Kalam Perantau

Icon

Polemik ‘Pakatan Nasional’ tidak perlu ?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Sekarang rata-rata rakyat meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kerajaan PH yang ada in secara terbuka di mana-mana. Sehingga hari ini pun penyokong komponen Pakatan Harapan bertelagah sesama sendiri terutama berkenaan isu peralihan kuasa yang mana majoriti khuatir Tun M akan mungkir pada janji.

Mereka cuba menanam di fikiran penyokong Pakatan Harapan bahawa Tun M sedang berusaha menubuhkan Pakatan baru bagi menggagalkan pelan peralihan kuasa menyebabkan kemarahan penyokong Pakatan Harapan yang tidak berpuas hati kepada Tun M.

Sehingga ada mereka lihat boleh menjejaskan soal kredibiliti politik negara. Politik negara dibawah teraju Pakatan Harapan ternyata tidak stabi sehingga pertumbuhan ekonomi negara terjejas dengan begitu teruk.

Ekonomi yang tidak memberangsangkan dan ditambah dengan kurangnya kemasukan pelabur asing, memburukkan lagi keadaan. Kerajaan hari ini juga gagal memastikan kebajikan majoriti rakyat dipelihara termasuk menangani masalah kos sara hidup yang meningkat.

Pakatan Nasional tidak Perlu ?

Lantaran kerajaan hari ini dikuasai oleh bukan Melayu, pelbagai tindakan bagi menunaikan janji yang dibuat, menyebabkan kepentingan Melayu dan Islam semakin terancam, walaupun mereka majoriti penduduk negara ini. Apabila golongan majoriti itu bersuara, mereka dituduh menafikan hak golongan minoriti.

Tetiba pada 3 Februari lalu, anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membuat spekulasi politik dengan mendedahkan usaha pihak tertentu berrhubung dengan pembentukan Pakatan Nasional sebagai satu gabungan politik antara UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini hanya untuk menyimbah minyak ke api yang sedang membara dalam PH bukan sahaja bakal menyaksikan kejatuhan kerajaan yang hanya mampu bertahan separuh penggal sebelum penentuan pada Pilihanraya Umum ke-15 nanti.

Ramai yang mennatikan reaksi dari Umno. Bagaimanapun Umno dalam kenyataannya berkata isu Pakatan Nasional (PN) itu tidak dibincangkan, sebaliknya mesyuarat Majlis Tertinggi memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dijalinkan parti itu bersama Pas.

Sementara Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus bergerak sendiri dan hanya menjadi pemerhati perkembangan politik di Semenanjung Malaysia. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan akan kekal bebas di sebalik spekulasi akan wujud Pakatan Nasional bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Menurutnya, “GPS adalah bebas, kita hanya memerhati apa yang berlaku (perkembangan politik) di sana (Sememanjung Malaysia).

Manakala PAS secara dasarnya bersetuju dengan pembentukan ‘Pakatan Nasional’ sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan bagi mengembalikan negara ke landasan asalnya, namun ia mestilah mengikut lunas demokrasi.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mernyebut bahawa kerajaan perpaduan nasional, Pakatan Nasional diperlukan bagi menggantikan kerajaan yang ada hari ini, tetapi tidak boleh dilaksanakan secara terburu-buru.

Mengikut pihak yang rapat dengan Tun M, dikhabarkan, Pakatan Nasional akan tetap dibentuk, sama ada pada pilihan raya akan dating atau jika berlaku undi tidak percaya di parlimen atau kerajaan baharu dibentuk melalu gabungan majoriti ahli parlimen. Cuma ia perlu diperhalusi, agar berjalan lancar dan dapat diterima oleh penyokong hingga ke akar umbi untuk semua parti terlibat.

Pakatan baharu ini dikatakan tidak akan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini bermakna pemimpin PKR itu tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri. Persoalannya kini siapa yang bakal menggantikan Dr. Mahathir sebagai PM ke8. Pengganti beliau perlulah seorang yang mempunyai kewibawaan sama tahap negarawan itu.

Pandangan pihak ke 3

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berkata, Pembentukan Pakatan Nasional dilihat tidak mampu menjadi gagasan baharu kerajaan perpaduan untuk mengembalikan negara ke landasan asal sebaliknya jika direalisasikan boleh meruntuhkan politik dan masa depan negara.

Spekulasi itu juga segera mendapat perhatian pemimpin NGO. Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Haji Aminuddin Yahaya dengan berkata, meskipun Pakatan Nasional bukan menjadi pilihan utama sesetengah pihak, namun banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebenarnya.

“Kita perlu ketepikan apa juga emosi dan kepentingan peribadi. Yang penting, agama Islam dan bangsa Melayu dapat dijamin dan diangkat kembali,” katanya.

Jeniri turut mengingatkan penjajaran atau Pakatan Nasional hanya akan mencetuskan krisis serta pergolakan kerana ia melanggar prinsip demokrasi dan kepentingan rakyat.

Manakala veteran politik yang menjadi Penasihat Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau sendiri pada dasarnya tidak mendengar perancangan itu, sebaliknya menyifatkan sebagai khabar angin yang dicetuskan oleh pihak yang tidak mempunyai keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, “Belum ada keputusan atau perbincangan yang konkrit dakwaan kononnya Muafakat Nasional (MN) akan bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Nasional (PN)”.

Filed under: Kalam Perantau

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: