Kalam Perantau

Icon

ADUN Sura Rai Kejayaan Generasi Terakhir SRAB

DUNGUN – Kejayaan pelajar generasi terakhir Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail (SRABSI) Dungun, disini, telah dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Empat dan 21 orang pelajar pelajar SRABSI yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi keputusan 5A.

Mereka adalah adik Anis Nazihah Binti Zaki dari Kampung Balai Besar, adik Nurfarzana Huda Binti Mohd Noor dari Kampung Bukit Batu Putih (Gambar atas), Pulau Serai, adik Nur Syafiza Binti Abdullah dari Kampung Rajawali, Pulau Serai dan adik Fatimah Rosalia Binti Elias dari Kampung Bunga Raya.

Ustaz Wan Hassan yang telah berkunjung sendiri kerumah pelajar cemerlang tersebut bagi mengucapkan tahniah secara peribadi dan meninyampaikan sedikit sumbangan

Diketika dihubungi Buletinonline beliau berkata, ia telah menjadi amalan, yang merupakan rutin tahunan baginya sebagai ADUN yang berkhidmat untuk rakyat.

”Pada setiap hujung tahun atau awal Januari, memang rutin saya, menziarahi pelajar-pelajar cemerlang UPSR dari rumah ke rumah,

”saya mahu menyampaikan ucapan tahniah saya secara peribadi kepada mereka, dengan sentuhan itu, InsyaAllah akan memberi motivasi, supaya mereka lebih maju,”ujarnya.

Mengulas tentang penutupan SRAB beliau berkata, pihaknya ADUN yang mewakili PAS dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri telah beberapa kali membawa isu tersebut dan membahaskannnya dalam Dewan.

Katanya, penutupan SRAB adalah satu bukti kerajaan tidak mengtamakan ‘pencapaian’ yang telah diraih oleh SRAB sejak ia mula beroperasi.
 
”Ternyata kerajaan tidak mengutamakan ‘pencapaian’ sebagaimana yang di gembar-gemburkan, kerana SRAB merupakan sekolah yang mencapai kejayaan dalam UPSR sejak ia ditubuhkan,”jelasnya.
 
Menurutnya SRAB dibangunkan oleh kerajaan PAS Terengganu pada 2001, telah ditutup ‘secara rasminya’, apabila berakhirnya penggal persekolahan tahun lepas.

Advertisements

Filed under: News, , , , , ,

Umno/ BN Kononnya Membela Rakyat, Tapi Yang Senang Adalah Wakil Rakyat !

DUNGUN – Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said meminta rakyat memilih Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam majlis yang dianjurkan oleh kerajaan dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Ramli.

Menurutnya adalah tidak profesional sebagai seorang Menteri Besar meminta sokongan dari rakyat kepada partinya dalam majlis yang dianjurkan dengan peruntukan kerajaan.

”Sumbangan kepada rakyat adalah tanggungjawab kerajaan, ia menggunakan peruntukan kerajaan, duit rakyat, bukannya daripada duit parti,

”tidak munasabah sebagai seorang MB meminta rakyat menyokong partinya,”tegasnya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Sumbangan Pakaian Sekolah, di sini, Ahad 27 Disember.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahmad Said meminta ibu bapa yang hadir memilih Umn/BN dalam pilihanraya akan datang ketika berucap dalam satu Majlis anjuran Yayasan Terengganu baru-baru ini.

Sehubungan itu, kata beliau, walaupun PAS bukan sebuah parti yang memerintah namun wakil-wakil rakyatnya tetap memberikan sumbangan dan bantuan kerana ia adalah merupakan satu tanggungjawab

Oleh sebab itu, katanya, wakil-wakil rakyat PAS tidak hidup mewah kerana keutamaan dan kepentingan mereka adalah kepada rakyat.

Katanya, ia bukanlah satu ‘retorika’ yang hanya cakap-cakap kosong sebagaimana slogan yang dibawa oleh Umno dan BN, ‘Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan’.

”Cuba kita tengok hari ini, bila bercakap bahawa keutamaan (adalah) kepada rakyat, tapi bila naik, yang senang pemimpin-pemimpin yang jadi wakil rakyat,

”lihat kereta masing-masing, lihat rumah masing-masing, lihat pakaian kemegahan masing-masing,

”tapi bila turun ke kampung (bertemu rakyat), (mereka berkata) kita akan bela rakyat, kita akan akan bela (orang) Melayu,”jelasnya

Justeru, beliau berkata, rakyat harus menilai parti yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, atau parti yang berkhidmat dengan wang rakyat.

”Sebab itu sangat penting bagi kita (rakyat) menilai dan memilih (PAS) parti yang terus memberikan sumbangan walaupun tidak sebuah kerajaan, bayangkanlah kalau PAS menjadi kerajaan,”ujarnya ketika berucap dalam di Majlis tersebut.

Seramai 87 orang anak-anak Ibu Tunggal dalam DUN Sura telah diberikan sepasang pakaian sekolah, sempena pembukaan sessi baru persekolahan tidak berapa lama lagi.

Filed under: Uncategorized, , , , , , , ,

Veteran PAS Ikrar Tumbangkan Umno

DUNGUN – PAS Dungun menjadi kawasan yang pertama berjaya menubuhkan Kelab Veteran PAS selepast ditubuhan di peringkat negeri, apabila dengan rasminya ia ditubuhkan oleh PAS Cawangan Sura Tengah, disini. 

Majlis penubuhan kelab tersebut diadakan dalam satu majlis pada jam 5.00 petang di Masjid Lama Sura, 10 November 2009, lalu.

Ketua penajanya, Ustaz Harun Daud berkata, 30 ‘orang lama PAS’  telah hadir dan bersepakat pada mesyuarat pertama itu bagi memilih 10 ahli jawatankuasanya.

Beliau berkata, kelab berkenaan akan berusaha mengumpul seramai mungkin ahli-ahli dikalangan ‘veteran’ yang akan bertindak menyalurkan  idea-idea kepada PAS Kawasan dan negeri, untuk dikongsi bersama antara pemimpin semasa dengan bekas pimpinannya.

“Kemungkinan pada masa muda remaja, dia (veteran) memang seorang yang aktif tetapi apabila telah lanjut usia mereka (veteran) tidak ada ruang dan ‘platform’ untuk bersuara dan menyampaikan pemikiran,

“Inilah (kelab veteran) yang akan menjadi ruang dan peluang untuk golongan (veteran) ini memberikan pandangan dan idea masing-masing untuk perjuangan Islam PAS,” jelasnya.

Dalam majlis itu juga, katany, ahli-ahli kelab tersebut telah berikrar dengan segala usaha dan tindakan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Filed under: News, , , , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories