Kalam Perantau

Icon

Pulau Pinang juga haramkan BTN?

BUKIT MERTAJAM, Nov 29 – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan secara serius untuk mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangannya.

Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman berkata kerajaan negeri memandang serius cadangan Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yussof bagi kerajaan negeri mengikuti langkah Selangor.

Selangor merupakan negeri pertama kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi kendaliannya daripada menyertai kursus anjuran BTN. Ia diputuskan Rabu lalu. Tiga lagi negeri dipimpin PR ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Usul cadangan itu dijangka dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri esok untuk kelulusan, kata Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Yayasan Aman di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan negeri mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, sebuah sekretariat yang diketuai oleh Yusmadi akan ditubuhkan untuk mengumpulkan pandangan rakyat mengenai BTN, yang didakwa mengindoktrinasikan ideologi Barisan Nasional (BN).

Katanya, orang ramai yang mempunyai pengalaman dan pandangan mengenai BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat itu.

“Kita akan buat referendum mengenai perkara ini,” kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu, Shamsul mengumumkan pelantikan barisan baru kepimpinan AMK Pulau Pinang.

Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dilantik sebagai ketua AMK negeri yang baru menggantikan Yusmadi manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai timbalannya.

Ahmad Azrizal Tahir, Ong Chin Wen dan M. Muneswaran pula masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua 1, 2 dan 3 manakala Syed Mikael Rizal Aidid sebagai setiausaha dan Philip Thor sebagai bendahari.

Advertisements

Filed under: News, , , , , ,

PRK DUN Manek Urai 14 Julai, Ulangi sejarah PRK Pengkalan Pasir?

Kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu membuka satu lagi pilihanraya kecil. Dalam keadaan UMNO/BN fobia dengan PRK dan cuba mengelak ianya diadakan oleh mana-mana pihak setelah mereka tewas dalam semua  siri pilihanraya kecil di Semenanjong Malaysia.

Sungguhpun keputusan PRK Penanti belum diketahui, tetapi sudah dijangkakan PKR akan memenangi semula kerusi yang dikosongkan mereka untuk menukar ADUN yang sudah ditetapkan akan menjadi Timbalan Ketua Menteri 1.

Jika menang DUN Penanti, Dr. Mansor Osman calon PKR akan dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggantikan Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan.  

Manakala satu lagi PRK selepas ini adalah di Kelantan pula. PRK DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai dengan tempoh berkempen lapan hari. 
 
Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.
 
Pilihanraya kecil ini menarik kerana sungguhpun kerusi ini kerusi tradisi PAS, tetapi UMNO pernah menang dalam tahun 2004. Malah dalam pilihanraya kecil di Kelantan, iaitu PRK Pengkalan Pasir pada tahun 2003 juga dimenangi oleh UMNO walaupun kerusi tersebut adalah milik PAS sebelumnya.

Apakah peristiwa Pengkalan Pasir akan berulang di Kelantan dalam PRK DUN Manik Urai ini? Jawabya tidak musthil jika jentera PAS Kelantan ‘over confident’!

Filed under: News, , , , , , , , , , , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories