai tetapi mampu mencuri sebahagian undi protes.

Daripada 6 calon bertanding tumpuan untuk memenangi PRK ini dilihat lebih kepada calon BN dan PH atas faktor jentera yang lebih besar, lebih banyak pengikut dan ahli serta mekanisme sistem parti yang lebih berpengalaman dan efisien dari parti-parti lain yang bertanding. Kehadiran parti lain (gerakan dan Berjasa) dan calon bebas lebih bersifat meraikan kesuburan demokrasi dan pengaruh mereka akan terbatas dan mekanisme mereka pun kurang.

BN kini hanya tinggal tiga sahaja parti pengasasnya yang bermula sebagai Perikatan UMNO-MCA-MIC sebelum membentuk Barisan Nasional pada tahun 1974 yang turut disertai oleh PAS dan lain-lain parti politik.

Dengan termeterainya Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan PAS pada 14hb September, 2019 lepas, sekali lagi sejarah politik Negara tercipta satu gabongan untuk menghadapi PRU ke-15 nanti dengan pilihanraya kecil ini sebagai ujian pertama kepada permuafakatan tersebut.

Tanpa diduga Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional sepakat mencalonkan Wee Jeck Seng daripada MCA biarpun UMNO dilihat sangat berpotensi untuk memang dan selesa untuk berhadapan dengan pengundi di kawasan Parlimen Tanjong Piai yang majoriti Melayu itu.

Umno dan Pas yang memngasaskan Muafakat Nasional perlu bekerja keras membuktikan bahawa model politik yang dibawa ini sesuai untuk diberikan satu pertimbangan baru bagi menggantikan kerjasama Pakatan Harapan (PH) yang semakin buntu dan bercelaru serta menuju kegagalan.

Ujian pertama Muafakat Nasional yang membawa bersama Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera sedikit ‘tercalar’ bila parti BERJASA anggota Gagasan Sejahtera pada PRU ke-14 yang diterajui PAS turut meletakkan calon bila BN tidak meletakkan calon Umno, sebaliknya calon MCA bertanding dikerusi majoriti Melayu .

BERJASA kali ini meletakkan Presidennya, Dr Badrulhisham Abdul Aziz bertanding dalam PRK ini atas logo sendiri. Pada PRU ke-14 lepas, calon BERJASA bertanding atas tiket PAS di Tanjong Piai. Walaubagaimanapun pada PRK kali ini PAS menegaskan dan mengarahkan ahli dan penyokong PAS mengundi calon dari BN (MCA) seperti yang telah direstui Muafakat Nasional.

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menegaskan, sungguhpun keindukan politik Melayu-Islam merupakan suatu prasyarat kepada kestabilan politik negara dan kemakmuran ekonomi, namun penyertaan bukan Islam (ie MCA dan MIC) juga adalah satu keperluan kepada Muafakat Nasional dalam negara yang majmuk dan berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini.

Rakyat perlu disedarkan betapa perlunya Malaysia kembali kepada acuannya yang asal berteraskan keindukan dan bercirikan Malaysia. Menjadi tugas BN dan Muafakat Nasional di Tanjung Piai untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap BN dan mempamerkan keinklusifan Muafakat Nasional yang tidak hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja.

Jika BN dapat menyakin pengundi di sini, calon BN dari MCA, Wee Jeck Seng yang mewakili BN dijangka mendapat sokongan pada PRK kali ini lebih lagi status pernah menjadi wakil rakyat di Tanjung Piai, dua penggal (2008-2018)sebagai ahli Parlimen tanjong Piai sebelum ini.

Sekarang kita lihat disebelah PH pula. Penyokong PH ditemui bersemangat dan mempunyai keyakinan calon mereka boleh mempertahankan kerusi Tanjung Piai. Calon PH, Karmaine Sardini dari Bersatu dikatakan turut mempunyai peluang apabila dilihat dibantu jentera PH yang ramai dan mendapat sokongan daripada pimpinan PH.

PH pada PRU ke-14 yang lepas mengemukakan model politik ‘gamble’ yang canggung dengan menjanjikan pelbagai perkara yang lunak didengar bagi menekan kerajaan yang memerintah ketika itu dengan pelbagai ‘bajet alternatif’ jija mereka diberikan peluang memerintah sehingga hari ni telah menyebabkan berlakunya pelbagai masalah bila tidak mampu ditunaikan kerajaan PH yang diberikan mandat pada PRU ke-14.

Apa sebenarnya masalah PH? Kenapakah ini semua berlaku? Kegagalan yang nyata bagi PH adalah mereka tidak mempunyai acuan yang kukuh dan ampuh kepada pembinaan model politik baharu yang mereka cadangkan. Adakah ini semua nak dilonggokkan kepada kerajaan terdahulu atau kerana ketidakmampuan mereka sendiri dalam mengurus tadbir negara?

Lebih penting, kita mengandaikan bahawa sokongan masyarakat bukan Melayu-Muslim, khususnya Cina terhadap Pakatan Harapan (atau lebih tepat, penolakan Cina terhadap Umno-PAS) sebagai “deposit tetap”, akan kekal pada paras 90 peratus ke atas, selama-lamanya, tidak kira apa pun yang berlaku?

Andainya hasil kaji selidik bahawa 95 peratus pengundi Cina menolak BN dalam PRU14 itu tepat, sudah pasti sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Harapan akan merosot, kerana mustahil ada ruang lagi untuk melonjak dengan pelbagai masalah dihadapi kerajaan PH sekarang ini. Persoalannya, sejauh manakah kadar penurunannya, dalam PRK Tanjung Piai?

Dengan persengketaan politik secara terbuka Bersatu dan DAP dalam PH sekarang ini, apakah mustahil untuk masyarakat Cina memangkah semula calon MCA, yang hampir di’bakulsampah’kan mereka dalam tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 8 Mac 2008?

Berdasarkan maklumat dari sumber, akar umbi DAP tersepit antara dua pilihan. Di satu sisi, mereka tidak mahu berkempen membantu calon Pakatan Harapan (PH) dari Bersatu, di satu sisi lagi, mereka mahu melihat calon lawan dari MCA kecundang pada PRK Tanjung Piai di Johor itu.

Dari kaca mata masyarakat Cina, calon PH (Bersatu) dalam PRK Tanjung Piai, imej dan naratif politiknya tidak jauh berbeza dengan Umno, jadi tidak mustahil sesetengah pengundi Cina memangkah MCA semula, agar DAP berdepan dengan saingan daripada MCA.

Jika tidak memilih MCA, penyokong-penyokong yang kecewa dengan DAP dilihat mungkin mengundi calon dari Gerakan dalam PRK kali ini lebih-lebih lagi ramai dari kalangan masyarakat Cina tidak begitu senang dengan DAP selepas PRU14, dengan faktor yang pelbagai.

Perkembangan itu merupakan sesuatu yang membimbangkan PH memandangkan pada PRU14 tahun lalu, Allahyarham Farid merampas kerusi itu dari penyandang dua penggal sebelumnya, Wee Jeck Seng, hanya dengan majoriti tipis, 524 undi sahaja.

Keputusan 16 November

Calon PH daripada Bersatu berdepan sedikit kesukaran untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU14 lalu. Kajian yang telah dibuat oleh pengkaji politik, 83% respondent dari 1000 pengundi akan mengundi parti yang sama yang mereka undi pada PRU14 yang lepas.

Pada PRU14 lepas, pengundi Cina yang mengundi BN (MCA) di Tajong Piai adalah 13% sahaja. Parlimen Tanjung Piai mempunyai 52, 986 pengundi berdaftar, dengan 56.88 peratus atau 30,141 adalah Melayu, 41.52 peratus Cina 1 satu India dan 0.09 peratus bumiputera Sabah.

Jika BN (MCA) dapat peningkatan lebih dari 2 % undi Cina, peluang BN (MCA) untuk menang PRK Tanjong Piai adalah cerah setelah undi melayu yang memilih PAS dan menukar kepada calon BN pada PRK kali ini (disebabkan penyokong PAS sudah tentu berbelah bahagi dengan calon dari MCA walaupun pemimpin tertinggi PAS menyatakan sokongan tetapi dijangkakan majoriti orang PAS di sini akan memberikan undi kepada MCA lebih 1,800 dari 2,936 undi PAS dalam PRU14).

Apapun ini adalah jangkaan pengkaji dan pemerhati politik. Semua parti yang bertanding akan berusaha untuk menang. Calon PH akan berusaha untuk mempertahankan kerusi tersebut. Manakala calon BN (MCA) yang mendapat sokongan PAS berusaha untuk menang dengan cuba mendapat undi Cina dan Melayu. Sementara Berjasa pula mahu meraih atau memecahkan undi Melayu/muslim, selepas kumpulan pendukung parti itu kecewa apabila Umno tidak bertanding. Begitu juga dengan calon Gerakan akan mensasarkan undi India dan Cina.

Pertandingan enam penjuru menyebabkan pecahan undi dan agak sengit. Tetapi ramai mengundi berdasarkan parti bukan calon. Bagi sebuah kawasan yang pengundinya lebih 53,000 orang, pertarungan enam penjuru memang “agak padat”.

Setakat mana undi protes sama ada kepada calon BN atau PH sukar ditentukan dengan pertandingan enam penjuru ini. Jika selain daripada BN atau PH menang pada PRK kali ini, satu kajian baru yang menyeluruh perlu dilakukan selepas ini.

Pada saya tidak mustahil pihak selain BN atau PH boleh menang jika undi berpecah secara tak terkawal. Apa pun tunggulah keputusan pengundian Tanjong Piai pada 16hb November ini.

Filed under: Kalam Perantau

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories