Kalam Perantau

Icon

Pasca Pemilihan PAS, Ulamak masih diperlukan

Nota : artikel ini diterbit selepas pemilihan PAS muktamar Agung PAS pada bulan jun tahun lepas. semoga ada manfaatnya – moderator

Oleh: Suhaimi Al-Maniri 

Dalam beberapa minggu ini, hiruk pikuk dalam media bahawa kepimpinan ulamak telah ditolak dalam pemilihan PAS pada Muktamar ke 57 yang lepas.  Dalam ulasan saya berhubung dengan perkara ini pada minggu lepas dibawah tajuk Ulasan Muktamar PAS ke 57: Ada taktik dan Strategi, saya ada menyentuh secara ringkas berhubung dengan pemilihan Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden.

Pada kali ini, saya ingin membuat sorotan terhadap 18 orang ahli jawatankuasa dan 7 lagi yang dipilih berdasarkan jawatan, iaitu seorang Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden dan Timbalan Presiden serta 3 Naib Presiden pada muktamar tersebut menjadikannya 25 orang semuanya.

Berdasarkan pemilihan bagi Muktamar 57 lalu, didapati rata-rata perwakilan bersetuju, AJKnya adalah kombinasi lulusan agama (ulamak) dengan bukan ulamak (profesional + akademik) dan didapati lulusan agama hanya 9 orang dan bukan ulamak berjumlah 16 orang.

Oleh itu, jumlah keseluruhan 25 orang Jawatankuasa PAS Pusat yang dipilih adalah dapat dibahagikan kepada:

  • Lulusan pengajian agama (U) berjumlah 9 orang
  • Lulusan pengajian akademik (A) berjumlah 9 orang
  • Lulusan pengajian profesional (P) berjumlah 6 orang
  • Lulusan pengajian campuran agama dengan akademik (U+A) berjumlah 1 orang.

Jika dibandingkan dengan pemilihan bagi sesi 2009-2011 pada Muktamar ke 55 di Shah Alam tidak banyak bezanya. Dari jumlah keseluruhan 25 orang Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipilih,  adalah dapat dibahagikan kepada:

  • Lulusan pengajian agama (U) berjumlah 11 orang
  • Lulusan pengajian akademik (A) berjumlah 7 orang
  • Lulusan pengajian profesional (P) berjumlah 6 orang
  • Lulusan pengajian campuran agama dengan akademik (U+A) berjumlah 1 orang.

Demikianlah analisa keputusan yang dilakukan oleh seorang penganlisis politik yang melihat keputusan ini secara mikro. Berdasarkan pemilihan bagi Muktamar 55 lalu, didapati rata-rata perwakilan bersetuju, AJKnya adalah kombinasi lulusan agama (ulamak) dengan bukan ulamak (profesional + akademik) dan didapati lulusan agama hanya 11 orang dan bukan ulamak berjumlah 14 orang.

Ini menunjukkan kombinasi ulamak dan bukan ulamak adalah majoritinya bukan ulamak. Maknanya, amalan kepimpinan PAS dengan tradisi ‘kepimpinan ulamak’ adalah bersifat kombinasi ulamak dengan bukan ulamak; dengan tradisi utama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja kalangan tokoh ulamak, sementara mojoriti jawatankuasanya adalah bukan ulamak.

Rumusannya, kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 hanya kekurangan 2 orang sahaja yang berkelulusan agama berbanding dengan pemilihan pada sesi 2009-2011 disebabkan tidak mengekalkan tradisi melantik seorang Timbalan Presiden dan Naib Presiden kalangan tokoh ulamak (lulusan agama).

Sementara itu, ianya boleh dikatakan masih mengekalkan tradisi kepimpinan ulamak sejak 1983 sehingga sekarang dimana  kalangan AJKnya adalah kombinasi Ugama, Profesional dan Akademik yang tidak banyak berubah dengan  majoriti bukan ulamak.

Sebagai pengukuhan kepada jawatankuasa PAS Pusat, perwakilan telah memilih ketua bagi ketiga-tiga dewannya, yakni Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diketuai oleh golongan ulamak (lulusan agama).

Manakala dalam mengimbangi jawatankuasa harian yang dilantik oleh Presiden pun kombinasi ini juga tidak banyak berubah. Jawatan Setiausaha Agong terus dikekalkan oleh Dato’ Haji Mustafa Ali. Kedua-dua Penolong Setiausaha Agong, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Ahmad Sabki Yusof dikekalkan dan ditambah dengan Syed Azman Syed Ahmad yang tidak bertanding dalam pemilihan baru-baru ini.

Dr Hatta Ramli dan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman bertukar posisi di mana Dr Hata mengambil alih Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Dato Halim dilantik sebagai Bendahari.

Tempat Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan telah digantikan dengan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ustaz Idris dan Ir Nizar Jamaluddin yang tewas dalam pemilihan Naib Presiden baru ni telah dialntik sebagai AJK tambahan bersama dengan beberapa orang lagi AJK sesi lepas seperti Asmuni Awi (Perak) dan Anuar Tahir (Perlis).

Dua muka baru yang dilantik sebagai AJK PAS Pusat iaitu Zulkifli Mohd Omar yang menggantikan tempat Taufek Gani yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Negeri Sembilan dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (calon PAS Beting Maro) yang dilantik menggantikan tempat Ahmad Dulah (Sabah) yang tidak dilantik semula pada kali ini.

Jadual 1: Analisa Keputusan ! Perbandingan Kepimpinan PAS 2009 & 2011 Kepimpinan PAS 2009 -2011

Kepimpinan PAS 2009 -2011

Kepimpinan PAS 2011 – 2013

Pengerusi Tetap :                                                         Ustaz Abu Kasim Abdullah –MTB (U)

Tim Pengerusi Tetap :                                                 Hj Husin Ismail – 609 (A)

Pengerusi Tetap :                                                         Ustaz Abu Kasim Abdullah – MTB (U)

Tim Pengerusi Tetap :                                                         Hj Husin Ismail – MTB (A)

Presiden:                                                                      DSTG Hj. Abdul Hadi Awang MTB(U)

Tim. Presiden:                                                                Ustz Nasharudin Mat Isa  – 480 (U)

*** Tewas   YB Dato’ Husam Musa 281 (A)
Hj. Mohamad Sabu 261 (A)

Presiden:                                                                      DSTG Hj. Abdul Hadi Awang MTB (U)

Tim. Presidem :                                                             Hj. Mohd Sabu – 420 (A)

*** Tewas   Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man – 399 (U)

Ustaz Nasharuiddin Mat Isa – 224 (U)

 

                   Naib Presiden:
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man 871 (U)

YB Salahuddin Ayub 824 undi (A)
YB Dato’ Mahfuz Omar 636 (A) ***

Tewas  Nik Amar (333) Dr Mujahid (277)

 

                   Naib Presiden:
YB Salahuddin Ayub 753 undi (A)

YB Dato Husam Musa 660 undi (A)

YB Dato’ Mahfuz Omar 616 (A)

*** Tewas Idris Ahmad (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Ketua Dewan Ulamak : Dato’ Harun Taib (U)

Pemuda:Ustaz Nasruddin Hasan (U)

Muslimat: Ustazah Nuridah Salleh (U)

Ketua Dewan :Ulamak : Dato’ Harun Taib (U)

Pemuda:Ustaz Nasruddin Hasan (U)

Muslimat: Ustazah Siti Zailah Yusof (U)

Setiausaha Agong : Dato’ Hj Mustafa Ali

Pen. SU Agong : Dato Takiyuddin Hassan

Ahmad Sabki Yusoff

Bendahari: Dr. Hatta Ramli

Ketua Penerangan: Ustaz Idris Ahmad

Ketua Pengarah Pilihanraya: Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman

 

Setiausaha Agong : Dato’ Hj Mustafa Ali

Pen. SU Agong : Dato Takiyuddin Hassan

Ahmad Sabki Yusoff

Syed Azman Syed Ahmad

Bendahari: Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman

Ketua Penerangan: Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Pengarah Pilihanraya: YB Dr. Hatta Ramli

 

Jawatankuasa Pusat PAS-18 ahli:

  1. YB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin – 854 (P)
  2. Ustaz Idris Ahmad – 799 (U)
  3. YB Dato’ Kamaruddin Jaafar – 769 (A)
  4. YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 653 (U)
  5. YB Datuk Dr Hassan Ali – 642 (A)
  6. YB Dr Hatta Ramli – 638 (P)
  7. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – 637 (U)
  8. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – 622 (U)
  9. Peguam Mohamad Hanipa Maidin – 619 (P)
  10. YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah – 606 (P)
  11. YB Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali – 589 (P)
  12. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman – 584 (U)
  13. YB Dr Dzulkefly Ahmad – 576 (P)
  14. YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – 530 (A)
  15. YB Ustaz Hashim Jasin – 522 (U)
  16. Mazlan Aliman – 513 (A)
  17. YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib – 508 (U)
  18. YB Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa – 448 (U+A)
Jawatankuasa Pusat PAS-18 ahli:

  1. Mazlan Aliman – 804 (A)
  2. YB Dr Hatta Ramli – 765 (P)
  3. YB Dato’ Kamaruddin Jaafar – 739 (A)
  4. Mohamad Hanipa Maidin – 735 (P)
  5. YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 721 (U)
  6. YB Dr Dzulkefly Ahmad – 702 (P)
  7. YB Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa – 651 (U+A)
  8. YB Khalid Samad – 643 (P)
  9. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – 579 (U)
  10. YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah – 576 (P)
  11. YB Mohd Abd Wahid Endut – 556 (A)
  12. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – 527 (U)
  13. YB Dato’ Mohd Amar Abdullah – 470 (U)
  14. Dato’ Dr Mahfodz Mohamad – 449 (U)
  15. YB Dr Siti Mariah Mahmud – 445 (P)
  16. YB Datuk Dr Hassan Ali – 642 (A)
  17. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman – 584 (U)
  18. Ustazah Noridah Salleh   – 416 (U)

 

Filed under: Siasah, , , , , ,

Kabinet PRU ke-13 PAS diterima rakyat?

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Kali ini agak lama saya tidak menulis dalam akhbar Siasah ini. Jika saya menulis, tentu saya tidak akan lari dari menyentuh tentang pemilihan PAS. Seingat saya, hanya satu artikel sahaja saya menulis tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan Pemilihan PAS secara sepintas lalu sahaja.

Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun 2010) dan PAS (pada 3-5 Jun, 2011) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Analisa Pemilihan PAS

Pasca Pemilihan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu media ketika diminta mengulas tentang keputusan pemilihan PAS 2011 bahawa beliau telah mendapat kabinet pilihanraya.  Kita akan lihat sama ada kabinet PAS kali ini yang penuh dengan professional menggantikan ulamak akan memaukau rakyat atau tidak untuk memilih PAS menggantikan UMNO dalam PRU-13 nanti untuk menuju ke Putrajaya? 

Seperti dilaporkan dalam HarakahDaily, “Tengok kepada AJK PAS Pusat, lapan di kalangan ulamak,  dua doktor, dan selebihnya jurutera dan pemimpin masyarakat,” katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru, Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Dalam pemilihan kali ini, satu kejutan telah dilakukan oleh perwakilan PAS bilamana mereka menobatkan Hj. Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang secara tidak langsung memecah rekod kepimpinan PAS apabila beliau menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983.

Mohamad menang pada pemilihan kali ini apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Pada pemilihan 2009, Nasharudin mendapat 480 undi diikuti Husam dengan 281 undi dan Mohamad 261 undi.
Jika dilihat pada kedua-dua keputusan pertandingan Timbalan Presiden ini, ternyata Husam seorang strategis politik yang hebat, bila kawasan Kubang Kerian yang dipimpinnya mencalonkan Mohamad Sabu, saingannya untuk kerusi Timbalan Presiden pada 2009 sebagai calon Timbalan Presiden pada kali ini dan beliau hanya bertanding Naib Presiden di saat-saat akhir.

Ternyata percaturan Husam dan Mat Sabu berjaya kali ini berbanding dengan pemilihan 2009. Pada saya tidak susah untuk perwakilan untuk mengembalikan beliau semula kepada salah satu daripada 3 kerusi Naib Presiden dan meletakkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, bila perwakilan kerana mereka “keliru” sama ada untuk memilih Nasharuddin Mat Isa atau Tuan Ibrahim untuk meneruskan tradisi yang dipegang sebelum ini.

Subky Latif, seorang pengamat politik terkenal tanahair ketika mengulas perkara ini menyebut,  Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi ‘akar ini akar tunjang yang menjalar merata’. Katanya, “Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan…tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata,”

Bagi kerusi Naib Presiden pula, Salahudin Ayub mendapat 753 undi, Husam Musa (660), Mahfuz Omar (616), Idris Ahmad (491), Nik Mohd Amar (321) dan Nizar Jamaluddin (217). Kehadiran Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS  dan Mohd Amar Nik  Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan) serta Mohd Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak)  tidak cukup untuk menyakin perwakilan bagi meletakkannya sebagai Naib Presiden PAS.

Mohd Amar juga tidak bernasib baik kerana masih ada Husam Musa juga calon dari Kelantan. Beliau dilihat masih dibelakang Husam bagi politik PAS peringkat nasional. Jika tiada Husam,yang turut bertanding kerusi Naib Presiden, peluang beliau mungkin lebih baik.

Walaupun Idris Ahmad seorang ulamak muda yang dinamik serta dilihat seorang yang ‘perfom’ sebagai Ketua Penerangan PAS, beliau gagal untuk mengikut jejak bekas Ketua Penerangan PAS apatah lagi bagi menyaingi kewibawaan Datuk Mahfuz Omar, yang mempertahankan kedudukan Naib Presiden bagi penggal kedua.

Sementara Sallehuddin Ayub pula dilihat sebagai  ‘Mr nice guy’ yang berjaya memukau perwakilan PAS setelah Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat tidak dapat mempertahankan prinsip awalnya untuk tidak bertanding kerusi Timbalan Presiden dan hanya mempertahankan kerusi Naib Presiden yang telah disandangnya.

Pemerhati politik melihat, Ir Nizar telah melepaskan peluang keemasannya untuk mencuba kerusi menjadi Naib Presiden PAS ketika popularitinya memuncak pada pemilihan 2009. Pada tahun itu, jika beliau menyertainya, peluangnya adalah lebih baik dari pada 2011 ini ketika ahli PAS telah melupai kehebatan bekas Menteri Besar Perak tersebut.

Sementara bagi 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013 tiada muka baru kecuali Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam serta Ustazah Nuridah Salleh, bekas Ketua Muslimat PAS. Keputusan penuh adalah seperti berikut :1) Mazlan Aliman (804), 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765), 3) Datuk Kamarudin Jaafar (739), 4) Hanipa Maidin (735), 5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), 6) Dr Zulkefly Ahmad (702), 7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651), 8) Khalid Samad (643), 9) Abdul Ghani Shamsuddin (579), 10) Amiruddin Hamzah (576), 11) Abdul Wahid Endut (556), 12) Abu Bakar Chik (527), 13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470), 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445), 15) Datuk Mahfodz Mohamed (449), 16) Datuk Hassan Ali (437), 17) Abdul Ghani Abd Rahman (430), 18) Nuridah Salleh (416)

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , ,

PRU ke-13: Najib main teka teki dengan rakyat?

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Dalam masa 2 bulan terakhir ini, kita telah melihat 2 pilihanraya umum, iaitu Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April, lepas dan Pilihanraya Umum Singapura pada 7 Mei lepas. Keputusan pembangkang dalam kedua-dua pilihanraya tersebut begitu memberangsangkan walaupun gagal menafikan 2/3 majoriti kepada parti memerintah. Tetapi pembangkan meningkat 100 peratus atau lebih.

Di Sarawak, pembangkang telah meningkat 100 peratus, yakni  dari 8 kerusi DUN kepada 16 kerusi DUN. DAP mendapat 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Sementara di Singapura pula, keputusan pembangkang  telah meningkat lebih 100 peratus dari, yakni dari 2 kerusi  sebelum ini kepada 6 kerusi. Kesemuanya dimenangi oleh parti Pekerja, yakni satu kawasan GM1 (1 orang) dan 1 kawasan GRC (5 orang), yakni al-Juneid memaksa Menteri Luar, George Yeo dan 4 rakannya dari PAP tewas. 

Begitu juga peratus undi popular parti pemerintah juga telah merosot kepada 55 peratus di Sarawak dan 60 peratus di Singapura bwerbanding dengan undi popular mereka sebelum ini. Kita melihat bagaimana angin perubahan telah mula berlaku di kedua-dua tempat yang sukar menerima kehadiran pembangkang sebelum ini.

Mungkinkah PRU 13 pada 11.11.2011? 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun lepas) dan PAS (pada pertengahan tahun ini) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dalam komennya berhubung dengan perkara ini berpendapat,  Nampaknya Perdana Menteri terdesak nak buat PRU dan lebih banyak bergantung kepada perkiraan angka. Najib dilihat lebih bergantung kepada kesesuaian angka untuk mengadakan PRU daripada meyakinkan rakyat mengenai dasar dan polisi kerajaan.

“Maknanya dia tidak ada lagi kepercayaan bahawa dasar dan polisi yang mereka buat itu boleh meyakinkan rakyat tapi hanya bergantung keapda angka dan tarikh sedangkan angka dan tarikh tidak memberi apa-apa makna,” kata beliau seperti dilaporkan Harakahdaily.

Beberapa negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dilaporkan tidak akan membubarkan DUN-DUN mereka jika pilihanraya umum diadakan pada tahun ini. Jika kita lihat kepada Sarawak dan Singapura yang baru selesai pilihanraya mereka pada bulan April dan Mei lepas juga mengadakan pilihanraya hingga hamper tamat penggal 5 tahun mereka dengan pilihanraya sebelumnya diadakan pada tahun 2006.

Sebenarnya, Najib tidak perlu tergopoh-gopoh mengadakan pilihanraya umum ke-13 lebih awal kerana mandat bagi kerajaan yang ada sekarang adalah sehingga tahun 2013. Dalam hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir juga berpendapat, tiada keperluan untuk mengadakan pilihanraya umum sebelum tahun 2012 kerana banyak lagi masalah-masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan akur atau tidak kepada saranan negawaran seperti Tun Dr. Mahathir kerana Najib juga hendak membuktikan kepada rakyat bahawa beliau adalah popular dan akan mendapat mandat rakyat semula dan tidak perlu bergantung kepada mandat yang diperolehi dari pemimpin sebelumnya.

Jika melihat kepada perkembangan politik semasa di Sarawak dan Singapura, ada kewajaran juga untuk Najib akur kepada saranan Tun Dr. Mahathir bahawa beliau tidak perlu tergopoih gapah untuk mengadakan pilihanraya segera.

Jika silap percaturan, Najib bukan sahaja tidak dapat mengembalikan majority 2/3 kepada parti pemerintah, tetapi kerajaannya juga boleh hilang jika orang Melayu juga turut berpaling tadah seperti pengalaman yang dialami sendiri oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1999 yang lalu.

Abdullah Ahmad Badawi bernasib baik pada tahun 2008 kerana ketika orang bukan Melayu tidak lagi mempercayai BN (khususnya Gerakan, MCA dan MIC), orang-orang Melayu masih sanggup mengundi UMNO kecuali di Kelantan dan Kedah.

Dengan adanya program terbaru, PAS Ganti UMNO, atau singkatannya PGU yang begitu bersemarak di Terengganu tidak mustahil negeri tersebut bakal hilang dari penguasaan UMNO sekali lagi.

Dalam masa yang sama slogan PR (Pakatan Rakyat) Ganti BN (Barisan Nasional) tidak boleh dipandang ringan walaupun UMNO dan sekutu-sekutunya berusaha keras untuk memecahbelahkan kerjasama PAS dan DAP khususnya dalam PR.

Berbagai-bagai serangan berbentuk saraf yang dikemukakan kepada rakyat khusnya orang Melayu, seperti PAS alat DAP atau DAP ganti PAS dan sebagainya? Secara logiknya, mana mungkin DAP ganti PAS? Kedua-dua parti berkenaan mempunyai ideology dan sasaran politik yang berlainan.

Apa yang akan berlaku, sekira rakyat khususnya orang Melayu tidak menggantikan UMNO dengan PAS, UMNO terpaksa membuat kerajaan campuran UMNO-DAP  setelah orang bukan Melayu tidak lagi mempercayai BN. Jika rakyat tidak mahu melihat kerajaan campuran UMNO-DAP, pilihan yang ada adalah kerusi-kerusi yang dimiliki UMNO sekarang ini digantikan dengan PAS disemua peringkat.  

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah 

Filed under: Siasah, , , ,

Pecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pemilihan PAS

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN di Semenanjung hampir seimbang dalam PRU ke-12 pada 2008 lalu. BN memperolehi 51.4 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat dan bebas memperolehi 49.6 peratus. Daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mempunyai 79 kerusi berbanding 87 kerusi BN.

Sebelum ini ada ramalan mengatakan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan dalam jangkamasa terdekat. Saya tak pasti bila Perdana Menteri nak umumkan tarikh PRU ke13? Tetapi selepas keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ternyata Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin melakukannya dalam jangkamasa terdekat.   

Penurunan undi popular BN daripada 63 peratus pada PRN Sarawak tahun 2006 kepada 55 peratus tahun 2011, menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin menjunam dan mencemaskan UMNO dan BN. Jika 45 peratus rakyat Sarawak mengundi Pakatan Rakyat, tidakkah mungkin peratusan yang hampir sama boleh dihasilkan di Sabah?

Pengundi Cina pada waktu ini (sejak 2008) tidak pernah balik kepada BN, malah ia semakin bertambah ke arah Pakatan Rakyat. Selain Cina, kaum Iban di Sarawak juga menolak BN.  Ini akan menyebabkan hampir separuh kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah yang dikuasai BN  akan berubah pada PRU ke-13 nanti. Pakatan Rakyat dijangka boleh memenangi 20 hingga 25 kerusi Parlimen di sabah dan Sarawak.

Sekarang ini UMNO dan BN sudah terdesak untuk terus mempertahankan kuasa di Putrajaya. Setelah gagal memujuk Cina untuk kembali kepada BN, UMNO mula memainkan strategi lama untuk memecahkan gabungan PKR-DAP-PAS. DAP dikatakan parti chauvanis Cina, PAS pula parti hilang prinsip dan jadi kuda tunggangan PKR dan DAP.

Kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin PAS ditafsirkan dan diolah sedemikian rupa bagi diadu-dombakan mengikut rentak UMNO dan BN. Terbaru media memanipulasi dan memutarbelitkan jawaban Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkaitan dengan video seks Trio 3T yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang.

Tak cukup dengan kenyataan pemimpin UMNO, Nalakaruppan, Presiden Parti MUIP yang tak ada kena mengena dengan isu ini pun tumpang semangkuk. Selain itu, mereka juga menggalakkan perkembangan parti-parti serpihan pembangkang seperti KITA, pimpinan Zaid Ibrahim. 

Komen Aziz Bari dan Pemilihan PAS

Sejak beberapa minggu lepas, ramai yang bertanya apa sikap saya terhadap pemilihan PAS kali ini. Sebenarnya pada saya, ada baiknya PAS menumpukan perhatian untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja daripada terlalu memikirkan berhubung dengan pemilihan pada Muktamar parti itu ke-57 yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini..

Saya tidak bercadang untuk mengulas pemilihan PAS kali ini. Sebagai memenuhi pertanyaan di sini saya petik catatan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai renungan ahli-ahli PAS. Beliau berkata, Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS). Justeru itu, ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara’ , berpandukan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. Kepimpinan (Al-Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus.Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

Sungguhpun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS baru-baru ini memaklumkan semua jawatan dalam PAS termasuk Presiden terbuka untuk ditandingi. Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara ekslusif dengan Harakah tetap menegaskan beliau bersikap terbuka jika ada pemimpin lain yang ingin bertanding jawatan Presiden yang disandangnya sejak tahun 2002 kerana beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

Tidak dapat dipastikan apa motif tersirat, seorang Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari mendakwa Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat? Saya diberitahu, tanpa ada membuat soal selidik atau kajian lapangan yang menjadi amalan ahli akdemik dalam membuktikan tesisnya, beliau meminta ahli-ahli PAS menggantikan Abdul Hadi dengan pemimpin yang lebih dinamik. 

Dalam hal ini, saya cukup bersetuju dengan cadangan Datuk Husam Musa seperti yang dilaporkan Harakahdaily, bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada. Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

Malah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin menambah dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata. “Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa,” kata beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Perak.

Berbalik kepada pemilihan kali ini, sama ada Presiden PAS dicabar atau tidak bukan persoalannya. Sejarah peralihan kuasa dalam PAS telah dilakukan dengan sistematik dibawah kepimpinan ulamak sejak lebih 25 tahun yang lepas berjalan dengan lancer dari Yusof Abdullah Ar-Rawa, kepada Datuk Haji Fadhil Mohd Nor dan seterusnya kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Cuma bila Timbalan Presiden ditandingi sejak tahun 2003, ianya belum lagi sunyi dari pertandingan bagi jawatan tersebut. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Rasanya sudah tiba masayanya jawatan tersebut di’syura’kan semula seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS. 

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , ,

Analisis Keputusan Pasca PRN Sarawak

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Saya mengikuti Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ini sejak tahun 1980’an lagi. Selepas PRN Sarawak pada tahun 1987 dimana Kumpulan Maju pimpinan Tun Abdul Rahman Yaakob (PERMAS) dan Dato’ Leo Mogie (PBDS) hampir-hampir menumbangkan kerajaan BN3 pimpinan Taib Mahmud ekoran peristiwa Ming Court, pilihanraya kali ini begitu  mencabar bagi BN Sarawak.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen. Rakyat Sarawak sudah sebati dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (gambar – kanan) dan masih memerlukan beliau untuk meneruskan kesinambungan pembangunan. Pilihanraya Sarawak kali ini dikatakan petunjuk bagi  mengukur populariti Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Minggu lepas, saya telah membuat analisa awal berhubung dengan PRN Sarawak ke-10 pada 16hb April, lepas. Dengan hasrat tidak mahu menyusahkan Pakatan Rakyat dengan ulasan yang tidak memihak kepada mereka sebelum pengundian dijalankan, maka saya tinggal dahulu apa yang sepatutnya saya sebut dalam analisa awal tersebut. 

Keputusan PRN ke-10

Sungguhpun undi popular BN telah merosot kepada 55 peratus pada pilihanraya negeri ke-10 kali ini berbanding dengan 63 peratus pada pilihanraya negeri ke-9 tahun 2006 tetapi BN berjaya kembali memerintah dengan kelebihan majoriti 2/3 atau 55 dari 71 kerusi.

Bagi saya, Pakatan Rakyat tersilap strategi. Diantara perkara pokok yang sepatutnya saya tulis adalah kegagalan Pakatan Rakyat secara khususnya PKR untuk ‘berjiwa besar’ seperti komponen BN (PBB, SUPP, SPDP, PRS) bagi memastikan satu lawan satu diantara BN.  

PR Sarawak bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan part-parti lain yang ada di Sarawak. DAP dan PAS  telah akur untuk bertanding 15 dan 5 kerusi sahaja walaupun berkemampuan bertanding lebih dari itu. PKR dan SNAP gagal membahagikan 51 kerusi, akibatnya tiada kerjasama untuk hadapi BN.

PKR dan SNAP bertembung di 25 kerusi. Soal sama ada PKR atau SNAP yang lebih kuat, sudah tidak penting lagi sekarang. Hasilnya sudah dilihat, rakyat tolak kedua-duanya kerana gagal bersatu. PKR terpaksa berpuashati menang 3 kerusi (Batu Lintang, Ba’Klalan, Krian) sahaja daripada 49 yang ditandinginya. Hampir semua, 26 dari 27 calon SNAP bukan sahaja kalah malah hilang wang pertaruhan kecuali calon DUN Katibas, Toh Heng Sng.

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar yang mana pengundi Cina menjadi majoriti di mana DAP berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). SUPP bukan sahaja tumpas teruk, malah presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya. Dan apa yang berlaku ini, sudah jelas DAP yang memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

Perkara ke-2, tidak ada kerusi Melayu dan Bumiputera yang ditandingi oleh PBB berjaya dirampas oleh PKR, PAS atau DAP. Kesilapan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim sendiri kerana terpengaruh dengan kajian-kajian persepsi yang ternyata mengundang padah bila mengisytiharkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru jika Pakatan Rakyat memerintah yang menyebabkan PBB berjaya memenangi semua kerusi Melayu dan Bumiputera yang ditandinginya.

PAS masih gagal mendapat kerusi sulung dari 5 kerusi yang ditandinginya di Sarawak. Bagi PAS, saya hanya optimis PAS memenangi DUN Beting Maro jika tidak ada perkara-perkara diluar dugaan berlaku pada hari mengundi. Apa yang saya jangka rupanya hampir menjadi kenyataan. PAS kalah dengan majoriti cuma 391 undi sahaja berbanding dengan 895 dalam pilihanraya negeri yang lepas.  Walaupun PAS berjaya meningkatkan undi di saluran lain tapi undi PAS merosot teruk di pusat mengundi SMK Beladin. Macamana UPU Beladin kawasan yang dah jadi macam “kubu PAS” masa PRU12 boleh terlepas kepada BN. Daripada menang masa PRU12 bertukar jadi kalah pulak masa PRN10.

Selain itu, pilihanraya kali ini menyaksikan seramai 71 calon telah hilang wang pertaruhan setelah mendapat kurang dari 12.5 peratus atau satu per lapan jumlah undi. Selain 26 calon SNAP itu, enam calon PKR, empat calon PCM serta 36 calon Bebas. Dominique, bekas ADUN PKR Padungan yang bertanding sebagai calun bebas kali ini juga hilang wang pertaruhan. Hanya calon DAP dan PAS tidak ada yang hilang wang pertaruhan.

Dari 41 calon bebas, hanya 5 sahaja tidak hilang wang pertaruhan. Malah seorang darinya George ak Lagong berjaya memenangi kerusi DUN Pelagus dengan majoriti 2,837 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun.

Kerusi DUN Palagus ini dimenangi oleh calon bebas yang disokong oleh ADUN dahulu, Larry Sng (gambar – kiri), Timbalan Menteri yang dipecat oleh PRS dan tidak dicalonkan semula ekoran perbalahan Larry Sng dengan Dr James Masing (gambar – kiri) berebut kerusi Presiden PRS.

Bukan setakat Larry, bapanya dulu pun ADUN di situ. Keadaan ini sama seperti Gabriel Aidit yang memenangi DUN Ngemah dalam pilihanraya ke-9 2006 sebelum ini atas tiket bebas yang disokong oleh Dato’ Leo Mogie selepas PBDS dimasuhkan.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , , ,

Analisa Awal Pilihanraya Negeri Sarawak

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Pilihanraya ke-10 Sarawak akan diadakan pada Sabtu, 16hb. April, 2011. Apa yang menarik perhatian saya dalam pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 ini adalah, Dominique Ng Kim Ho (mantan ADUN PKR Padungan; menang dengan majoriti 1,417 PRN ke9 pada tahun 2006) terpaksa keluar dari PKR sehari sebelum hari penamaan calon dan bertading sebagai calon bebas bagi mempertahankan kerusi DUN tersebut setelah PKR menyerahkan kerusi tersebut kepada DAP sebagai tukar ganti dengan kerusi DUN Batu Lintang. Satu lagi adalah, Dr Johnical ak Ngipa yang memenangi kerusi DUN Engkili atas tiket parti SNAP dalam Pilihanraya negeri Sarawak 2006 yang lepas mempertahankan kerusi tersebut atas tiket parti BN-SUPP.

Sementara itu, satu-satunya ADUN PCM, Gabriel Adit, yang memenangi kerusi DUN Ngemah atas tiket Bebas tidak mempertahan kerusi tersebut. Kerusi ini ditandingi 5 penjuru termasuk calon dari PCM. Manakala Speaker DUN Sarawak, Asfia Awang Nasar (Semop) dan dua timbalan menteri – Dr Soon Choon Teck (Dudong) dan Larry Sng (Palagus) tidak bertanding mempertahankan kerusi DUN masing-masing.

Bukan Lagi Fixed deposit BN

Satu lagi sejarah baru dalam politik Sarawak tercipta bila mana tidak ada satu pun kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN seusai penamaan calon diadakan pada 6hb. April, yang lepas. Selepas proses penamaan calon selesai, seramai 213 calon akan berentap pada kesemua 71 DUN dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof, dalam satu sidang akhbar di Kuching berkata, pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Pada keseluruhannya, kali ini BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan selainnya 41 calon Bebas.  Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga (BN-PRS vs Snap, PKR, 3 Bebas) dan Balai Ringin (BN-PRS vs PKR,  Snap, PCM, 2 Bebas). Manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah (BN-PRS vs, PKR, Snap, PCM, bebas) dan Jepak (BN-PBB vs Snap, PKR, 2 Bebas). 

Sementara itu berlaku  pertembungan 3 penjuru di 23 kerusi DUN, 17 pertembungan empat penjuru, Pertembungan empat pernjuru berlaku di 17 DUN berikut; Opar (BN-SUPP vs Snap, PKR, Bebas), Bengoh (BN-SUPP vs PKR, Snap Bebas),  Tebedu (BN-PBB vs  PKR, Snap, Bebas) Kedup (BN-PBB  vs PKR, Snap , Bebas),  Simunjan (BN-PBB vs PKR, PCM Bebas), Bukit Begunan (BN-PRS vs PKR, Snap, Bebas), Engkelili (BN-SUPP, vs, Snap, PKR, Bebas), . Layar (BN-PBB nvs Snap, PKR, Bebas), Krian (BN-SPDP vs Snap, PKR, Bebas). Daro (BN-PBB vs PKR, 2Bebas), Machan (BN-PBB vs,  PKR, Snap, PCM), Kakus (BN-PRS vs PCM, PKR,  Bebas), Kemena(BN-PBB vs PKR, Snap Bebas), Bekenu (BN-SPDP vs Snap, PKR, PCM), Marudi (BN-SPDP vs PKR, Snap, Bebas), Telang Usan (BN-PBB vs PKR, Snap, Bebas) dan Bukit Kota (BN-PBB vs DAP, 2Bebas).

Pertandingan 3 penjuru pula berlaku di 23 DUN berikut;. Tasik Biru (BN-SPDP vs Snap, PKR), Tanjong Datu (BN-PBB vs PAS,Bebas), Pantai Damai (BN-PBB vs PKR, Bebas), Padungan  (Bebas vs DAP, BN-SUPP), Batu Lintang (BN-SUPP vs PKR, Bebas), Tarat (BN-PBB vs Snap, PKR),  Sadong Jaya  (BN-PBB vs PAS ,Bebas),  Sebuyau (BN-PBB vs  PAS, Bebas),  Lingga (BN-PBB vs Snap, PKR), Bukit Saban (BN-PBB vs Snap, PKR), Kalaka (BN-PBB vs PKR, Bebas), Belawai (BN-PBB PKR, Bebas), Semop: (BN-PBB vs PKR, Bebas),  Jemoreng (BN-PBB vs 2Bebas), Meluan (BN-SPDP vs PKR,  Snap), Bukit Assek (BN-SUPP, DAP, Bebas),  Dudong (BN-Supp vs DAP, , Bebas), Dalat (BN-PBB vs PKR, Bebas), Balingian (BN-PBB vs PKR, Bebas), Pelagus: BN-PRS vs PKR, Bebas), Lambir (BN-PBB vs PKR, Snap),  Batu Danau (BN-SPDP PKR, Snap) dan Katibas (BN-PBB vs Snap, PKR).

 Selainnya, pertembungan satu lawan satu hanya berlaku di 27 kerusi DUN sahaja, iaitu; melibatkan 13 calon PKR, 11 calon DAP dan 2 calon PAS serta 1 calon SNAP menentang calon BN sama ada dari PBB (10 calon), SUPP (12 calon), SPDP (2 calon) dan PRS (3 calon).

Secara terperincinya; Demak Laut (BN-PBB vs PKR), Tupong (BN-PBB vs PKR), Samariang (BN-PBB vs PKR),  Satok (BN-PBB vs PKR), Pending (BN-SUPP vs DAP), Kota Sentosa (DAP vs BN-SUPP), Batu Kawah: DAP vs BN-SUPP) Asajaya (BN-PBB vs PKR), Muara Tuang: (BN-PBB vs PAS), Beting Maro (BN-PBB vs PAS),  Simanggang: (DAP vs BN-SUPP), Batang Ai (PKR vs BN-PRS), Saribas (BN-PBB vs PKR), Repok (BN-SUPP vs DAP), Meradong (BN-SUPP vs DAP), Pakan (BN-SPDP vs Snap), Bawang Assan (DAP vs BN-SUPP),  Pelawan  (BN-SUPP vs DAP), Nangka (BN-PBB vs PKR), Tamin (BN-PRS vs PKR), Baleh (BN-PRS vs PKR), Kidurong DAP vs BN-SUPP), Piasau (DAP vs BN-SUPP), Pujut (BN-SUPP vs DAP), Senadin (PKR vs BN-SUPP),  Ba’kelalan (PKR vs BN-SPDP) dan  Bukit Sari (BN-PBB, PKR).

Peluang PAS

Calon popular PAS di Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, 32 seorang peguam muda menjadi “ayam taruhan” PAS untuk menang dalam pilihanraya kali ini. Pada Pilihanraya ke-9 tahun 2006 yang lepas, PAS hanya kekurangan 895 undi sahaja berbanding dengan calon BN-PBB, Bolhassan Di @ Ahmad Di yang mendapat  2,796 undi. Alem Din (PAS) ketika itu mendapat 1,901 undi atau 40.47 peratus.

Sementara itu,  DUN Sadong Jaya, yang pernah ditandingi oleh calon PAS pada tahun 2001 yang lalu turut menjadi sasaran PAS untuk dimenangi dalam pilihanraya ini. Dalam pilihanraya 2006, calon BN-PBB, Wan Abd Wahap Wan Sanusi menang dengan majority 858 undi sahaja. Kerusi ini ditandingi oleh Abang Eddy Allyani Abang Fauzi, 34 Ketua Pemuda PAS Sarawak.  Pada pilihanraya 2006 yang lepas, kerusi ini ditandingi oleh PKR.

Satu lagi kerusi yang menjadi idaman PAS untuk dimenangi dalam pilihanraya kali ini adalah DUN Sebuyau yang ditandingi oleh Hj. Adam Ahed, 62 tahun yang merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak. Pada pilihanraya 2006 yang lepas, kerusi ini ditandingi oleh PKR tetapi tewas kepada BN-PBB dengan majority 2,448 undi. Hj Adam tidak bertanding dalam pilihanraya yang lepas, tetapi pernah bertanding di Sadong Jaya pada tahun 2001.

Nani Sahari, 42yang merupakan mantan Ketua Wanita PKR Sarawak (2008-2009) bertanding di Tanjung Datu menentang calon “heavyweight” BN-PBB Tan Sri Adenan Satem, bekas Menteri Persekutuan yang merupakan Penasihat Khas bertaraf Menteri kepada Ketua Menteri Sarawak. Dalam pilihanraya 2006 yang lepas, beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,779 undi mengalahkan calon PKR dan Bebas. 

Samaada PAS akan mendapat kerusi sulong atau tidak, sama-sama kita tunggu keputusannya pada 16hb. April nanti. Calon PAS Muara Tuang, Noraini Hamzah, 49 hampir-hampir diisytiharkan menang tanpa bertanding apabila calon BN, Dato’ Seri Ali Mahmud yang juga adik kepada Ketua Menteri Sarawak tidak menyerahkan borang pencalonan yang lengkap, dengan tidak menyertakan penyata kewangan/perbelanjaan semasa beliau bertanding pada tahun 2006 yang lepas.   

Jelas mengikut akta Pilihanraya, seseorang calon yang pernah bertanding dalam pilihanraya sebelumnya perlu menyertakan penyata perbelanjaan apabila menyerahkan borang pencalunan untuk bertanding dalam pilihanraya berikutnya.

Ketidaktelusan SPR jelas berlaku bila sehingga jam 1 tengahari penyata berkenaan tidak dapat ditunjukkan/disahkan dan melewati 2 jam masa bantahan yang tamat pada jam 11 pagi, sepatutnya calon PAS sepatutnya telah diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Artikel ini ditulis untuk akhbar SIASAH

Filed under: Siasah, , , , , , , , , ,

PAS dan Politik Sarawak

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Penyertaan PAS dalam politik di Sarawak tidaklah begitu menonjol berbanding dengan  dua lagi anggota pakatan Rakyat, DAP dan PKR. PAS mula mengembangkan sayap politiknya ke Sarawak selepas mendapat kemenangan yang besar dalam pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999. Pada tahun tersebut, PAS bukan sahaja mempertahankan Kelantan, tetapi merampas Terengganu dan menang majoriti kerusi parlimen di kedah.

PAS bertanding di Sarawak dalam pilihnraya negeri Sarawak ke-7 pada tahun 2001 sebanyak 3 kerusi sahaja daripada 62 DUN, iaitu DUN Samariang, DUN Sadong Jaya dan DUN Beting Maro sebagai percubaan awal. Ketiga-tiga DUN tersebut menjadi DUN “angkat” kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Keputusan calon PAS di DUN Beting Maro dan Sadong Jaya amat memberangsangkan tetapi di Samariang, calon PAS telah hilang deposit dalam satu pertandingan 3 penjuru dengan calon  BN (PBB) dan PKR.  

Kemudiannya, setelah PAS tewas teruk dalam PRU ke-11 dalam tahun 2004 di bawah era Perdana Menteri yang baru, Datuk Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun), PAS hanya diberikan satu kerusi DUN sahaja dalam pilihanraya Negeri Sarawak ke-8 pada tahun 2006, iaitu DUN Beting Maro walaupun kerusi DUN Sarawak selepas persempadanan semula  melibatkan pertambahan 9 kerusi DUN menjadi 71.

Keputusan calon PAS di Beting Maro, tewas dengan hanya 895 undi mengejutkan banyak pihak berhubung dengan kemampuan PAS di Sarawak. Alem Din (PAS) mendapat 1,901 undi atau 40.47 % undi berbanding calon BN (PBB) Bolhassan Di @ Ahmad Di mendapat 2,786 sahaja.

Dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada kali ke-9 pada 16 April 2011 ini, PAS bukan sahaja akan bertanding sekali lagi di Beting Maro tetapi bertanding di 5 DUN. PAS bertanding semula di DUN Sadong Jaya yang pernah ditandingi pada tahun 2001 dahulu di samping 3 DUN  lain, iaitu DUN Sebuyau, Muara Tuan dan Tanjong Datu.

Sama ada PAS berjaya membuat kejutan atau pun tidak, belum dapat dipastikan lagi. Kesungguhan PAS untuk mensasarkan kemenangan sulung  pada pilihanraya ini amat tinggi, apabila saya diberitahu calon PAS kali ini lebih berdaya saing. Disamping aktivis parti, terdapat dua orang peguam yang sanggup bertanding atas tiket PAS.

BN tidak ditentang satu lawan satu?

Barisan Nasional telah mengumumkan calon mereka pada Ahad, 3 April 2011. Beberapa keunikan berlaku pada pengumuman tersebut yang menjadikan tandatanya kepada ramai pemerhati politik di sini. Pertama ianya diumumkan oleh Datuk Adenan Satem , Ketua Penerangan BN Sarawak. Keduanya, ianya tidak menamakan calon DUN Ba’ Kelalang serentak dengan pengumuman calon-calon lain.

Dari analisa ringkas calon-calon BN,  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 9 kerusi manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 8 kerusi dengan menegemukakan 18 muka baru. Seorang lagi calon di Ba’ Kelalang juga dikatakan muka baru menjadikannya 19 orang. Satu lagi komponen BN, PPP yang menubuhkan cawangannya di Sarawak tidak diberikan sebarang kerusi.

Didapati keempat-empat pemimpin parti komponen BN Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing. Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) mempertahankan DUN Balingian, Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan (DUN Piasau), Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing pula mempertahankan DUN Baleh danpresiden SPDP Datuk Seri William Mawan, mempertahankan DUN Pakan.

BN juga mengekalkan semua empat penyandang wanita, termasuk di, Simoi Peri (DUN Lingga), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang) dan Datin Fatimah Abdullah (Dalat) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Rosey Yunus (Bekenu) daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Berdasarkan kepada perkembangan terakhir politik Sarawak setakat ini, sukar untuk melihat calon BN ditentang satu lawan satu di semua kerusi. Ini kerana parti-parti bukan dari kalangan kerabat BN, sukar untuk bersatu dan bersepakat.

Dalam  pilihanraya Sarawak 2006, pihak pembangkang telah berjaya membentuk Barisan Bersatu Sarawak (BBS) yang terdiri dari Keadilan dan SNAP. Malaysian Dayak Sarawak (MDC) ketika itu belum diluluskan pendaftaran turut bergabung dengan  BBS ini. DAP tidak menyertai BBS dan hanya menyertainya melalui KeADILan.

Ketika rencana ini di tulis penamaan calon belum lagi diadakan. Ianya akan diadakan pada 6hb. April. Saya menjangkakan kemungkinan ada beberapa calon BN akan menang tanpa bertanding memandangkan Pakatan Rakyat hanya bertanding di 69 kerusi sahaja, iaitu PKR sebanyak 49 kerusi, DAP 20 kerusi dan PAS 5 kerusi. Sementara 2 kerusi lagi belum pasti ditandingi oleh tidak oleh mana-mana pihak.

Manakala SNAP dilaporkan bertanding sebanyak 27 kerusi yang dijangkakan akan bertindan dengan PKR. Parti KITA juga dilaporkan akan mencuba nasib beberapa kerusi dibawah tiket atau lambing SNAP. Sementara satu lagi parti yang baru ditubuhkan, Parti Cinta Malaysia (PCM) juga dilaporkan akan bertanding pada kali ini. Setidak-tidaknya Gabriel Adit (ADUN Ngemah), Pengerusi PCM Sarawak berkemungkinan akan mempertahankan kerusinya yang dimenangi atas tiket bebas dalam pilihanraya yang lepas.  

Dalam beberapa perkembangan terkini, Movement of Change Sarawak (MoCS) atau Pergerakan Perubahan Sabawak telah menyenarikan 30 sebab mengapa Taib Mahmud perlu berundur setelah 30b tahun memenerintah Sarawak. Jika mereka gagal melakukan dalam pilihanraya pada 16 April ini, mereka akan mengambil tindakan lain untuk memastikan Taib Mahmud berundur.

Sementara itu Bernama melaporkan Abdul Taib, 74, menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi DUN Sebandi pada Mac 1981. Beliau menjadi wakil rakyat Sebandi, kini dikenali Asajaya, sebelum berpindah ke Balingian pada pilihan raya negeri 2001.

Manakala bagi Dr George Chan, 74, yang juga timbalan ketua menteri, pertama kali menang tanpa bertanding pada pilihan raya negeri 1983 di Piasau, yang sebelum ini dikenali sebagai Miri. Sementara Dr Masing pula akan mempertahankan kerusi DUN Baleh di Hulu Rajang untuk penggal ketujuh, yang dimenanginya sejak 1983.

Menurut kenyataan Tun Daim Zainuddin, BN akan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding dengan pilihanraya 2006 yang lepas. Cuma, apa yang menarik untuk dilihat adakah, Taib Mahmud dan rakannya Dr George Tan dan James Masing akan menerima nasib seperti Tan Sri Wan Mokhtar di Terengganu, selepas berdegil untuk tidak berundur dalam PRU ke-10 pada tahun 1999 atau Tun Dr. Lim Chong Eu di Pulau Pinang dan Tan Sri Mohamad Yaakob di kelantan pada pilihanraya umum ke-8 tahun 1990.

Artikel ini terbit untuk akhbar SIASAH

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , ,

Pemilihan PAS dan PRU ke-13

Oleh : Shuhaimi Al-Maniri

Ketika semua parti bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangkakan akan diadakan pada pertengahan tahun ini atau selewat-lewatnya sukuan pertama tahun 2011, kebanyakkan parti terutamanya dari komponen Barisan Nasional telah menagguhkan pemilihan kepimpinan mereka kepada selepas selesai
Pilihanraya umum tersebut.

Tetapi sebaliknya berlaku bagi komponen Pakatan Rakyat. Mereka tetap meneruskan proses pemilihan kepimpinan mereka seperti biasa. Pada hujung tahun lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengadakan pemilihan kepimpinan mereka berkonsepkan ‘satu ahli, satu undi’ buat pertama kalinya dalam sejarah parti-parti politik di negara kita.

Pada pertengahan tahun ini, PAS pula akan mengadakan pemilihan kepimpinan parti mereka yang diadakan selama 2 tahun sekali. Kali terakhir pemilihan PAS adalah dalam muktamarnya yang ke-55 pada tahun 2009 yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Pada tahun tersebut, pemilihan lebih tertumpu kepada kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Dalam pertandingan 3 penjuru Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan kerusinya mengatasi dua calon lain, iaitu Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Kedua-duanya tidak mempertahan kerusi Naib Presiden yang disandang mereka sebelum itu. Seorang lagi Naib Presiden, iaitu Ustaz Ahmad Awang juga tidak bertanding. Akhirnya, PAS berjaya memperolehi 3 Naib Presiden yang baru terdiri dari Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.

Ketika dihubungi oleh seorang exco Kerajaan Negeri beberapa hari lepas, saya berpendapat pemilihan kali ini sekiranya berlaku (dan saya yakin tetap berlaku), ianya tidaklah sehebat pada tahun 2009.  Dia berkata, ‘ya ka?’.

Saya berkata, sekiranya diserahkan kepada aktivis parti sepenuhnya, saya yakin pemilihan kali ini akan berakhir dengan aman seperti zaman sebelum adanya dunia blog, facebook, twitter dan lain-lainnya.

Beberapa calon yang disebut-sebut akan bertanding telah dimulakan oleh media dan blogger-blogger tertentu bagi memporakperandakan ketenangan dan keharmonian PAS sebagai sebuah parti politik dan jamaah Islam.

Pemilihan ini nampak rancak dalam dunia maya sahaja, hakikatnya di peringkat bawah ahli-ahli PAS lebih bertumpu untuk pilihanraya umum ke-13 tanpa ‘ambil pusing’ secara berlebihan tentang pemilihan kepimpinan parti dalam muktamar PAS kali ini. Bagi sesetengah dari mereka, apa pentingnya tukar kepimpinan parti, kalau kalah pilihanraya.

Pemilihan PAS kali ini sengit?

Dalam keadaan perhatian tertumpu kepada Pilihanraya Negeri Sarawak pada 6 hingga 16 April ini, sebuah akhbar harian yang dipercayai banyak dibaca oleh ahli-ahli PAS pada keluaran 28hb. Mac, 2011 telah memberikan tajuk utama ‘Siapa Ganti Nasha’ dengan memasukkan 4 gambar dibawah tajuk tersebut, iaitu Sallehuddin, Tuan Ibrahim, Mahfuz dan Husam.

Sejak kerusi Timbalan Presiden dipertandingkan secara terbuka sejak beberapa sesi lepas, kerusi ini sentiasa menjadi fokus setiap kali pemilihan PAS diadakan. Banyak pihak yang sukakan pertandingan sebegini berlaku kerana merancakkan ‘politicking’ dalaman PAS.

Harakahdaily melaporkan Tuan Ibrahim Tuan Man awal-awal lagi telah mengumumkan tidak mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden. Sallehuddin dilaporkan dalam akhbar harian berkenaan tidak berminat untuk mengintai kerusi Timbalan Presiden.

Dilaporkan juga oleh akhbar berkenaan, Mahfuz Omar dan Husam Musa tidak memberikan kata putus tentang kemungkinan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS pada pemilihan kali ini. Husam pernah bertanding kerusi berkenaan dalam pemilihan sesi lepas. 

Manakala Mohamad Sabu yang pernah bertanding Timbalan Presiden pada sesi lepas juga dilaporkan dalam satu media tertentu sedang ‘tunggu dan lihat’ perkembangan selanjutnya setelah mendapat pencalonan pertama dari kawasan Kubang Kerian.
 
Saya sebenarnya tidak berminat untuk mengulas tentang pemilihan PAS ni tetapi menyebut secara sepintas lalu apa yang dipaparkan oleh media dan media baru dalam menghadapi pemilihan PAS kali ini.

Selain mengadakan ‘adu domba’ dalam pemilihan kali ini, media juga kelihatan bersungguh-sungguh hendak memerangkap pemimpin PAS terutamanya Mursyidul Am dan Presiden PAS untuk menonton video lucah (18SX) bikinan “Trio UMNO” yang Anwar Ibrahim dikatakan sebagai pelakon utama.
 
Ketika UMNO dikatakan sudah kuat dan pulih dari tsunami 2008, kenapakah usaha-usaha sebegini dilakukan yang menyebabkan bukan sahaja maruah UMNO itu sendiri jatuh, tetapi ianya menyebabkan orang menjadi muak dan benci dengan pemimpin Melayu dan Islam.

Jika Anwar sudah tidak berpengaruh, biarkan sahaja ianya ditolak oleh rakyat dalam PRU ke-13 nanti. Kenapa UMNO dan BN beria-ia nak PAS berpisah dengan PKR dan DAP? Biarkan sahaja rakyat yang tentukan sama ada nak undi BN semula atau memilih PR!

Sama ada rakyat memilih UMNO atau PAS, kerusi tersebut tetap ditangan kepimpinan Melayu. Sama ada PR atau BN, teras politik masih lagi ditangan orang Melayu. Sebab itu PAS telah lahirkan slogan terbarunya, “PAS Ganti UMNO” sesudah “PAS For All” diterima dengan baik oleh masyarakat. 

Artkile ini diterbit untuk akhbar Siasah          

Filed under: Siasah, , , , , , , , , ,

Harakah, Siasah dan Pilihanraya Sarawak

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Selasa, 22hb. Mac, 2011 saya berkesempatan membentang kertas kerja berkaitan dengan  Harakah sebagai Media Dakwah bersama seorang Professor di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan dalam Bicara Dakwah kali ke-10 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebanyak 10 kertas kerja di dalam program sehari ini. Bicara Dakwah ke X kali ini lebih memfokuskan perbincangan dan pembentangan kajian berkaitan dengan Internet dan Media Baru dalam konteks dakwah.

Ramai yang terkejut bahawa harakah tidak ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bila Harakah Edisi Internet (lihat contoh, di http://harakah4.tripod.com) telah dilancarkan sejak tahun 1997 lagi sebelum berkembang kemudiannya menjadi portal berita harakahdaily selepas tahun 2000. Kemudiannya satu demi satu produk berasaskan ICT dimanfaatkan seperti SMS, Facebook, Twitter dan lain-lain dalam menyampaikan berita dan risalah dakwah.

Mereka terkejut dan berminat dengan harakah mungkin kerana akhbar berkenaan sukar didapati dipasaran kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang untuk dijual secara terbuka. Lutfi dan Dinsman ada membicarakan persoalan ini dalam kolum mereka di harakah, Catatan Hujung dan Wacana Budaya.

Ketika saya berbicara dengan Lutfi beberapa minggu lepas dia juga ada menyebutkan sukar untuk mendapat akhbar Siasah di sekitar tempat tinggalnya di Ampang. Saya tidak pasti apakah Siasah juga menghadapi masalah pengedaran sebagaima harakah?   

Jika di Semenanjung akhbar harakah dan Siasah sukar diperolehi, bagaimana agaknya dengan rakyat Sabah dan Sarawak yang mempunyai rangkaian perhubungan jalanraya yang tidak sebaik di Semenanjung untuk mendapatkan akhbar ini?.

Dilaporkan oleh Lutfi dalam kolumnya itu, sekitar 2,000 naskah sahaja Harakah yang beredar di Sarawak. Saya kira sejumlah itu juga beredar di Sabah. Cukupkah dengan jumlah itu untuk rakyat mendapat maklumat terus dari PAS?

Bila akhbar berkernaan Harakah dan Siasah sukar didapati di Sarawak atau terhad pengedarannya, bagaimana mungkin maklumat hendak disalurkan kepada rakyat Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertimbangan dan seterusnya berubah untuk memilih Pakatan rakyat khususnya PAS dalam pilihanraya yang akan diadakan beberapa minggu sahaja lagi.

Dalam kolumnya, Ahmad Lutfi Othman ada mencadangkan agar dermawan-dermawan membeli pada harga kos untuk diedarkan dalam pilihanraya-pilihanraya kecil. Mungkin PAS kena mempertimbangkan untuk mengadakan edisi Sabah dan Sarawak, malah berusaha memcetak akhbar berkenaan di Sabah dan Sarawak pada masa hadapan untuk membolehkan PAS terus berkembang di kedua-dua negeri berkenaan. 

Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10

Teka-teki tarikh pilihanraya negeri yang ke-10 hampir berakhir DUN Sarawak telah dibubarkan pada 21hb. Mac, 2011 untuk memberi laluan kepada pilihanraya DUN ke-10 diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Ketika rencana ini ditulis, SPR belum lagi mengadakan mesyuarat (SPR akan bermesyuarat pada hari Rabu, 23hb. Mac)  untuk memutuskan tarikh pilihanraya Sarawak. SPR memerlukan sedikit masa untuk membuat persiapan logistik walaupun mereka telah bersedia.

Kalau pada pilihanraya negeri Sarawak tahun 2006 dahulu, pembubaran DUN dilakukan pada 24hb. April, 2006 dan penamaan calon diadakan pada 9hb. Mei, 2006. Manakala pengundiaan diadakan pada 20hb. Mei, 2006, bermakna tempoh berkempen selama 11 hari.

Pada pilihanraya kali ini, jika jangkaan penamaan calon diadakan pada 9hb. April, 2011 dan pengundian pada 16hb April, 2011 sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak, bermakna tarikh berkempen hanya selama 7 hari sahaja. Ianya menjadi yang terpendek dalam sejarah.

Sekiranya benar, SPR membuat ketetapan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja, saya rasa kewibawaan dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai badan bebas akan tercalar lagi memandang demografi bumi Sarawak yang luas dan kemudahan perhubungan yang masih kurang baik.

Pakatan Rakyat meminta tempoh berkempen selama 21 hari memandangkan bumi Sarawak yang luas dan media yang dikawal ketat serta perhubungan yang masih tidak memuaskan menyukarkan mereka memperkenalkan calon dan juga menerangkan manifesto kepada rakyat Sarawak.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad Pas yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihanraya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN terutama dengan janji “Buku Jingga” antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak setelah 30 tahun dibawah kepimpinan Taib Mahmud.

Manakala Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, berdasarkan dari respon masyarakat di sana tidak mustahil PAS mampu memenangi kerusi dan menghantar wakil ke Sidang DUN Sarawak. Kesungguhan PAS Nampak ketara bila akhbar rasminya banyak membuat liputan dan pendedahan tentang kepincangan pemerintahan BN Sarawak yang membolot kekayaan Sarawak seperti yang didedahkan dalam media internet melalui Sarawak Report.

Dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas, pembangkang hanya memenangi 9 dari 71 kerusi dengan 6 DAP, 1 PKR, 1 SNAP (Sarawak National Parti) dan 1 PCM (Parti Cintai Malaysia). Inilah prestasi terbaik sejak tahun 1987, bila Taib Mahmud nyaris-nyaris tumbang berikutan pemberontakan dalaman BN melalui peristiwa “Ming Court” untuk membawa usul undi tidakl percaya dalam Sidang DUN.

PKR hendak bertanding 52 kerusi DUN dan SNAP pula hendak bertanding 40 kerusi DUN. Berapa pula yang hendak ditandingi oleh Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam pilihanraya kali ini? DAP dan PAS agak realistik dan boleh bertolak ansur dalam rundingan permbahagian kerusi. Apakah pilihanraya kali ini dua penjuru atau tiga penjuru ekoran SNAP, parti tertua di Sarawak tidak berpuashati berhubung pembahagian kerusi dengan PKR.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , ,

PAS Ganti UMNO, PR Ganti BN?

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Minggu lepas, pada 9hb. Mac, 2011, saya berkesempatan untuk bersembang santai berhubung dengan politik semasa dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman di rumahnya. Tujuan asal kerumahnya adalah untuk memberikan komen terhadap buku terbarunya, Catatan Hujung setelah lebih sedekat beliau tidak menulis buku-buku politik.

Satu sahaja komen saya selepas membuat ‘speed reading’ terhadap buku terbarunya itu, buku Catatan Hujung tersebut sepatutnya diterbitkan oleh unit buku Harakah. Setidak-tidaknya sebagai penghormatan kepada Ketua Pengarang Kumpulan terutamanya menjelang sambutan “Jublee Perak” atau 25 tahun penubuhan Harakah kerana semua tulisan tersebut adalah merupakan kompilasi artikel-artikelnya dalam Harakah.

Petang tersebut dihabiskan dengan bertukar-tukar pandangan terhadap masa depan PAS dalam politik negara…Mampukah PR ganti BN atau setidak-tidaknya PAS Ganti UMNO? Pengamatan Lutfi begitu kritis dan sesetengahnya tidak mampu dihayati oleh pimpinan PAS sendiri. Bacalah sendiri komentarnya dalam harakah.

Tumpuan sembang politik secara santai kami lebih tertumpu kepada peluang PAS memerintah kembali Terengganu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Saya ada menulis dalam kolum di akhbar Siasah ini beberapa minggu sebelum ini, Analisa Politik Terengganu, Mampukah PAS kembali memerintah ? Saya tidak bercadang untuk memetik kembali apa yang telah saya tulis itu. Boleh dibaca di internet menerusi https://kalamperantau.wordpress.com/2011/02/22/analisa-politik-terengganu-mampukah-pas-kembali-memerintah/

Keghairahan PAS Terengganu untuk kembali memerintah bagi kali ke-3 di negeri ini semakin jelas. Bukan setakat mengadakan taklimat PAS Ganti UMNO sebagaimana yang dicadangkan oleh PAS Pusat, tetapi PAS Terengganu agak ke depan mengambil inisiatif dengan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat dengan slogan atau tema PAS Ganti UMNO di Kemaman pada 15 dan 16hb. Januari, 2011 telah dihadiri puluhan ribu rakyat terutamanya penyokong-penyokong PAS.

Sebulan kemudian, Dewan Pemuda PAS Terengganu juga mengadakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) di Kuala Nerus pada 12hb. Februari, 2011 juga dihadiri puluhan ribu anak muda. Pada 18 dan 19hb. Mac, 2011 ini, sekali lagi PAS Terengganu akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Terengganu di Besut pula.

Kenapa UMNO perlu ditolak?

Satu pertanyaan yang sedang bermain dibenak rakyat dinegara kita sekarang adalah kenapa perlu tolak UMNO? Bukankah UMNO telah memerdekakan negara dan berkuasa memartabatkan orang Melayu dan islam dengan kuasa politik yang ada pada mereka. Tanpa UMNO hilanglah kuasa Orang Melayu dinegara kita. Betulkah begitu?

Saya tidak bercadang untuk membuat kajian akademik dalam hal ini. Di sini saya memetik dari buku Taklimat Isu-Isu Penerangan Siri ke-2 yang diadakan pada 12hb. Mac, 2011 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam, Selangor.

Sebagai bahan untuk kita berfikir sejenak, apa yang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu dan Islam semasa rakyat memberikan kuasa politik memerintah negara kepada mereka selama lebih setengah abad, sejak merdeka pada tahun 1957.

Selepas merdeka, orang Islam adalah 82 %, tetapi setelah 52 tahun merdeka hanya tinggal 50 % lebih sahaja. Kenapa ini terjadi? Itu tidak termasuk lagi pengkhianatan UMNO terhadap agama Islam dengan menghapuskan tulisan jawi, menukarkan hari Jumaat sebagai cuti umum kepada hari Ahad, kecuali di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Dalam soal tanah rezab Melayu pula, telah menurun dengan banyaknya. Di Terengganu, 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang di berikan kepada Vincent Tan. Tanah rezab Melayu yang diambil tidak pernah diganti semula. Pada tahun 1957, ada 3 juta hektar diseluruh negara, tetapi tinggal 1.7 juta hektar pada tahun 1995. Sekarang tak pasti tinggal banyak mana?

Pengkhianatan terbesar UMNO kepada orang Melayu adalah dengan menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew kerana bimbang hilang kuasa politik mereka dinegara ini menyebabkan orang Melayu Singapura merempat ditanahair mereka sendiri.

Daris segi politik pula, UMNO sanggup tidak menambahkan kerusi-kerusi parlimen di negeri-negeri majoriti orang Melayu seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Bukan setakat itu sahaja, UMNO sanggup memberikan kerusi majoriti orang Melayu Islam kepada orang bukan Melayu seperti di Parlimen Gerik, Perak.

Malah UMNO juga sanggup derhaka pada Raja-Raja Melayu jika tidak selari dengan kehendak mereka. Beberapa kali UMNO meminda perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu terutama pada masa pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad, iaitu pada tahun 1983 dan 1993. Tidak cukup dengan itu, mereka sanggup menabalkan Tengku Ibrahim Putra di Ketereh Kelantan pada 29hb. April, 1993 kerana Sultan Ismail Putera dikata campor tangan dalam politik menyebabkan UMNO kalah teruk di Kelantan pada tahun 1990.

Lebih penting lagi, bagi umat Islam UMNO tidak menjadikan hukum Allah (Al Quran/Hadith) sebagai hukum tertinggi negara. Ini bertentangan dengan aqidah Islam dan boleh membawa kepada kerosakan aqidah. UMNO dikatakan menganut faham sekularisma, yakni menganggap agama sebagai perkara peribadi yang tiada kena mengena dengan pengurusan dan pentadbiran.

Disamping itu, UMNO mempunyai nilai akhlak yang membimbangkan. Perjuangannya mementingkan habuan peribadi mengatasi kepentingan awam serta tidak mementingkan dosa dan pahala dalam urusan mereka. Lebih teruk lagi, UMNO mempunyai budaya rasuah yang terlalu parah seperti diakui oleh kepimpinan mereka sendiri.

Paling mendukacitakan adalah menafikan hakikat kenaikan harga barang keperluan rakyak, sebaliknya UMNO boleh bersandiwara dengan mengatakan ‘bukan kenaikan tetapi penyelarasan harga’. Ketidak perihatinan kepimpinan UMNO dalam membendung inflasi (kenaikan harga) sehingga membebankan rakyat terutamanya golongan miskin menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain kecuali menolak UMNO dan BN dalam PRU ke-13 nanti.

Filed under: Siasah, , , , , , , , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories