Kalam Perantau

Icon

Keputusan pilihanraya kecil P185 Batu Sapi mengikut saluran

Rumusan

1. Sokongan pengundi melayu kepada BN amat tinggi, melebihi 80%, manakala sokongan pengundi cina amat rendah iaitu di bawah 50%

2. Sokongan pengundi melayu kepada SAPP lebih tinggi di DUN Sekong jika dibandingkan PKR. Ini mungkin disebabkan pengaruh bekas ADUN Sekong Datuk Nahalan Damsal yang baru menyertai SAPP selepas kalah pemilihan Ketua Cabang PKR Batu Sapi. Berbeza di DUN Karamunting, sokongan pengundi melayu kepada PKR lebih tinggi berbanding SAPP.

3. Jika diukur mengikut DUN, BN menang di kedua-dua DUN.

4. Keputusan 2010 dan 2008 tidak jauh bezanya jika dicampur undi PKR dan SAPP. Majoriti tinggi yang diperolehi disebabkan perpecahan undi PKR dan SAPP.

5. Kesimpulannya, disebalik kemiskinan yang menimpa pengundi melayu dan bumiputera Batu Sapi, mereka selesa untuk kekal setia bersama BN.

Result Prk Batu Sapi 2010

Advertisements

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , ,

PRK: BN mungkin rampas Galas, kecundang di Batu Sapi?

Oleh : Mohd Suhaimi Al-Maniri

Ramalan saya supaya pilihanraya kecil DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi serentak telah menjadi kenyataan. Pada 4hb. November 2010, pengundi di kedua-dua kawasan berkenaan akan menentukan wakil rakrat mereka yang baru. 

Di  DUN N45 Galas, pertandingan satu lawan satu antara calon BN (UMNO) dan PR (PAS).  BN mengemukakan Abdul Aziz Yusof, Setiausaha UMNO Gua Musang dan PR pula menamakan Dr. Zulkifli Mohamad, Pemangku Yang Dipertua PA Gua Musang.  Kerusi ini kosong ekoran kematian Che Hashim Sulaima (PAS).

Sebelum Che Hashim Sulaima (PAS) menawaskan Mohamad Saupi Deraman, calon BN pada pilihanraya umum 2008 dengan kelebihan 646 undi. Sebelum itu, kerusi ini adalah milik BN dan tidak pernah jatuh ketangan pembangkang, melainkan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan 1995 sahaja kepada calon parti Melayu Semangat 46 yang di pimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Malah faktor  pengaruh Ku Li turut diakui oleh PAS yang telah ber”kubu” di sini sejak lebih 3 dekad lalu.  Sekiranya Ku Li bertanding dalam pilihanraya kecil ini, PAS sanggup untuk tidak bertanding.

Kehebatan Ku Li yang sentiasa dijaja media adalah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS pada tahun 1978 melalui kerjasama UMNO-Berjasa dan kemudian sekali lagi berjaya merampas Kelantan pada tahun 1990 melalui kerjasama PAS-Semangat 46-Berjasa-Hamim.

Tetapi setelah membubarkan Parti Melayu Semangat 46 pada bulai Oktober 1996 dan menyertai UMNO semula pengaruh Ku Li semakin merosot. Dalam pilihanraya umum 2008, Ku Li gagal mengatasi undi yang diperolehi Dr Zulkifli Mohamad, calon PAS  di DUN Galas bagi pengundian parlimen Gua Musang.

Kekalahan BN di DUN galas dalam pilihanraya umum lalu bukanlah kerana kekuatan PAS di sini, tetapi lebih kepada faktor masalah dalaman UMNO yang wujud ekoran penyertaan semula Ku Li dan pengikutnya ke dalam UMNO Gua Musang.

Mengikut maklumat yang sampai kepada saya daripada beberapa pihak, peluang PAS dan UMNO dalam pilihanraya kecil ini adalah “50-50” tetapi kelebihan ada pada UMNO kerana kerusi ini merupakan kubu meraka sejak awal lagi.

Sungguhpun begitu peluang Dr Zulkifli memang kerusi ini tetap ada jika beliau berjaya menyakin orang asal dengan perjuangannya untuk membentuk Jawatankuasa Khas Orang Asal dan Urusetia Orang Asal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang asal di Galas ini.           

3 Penjuru di Batu Sapi

Manakala di Palimen Batu Sapi pula berlaku pertandingan 3 penjuru dalam pilihanraya kecil kali ini  diantara BN (PBS), PR (PKR) dan bekas komponen BN, SAPP. BN meletakkan balu mendiang Edmund Chong, Linda Tsen Thau Lin (PBS) yang akan bersaing dengan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee (SAPP) dan peguam, Ansari Abdullah (PKR). Kesemua calon ini adalah dari luar Batu Sapi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Ir Edmund Chong Ket Wah (PBS) menang tidak bertanding dan dalam tahun 2008, beliau menewaskan calon bebas, Dr Chung Kwong Wing dengan majority 3,708 undi.    

Rekod PKR di kerusi ini tidak baik apabila gagal menghantarkan calon mereka dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008 yang lepas. Peluang Ansari Abdullah bergantung penerimaan lebih 15,000 pengundi muslim di sini yang menjadi pengundi majoriti kerana pengundi Cina dijangka akan lari kepada Yong Teck Lee, Presiden SAPP.

Malah mengikut maklumat yang disampaikan kepada saya, pengundi-pengundi yang menolak calon BN di sini bersedia memberikan peluang kepada bekas Ketua Menteri Sabah itu mewakili mereka dalam pilihanraya kecil kali ini.

Berdasarkan pemerhatian saya, setelah 11 PRK diadakan selepas PRU ke-12 pada 2008 lalu, Sembilan daripadanya diadakan dalam era pemerintahan Najib Tun Razak. Semuanya kekal kepada status quo, melainkan Kuala Terengganu jatuh kepada PR (PAS), Hulu Selangor kembali kepada BN (MIC) dan Sibu jatuh kepada PR (DAP).

Jika kekalahan BN di Batu Sapi benar-benar terjadi, satu lagi musibah yang akan dihadapi BN Sabah selepas ini setelah BN Sarawak juga sudah tidak semantap dulu lagi bila BN (SUPP) gagal mempertahankan kerusi parlimen Sibu pada Mei lepas kepada DAP.

Adalah lebih baik BN melipatgandakan usaha mempertahankan Batu Sapi dari menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka merampas Galas. Pilihanraya kecil serentak pada April, 2009 sebelum ini pun menyaksikan BN mengekalkan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak, PKR mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau dan PAS mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Apa pun, kita tunggu dan lihat keputusan kebijaksanaan pengundi-pengundi DUN Galas dan parlimen Batu Sapi pada 4hb. November, 2010 ini. Apakah kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen mulai 2hb. November semalam memberikan kesan kepada rakyat untuk tidak lagi yakin kepada BN menjaga kebajikan rakyat?

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , ,

Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

Oleh Dzulkarnain Taib 

WawiBatuSapi2SANDAKAN 27 Okt – Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Semalam saya lewat, orang Sabah bilang ‘limpas’ pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

“Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela,” kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

“Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

“Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

“Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan,” jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

“Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

“Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi ‘slum area’ atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

“Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan,” kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai ‘penganggu’ Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

“Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , ,

Batu Sapi: It’s a three-way contest

Its nomination day for the Batu Sapi parliamentary by-election which will be held on Nov 4. Nominations are open from 9am to 10am. Objections will close at 11am.

10.00am: Election Commission officials display copies of nomination forms filed by Barisan, SAPP and Pakatan candidates.

9.25am: Wan azizah and other Pakatan leaders walk over to the Barisan tent and greet Barisan leaders.

9.10am: Ansari files his nomination papers. PKR chief Datik Seri Dr Wan Azizah and other Pakatan Rakyat leaders are seated outside.

9.00am: Returning officer announces start of nomination period. Pakatan candidate Ansari Abdullah arrives outside nomination centre.

9.00am: Nomination is open and Datin Linda Tsen arrived with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabah Chief Minister Musa Aman and other Barisan component party leaders. They are seated under a tent outside the nomination center.

9.00am: SAPP candidate Yong Teck Lee arrives at nomination centre with several hundred party flag carrying supporters.

8.10am: Barisan candidate Datin Linda Tsen Thau Lin arrives early at the town field with other Barisan top guns as they prepare to march towards the nomination centre.

Only a small number of PKR supporters are gathered while SAPP leaders said they are not gathering in any significant numbers. At the nomination centre, pockets of crowd waited for the arrival of the candidates with Barisan supporters marching in at 8.30am.

8.00am: By 6am the sun was up over Batu Sapi parliament constituency in the east coast of Sabah. The nomination centre at the Sandakan community hall opens its doors from 9am.

Supporters of Barisan Nasional, Pakatan Rakyat and Sabah Progresive Party began arriving from sunrise.

Security is tight around the nomination centre with a helicopter hovering over as Barisan supporters with flags and banners gathered at the town field around 300m away with small groups of SAPP and PKR supporters gathered on both sides of the main road some 50m away.

CONSTITUENCY PROFILE:

The constituency has 13,835 male (54.08%) and 11,747 female (45.92%) voters.

The seat’s ethnic composition is Muslim bumiputra (59.02% or 15,099) – Suluk, Bajau, Bugis, Orang Sungei and others, Chinese (38.06% or 9,737) – Hakka, Cantonese and Hokkien, non-Muslim bumiputra (2.69% or 689) – Kadazandusun and Murut and Indian (0.22% or 57).

The candidates who have declared their intentions and filed their nominations are Barisan’s Parti Bersatu Sabah Wanita vice-head Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, opposition SAPP Datuk Yong Teck Lee, 51, and Parti Keadilan supreme council member Ansari Abdullah.

All in all, 26 nomination forms were taken from the Election Commission since the Nov 4 by-election was declared following the death of Tsen’s husband Datuk Chong Ket Wah in a Oct 9 road accident.

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Batu Sapi: BN to field Linda Tsen, PKR banks on Ansari

By Charlie Rudai & Michael Kaung (Free Malaysa Today)

UPDATED AT 6.31PM KOTA KINABALU: Linda Tsen Thau Lin, 54, a housewife and part-time music teacher will be the Barisan Nasional (BN) candidate for the Batu Sapi parliament by-election.

The widow of MP Edmund Chong Ket Wah is also the deputy wanita chief of the Elopura Parti Bersatu Sabah (PBS) division that was headed by her late husband who died in a road accident on Oct 9 causing the by-election.

Chief Minister Musa Aman described Tsen as a capable woman who would serve Batu Sapi well.

“It is now time for all BN component parties to work together to ensure victory,” he said today.

Her late husband was the PBS treasurer general and a two-term MP for Batu Sapi , parliamentary constituency with 25,582 voters with 1,535 being postal.

However FMT learnt that PBS supporters in Batu Sapi are reportedly unhappy with the late decision to drop a front-runner as a candidate in favour of Tsen.

State BN leaders had initially contemplated fielding former Sibuga assemblyman Thien Fui Yun in the parliamentary by-election but has since changed their minds at the last minute.

Tsen became the new hot favourite – and subsequently the BN’s choice – after the state BN felt that a local face would be a better candidate. The fact that she was the widow of Edmund Chong, whose death in a road accident on Oct 9 caused the by-election, also played a factor in the decision to pick her.

Sources said PBS president Joseph Pairin Kitingan, who had been given the mandate to select the candidate for BN, had initially opted for Thien.

However, the announcement by the Sabah Progressive Party (SAPP) that its president and former Sabah chief minister Yong Teck Lee would contest for the seat in the Nov 4 parliamentary by-election, as well as pressure from his right hand man, deputy president Dr Maximus Ongkili, saw Pairin changing his mind, they said.

Thien, a PBS vice president and chief of PBS’ Gum Gum division, a state constituency neighbouring Batu Sapi, was reportedly angered by the decision, said a source.

To quell any hint of rebellion, another source said, PBS deputy president for the Chinese quota, Dr Yee Moh Chai organised a dinner gathering for the party’s Chinese members including Thien at a restaurant in Sandakan last night.

“Supposedly Yee explained to them the reason behind the party’s leadership decision. Thien wants to know why,” said one of the sources.

Voters want local person

Political observers who have been monitoring PBS politics said Pairin has been known to change his mind at the eleventh hour and his decision should come as no surprise to Thien and his supporters.

In the 2008 general election he also shocked incumbent Jornah Mozihim whose name was already announced as a candidate by the state BN chairman a few days earlier, by replacing her with Sarapin Magana as PBS-BN candidate for Matunggong state seat.

Sources said that of Tsen (right) and Thien, Tsen seems to have the advantage with the BN going for sympathy vote to curb the in-roads SAPP, who are considered strong contenders following its call for autonomy for Sabah among others, have made since quitting the BN in 2008.

PBS leaders believe that SAPP’s decision to field Yong is an indication that the party is “going for broke” in the election.

Sabah CM Musa, also the state BN chief, who announced Tsen’s candidacy today, has been reported as saying that BN’s candidate will be a local person who knows and understands the needs of Sandakan people.

“The people of Batu Sapi want a wakil rakyat from the same area who understands their problems better,” he said yesterday.

Ansari is PKR’s pick

The Batu Sapi by-election is expected to see a three-cornered fight with PKR also joining in the fray. The peninsular-based party named seasoned politician-cum-lawyer Ansari Abdullah as its candidate today.

The announcement was made by PKR supremo Anwar Ibrahim in the presence of several Pakatan Rakyat leaders here.

Ansari, who is an Anwar loyalist, is Tuaran chief and a central leadership council member. He is also closely linked to deputy president aspirant Azmin Ali.

Sources told FMT that Anwar picked Ansari over others to take advantage of the large number of Muslim bumiputera voters at Batu Sapi.

“In any event Anwar is not keen to win this by-election. He thinks the general election is just around the corner and wants to gauge the support of the Muslims for the party,” said a source.

PKR is also believed to be upset with Yong for failing to step aside to allow for a straight fight between PKR and BN.

Going solely by popularity factor, many Batu Sapi voters believe Yong is the favourite to win this by-election.

There are 25,582 voters including 1,535 postal voters in Batu Sapi comprising 59% or 15,099 Muslim bumiputera, 38% or 9,737 Chinese, 2.69% or 689 non-Muslim bumiputera and 0.22% or 57 others

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Batu Sapi : PKR masih letak harapan runding

Harakahdaily    

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali masih memberikan harapan untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu berlaku di Batu Sapi.

Bagi beliau, pertandingan tiga penjuru di Batu Sapi antara calon Pakatan dari PKR, SAPP dan PBS dari BN sesuatu yang tidak baik.

“Sayang tak dapat elak tiga penjuru di Batu Sapi,” kata Syed Husin dalam twitternya.

Namun begitu, beliau tetap menaruh harapan agar berlaku pertandingan dua penjuru sahaja di Batu Sapi.

“Masih ada masa runding dan elak (tiga penjuru),” tulis beliau dalam twitternya.

Ekoran itu, beliau berkata, suasana lebih baik kelihatan di Galas berbanding Batu Sapi.

Baru-baru ini, Pakatan Rakyat mengumumkan calon dari PKR akan diletakkan untuk bertanding dalam pilihan raya Batu Sapi itu.

Pengumuman itu dibuat selepas Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menyerahkan Pakatan Rakyat Sabah membuat rundingan bagi menentukan calon mereka di Batu Sapi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, PAS juga berminat untuk bertanding di Batu Sapi kerana 61 peratus pengundinya adalah beragama Islam.

Bagaimanapun, pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu semalam.

Bagaimanapun, PKR dan SAPP bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam semalam diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa bertanding manakala pada pilihan raya umum 2008 mengalahkan calon bebas

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Batu Sapi : Rundingan PKR-SAPP gagal?

Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu.

Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang.

SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”.

BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini.

Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi.

Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini.

Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.

Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

Filed under: News, , , , , , , , ,

Batu Sapi : Bolehkah Pakatan Rakyat Mempercayai SAPP?

Oleh Dzulkarnain Taib    

KUALA LUMPUR 21 Okt – Setelah Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di Parlimen semalam bahawa Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan meletakkan calon bagi mewakili Pakatan Rakyat di pilihan raya kecil Batu Sapi, persoalan berhubung Parti Maju Sabah (SAPP) yang juga mahukan kerusi tersebut sudahpun terjawab.

Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu menyifatkan pengumuman tersebut satu langkah yang tepat dan gesaan supaya SAPP memberi laluan satu lagi kekuatan Pakatan Rakyat sebagai gagasan popular yang merentasi kaum, agama dan sempadan.

Bagi Dr Hiew yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, isu yang paling penting sekiranya ada ura-ura Pakatan Rakyat mahu bekerjasama dengan parti pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee adalah samada parti itu boleh diyakini sebagai rakan kongsi politik.

Malah kata beliau adakah SAPP boleh dipercayai?

Pakatan Rakyat katanya perlu mempelajari sejarah dan mengambil iktibar daripada liku-liku perjalanan politik Sabah yang diwarnai dengan segala macam ragam termasuk pengkhianatan sesama parti komponen demi kelangsungan pengaruh dan kuasa politik peribadi.

“Sebelum Pakatan Rakyat terfikir mahu bekerjasama dengan SAPP, fikir dulu masak-masak dan selidik latar belakang SAPP.

“Semasa dalam Barisan Nasional dahulu SAPP digunakan oleh Umno untuk memecahkan undi samada pada pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Parti itu mendakwa ia adalah parti tempatan walhal hakikatnya SAPP adalah parti dari Sabah yang didaftarkan di Kuala Lumpur, seperti juga parti-parti lain termasuk DAP, PAS dan KEADILAN.

“Mereka juga berdakwa parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah parti Semenanjung. Ini juga tidak benar. Kita adalah parti nasional sementara SAPP sebenarnya ‘parti nyamuk’. Umpamanya DAP mempunyai 29 Ahli Parlimen dan 71 Ahli Dewan Undangan Negeri sementara SAPP hanya ada dua Ahli Parlimen dan dua Adun sahaja, itu pun semua di negeri Sabah,” terang Dr Hiew.

Payah bagi mana-mana parti politik mahu mengadakan kerjasama dengan SAPP tegas tokoh veteran DAP itu.

Ini kerana sejarah mengajar bagaimana SAPP dibeli oleh Umno-BN ketika bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai rakan kongsi dalam kerajaan negeri tetapi kemudiannya parti itu mengkhianati PBS dan seterusnya menyumbang kepada kejatuhan pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada  1993.

Teck Lee juga bertindak membawa keluar partinya sebagai komponen BN pada tahun 2009 setelah menuduh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi membelakangkan serta menafikan hak negeri Sabah. Kalau beliau buat begitu kepada bosnya, beliau juga boleh berbuat demikian kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Sebenarnya Teck Lee marah sebab beliau tidak dapat jawatan dan permintaannya tidak dilayan oleh Perdana Menteri. Dia juga marah sebab beliau dilantik sebagai Senator tapi perlu menunggu  giliran sebab tidak ada kekosongan dalam Dewan Negara. Dulu Pairin adalah bosnya tapi dia khianat, lepas itu Pak Lah jadi bos, dia pun khianat. Saya nak tanya adalah mana-mana parti politik berani menjadi rakan kongsi SAPP?,” tanya Dr Hiew.

Dr Hiew tidak menolak kemungkinan langkah SAPP bertegas mahu bertanding di Batu Sapi adalah atas arahan BN malah tidak dinafikan BN juga membiayai segala kempen dan perbelanjaan parti itu di kawasan itu.

Beliau menegaskan Pakatan Rakyat di sabah telah bekerja keras selepas PRU 2008 untuk menarik sokongan rakyat dan hasilnya amat memberangsangkan sekali.

“Kita semua berkorban dan bekerja bersungguh-sungguh untuk membina kekuatan di Sabah. Jangan sia-siakan semua ini kerana mahukan sokongan SAPP. Mereka tidak boleh dipercayai.

“Kalau kita bekerjasama dengan SAPP ini bermakna kita telah menghampakan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat terutamanya apabila SAPP berkata berkali-kali bahawa parti itu mahu bertanding di 40 kerusi kerana Yeck Lee mahu menjadi Ketua Menteri.

“Bayangkan kalau Pakatan Rakyat beri 20 kerusi kepada SAPP dan pada hari penamaan calon parti itu isytihar menyokong BN, hilang begitu kerusi kepada BN dan hilanglah impian kita mentadbir serta membawa perubahan di Sabah,” hujah beliau.

Sehubungan itu beliau menyeru pengundi Sabah supaya tidak mensia-siakan undi mereka kepada SAPP dan membuat tekad untuk menyokong calon Pakatan Keadilan sepenuhnya.

“Kalau SAPP benar-benar anti-BN, jangan pecahkan undi Pakatan Rakyat di Batu Sapi. Tarik diri dan buktikan bahawa anda betul-betul serius mahu jatuhkan BN. Kalau tidak anda sememang bersekongkol dan menjadi ejen BN,” cabar Dr Hiew lagi.

Sumber : Suara Keadilan

Filed under: News, , , , , , , , , , , ,

“Taiko” Yong Teck Lee Jadi Tumpuan Di Batu Sapi

KUALA LUMPUR: Menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi Selasa depan, perhatian kini bertumpu pada bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee yang disebut-sebut antara tokoh yang mungkin mewakili Parti Maju Sabah (SAPP) dalam pembabitan sulung parti itu pada pilihan raya sejak meninggalkan Barisan Nasional (BN) tahun lepas.

Popular dengan gelaran “Sabah Taiko” dalam masyarakat Cina, presiden SAPP berusia 52 tahun itu sendiri tidak menolak kemungkinan akan menjadi calon parti berkenaan dengan berkata kini beliau layak bertanding kerana tempoh hilangkelayakannya kerana melakukan kesalahan pilihan raya, sudah berakhir.

Anggota SAPP lain yang mungkin diletakkan untuk mewakili parti itu ialah setiausaha agung Datuk Richard Yong dan anggota jawatankuasa perhubungan pusat SAPP Karamunting Poon Kee Yang.

Pada 2001, Yong hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun kerana melanggar peraturan dalam pilihan raya umum 1999 berhubung papan iklan dan apabila hukuman itu ditarik balik pada 2006, beliau tidak bertanding pada pilihan raya umum 2008 apabila permintaan SAPP agar parti itu meletakkan calonnya bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu yang disandang Parti Bersatu Sabah (PBS), ditolak oleh BN.

SAPP dijadual mengumumkan calonnya di Sandakan pada majlis perasmian pejabat baru parti itu di sana Sabtu ini.

Selain BN, parti itu akan berdepan dengan calon parti gabungan PKR-DAP-PAS yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan rakyat, yang telah membuat pengumuman akan bertanding pada pilihan raya kecil itu pada Selasa.

Senario berlakunya pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya kecil ini mewujudkan suasana tidak selesa bagi tiga pihak berkenaan, yang dijangka mengumumkan calon masing-masing hujung minggu ini.

“Pilihan raya ini ialah bagi BN-SAPP-PR. Bagi BN, mereka ingin menonjolkan kekuatan mereka, manakala bagi SAPP dan PR pula, mereka ingin menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai petunjuk dalam usaha memperkukuhkan kedudukan masing-masing dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” kata penganalisis politik Rizal Zamani Idris.

Rizal, pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan sengit kerana ia melibatkan pertandingan secara terang-terangan antara BN dan pakatan pembangkang.

“SAPP belum lagi teruji (setelah meninggalkan BN). Kita tidak tahu kekuatan sebenar mereka, walaupun Datuk Yong telah bercakap tentang pelbagai isu yang dekat di hati rakyat Sabah. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, BN akanmenang mudah kerana undi untuk pembangkang akan berpecah,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis percaya SAPP tidak mungkin meletakkan Yong sebagai calonya kerana risiko yang ditanggung adalah terlalu besar sekiranya beliau kalah, termasuk tamatnya riwayat parti itu.

Inilah sebabnya BN lebih suka sekiranya Yong dan PR bertanding kerana ia akan memberi kelebihan kepada mereka. Malah, beberapa parti komponen BN dipercayai begitu ingin “melumpuhkan” Yong melalui pilihan raya itu.

“Beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai wira Sabah, berjuang untuk rakyat Sabah. Kini, beliau perlu buktikan kemampuannya kepada rakyat Sabah. Kalau saya boleh pergi ke Sandakan untuk bertanding, diapun boleh juga,” katapresiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew.

Liew berkata sekiranya Yong mengambil keputusan untuk tidak bertanding dan meletakkan calon lain, ini menunjukkan ahli politik veteran Sabah ini “melarikan diri daripada menghadapi keputusan rakyat.”

“Malah, sekiranya SAPP membuat keputusan untuk tidak bertanding atau PR menyokong SAPP, ini menunjukkan bahawa selama ini mereka mempunyai pakatan dan mengadakan kerjasama. Apapun keputusan yang mereka ambil, ia akan meletakkan mereka dalam keadaan yang sukar untuk dijelaskan,” katanya.

Beberapa sumber dalaman parti berkenaan berkata keputusan SAPP dan Pakatan Rakyat untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu menunjukkan mereka tidak mempercayai satu sama lain.

Beberapa anggota PR berkata mereka percaya SAPP dijadikan umpan oleh BN untuk memecahkan undi, manakala beberapa anggota SAPP pula berkata sebenarnya, SAPP mengatur langkah strategik untuk membolehkannya mempunyai kuasa tawar-menawar bagi mendapatkan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Pada perkiraan SAPP, dengan mengumumkan bahawa mereka berminat untuk bertanding bagi kerusi ini akan meletakkan diri mereka dalam keadaan lebih baik untuk berunding bagi mendapatkan kerusi, bukan saja bagi pilihan raya kecil ini, tetapi juga pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang,” kata seorang anggota parti itu.

SAPP telah menyatakan secara terbuka bahawa mereka ingin bertanding bagi 40 kerusi negeri pada pilihan raya negeri dan pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baru di negeri ini.

“Sebenarnya, SAPP bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru atau lebih pada pilihan raya kecil ini. Sebabnya mudah saja, mereka mahu melihat berapa banyak undi yang mampu mereka raih dan dalam kalangan parti pembangkang, parti mana yang mendapat paling banyak undi,” kata anggota parti itu.

Tetapi, bagi SAPP, sama ada Yong bertanding atau tidak, bukan menjadi isu utama mereka berdasarkan kenyataan timbalan presidennya Datuk Eric Majimbun bahawa mereka perlu meletakkan calon bagi kerusi itu kerana SAPP merupakan partiuntuk negeri di Sabah.

“Persoalannya bukan sama ada kami boleh menang atau tidak, sama ada kami akan disembelih atau tidak, tapi mengenai sokongan yang diberi kepada kami. Kalau kami mengalah, ke mana lagi kami hendak pergi? Kalau kami tidak bertanding di Batu Sapi, di mana lagi kami nak bertanding? Kami tak boleh pergi bertanding di Sarawak atau Semenanjung. Kami hanya boleh bertanding di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Filed under: News, , , , , , , , , , , ,

Batu Sapi : Pucuk pimpinan PBS diminta beri laluan calon Bumiputera

BATU SAPI: Ahli-Ahli dan masyarakat di peringkat akar umbi parti itu di sini merayu pucuk pimpinan tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) supaya ‘laluan’ diberikan kepada calon mewakili kaum bumiputera Islam bertanding pada pilihan raya kecil parlimen kawasan ini 4 November depan.

Rata-ratanya mereka berpendapat peluang itu bukan saja kerana tuntutan sekitar 69 peratus pengundi masyarakat bumiputera Islam di kawasan tersebut sekian lama, tetapi kesempatan harus diberikan kepada pemimpin parti mewakili masyarakat tersebut menunjukkan bakat kepimpinan mereka sesudah sekian lama berjuang di dalam parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda PBS Sekong, Mahmud Hassan, berkata peluang tersebut merupakan kayu ukur kepada sejauh mana ketelusan pucuk pimpinan parti dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke 13, di mana pengundi bumiputera Islam turut memainkan peranan besar kepada kekuatan Barisan Nasional (BN).

“Dalam hubungan ini saya dan ahli-ahli mencadangkan sekiranya Ketua Bahagian PBS Sekong, Bonie Yusuf Abdullah diberikan peluang bertanding mewakili parti itu. Bukan saja peranannya yang banyak berjuang kepada parti. Tetapi sebagai Pegawai Perhubungan kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, beliau sudah amat dikenali seluruh pengundi di Batu Sapi,” katanya.

Kata Mahmud, peranan Bonie yang kerap kali mewakili mendiang bertemu rakyat, diikuti melaksanakanaktiviti-aktiviti parti dan kerajaan di kawasan ini melibatkan kepentingan masyarakat berbilang kaum membolehkannya layak diberikan peluang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil ini.

Ketua Cawangan PBS Kampung Segaliud, Haris bin Ijaris, yang sama-sama mengemukakan rayuan kepada parti itu berkata, kelebihan besar Bonie menghidupkan semula kepimpinan parti PBS di Bahagian Sekong sebelum ini perlu diambil kira dalam menghadapi pilihan raya itu.

“Daripada jumlah keahlian parti yang semakin baik berbanding sebelumnya, hubungan beliau dengan pemimpin mewakili rakan-rakan parti komponen di kawasan itu juga penting. Keupayaannya untuk mewakili parti bukan berdasarkan simpati, tetapi kerana Bonie sudah bekerja untuk parti, BN dan rakyat,” kata Haris.

Pilihan raya kecil di Kawasan Batu Sapi itu berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Edmund Chong Ket Wah, dalam satu kemalangan jalanraya di Sembulan Kota Kinabalu minggu lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Oktober ini sebagai Hari Penamaan Calon, manakala 4 November tarikh pembuangan undi.

Dalam pada itu, Ketua Cawangan PBS Kampung Shanghai, Uyong Bin Bakung, berkata seluruh masyarakat pengundi di kawasan Pulau-Pulau di sini amat mengenali Ketua Bahagian PBS Sekong itu sejak dia berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi itu.

“Apa yang kami tahu, belum pun mendiang Edmund menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi, Bonie sudah dikenali dan berdamping dengan masyarakat pengundi di kawasan Batu Sapi. Ini merupakan alasan penting kenapa beliau diberi peluang sebagai Pegawai Perhubungan Parlimen itu, sebelum menjadi Ketua Bahagian Parti di kawasan ini,” katanya.

Ketua Cawangan PBS Trongliman, Ramlee Mulong pula menyarankan pucuk pimpinan parti PBS tidak memilih calon pilihanraya kecil kawasan itu berdasarkan simpati semata-mata tetapi menjurus kepada kemenangan parti dan BN pada pilihan raya kecil berkenaan

Source : New Sabah Times

Filed under: News, , , , , , , ,

Blog Stats

  • 222,208 hits

ePaper

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories