Kalam Perantau

Icon

‘Lorong Sunyi Media Bebas’ satu pembaharuan dalam dunia buku?

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Sebelum menulis kolum Kalam Perantau pada minggu ini, saya mengucapkan tahniah pada team editorial Harakah kerana berjaya membuat satu lagi pembaharuan dalam dunia pesuratkhabaran dengan memberikan wjah baru pada Harakah edisi terkini adalah 40 mukasurat dimana semua muka surat dicetak dengan warna dan tiada lagi mukasuarat hitam putih tetapi dikekalkan pada harga RM 2 senaskah.

Saya tidak segera untuk mendapatkan buku Lorong Sunyi Media Bebas terbitan Penerbitan Pemuda dan terima kasih kepada Pengarang Ahmad Lutfi Othman yang menjemput saya untuk hadir pelancaran buku tersebut pada 20hb Mei 2016 lalu tetapi saya tak dapat hadir kerana bertembung dengan mesyuarat yang perlu saya hadiri.

Saya terpanggil untuk segera mendapatkan buku tersebut bila seorang rakan dari Sabah datang ke MyharakahBazzar pada Jumaat 27hb Mei untuk membeli buku tersebut tetapi tidak ada dalam senarai buku jualan di MyharakahBazaar.

Rakan tadi meminta bantuan untuk berhubung dengan penulis buku tersebut, Ahmad Lutfi untuk membeli terus dari beliau. Saya membawa rakan yang mencari buku tadi berjumpa dengan Lutfi dirumahnya. Terkejut saya, bukan sebuah yang dibelinya, tetapi 100 buah ditempah untuk dibawa balik ke Sabah.

Saya sendiri pun tidak ingat ada menyumbang satu artikel dalam buku tersebut. Berkali-kali saya cuba menulis tetapi tidak tahu dimana hendak mula. Secara jujur saya memberitahunya, sukar untuk tulis permintaan beliau pada kali ini. Untuk tidak menghampakan permintaannya, saya cuba menaip sesuatu sebagai catatan sekadar ingatan kepada seorang sahabat lama secara sepintas lalu sahaja berkaitan sisi pandang terhadap Lutfi kerana saya tulis tergesa-gesa sekitar bulan November, 2015 yang dijadikan bab ke-48 dalam buku tersebut dengan tajuk, Diingati kerana komitmennya pertahan hak pelajar berpurdah.

Menyertai Harakah

Sebenarnya kegigihan Lutfi sebagai seorang penulis dipupuk sejak dikampus UTM lagi. Diperingkat awal penglibatannya dalam PMUTM, beliau memang memegang portfolio akhbar dan penerbitan PMUTM sesi 1983/84 dan 1984/85 serta dilantik Ketua Pengarang ‘Nada Kampus’ lidah rasmi PMUTM. Jika tidak ada orang lain menulis dan menyediakan bahan, Lutfi menulis seorang diri dan kemudiannya terpaksa mempertahankan tulisan tersebut daripada mangsa guntingan Hal Ehwal Pelajar. Tidak sedikit tulisannya yang dilarang terbit. Semasa menjadi Setiausaha Agong PMUTM, Lutfi tetap konsisten menulis dan menyunting serta terlibat dengan kerja pengedaran. Tidak cukup dengan itu, beliau menerbitkan Suara Siswi, majalah khas PMUTM untuk mahasiswi dan beliau juga menjadi ketua pengarangnya.

Selepas Lutfi menyertai Harakah pada Mac, 1987 beliau diberi kepercayaan menjaga ruangan tetap Kampus. Hubungannya dengan aktivis pelajar berterusan. Malah beliau ditahan ISA pada akhir tahun 1989 kerana membuat laporan tentang demonstrasi pelajar UM dan dituduh sebagai penghasut mahasiswa untuk menentang kerajaan. Beliau kekal di Harakah hingga dilantik Pengarang Kumpulan Harakah pada tahun 1993.

Manakala saya menyertai Harakah agak lewat kerana saya menyertai dunia korporat terlebih dahulu untuk menimba pengalaman. Saya diminta bersama Harakah selepas menyelesai pengajian Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di UiTM selepas Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008. Iaitu sebulan lebih sebelum pelancaran Harakah 2 kali seminggu pada Muktamar PAS di Ipoh. Lebih kurang setahun saya mengendalikan pemasaran Harakah, pada 2009 saya diberikan tugasan baru mempersiapknh Harakah dari segi IT dan memulakan pembangunan perniagaan digital.

Meskipun lama bersama Lutfi sebagai rakan sekerja Harakah atau pun aktivis mahasiswa dulu, kami kerap berbeda pendapat terutama berhubung pendekatan politik. Kami berbeda pandangan, misalnya terhadap isu-isu dalaman PAS. Saya sesekali turut dalam aktiviti kebebasan medianya, menerusi KAMI.

Lutfi sebelum masuk semula Harakah sebagai Ketua Pengarang Kumpulan pada 2006, beliau diamanahkan menerajui akhbar Siasah. Saya juga pernah menjadi kolumnis Siasah,. Kalam Perantau. Di Harakah pada peringkat awalnya saya tidak menulis apatah lagi mempunyai kolum, melalinkan kemudiannya sesekali menulis atas permintaan Lutfi. Tetapi diakhir khidmatnya sebelum bersara sebagai Ketua Pengarang kerana keuzuran, saya diberikan satu kolum untuk meneruskan minat saya dalam bidang penulisan.

Bersama Lutfi di PMUTM dan Harakah

Saya mula mengenali Ahmad Lutfi Othman bukan di harakah tetapi semasa menjadi aktivis pelajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kami pernah bersama-sama menjadi aktivis Persatuan Mahasiswa Unitersiti Teknologi Malaysia (PMUTM) pada era tahun 1980’an dulu.

Beliau bertanding dan menang dalam pilihanraya kampus beberapa kali sejak sesi 1983/84 hingga 1985/86. Banyak kenangan suka duka kami lalui bersama dalam memperjuangkan hak mahasiswa untuk terlibat dan bergiat dalam apa yang dikenali sebagai percaturan ‘politik kampus’.

Kemuncak keterlibatan beliau sebagai aktivis mahasiswa adalah pada masa beliau menjadi Setiausaha Agong PMUTM 1985/86. Pada masa itu saya menjadi seorang exco PMUTM yang bertanggungjawab pada portfolio Asrama dan Penginapan. Turut terpilih menjadi exco PMUTM, adalah Zaini Ujang sekarang menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi dan mantan Naib Canselor UTM.

Lutfi kerap diingati kerana kesungguhannya memperjuangkan hak mahasiswi untuk memakai purdahdan bersikap proaktif membantah keras arahan pengharaman berpakaian menutup muka, apatah lagi dengan tindakan UTM memecat para pelajar berkenaan, majoritinya berada ditahun akhir pengajian. Dia bersungguh-sungguh menetangnya.

Pada zamannya juga terbentuk satu gabungan kepimpinan kampus-kampus utama yang sebahagian besarnya berpusat di Lembah Kelang kecuali USM di Pulau Pinang dan UUM di Kedah. Badan itu dikenali sebagai Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dipimpin oleh Zulkifli Yusoff (Presiden PMUM; sekarang Prof di Akademi Pengajian Islam UM) dan setiausaha adalah Saifuddin Nasution Ismail (Presiden PMUPM; pernah menjadi Setiausaha Agung KeADILan).

Antara aktiviti paling menonjol BBMN ialah demonstrasi besar menghimpunkan aktivis kampus Lembah Kelang membela Lutfi pada tahun 1986, bertempat di UTM selepas Jumaat ekoran penyingkirannya tanpa sebab yang munasabah. Mahasiswa tidak boleh menerima alas an beliau gagal dalam peperiksaan sedangkan beliau uzur ketika itu. Ramai pemimpin pelajar UTM yang digantung pengajian kerana tunjuk perasaan tersebut. Saya terlepas daripada tindakan disiplin tersebut kerana tidak mendaftar untuk tahun keempat Integrasi Sains Komputer selepas mendapat diploma pada tahun tersebut.

Sebaliknya memulakan kerjaya dalam bidang IT ini dengan terus bekerja dengan sebuah syarikat korporat, GLC dalam bidang besi waja berpangkalan di Kemaman Terengganu. Kemudiannya saya berpindah ke Kuala Lumpur semula dengan menyertai sebuah syarikat GLC yang lain dalam bidang teleomunikasi. Serentak dengan itu, saya juga memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah yang tertangguh dahulu dan memohon semula untuk memasuki UTM pada akhir 1980an.

Selepas mendapat tahu kemungkinan tidak dibenarkan menyambung semula pengajian ijazah oleh seorang Timbalan Naib Canselor, setelah Dekan Institut Sains Komputer (ISK) tiada halangan untuk meneruskan pengajian di UTM , saya menghantar permohonan ke UKM.

Saya pernah merekodkan dunia aktivisme ini dalam buku “Disebalik Tabir Politik Kampus” terbitan 1995. Ketika saya hendak menyambong menyambung pengajian peringkat sarjana, saya dan rakan menasihatkan dia untuk sambung semula pengajiannya yang tertangguh dulu. Lutfi memilih bidang Sains Politik di UKM.

Ini bukan ulasan buku. Tulisan ini ini telah disusun semula dari artikel saya dalam buku tersebut untuk tatapan pembaca setia kolum Kalam Perantau menjelang Muktamar PAS ke62 sebagai tribute kepada Mantan Ketua Pengarang Harakah bagi yang belum membaca lagi tulisan saya dalam dalam buku tersebut.

Biasanya apa yang saya tulis Lutfi akan berusaha baca, begitu juga sebaliknya. Saya tak pasti sama ada buku tersebut ada dijual di Muktamar atau pun tidak. Tergambar dalam fikiran bila baru dimananahkan mengndalikan Penerbitan Buku-buku Harakah, sebuah buku seperti ini perlu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan semasa menyambut 20 tahun harakah bagi mengingati Ulangtahun ke30 Harakah pada tahun 2017. Ini adalah sekadar lontaran awal, apa pun perkara itu perlu difikirkan dan akan diusahakan bila tiba masanya nanti.

Saya tidak sempat lagi menghadam buku Lorong Sunyi Media Bebas setebal 811muka surat. Cuma apa yang saya lihat semacam ada satu trend baru dalam dunia buku bila ramai yang menjadi penulis dalam sesebuah buku menjadikan ianya seolah-olah sebuah jurnal. Dalam buku tersebut saya kira ada 70 orang kenalan beliau menulis. Apa yang Lutfi buat itu sebenarnya, saya dah mulakan ketika diamanahkan menjadi Editor Perunding untuk menerbitkan buku ’25 tahun Kepimpinan Ulama’ pada 2009 yang lalu.

Pada Muktamar PAS ke62 ini, Unit Buku Harakah berjaya menerbitkan 2 buah buku, iaitu Sejarah PAS 1951-1957 : Membina Jiwa Merdeka yang gagal diterbitkan sejak sekian lama dan buku lama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Sirrah Nabawiyyah yang disusun semula kepada 17 bahagian sebagai satu lagi tribute kepada beliau yang meninggalkan khazanah berharga tersebut sebagai amal jarian beliau yang berterusan.

Filed under: Buku, Harakah, harakahdaily, , , , , , , , , , ,

Pemilihan Presiden PAS: Hadi terus istiqamah, Ahmad Awang hendak kemana?

Oleh : Shuhaimi Almaniri

Muktamar PAS ke 61 pada 4-6hb Jun, 2015 ini tinggal beberapa hari sahaja lagi. Semua perhatian kini tertumpu kepada pertandingan kerusi Presiden, Timbalan Presiden selain daripada Naib-Naib Presiden dan 18 orang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta ketua-ketua dewan.

Sepanjang era kepimpinan ulama pasca Muktamar 1982, inilah kali pertama jawatan Presiden PAS dicabar secara terbuka berbanding sebelum ini yang dilakukan secara peralihan yang agak sistematik. Malah Dato’ Asri sendiri pun berundur secara terhormat dengan melepas jawatan Yang Dipertua Agung PAS yang disandangnya ketika itu setelah majoriti ahli-ahli tidak dapat lagi menerima kepimpinannya dalam PAS.

Kali terakhir penyandang jawatan Presiden (dulunya dipanggil Yang Dipertua Agong PAS) ditandingi adalah pada tahun 1960an. Menurut pengkaji sejarah, Dr Burhanuddin Al Helmy dicabar oleh Prof Zulkifli Muhammad pada Muktamar Agung PAS yang kelima pada tahun 1960-an. Keputusannya Dr Burhanuddin Helmi kekal menjadi Yang Dipertua, tetapi Prof Zulkifli Mohamad pula diangkat menjadi Timbalan Yang Dipertua.

abdulhadi5Setelah sekian lama pemilihan kepimpinan dalam PAS berjalan lancar terutama kepimpinan tertinggi, tiba-tiba pemilihan 2015 kali ini mencatat satu lagi sejarah baru dalam pemilihan PAS khususnya dalam Pemilihan Presiden PAS. Sebelum itu, tradisi jawatan Timbalan Presiden yang tidak ditandingi pun telah mula ditandingi sejak pemilihan 2003 bila jawatan tersebut dikosongkan oleh Abdul Hadi Awang yang disahkan menjadi Presiden setelah memangku selepas kematian mengejut Dato’ Fadzil Mohd Noor.

Entah dimana silapnya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang memimpin PAS sejak 2002, buat pertama kalinya Hadi akan ditentang sepanjang 13 tahun beliau memimpin parti itu oleh Ustaz Ahmad Awang seorang pesara kerajaan yang pernah menjadi pemimpin PAS sebelum ini tetapi tidak lagi aktif dalam politik tetiba muncul sebagai calon pencabar Presiden PAS pada pemilihan PAS 2015 kali ini.

Ahmad Awang yang pernah menjadi Presiden Persatuan Ulama SeMalaysia (PUM) mula aktif dalam PAS selepas berlaku era reformasi Anwar 1998 hingga pernah mendaki hirarki politik PAS dengan cepat bila dilantik Pesuruhjaya PAS Perak hingga pernah terpilih menjadi Naib Presiden dan Ahli Majlis Syura Ulama. Pernah bertanding dalam pilihanraya di Bagan Serai Perak, tetapi kalah.

Kalau melihat dari kacamata pemerhati politik, Ustaz Ahmad Awang secara individu sudah tidak bertenaga lagi dalam politik PAS bukan kerana umurnya berusia 79 tahun, tetapi beliau sudah tidak aktif lagi dalam politik PAS setelah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam parti. Apa yang dilakukan oleh Ahmad Awang ketika ini mungkin sama dengan apa yang dilakukan oleh Sulaimen Palestin yang bertanding menentang Presiden UMNO dalam tahun 1970an dahulu.

Sulaiman Palestin ketika itu tahu dia sukar untuk mengalahkan Husein Onn yang bukan sahaja menjadi Presiden UMNO tetapi juga Perdana Menteri. Tetapi kenapa Sulaimen Palestin nekad bertanding menentang Husein Onn ketika itu. Tentu sahaja ada ‘tangan-tangan ghaib’ dan ‘grand design’ yang lebih besar disebalik pertandingan tersebut.
Terbukti kemudiannya, bila Sulaiman Palestin yang mendapat sekita 20% undi perwakilan, Timbalannya ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mula menekan Husein Onn untuk bersara lebih awal dan meletakkan jawatan dengan alasan sakit.

Berbalik kepada pertandingan dalam pemilihan Presiden PAS kali ini, berdasarkan kepada jumlah pencalunan yang diperolehi kedua-dua calon (sebenarnya 3 calon, Dato Husam tarik diri hanya bertanding Naib Presiden sahaja), rata-rata pemerhati politik yakin sukar untuk Ustaz Ahmad Awang memenangi pertandingan tersebut.

Tetapi kenapakah Ustaz Ahmad Awang bertanding? Ini persoalan yang sedang cuba dirungkaikan oleh ahli PAS dan perwakilan dalam Muktamar ke61 pada 4 hingga 6 Jun, 2015 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. Disebalik apa yang berlaku dalam PAS sekarang ini, apakah tidak ada ‘grand design’ politik yang lebih besar?

Saya tidak bercadang untuk menghuraikannya di sini. Tetapi memerhatikan kepada kenyataan Ahmad Awang dan beberapa pemimpin lain yang sealiran ‘fikrah’ politik dengannya, ramai yang berpendapat, kalau tidak ada ‘grand design’ masakan tempuan bersarang rendah.

Kata mereka, kalau betul-betul nak cabar Presiden PAS untuk digantikan, mestilah cari calon yang lain daripada pesara politik. Bagi mereka, cukup elok kalau Husam yang cabar Presiden dan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang lagi Naib Presiden menetang Timbalan Presiden untuk membawa PAS ke satu era yang lain dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke14 nanti.

Dato’ Husam Musa yang mendapat pencalonan yang lebih baik dari Ahmad Awang dikatakan lebih bertenaga untuk mencabar Presiden sekarang kerana beliau bukan sahaja Naib Presiden tetapi yang lebih penting adalah Husam jauh lebih muda dari segi usia daripada Dato Seri Abdul Hadi.

Ahmad Awang mula terasa ada yang tidak kena dalam pemilihan kali ini bila DAP terus menyerang Abdul Hadi. Beliau mula bersuara yang disiarkan media, “Serangan demi serangan yang dihala kepada Ustaz Abdul Hadi Awang tidak akan memberikan kelebihan politik kepada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat. Hentikan serangan-serangan tersebut”.

Shuhaimi Almaniri
27hb Mei, 2015

Filed under: Recommended, , , , , , , , , , , , , ,

Analisa Keputusan ! Muktamar PAS – majoriti AJK baru bukan ulamak

Berdasarkan pemilihan bagi Muktamar 55 lalu, didapati rata-rata perwakilan bersetuju, AJKnya adalah kombinasi lulusan agama (ulamak) dengan bukan ulamak (profesional + akademik) dan didapati lulusan agama hanya 11 orang dan bukan ulamak berjumlah 14 orang. Ini menunjukkan kombinasi ulamak dan bukan ulamak adalah majoritinya bukan ulmak. Maknanya, amalan kepimpinan PAS dengan tradisi ‘kepimpinan ulamak’ adalah bersifat kombinasi ulamak dengan bukan ulamak; dengan tradisi utama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sahaja kalangan tokoh ulamak, sementara mojoriti jawatankuasanya adalah bukan ulamak.Maka, realitinya PAS terus dipimpin oleh ulamak sebagai bukti perjuangan PAS meneruskan kepimpinan Islam.

  • Oleh itu, jumlah keseluruhan 25 orang Jawatankuasa Kerja PAS Pusat adalah dapat dibahagikan kepada:
  • Lulusan pengajian agama (U) berjumlah 11 orang
  • Lulusan pengajian akademik (A) berjumlah 7 orang
  • Lulusan pengajian profesional (P) berjumlah 6 orang
  • Lulusan pengajian campuran agama dengan akademik (U+A) berjumlah 1 orang.

Muktamar PAS – majoriti AJK baru bukan ulamak
1. Pengerusi Tetap: Ustaz Abu Kassim Abdullah – menang tanpa bertanding (U)
2. Timbalan Pengerusi Tetap: Husin Ismail – 609 undi (A).
Dua yang tewas –
Ishak Surin 200 undi (A)
Tengku Puji Tengku Abdul Hamid 199 undi (A)

3. Presiden: Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang – menang tanpa bertanding (U)
4. Timbalan Presiden: YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa mendapat 480 undi (U)
Dua yang tewas –
YB Dato’ Husam Musa 281 (A)
Hj. Mohamad Sabu mendapat 261 (A)

Naib Presiden:
5. Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man 871 (U)
6. YB Salahuddin Ayub 824 undi (A)
7. YB Dato’ Mahfuz Omar 636 (A)
Dua yang tewas –
Dato’ Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah 333 undi (U)
Ustaz Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi (U+A)

Jawatankuasa Pusat PAS -18 ahli:
8. YB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin – 854 (P)
9. Ustaz Idris Ahmad – 799 (U)
10. YB Dato’ Kamaruddin Jaafar – 769 (A)
11. YAB Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak – 653 (U)
12. YB Datuk Dr Hassan Ali – 642 (A)
13. YB Dr Hatta Ramli – 638 (P)
14. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin – 637 (U)
15. Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik – 622 (U)
16. Peguam Mohamad Hanipa Maidin – 619 (P)
17. YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah – 606 (P)
18. YB Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali – 589 (P)
19. Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman – 584 (U)
20. YB Dr Dzulkefly Ahmad – 576 (P)
21. YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – 530 (A)
22. YB Ustaz Hashim Jasin – 522 (U)
23. Mazlan Aliman – 513 (A)
24. YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib – 508 (U)
25. YB Ustaz Dr Mujahid Yusof Rawa – 448 (U+A)

Analisis latar belakang ilmu pengajian:
Aliran Akademik (A):
Timbalan Pengerusi Tetap – 1 orang
Naib Presiden – 2 orang
AJK Pusat – 4 orang
Jumlah = 7 orang

Aliran Agama (U)
Pengerusi Tetap – 1 orang
Presiden – 1 orang
Timbalan Presiden – 1 orang
Naib Presiden – 1 orang
AJK Pusat – 7 orang
Jumlah 11 orang

Aliran Profesional (P)
AJK Pusat – 6 orang
Jumlah 6 orang
Aliran Campuran Agama & Akademik (U+A)
AJK Pusat – 1 orang
Jumlah 1 orang

Rumusannya, kepimpinan PAS Pusat bagi sesi 2009-2011 masih mengekalkan tradisi kepimpinan ulamak sejak 1983 sehingga sekarang adalah mengekalkan tradisi melantik Presiden dan Timbalan Presiden kalangan tokoh ulamak (lulusan agama).

Sementara kalangan Naib Presiden dan AJKnya adalah kombinasi majoriti bukan ulamak. Demikianlah analisa keputusan yang dilakukan oleh seorang penganlisis politik

Filed under: News, ,

Muktamar PAS dah berakhir, ke mana PAS selepas ini?

Oleh: Mohd Suhaimi Al-Maniri

Muktamar PAS ke55 yang diadakan dalam suasana yang agak meriah berbanding dengan sebelum ini dah berakhir pada Ahad, 7hb. June, 2009. Pertama kali sejak saya menjadi pemerhati muktamar PAS, begitu ramai wartawan yang membuat liputan. Lebih 300 orang dari dalam dan luar negara berkampung mengikuti muktamar PAS. Kehadiran petugas-petugas media ini seolah-olah mereka mengadakan muktamar mereka sendiri pulak.

Bukan sahaja kehadiran mereka untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat tetapi berbagai agenda cuba dicungkil dan diprovokasi kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk disiarkan dalam media masing-masing. Perkara yang mendapat perhatian media adalah untuk melaga-lagakan pemimpin utama PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat sama ada dari DAP ataupun PKR daripada memberikan fokus kepada agenda Islam Menerajui Perubahan yang menjadi tema kepada ucapan dasar beliau pada tahun ini. 

Ucapan Presiden PAS sejak Muktamar tahun lepas menjadi perhatian masyarakat dan terus dibincangkan. Tema PAS untuk Semua atau PAS For All telah diterima dan berjaya membukakan pintu PAS kepada semua masyarakat sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Kehadiran lebih 20,000 keahlian Kelab Penyokong PAS sebagai bukti kejayaan pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dinamik dan progresif untuk memimpin PAS.

Kehebatan Presiden PAS telah diabadikan dalam sebuah buku setebal lebih 400 mukasurat bertajuk Abdul Hadi Awang – Murabbi, Ideolouge, Pemimpin yang ditulis oleh seorang tokoh pemuda , Haji Riduan Mohamad Nor yang mengkagumi pemimpin ini dan mengikutinya dari dekat.

Dalam tulisan ini, saya tidak bercadang untuk mengulas isi kandungan apa yang telah diucapkan oleh Presiden PAS dalam memperkukuhkan politik PAS sebagai mendokong aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya tetapi melihat beberapa aspek yang diberikan perhatian oleh perwakilan dan pemimpin PAS lain dalam muktamar kali ini.

Apa yang disarankan oleh Presiden PAS mendapat sambutan dan perhatian perwakilan. Perwakilan dari Sabah dan Sarawak mengalu-alukannya dan meminta pemimpin utama PAS lebih kerap turun ke negeri-negeri berkenaan. Apatah lagi dalam keadaan Sarawak sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihanraya negeri yang dijangkakan diadakan lebih awal.

Beberapa pemimpin Sabah dan Sarawak yang saya temui di Muktamar kali ini mengharapkan pemimpin PAS mempunyai strategi tertentu dalam memperkasakan PAS Sabah dan Sarawak. Apa yang saya perhatikan, selepas pilihnraya umum ke-12 yang lepas, Timbalan Presiden PAS telah ditugaskan mengetuai jentera Pilihanraya Kecil PAS bermula di Parlimen Kuala Terengganu, kemudian diikuti Parlimen Bukit Gantang.

Nampaknya dibawah kepimpinan Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden telah berjaya mencapai kemenangan yang diharapkan. Saya tak pasti sama ada pilihanraya kecil Manik Urai, Kuala Krai juga mengikut formula dan kaedah yang sama. Sebagai peringatan, jika PAS tersilap percaturan, tidak mustahil pengalaman pahit PAS gagal dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir berulang lagi di Manik Urai.

Berbalik kepada perkembangan politik Sabah dan Sarawak, ada sebahagian pemerhati politik berpendapat, adalah wajar seorang pemimpin PAS dari negeri Sabah dan Sarawak dikenalpasti untuk menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik bagi meningkatkan dan mengukuhkan kedudukan PAS di negeri-negeri berkenaan. Manakala jawatan Pesuruhjaya pula diserahkan kepada pemimpin berpengalaman dari Semenanjong untuk melakukan tranformasi politik.

Mungkin ada baiknya PAS mengikuti apa yang telah dilakukan oleh PKR sekarang ini dalam memastikan kedua-dua negeri berkenaan berada dalam pengaruh Pakaran Rakyat. PKR telah meletakkan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim sendiri untuk mengetuai jentera pilihanraya di negeri berkenaan.

Sementara PAS pula setidak-tidaknya menugaskan Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bagi mengetuai jentera PAS di kedua-dua berkenaan. Kejayaan PAS dikedua-dua negeri ini akan memberikan impak politik yang lebih besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Pemilihan Muktamar PAS  ke-55

Selain isu Sabah dan Sarawak, keluhan Dr. Lo’lo’ Mohamad Ghazali, peranan yang kecil diberikan kepada muslimat mungkin disebabkan kelemahan muslimat itu sendiri. Ketika Dewan Ulama dan Pemuda sudah lama menyelesaikan, isu kepimpinan mereka, Dewan Muslimat masih lagi tercari-cari ketua mereka. Sebelum ini, silih berganti ketua mereka digantikan dalam muktamar.

Cuma tahun ini Ketua Muslimat yang sebelumnya dikekalkan, walaupun ada cubaan untuk menggugatnya tetapi pergelutan dikatakan belum berakhir. Muslimat sepatutnya bersatu memperkasakan bahtera mereka, Dewan Muslimat supaya dihormati kawan dan lawan.

Setelah melihat keputusan pemilihan, saya merasakan perwakilan tidak terpengaruh dengan kempen-kempen yang dilakukan sebelum muktamar. Seorang kawan saya bernama hamdy, seorang penulis buku dan blog yang membuat pemerhatian terhadap keputusan pemilihan berpendapat; Faktor yang semua ketahui iaitu undi terpecah  antara Haji Mohd Sabu (261) dan Haji Husam Musa (281). Jumlah undi yang diterima kedua-dua mereka adalah 52%.  Manakala Ustaz Nasharuddin sepatutnya menerima sekurang-kurangnya  51 % undi perwakilan untuk mencapai kemenangan mutlak .

Media-media yang pro kepada Husam Musa lebih awal melakukan provokasi Husam telah menang Timbalan Presiden sebelum keputusan diumumkan. Bila keputusan diumumkan, hampir 75% perwakilan menolak Husam . Oleh itu ada kemungkinan   mereka yang menyokong Husam telah underestimate akan title ustaz yang ada pada ustaz  Nasharuddin. Ustaz Nasharuddin  telah menerima 480 undi, iaitu meningkat  30 undi lebih dari undi yang beliau  terima pada 2007.

Jika mengikut seorang pemerhati dan pengulas politik terkenal. Mohd Sayuti Omar (MSO), faktor berikut adalah faktor kekalahan Husam;
a. Gagasan politiknya;  liberalisme dan modenisasinya kontradik dengan gagasan parti  yang dibawa oleh  Presien. Gagasannya baik dan bernas tetapi silapnya beliau tergesa-gesa mahu  melaksanakan tanpa melihat kepada keupayaan dirinya.
b. Bentuk kempen yang agresif,  mendahului kaedah dan amalan sebelum ini dan bahan kempen yang  tidak dipantau  menyebabkan ia bersifat emosi dan menyimpang dari amalan PAS.
c. Menyerlah keghairahan yang tinggi untuk membuat perubahan ke atas parti. Sikap ini dianggap sebagai gelojoh dan kurang fatanah.
d. Kenyataan-kenyataan yang  bersifat ego dan terlalu profesional misalnya pertandingan itu sebagai mesej teguran kepada parti, ataupun meletakkan dirinya sebagai harapan masa depan parti sekaligus merendahkan pencapaian orang lain. Sikap sebegini tidak berapa disenangi oleh veteran Pas. 

Ketika menggulungkan muktamar PAS ke-55, Tuan Guru Haji Abdul Hadi pemilihan PAS bukan untuk memancung mana-mana pemimpin. Secara peribadi, saya berpendapat, Presiden PAS perlu melantik Haji Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu menganggotai Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dibawah ehsan Presiden PAS melalui kouta lantikan tambahan yang diberikan kepada beliau.

Walaubagaimanapun tradisi melantik calon lain yang telah bertanding diperingkat AJK yang kalah sama ada muslimin dan muslimat untuk mengambil hati dan sebagainya tidak perlu dipraktikkan kalau kehadiran mereka boleh digantikan oleh orang lain dalam membantu memperkasakan pengaruh PAS.

PAS sepatutnya fokus kepada kehadiran tokoh-tokoh baru dan muda yang akan menjadi pemimpin masa depan PAS seperti Nik Abduh Nik Mat, anak Mursyidul Am yang memenangi undi kedua tertinggi dalam pemilihan Pemuda PAS. Kehadiran Nik Abduh dalam jawatankuasa PAS Pusat mungkin boleh menjadi penghubung antara kedua-dua pemimpin utama PAS yang dilihat sering bercanggah pendapat di media.

Artikel ini disiarkan untuk Akhbar Siasah bil 0153 (14-20 jun, 2009) 

Filed under: Siasah, , , , , , , , ,

Kenangan Masa di kampus awal 1980’an dan Muktamar PAS.

Oleh: Mohd Suhaimi Al-Maniri
Muktamar PAS yang pertama saya ikuti adalah Muktamar PAS muktamar PAS yang pertama dibawah kepimpinan ulamak pada tahun 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka, kalau tidak silap ingatan saya. Pada tahun tersebut ada pemilihan. Pemilihan dalam PAS masa itu tak canggih macam sekarang. Tidak ada yang buat sidang akhbar umum nak bertanding, tidak ada lagi kempen sms dan sebagainya.

Selain Tuan Haji Yusof Rawa (al-marhum) disahkan sebagai Yang Dipertua PAS (bukan lagi Presiden PAS), Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor (almarhum) pula dipilih sebagai Timbalan Presiden. Manakala Tuan Guru Haji Abdul Hadi sudah diangkat Naib Yang Dipertua PAS sangat berpengaruh dan popular di kalangan mahasiswa Islam yang baru bangkit semula di kampus-kampus universiti.  

Pada masa itu dah muncul beberapa tokoh ulama PAS yang menjadi idola kepada mahasiswa di universiti. Di kampus-kampus univerisiti, kami yang baru menjadi pemimpin-pemimpin mahasiswa saban minggu dan bulan menjemput tokoh-tokoh PAS dan DAP ke kampus-kampus dalam program yang dinamakan debat, forum dan sebagainya untuk berdepan dengan UMNO dihadapan mahasiswa.

Malah kalau di Universiti Malaya ketika itu, Debat Agung diadakan beberapa hari dengan bergilir-gilir tokoh pembangkang dan kerajaan datng berdebat. Sesekali kita menyelitkan tokoh-tokoh ABIM dan PSRM. JIM dan PKR tidak ada lagi pada masa tersebut.

Anwar sendiri pada masa tersebut adalah Pemuda UMNO, tetapi jarang hendak menerima jemputan berdebat di kampus, apatah lagi kalau kita regukan beliau dengan Ustaz Fadhil Nor dan Ustaz Abdul Hadi Hadi Awang. Selalunya yang menjadi pengganti kepada wakil UMNO adalah Ikhwan Nasir (almarhum).

Sekarang suasana tersebut dah pupus di kampus-kampus. Walaupun kami tidak dapat menyelami secara langsung aktivisme tahun 1970’an, tapi pada era 1980’an tersebut, gegaran kebangkitan mahasiswa Islam begitu terasa di kampus-kampus. Masa itu memerintah universiti seolah-olah sudah memerintah negeri.

Itu keadaan di kampus pada tahun 1980’an. Selepas lebih dua dekad, politikus-politikus kampus pada masa tersebut sekarang ini menjadi pelakon-pelakon utama politik negara sama ada dalam pembangkang atau kerajaan. Di university Malaya, nama-nama seperti Husam Musa, Takiyuddin Hassan, Ahmad Shabery Cheek dan lain-lain tidak asing kepada masyarakat kampus ketika itu. Di UKM pula ada nama-nama seperti Wan ismail Wan Jusoh, Idris Ahmad, Mustafa Kamil Ayub, Abd Rahman Bakar dan lain-lain lagi. Dari UPM, Saifuddin Nasution Ismail dan dari UTM pula paling menonjol Ahmad Lutfi Othman tidak menceburi politik sebaliknya menjadi Ketua Pengarang Harakah dan pengulas politik terkemuka tanahair. Sebelum itu ada Annuar Musa dan Affendi Mohamad yang pernah menjadi Ahli PAS Parlimen Jeli.

PAS yang bukan sahaja sebagai parti politik tetapi kesinambungan gerakan Islam dan perjuangan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Musuh PAS banyak. Semua musuh ini yang bermaksud menjahanamkan PAS sebagai satu kesinambungan gerakan mengislahkan masyarakat dan dunia ini mesti dibanteras. Musuh luaran barangkali mudah dikenalpasti. Namun musuh dalaman mungkin agak sukar disedari. Ada yang menjadi musang berbulu ayam. Mungkin kumpulan begini ada dalam parti, tidak mustahil.

Muktamar Tahunan PAS ke 55 akan menyaksikan pertandingan dan pemilihan mesti memastikan ia bersih dari gejala buruk yang boleh merosakkan ukhwah ulamak-professional dan masa depan PAS itu sendiri yang telah dibina dengan baik dibawah kepimpinan ulamak.

Paling baik kekalkan tradisi kepimpinan ulamak yang telah memacu perjuangan PAS selema lebih 25 tahun ini. Banyak kejayaan yang telah dikecapi. Berjaya memerintah Kelantan sejak tahun 1990 lagi hingga sekarang di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Di Terengganu sempat memerintah selama satu penggal (1999-2004) juga di bawah kepimpinan ulamak. Di Kedah, Ustaz Azizan Abd Razak sempat juga memerintah (Mac, 2008 hingga sekarang ini).

Selain, faktor-faktor yang kita Nampak secara kasar, factor keberkatan ulamak pewaris nabi itu perlu diambil kira dalam memilih pemimpin. Jika dimuhasabah, antara faktor kerajaan campuran PAS pimpinan professional berjaya ditumbangkan di Perak dalam masa yang singkat tak sampai setahun berbanding dengan kerajaan PAS yang dipimpinan ulamak walaupun dikatakan kurang tahu memerintah adalah berkait rapat dengan factor keberkatan tadi.

Contoh yang nyata adalah yang ada dihadapan kita adalah, semua pendokong PAS cemas pada masa kerajaan PAS Kelantan lebih tiga kerusi sahaja berbnading dengan UMNO selepas pilihanraya umum 2004. Keadaan itu hamper sama yang dialami oleh Perak, dimana parti-parti Pakatan Rakyat hanya lebih 3 kerusi sahaja berbanding dengan UMNO/BN.

Tambah cemas, bila PAS tewas pula dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada tahun 2005, menyebabkan PAS tinggal satu kerusi sahaja melebihi UMNO dalam Dewan Undangan Negeri. Satu kerusi itu pula dengan majoriti dua undi sahaja.  Ikut logik akal kita, UMNO boleh ambil alih kerajaan Kelantan bila-bila masa sahaja jika seorang sahaja berpaling tadah.

Berbalik semula kepada pemilihan pemimpin PAS dalam muktamar PAS kali ini. Saya tidak ingin meramalkan siapa memang, siapa kalah. Walau siapa pun yang menang Timbalan Presiden dan lain-lain jawatan dia diatas nama dan kapasiti peribadinya tidak dapat melakukan apa-apa perubahan kerana PAS ini lain dari parti-parti politik yang lain.  

Sebab itu, PAS mesti mengelak dilihat sama dengan UMNO. Kelainan dari UMNO sebenarnya menjadi tarikan kepada PAS. Secara peribadi, saya tidak merasakan mana-mana pemimpin PAS hendak membawa PAS masuk UMNO walaupun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri berulangkali menyebut sekiranya UMNO buat Islam, kita PAS akan bubar dan semua masuk UMNO. Pada saya tak semudah itu ahli-ahli PAS nak bubar parti dan masuk UMNO.

Sebagai peringatan kepada pemimpin PAS yang menang dan juga Presiden PAS yang telah tidak ditandingi diharap dapat menjadi factor penyatu selepas pertandingan kali ini yang membezakan kita dengan gerakan yang lain. Beberapa budaya dan amalan UMNO perlu ditinggalkan. Umpamanya, dalam politik UMNO dan parti-parti sekular lainnya, kemenangan dan terpilihnya menjadi pemimpin parti bukan sahaja menjadi peluang memperkasa diri sendiri, tetapi yang lebih jahat ialah peluang mencantas mereka yang kalah bertanding. 
 
Kecanggihan Muktamar PAS ke-55

Mengikut laporan media, persiapan PAS untuk menjadikan muktamar PAS kali ini paling canggih dalam sejarah PAS. Ada yang mengatakannya bertaraf world class sebagaimana kata pemimpin-pemimpin PAS Selangor yang ditugaskan mengendalikan perjalanan muktamar kali ini.Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar ketika merasmikan laman web Muktamar 55 ini menyatakan gerbang muktamar yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini. 

Mengikut laporan harakahdaily, laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, http://muktamar55.pas.org.my bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi. Kesemua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut. Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air termasuk laporan yang tidak adil menjadikan PAS menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai.

Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran langsung terus menerus sidang muktamar bermula dengan muktamar dewan hinggalah muktamar penuh, katanya.”Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlansung sejak beberapa minggu ini,” katanya.

Laman web ini ujar Kamarudin diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan sila layari muktamar55.pas.org.my untuk menyaksikan muktamar secara langsung

Artikel ini diterbitka untuk akhbar Siasah Bil 0152 (7-13 Jun 2009)

Filed under: Siasah, ,

UPDATED : SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN PAS

SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
 

PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji  

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz (877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato’ Haji (663)
 
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato’ Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato’ Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji (637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato’ Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488) 

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman 

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

KETUA
Ustaz Harun Taib(MTB)

TIMBALAN
Ustaz Tuan Ahmad Yaakob (MTB)

NAIB KETUA
Dr Mahfodz Mohamad (MTB)

AHLI JAWATANKUASA

1. Ustaz Husin Awang (193)
2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (186)
3. Ustaz Nik Zawawi Salleh (186)
4. Ustaz Saleh Sani Harun (156)
5. Ustaz Abu Bakar Abdullah (153)
6. Dato’ Ustaz Mohd Daud Iraqi (152)
7. Ustaz Abdullah Abd Razak (152)
8. Ustaz Hasan Mohamad (143)
9. Ustaz Ismail Noh (138)
10. Ustaz Mohd Zain Abd Rahman (138)
11. Ustaz Mohamad Mustafa (131)
12. Ustaz Abdullah Husin (129)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Hj Ibrahim Omar (188)

SENARAI KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP
Misbahul Munir Masduki (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Aris Awang (Menang Tanpa Bertanding)

KETUA
Nasrudin Hassan (Menang Tanpa Bertanding)

TIMBALAN KETUA
Azman Shapawi Abd Rani (Menang Tanpa Bertanding)

NAIB KETUA
Ahmad Sabki Yusof (Menang Tanpa Bertanding)

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN (23 bertanding – 12 kerusi)

1. Riduan Mad Nor (197 undi)
2. Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz (194)
3. Mohd Firdaus Jaafar (176)
4. Mohd Nazri Chik Zain (176)
5. Suhaizan Kaiat (165)
6. Nasir Zakaria (152)
7. Kamal Ashaari (145)
8. Kamaruzaman Mohamad (139)
9. Khairul Faizi Ahmad Kamil (139)
10. Mohd Adram Musa (135)
11. Abdullah Abdul Karim (127)
12. Dr. Rosli Allani Abd Kadir (126)

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. Jamel Saring
2. Muzammil Hafiz

KEPUTUSAN PIMPINAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

PENGERUSI TETAP (154)
Nor Hashimah Deraman

TIMBALAN PENGERUSI TETAP (162)
Wan Hamidani Wan Ahmad

KETUA (136)
Nuridah Mohd Salleh, Ustazah 

TIMBALAN KETUA (142)
Siti Zailah Mohd Yusoff, YB.

NAIB KETUA (MTB)
Mumtaz Md Nawi, YB.

AHLI JAWATANKUASA KERJA (23)

1. Wan Ubaidah Omar, YB. (196)
2. Halimah Ali, YB. Dr. (173)
3. Mastura Hj Mohamad (173)
4. Aiman Athirah Al Jundi (162)
5. Najihatussalehah Ahmad, Dr. (158)
6. Siti Mariah Mahmud, YB. Dr. (156)
7. Rosni Adam, Dr. (155)
8. Azizah Khatib Mat, Ustazah (147)
9. Salbiah  Abd Wahab (147)
10. Nurul Huda Yusof Rawa (135)
11. Wardatul Jannah As Sofea (125)
12. Fatimah @ Zainab Ibrahim, To’ Puan (122)

PEMERIKSA KIRA-KIRA (2)
1.    Basmatul ‘Uyun Yusof
2.    Wan Hasna Wan Ismail

Filed under: News, , , , , , , ,

Jadual muktamar

Hari ini, 3 jun 2009 bermulanya Muktamar PAS dengan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Taman Melewar. Berikut adalah jadual Muktamar PAS

JADUAL MUKTAMAR PAS
3 Jun 2009

9.00 malam – Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur oleh Nasharudin Mat
Isa, Timbalan Presiden PAS.

4 Jun 2009

8.00 pagi – Muktamar Dewan Pemuda di Taman
Melewar.

8.00 pagi – Muktamar Dewan Ulama di Dewan di Auditorium Muzium Alam Shah, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

8.00 pagi – Muktamar Dewan Muslimat di Dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

5 Jun 2009

8.00 pagi – Perasmian Muktamar Pas ke 55 di Stadium Melawati Shah Alam oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas.

6 Jun 2009

8.00 pagi – Muktamar penuh bermula hingga petang.

7 Jun 2009

8.00 pagi – Muktamar penuh bersambung dan bakal habis hingga lewat petang. Keputusan pemilihan akan diumumkan hari ini.

Filed under: News, , , , , , , ,

MENJELANG MUKTAMAR: ONE MALAYSIA ONE HADHARI, PEMILIHAN PAS SENGIT TAPI HARMONI?

Oleh MOHD SHUHAIMI AL-MANIRI

Minggu lepas dalam Siasah Bil:0150 (24-30 Mei, 2009), saya ada menulis sedikit berhubung pemerhatian terhadap pemilihan kepimpinan PAS pada tahun ini berdasarkan laporan akhbar dan media-media internet seperti laman-laman web dan blog-blog.

Ketika nama calon-calon yang akan bertanding diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato’ Mustaffa Ali, saya menghadiri satu jemputan sebuah institusi pengajian tinggi tempatan (IPTA) sebagai Ahli Panel untuk membincangkan hasil kajian Pembangunan Islam Hadhari di Malaysia : Masalah dan Cabaran di sebuah hotel terkemuka dekat Putrajaya.

Setelah gagal mendapatkan ulamak, penganjur beralih kepada professional seperti saya untuk mewakili PAS.  Rupanya penganjur gagal mendapatkan Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden PAS dan Ustaz Idris Ahmad, mantan Setiausaha Majlis Syura sebagai ahli panel bagi membincangkan tajuk ini.

Tiga ahli panel lain dalam program tersebut adalah Dato’ Nakhaei Ahmad, Yang Dipertua YADIM, Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, mantan exco Agama Pemuda UMNO dan Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Timbalan Presiden ABIM.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan secara terperinci apa yang saya sebut dalam program tersebut. Saya banyak menggunakan hujah yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2005) dalam bukunya, “Hadharah Islamiyyah, bukan Islam Hadhari”.

Saya menyebut, ketika Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri pada awal April tahun ini, dengan slogan ‘One Malaysia : Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan’, apa telah jadi kepada slogan dan 10 prinsip Islam Hadhari yang telah menjadi pegagan ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri beberapa tahun sebelum itu?

Untuk rekod, 10 prinsip Islam hadhari adalah; 1) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah; 2) Kerajaan Adil dan beramanah; 3) rakyat berjiwa merdeka; 4) penguasaan ilmu pengetahuan; 5) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif; 6) kehidupan berkualiti; 7) Pembelaan Hak kumpulan minoriti dan wanita; 8) keutuhan budaya dan moral; 9) pemuliharaan alam semula jadi; 10) Kekuatan pertahanan.    

Sebagai rakyat, kita tidak nampak perkara ini diteruskan oleh kerajaan pimpinan Najib Tun Razak lebih-lebih lagi bila Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam menyebut Islam Hadhari akan dikaji semula.

Dalam bahasa pentadbiran, kaji semula bermakna ianya tidak diteruskan lagi dan satu dasar baru akan diperkenalkan. Setelah puas mengkritik, saya turut mencadangkan apa salahnya kerajaan mengambil pendekatan ‘value add’ dengan menambah slogan tersebut menjadi, ‘One Malaysia One Hadhari, yakni satu Malaysia satu Tamaddun. Sama ada rakyat didahulukan, prestasi diutamakan atau tidak, rakyat akan nilai dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.  

Pemilihan Kepimpinan PAS Sengit
Bila waktu sembang-sembang masa makan, ramai yang berminat untuk mendapat perkembangan terbaharu pemilihan PAS dan pertembungan ulamak-profesional dalam pemilihan PAS. Mereka cukup beminat mengikuti pemilihan PAS kerana berpendapat, PAS sedang dilihat oleh rakyat sebagai ‘kerajaan menanti’ untuk menguasai pemerintahan Negara selepas pilihanraya umum ke-13. 

Mereka sedang mengikuti pertandingan kali ini dari dekat. Sejak jawatan tersebut dipertandingkan semula pada tahun 2001, jawatan tersebut tidak pernah tidak ditandingi. Pada tahun 2001, Dato’ Mustafa Ali berentap dengan Hasan Shukri. Pada tahun 2003, berlaku pertandingan 3 penjuru antara Hasan Shukri, penyandang ketika itu dicabar oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Abdul halim Abdul Rahman menyebabkan penyandang tewas.  Pada tahun 2005 pula, Ustaz Haron Taib bersaing dengan penyandang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Kali ini, sekali lagi Ustaz Nasharuddin Mat Isa dicabar oleh dua orang Naib Presiden serentak, Husam Musa dan Mohd Sabu. Apakah fenomena 2003, penyandang tewas dalam pertarungan 3 penjuru akan berulang dan menyaksikan ulamak akan tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden kali ini?

Manakala dalam pertandingan Naib Presiden pula terdapat 5 calon; 2 dikategori ulamak, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdulah; 2 dikategori aktivis parti; Mahfoz Omar dan Salahuddin Ayub; dan seorang lagi dikategori professional, Dr. Mujahid Yusof Rawa. Seorang lagi professional, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin  yang dijangka menang mudah jika bertanding tidak berbuat demikian, sebaliknya hanya bertanding Ahli Jawatankuasa sahaja.  

Selain dua jawatan tersebut yang menjadi tumpuan, jawatan Ketua Dewan Muslimat juga menyaksikan pertandingan 2 penjuru antara penyandang Ustazah Nuridah Salleh dengan, Dr. Asiah Ali yang juga adik kepada Datuk Mustafa Ali. Apa yang menarik dalam petandingan jawatan ketua muslimat ini penyandang sering kalah setiap kali pertandingan diadakan sejak beberapa penggal lepas. Apakah fenomena penyandang ketua muslimat kalah ini akan berterusan lagi tahun ini? Bila agaknya Dewan Muslimat hendak mengikut jejak Dewan Ulamak dan Pemuda yang mengadakan proses pemilihan secara syura?

Manakala pemilihan Dewan Pemuda Pas Pusat yang dijangka sengit tidak menjadi kenyataan bila jawatan Ketua, Timbalan dan Naib Ketua telah dimenangi tanpa bertanding oleh Ustaz Nasaruddin Hasan, Ustaz Azman Shafawi Abd Rani dan Ahmad Sabky Yusof. Begitu juga dengan Dewan Ulamak juga dimennagi tanpa bertanding oleh Ustaz Haron Taib, Ustaz Ahmad Yaakob dan Dr. Mahfodz Mohamad sebagai Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Ulamak.   

Terdapat banyak tanggapan negatif, bila portal berita Malaysiakini tidak melaporkan dengan tepat berhubung dengan ucaptama Dato’ Haron Din bertajuk “Memperkukuhkan Kepimpinan Ulamak’ yang menjadi tema program Sambutan 25tahun Kepimpinan Ulamak pada Sabtu, 23hb. Mei, 2009.

Dalam penafiannya, Ustaz Haron Din yang disiarkan dalam harakah bil: 1142 berkata, ia adalah untuk mempertahankan apa yang diputuskan pada muktamar lalu bahawa kepimpinan ulamak masih releven dan mesti diteruskan.

Malah Haji Subky Latif mengesyorkan dalam program tersebut supaya; 1) peruntukan berhubung dengan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya seorang dari 3 orang Naib Presiden mesti dikalangan ulamak diperincikan dalam perlembagaan; 2) sekiranya berlaku kekosongan jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Majlis Syura Ulamak boleh menakan seorang ulamak dalam jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk memangku jawatan Presiden dan Timbalan Presiden; 3) menyarankan Presiden dan Timbalan Presiden apabila tamat tempoh jawatan jangan menganggap dirinya akan dicalon semula bagi memberi kebebasan kepada majlis syura Ulamak untuk menilai prestasi kepimpinannya, sama ada mencalonkan semula atau menakan calon lain; 4) mencadangkan agar golongan non ulamak kembali kepada kepada semangat Dewan pemuda 1982 berdiri teguh dibelakang kepimpinan ulamak bagi mendaulatkan dan menjadi kepimpinan ulamak lebih berwibawa dan berkesan.   

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah bil 151 (31mei-6jun 2009)

Filed under: Siasah, , , , , , , , ,

Nizar tolak Naib Presiden, Ahmad Awang tarik diri

Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang menarik diri daripada mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti itu bulan depan termasuk menolak semua pencalonan  untuk kerusi jawatankuasa PAS Pusat dan Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat kerana ingin menumpukan kepada usaha-usaha dakwah.
 
Seramai 16 orang dicalonkan bertanding jawatan naib presiden kali ini – bilangan yang tertinggi dalam sejarah pemilihan PAS. Sehingga pencalonan ditutup hanya lima orang sahaja bertanding Naib Presiden PAS setelah 11 lagi calon Naib Presiden telah menarik diri.

Calon favourite untuk mengisi kekosongan 3 kerusi Naib Presiden, Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak telah menolak pencalonan tersebut dan hanya bertanding Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sahaja untuk memberikan tumpuan kepada kes mahkamahnya berhubung dengan kesahihan Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. 

Selain Ir Nizar, turut bertanding sebagai ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dari Perak pada kali ini adalah Setiausaha Politik beliau, Misbahul Munir Masduki, Haji Asmuni Awi (Timbalan Pesuruhjaya 1) dan Drs. Khalil Idham Lim, Ketua Back Benchers (BBC) Pakatan Rakyat Perak serta Idris Ahmad, bekas Timbalan pesuruhjaya PAS Perak.

Filed under: News, , , , ,

Breaking News: Persaingan Naib Presiden 5 Penjuru, Muslimat straight fight

Kekosongan 3 kerusi Naib Presiden yag disandang oleh Husam Musa, Mohd Sabu dan Ahmad Awang telah menarik minat 5 calon untuk mencuba nasib. Husam dan Mohd Sabu bertanding Timbalan presiden. Manakala Ustaz ahmad awang pula tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Kelima-lima calon naib Presiden adalah Mahfuz Omar, Ketua penerangan Pas, Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya Pahang, Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kelantan dan Mujahid Yusof, ajk Pusat.

Tiga jawatan utama pemuda telah dimenangi tanpa bertanding. Nasaruddin Tantawi menggantikan Salahuddin Ayub bila pencabar beliau, Zaki Ibrahim menarik diri. Begitu juga Azman Shapawi menang tanpa bertanding kerusi Timbalan ketua Pemuda dan Ahmad sabki Yusof menang tanpa bertanding kerusi Naib Ketua.

Begitu juga dengan Dewan Ulamak dimana Ustaz Haron Taib, Ustaz Ahmad Yaakob dan Mahfodz Mohamed telah menang tanpa bertanding Ketua, Timbalan dan Naib Ketua Dewan Ulamak,

Tetapi pertandingan dua penuru berlaku dalam merebut Ketua dan Timbalan Ketua Muslimat. Ustazah Asiah Ali menentang penyadang Ustazah Nuridah salleh. Manakala Siti Zailah Mohd Yusof menentang Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan.

Seramai 54 orang bertanding untuk AJK Pusat,  23 orang untuk AJK pemuda, 21 orang untuk AJK Dewan Ulamak dan 23 orang untuk AJK muslimat .

Filed under: News, , , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories