Kalam Perantau

Icon

Sambutan Hi-Tea Anak Terengganu diluar jangkaan..

Ipoh: Persatuan Anak Negeri Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Perak telah berjaya menganjurkan Hi-Tea bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Abdul Wahid bin Endut (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Turut hadir memeriahkan majlis Presiden Perantau, Prof Dr. Kamarulzaman Yusuf dan Setiausaha Perantau, Saudara Suhaimi Embong.

Program Hi-Tea ini mendapat sambutan diluar jangkaan daripada anak-anak Terengganu di seluruh Perak dengan kehadiran seramai kira-kira 200 orang. Menurut Pengarah Program, Saudara Nuri Al-Amin Endut, program yang julung kalinya diadakan di Perak ini membuktikan sokongan Anak Terengganu masih lagi teguh bersama dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini selaras dengan Slogan PAS ganti Umno yang dilancarkan oleh PAS Pusat dan rata-rata hadirin yakin PAS mampu untuk menggantikan Umno sebagai pemerintah Malaysia serta menentang keras Umno yang merampas Perak secara haram daripada Pakatan Rakyat.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran beberapa pimpinan PAS negeri Terengganu dan negeri Perak selaku tuan rumah.

Sesi Bergambar bersama Yb kesayangan..

 
Para Hadirin mengiri borang pendaftaran
Yb Abdul Wahid Bin Endut
Hadirin Memberi tumpuan ketika Yb berucap..
barisan kepimpinan PAS dan PERANTAU..
Pelbagai jenis hidangan..
hidangan VVIP..

Sumber asal : http://perantau-perak.blogspot.com/2011/03/sambutan-hi-tea-anak-terengganu-diluar.html

Advertisements

Filed under: News, , , , , , , ,

Jom ke Jamuan Ilmuan Perantau pada 9 Okt

Sumber :  Harakahdaily    

BANGI, 7 Okt: Anak Terengganu di perantauan dijemput menghadiri Jamuan Aidilfitri Ilmuan Perantau yang akan diadakan pada 9 Oktober (Sabtu) ini di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi,

Penyelaras program, Zulhilmi Abd Rahman berkata, melalui program yang bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang akan dapat mengeratkan hubungan sesama peserta.

Beliau berharap anak-anak Terengganu di perantauan terutama sekitar Lembah Klang dapat sama-sama hadir bagi memeriahkan program tersebut.

Justeru, katanya anggota Perantau diharap dapat menghubungi sesama mereka untuk memaklumkan majlis berkenaan

Filed under: News, , , ,

Mat Said semakin goyah, UMNO Terengganu haru biru?

Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Cuti Hariraya Aidilfitri baru ni saya pulang ke Terengganu dan sempat menghadiri Ijtimak Aidilfitri Anak-anak Terengganu bersama Presiden dan kepimpinan PAS Terengganu pada Ahad, 12hb. September lepas. Tetapi saya terlepas menyertai program yang dianjurkan oleh Menteri Besar dan kerajaan Terengganu untuk Perantau pada Sabtu, hariraya kedua.

Dari cakap-cakap politik yang saya dengar semasa beberapa hari berada di Terengganu baru-baru ini, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said semakin goyah dalam menerajui Terengganu. Bukan sahaja pemimpin UMNO yang tidak berpuas hati, malah pegawai-pegawai kerajaan juga merungut dan tidak berpuashati

Sejak dua penggal UMNO memerintah semula negeri Terengganu, hiraki dan senioriti pegawai-pegawai TCS menjadi haru biru semula. Semasa zaman Datuk Seri Idris Jusoh memerintah Terengganu dulu, pegawai-pegawai dari Besut mendapat keutamaan. Sekarang pada era pemerintahan Datuk Seri Ahmad Said pula, pegawai-pegawai kanan kerajaan dilantik dari kalangan kawan-kawan sekolahnya dan rakan-rakannya semasa menjadi TCS (Terengganu Civil Service) dulu.

Kata seorang bekas pegawai kanan TCS yang saya temui semasa berkunjung ke rumahnya pada hariraya kedua baru-baru ini, pegawai-pegawai TCS baru menyedari bahawa kedudukan mereka pada zaman pemerintahan PAS sebelum itu adalah lebih baik berbanding dengan sekarang walaupun terdapat beberapa kelemahan dan masalah.

Di kampung-kampung pula rakyat merungut kurma dan air zamzam yang dijanjikan oleh Menteri Besar kepada rakyat tidak sampai ke tangan rakyat kerana permainan politik JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung). Belanjanya bukit sedikit, khabarnya RM8 juta duit rakyat dihabiskan untuk tujuan ini.

Terengganu Tidak Pesat Membangun di bawah BN

Kelantan negeri jiran negeri yang diperintah oleh PAS sejak 20 tahun lalu tanpa royalti minyak pun lebih pesat membangun kerana keberkatan pemerintahan ulama di sana. Kota Bharu dan seluruh jajahan lain begitu pesat membangun berbanding negeri Terengganu.

Malah kalau ada pembangunan yang dibuat, berlaku pula trajedi runtuh di sana sini kerana dilakukan secara rakus dan tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya serta tiadanya keberkatan dalam pembinaan tersebut.

Cukup memilukan bila bangunan stadium (gambar kanan), sekolah, institusi pengajian tinggi, masjid, stesen bas dan berbagai lagi runtuh. Malah UMNO pun hampir runtoh di Terengganu sekarang ini. Dua kumpulan Idris Jusoh dan Mat Said saling ber’perang’ diantara satu sama lain menyebabkan rakyat Terengganu menjadi mangsanya.

Satu lagi khabar terbaru yang belum sampai kepada pengetahuan rakyat Terengganu, satu-satunya Sistem Keretapi Kerteh-Kuantan atau Kerteh-Kuantan Railway Sistem (KKRS) yang telah siap dibina dan siap beroperasi mulai 1hb. April,2004 semasa PAS memerintah Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 Oktober 2010 ini.

Landasan keretapi sejauh 86km itu telah dibina oleh pihak Petronas sehingga ke Kuantan Yad bagi tujuan mengangkut barang-barang (hasil daripada pemerosesan minyak) untuk diekspot ke luar negara melalui Pelabuhan Kuantan yang terletak kira-kira 20 km dari pusat Bandar dikatakan menelan belanja sebanyak RM 800 juta ringgit.

Pembinaan landasan keretapi pada dasarnya bagi tujuan memperkenalkan sistem pengkeretapian di negeri Terengganu. Dua buah lokomotif telah dibeli dari China bagi tujuan menarik jajajaran tren dan terdapat 50 set wagon termasuk 02 BGV (Bogi Guard Van) telah disediakan dalam misi pengkeretapian di Kuantan Kerteh Railway System.

Selain dari itu untuk mengelak kesesakan jalanraya yang semakin meruncing di Kemanan. Rencana Utusan Malaysia 2006. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd. Hassan Marican menyatakan; “Satu lagi contoh sumbangan Petronas ialah landasan kereta api dari Kertih ke Kuantan yang kami bina, ia bukan sekadar membawa
barang perantara ke loji dan untuk eksport tetapi juga demi keselamatan jalan raya. Tanpanya, 3,500 buah lori sehari akan menggunakan jalan raya di sana. Selain itu, jalan juga tidak rosak. Melalui kemudahan sebegini, pelabur akan datang”
. Betul ke 3,500 buah lori akan berkeliaran semula dijalanraya antara Kerteh-Kuantan? Tidakkah ia akan menambahkan kesesakan jalan-raya khususnya di jambatan Kemaman dan Bandar Chukai.

Apa tindakan Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu dalam hal ini. Apatah lagi kawasan yang terlibat adalah di kawasan beliau sendiri. Amat malang, baru 6 tahun beroperasi dah hendak dimatkan. Apakah beliau tidak malu bila rakyat menyebut, keretapi di Terengganu ini bermula dizaman pemerintahan PAS dan berakhir di zaman BN.

Seorang pemimpin PAS Terengganu, Haji Saiful Bahari Mamat, Timbalan Pesuruhjaya PAS mengeluh dengan kejeadian ini. Katanya, inilah nasib Terengganu di bawah pemerintahan BN. Hasil minyaknya penjana ekonomi negara, tetapi Terengganu tetap menjadi negeri kedua termiskin. Adakah landasan keretapi Kerteh-Kuantan itu tidak  menguntungkan? Takkanlah Petronas membelanjakan duit rakyat sedemikian banyak hanya untuk digunakan sekadar 6 tahun. Takde kajian dibuat ke?

Manakala Haji Yahya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu pula yang bertanggungjawab terhadap portfolio Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi ketika PAS memerintah kerajaan Terengganu pada tahun 1999-2004 berkata zaman pemerintahan Pas dahulu dah ada perbincangan kenapa perlu Kerteh-Kuantan sedangkan pelabuhan Kemaman lebih dekat separuh & kos boleh dijimatkan.

Jika ditutup pada beberapa hari lagi menjelang Oktober ini, tinggallah rakyat Terengganu bernostalgia dengan keretapi buat kali kedua. Sebelum ini, telah pupusnya pengangkutan keretapi Bukit Besi – Sura Gate. Nampaknya  memang keretapi tidak boleh kekal wujud lama dan bertahan di bumi Terengganu ini?

Ketika kabinet meluluskan pada tahun 2007 projek kereta api laju menghubungkan Kuala Lumpur-Kuantan sempena ECER bagi meningkatkan pelaburan dan industri pelancongan di Pantai Timur Semenanjung. Ia akan disambung ke Kerteh dan ke Terengganu. Sekali lagi, rakyat Terengganu boleh berkhayal untuk menikmati kemudahan keretapi di bumi Terengganu selagi mana BN memerintah Terengganu.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , ,

Ijtimak IdulFitri PERANTAU ; Sarat Persoalan PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/EidulFitriPerantau%20056.jpgKUALA TERENGGANU – Ijtimak IdulFitri Anak-anak Terengganu di Perantaun (PERANTAU) yang diadakan semalam, 2 Syawal bersamaan 12 September 2010, sarat dengan persoalan bagaimana persiapan dan persediaan PAS serta Pakatan Rakyat menghadapi Pilihanraya Umum ke -13 akan datang.

Lebih 1000 orang peserta yang hadir, mewakili pelbagai kelompok, bukan sahaja dikalangan Perantau domestik, malah mereka yang bermastautin di luar negara.

Sesi dailog yang mencungkil pelbagai keresahan dan kebimbangan, datang dari nurani mereka yang yang cintakan Islam dan PAS sebagai sebuah parti politik serta gerakan Islam.

Bukan hanya soal fikrah perjuangan, aqidah dan pegangan, perhimpunan Ijtimak IdulFiri yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu itu telah merungkai kerangka persiapan PAS sebagai ‘Kerajaan Menunggu’ di negeri Terengganu dan pelan laluan (road map) ke Putrajaya.

Filed under: News, , , , ,

Majlis Perantau: Terimakasih Dato PJ Ganu Kite !

oleh:tokpepijat

Majlis Perantau yang diadakan oleh PAS Terengganu bagi meraikan anak-anak Terengganu yang tinggal di luar Terengganu berlangsung hari ini dengan kehadiran yang memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

Majlis yang diadakan di Markaz PAS Kuala Terengganu juga kali ini turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi PAS seperti Presiden, Setiausaha Agung dan Ketua Dewan Ulamak.

Saudara Suhaimi Al Maniri mempengerusikan sesi dialog.

Lebih memeriahkan majlis dengan kesudian Presiden TG Haji Hadi Awang untuk turut bersama berdialog bersama perantau setelah 3 tahun beliau sekadar memberi ucapan perasmian.

Slot dialog yang diadakan selepas ucapan perasmian oleh TG Presiden lebih didominasikan oleh kalangan mahasiswa.

Saya sebagai anak Terengganu juga turut hadir dan sertai dialog terebut. Antara pertanyaan dan kongsi bicara yang diutarakan oleh saya ialah berkenaan perhargaan oleh kerajaan PAS kepada golongan perantau seandainya PAS dapat menguasai semula Terengganu dalam PRU 13 nanti.

Saya berpendapat seharusnya pimpinan PAS juga memikirkan jasa dan pengorbanan mereka. Antara cadangan saya agar perantau yang tidak mempunyai tanah dan rumah di Terengganu dipertimbangkan untuk dikurnia rumah walaupun sekadar Rumah Murah.

Ini kerana bukan semua perantau mempunyai tanah dan rumah semasa mereka meninggalkan bumi Terengganu untuk mencari rezeki di luar. Ada dikalangan mereka menyewa, tinggal di kawasan perkuburan dan setinggan (tiada geran).

Apabila mereka berhijrah ke negeri lain, mereka juga menyewa dan tinggal di kawasan setinggan.

Tetapi pengorbanan dan kesetiaan mereka terhadap PAS adalah tinggi. Setiap pilihanraya, mereka sanggup tinggalkan sementara kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang balik menaiki bas ekspress menuju Terengganu untuk mengundi PAS.

PAS Terengganu seharusnya tidak lepas pandang dalam soal ini.

Jika Kerajaan Terengganu semasa PAS memerintah boleh bagi tanah kepada pemain bola yang pakai seluar pendek semata-mata kerana menang Piala Malaysia 2001, mengapa anak rantau tidak mendapat layanan demikian?

Rendah benarkah taraf anak rantau yang setia dan berkorban untuk Islam berbanding pemain bola pada kacamata pimpinan PAS Terengganu?

Kerajaan dicadang agar buat kawasan perumahan untuk anak rantau yang layak. Apabila mereka balik mengundi, rumah itu boleh dijadikan tempat menginap. Ataupun ini satu galakkan agar anak rantau pulang berkhidmat di bumi Terengganu.

Alhamdulillah, cadangan saya diberi respon positif oleh Dato PJ Ustaz Harun Taib semasa bersalaman dengan beliau di akhir majlis.

Filed under: News, , , , , ,

Tradisi budaya rumah terbuka aidilfitri dan Perantau berhari raya di kampung

Oleh : Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Siasah bilangan 0217 sempena Aidilfitri akan berada dipasaran lebih awal, iaitu khamis 9 September, 2010. Jadi Pengarang Siasah minta saya siapkan artikel lebih awal dari biasa. Saya pun terkial-kial apa yang perlu saya coretkan untuk tatapan pembaca Siasah sempena Aidilfitri ini.

Sejak kolum tetap saya ‘Kalam Perantau’ telah tiada dalam akhbar Siasah ini, saya menulis mengikut kesempatan masa yang saya ada. Malah saya diberitahu oleh webmaster, blog kalamperantau.wordpress.com akan tinggi hitnya, kalau tulisan saya dikemaskinikan pada hari berkenaan.

Menjelang hariraya  aidilfitri, seorang bekas pegawai kanan kerajaan Terengganu yang berpangkat Datuk ada menelefon beberapa hari lepas jemput datang ke rumah hariraya aidilfitri ini. Dia memaklumkan sudah berpindah dan menetap semula di rumah lamanya di Kuala Terengganu.

Sebagai peminat setia, dia juga memberikan beberapa komen terhadap Siasah yang dikatakannya tidak berapa menyengat lagi dan kurangnya berita tentang perkembangan politik Terengganu sedangkan rakyat dibawah cukup gelisah dengan keadaan yang ada di Terengganu pada hari ini.

Dia juga bertanyakan tentang kolum saya di Siasah. Saya juga dah kurang menulis tentang Terengganu, kecuali sesekali sahaja.  Katanya,  dia tidak pernah ketinggalan mengikuti kolum berkenaan setiap minggu kerana saya membicarakan persoalan Terengganu sebelum ini.

Dato’ berkenaan hanya tahu kolum berkenaan ditulis oleh saya setelah diberitahu oleh Haji Husin Ismail, bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada beliau.

Sebelum itu, dia tidak tahu saya yang menulisnya walaupun dia agak rapat dengan saya. Malah dia pun tidak tahu bahawa saya pernah ditawarkan menjadi salah seorang setiausaha  kepada Menteri Besar Terengganu ketika itu, kerana dia hanya mengenali saya diatas sifat sebagai seorang professional.

Begitu juga seorang rakan lama ketika menjadi aktivis pemuda Terengganu dulu mengingatkan supaya jangan lupa Program Ijtima’ Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantauan pada 3hb. Syawal, (12hb. September) di Kuala Ibai

Berakhirnya Ramadhan dan Selamat Hari Raya kepada semua

Ramadhan kali ini banyak meninggalkan kesan dan kenangan kepada kita semua. Dalam kesempatan yang ada ini, saya juga ingin merakamkan Selamat Hariraya, Maaf Zahir dan batin kepada semua pembaca Siasah.  Saya turut menyarankan supaya berhati-hati dijalanraya. Semoga kita selamat sampai ke kampong halaman masing-masing.

Berakhirnya Ramadhan bermakna, bermulanya Syawal. Tahun ini Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Jumaat. Menjelang tibanya Syawal, umat Islam yang merantau mula teringatkan untuk pulang berhariraya dengan saudara-mara kampong halaman masing-masing.

Masa inilah suami isteri yang berlainan negeri mula membuat undi, kampung siapa yang akan dijengah dahulu untuk berhariraya. Di kampung suami atau kampung isteri. Malah ada yang dah buat giliran dari awal lagi. Jika tahun lepas berhariraya di kampung isteri, tahun ini giliran berhariraya dikampung suami pula.

Kota yang selalu sibuk mula lengang sejak beberapa hari lepas. Pulangnya Perantau ke kampung halaman masing-masing. Tinggallah warga tua dan orang-orang tempatan bersama pembesar-pembesar negara serta pendatang-pendatang asing sahaja untuk berhariraya di kota-kota raya yang tidak pernah sunyi sebelum ini.

Pengalaman saya lebih 40 tahun ini, kalau tidak silap ingatan hanya sekali sahaja berhariraya diluar kampung halaman sendiri. Kalau tidak silap itupun diawal-awal kahwin dahulu. Masa itu, anak pun tidak ada anak lagi, jadi hanya setakat isteri sahajalah yang merengek untuk balik kampung.

Hampir semua jiran-jiran kami balik ke destinasi masing-masing. Tinggallah seorang dua golongan tua yang dah menjadikan tempat tinggal kami itu sebagai kampung halaman mereka sendiri setelah ibubapa mereka sendiri pun tidak ada lagi untuk pulang ke kampung asal masing-masing.

Memang suasana berhariraya dan keadaan jauh berbeza sekali. Dengan berbaju melayu dan bersamping selepas sembahyang hariraya ditempat kami tinggal, pada pagi hariraya itu saya terpaksa pergi bertugas di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka. Isteri pun hendak ikut sekali.

Pada subuh hariraya kedua kami tetap juga bertolak balik juga ke kampung halaman untuk berhariraya dengan sanak saudara-mara. Itu lebih dua puluh tahun dulu. Sekarang ini, suasana berhariraya dibandar-bandar pun dah semakin meriah. Mungkin kalau dipanjangkan umur, jika kami terus menetap di sini dalam jangka masa 10 tahun akan datang, bandar juga akan menjadi kampung halaman kami.

Di kawasan saya tinggal, suasana bulan ramadhan cukup meriah. Malah lebih meriah dari  ketika berada dikampung. Masa saya kecil-kecil dahulu, tidak banyak surau-surau dan masjid-masjid yang menyediakan juadah berbuka setiap hari. Hanya, lepas terawikh ada moreh.

Di kampung, biasanya hanya pada satu malam sahaja diadakan berbuka puasa ramai-ramai (dipanggil nama’at, selepas tamat bacaan tadarus al-quraan di masjid atau surau berkenaan). Pada masa inilah seluruh kariah lelaki kampung dan kampung-kampung berjiran dijemput untuk memeriahkan majlis berbuka puasa di surau atau masjid berkenaan.

Itu cerita puluhan tahun dahulu ketika saya masih lagi peringkat kanak-kanak. Sekarang suasana dah banyak berubah. Suasana ini tidak dialami oleh anak-anak kita sekarang. Anak-anak kita sekarang hidupnya lebih banyak didepan televisyen dari pergi ke surau dan masjid dalam bulan Ramadhan dan berhariraya ke rumah sanak saudara.

Satu lagi budaya yang dah sebati dengan masyarakat kita adalah mengadakan rumah terbuka dan menyediakan ‘duit raya’ ketika menyambul aidilfitri ini. Bagi yang dewasa pula, mereka terpaksa membuat budget untuk duit raya, Walaubagaimana pun jumlah ini bergantung kepada budget seseorang.  Dalam keagawatan ekonomi, serba salah kita dibuatnya. Harga barang dah tak pernah turun.

Kanak-kanak suka bertanding berapa duit raya yang mereka dapat sesame sendiri. Kekadangnya ada yang meletakkan target berapa dia nak dapat dan perlu dapat. Anak-anak sekarang pun dah pandai tetapkan RM 50 untuk ‘upah’ berpuasa dan duit raya. Kekadang boleh habis  hingga RM 500 untuk ‘duit raya’ ini untuk anak-anak sendiri dan saudara mara serta jiran tetangga.  

Artikel ini ditulis untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , ,

Hari Raya dan Pilihanraya

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengambil keputusan untuk mengadakan pilihanraya N31 Bagan Pinang pada Ahad, 11hb Oktober tidaklah mengejutkan sangat. Cuma apa yang menarik pada kali ini ianya tidak mengadakan hari mengundi pada hari bekerja sebagaimana beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. 

Cuma saya tidak pasti, adakah hari pengundian diadakan pada hari cuti umum pada kali ini kerana kesan pilihanraya kecil Permatang Pasir baru-baru ini yang menyaksikan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada pilihanraya Mac, 2008 lalu.

Seorang pengunjung yang menamakan dirinya halwan9 menghantar 9 Perkara yang anda perlu tahu untuk PRK kali ini kepada kotak emel saya. Katanya, uniknya PRK kali ini adalah;  1) PRK ke -9 selepas PRU ke-12 pada Mac, 2008. 2) Berlakunya di N-9, 3) Kekosongannya pula dalam bulan 9,  4) kebetulan pula dalam Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah, 5) Pada tahun 2009, 6)  Negeri Sembilan ada 9 Luak, 7) DUN Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 undi Pos)  8) Calon popular UMNO, Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9, dan 9) Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949

Sementara itu dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pembebasan serta merta lima tahanan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terdiri daripada bekas pengikut Jemaah Islamiah (JI), iaitu Abdullah Daud, Mat Sah Mohd Satray, Ahmad Kamil Mohd Hanapiah, Mohd Nasir Ismail@Hassan dan Muhammad Amir Md hanapiah.

Dengan pembebasan ini, kini tinggal 9 lagi tahanan ISA di kamunting. Datuk Hishamuddin Hussein, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyebut, pembebasan 5 tahanan ISA tidak ada kena mengena dengan pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan.

 

Hari Raya dalam mood pilihanraya

Nampaknya sambutan hariraya tahun ini lain dari biasa kepada UMNO dan PAS yang akan bertarung sekali lagi pada 11hb. Mac, 2009. Jika PAS berjaya menumbangkan UMNO dalam pilihanraya kecil ini seperti apa yang berlaku dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada awal Januari, 2009 yang lepas bermakna sekali lagi UMNO cedera parah.  

Seperti tahun-tahun sebelum ini, anak-anak perantauan sudah mula meninggalkan kota untuk kembali semula kekampung halaman masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan untuk kembali semula ke kampung halaman yang telah sekian lama ditingalkan. Kepulangan ke kampung seolah-olah menjadi kemestian kepada warga perantau selagi ada kemampuan.

Tinggallah penduduk asal kota bagi memakmurkan masjid dan surau yang menjadi tumpuan yang memberangsangkan pada bulan ramadhan ini. Agak menarik ditempat saya bermastautin, Bandar Baru Bangi, wakil rakyat Dr. Shafie Abu Bakar asalnya adalah perantau, tetapi telah lama menetap di situ seawal penubuhan Bandar Baru Bangi itu sendiri sejak 30 tahun yang lampau. Demi tugas dan tanggungjawab, sebagai wakil rakyat, beliau terpaksa berhariraya dengan rakyatnya di DUN Bangi.

Apa yang menarik sempena hariraya Aidil Fitri tahun ini, pertama kalinya dalam ingatan saya diadakan tol percuma untuk balik beraya dan pulang semula ke Kota pada hari Jumaat, 18hb. Oktober dan Khamis, 24hb. Oktober, 2009 pada waktu-waktu tertentu. Ini semua mungkin kerana berhariraya dalam suasana pilihanraya.   

Di Terengganu, Dewan Pemuda PAS Terengganu mengambil kesempatan pada Aidilfitri kali ini menganjurkan Ijtimak Aidilfitri Bersama Anak-Anak Terengganu di Perantauan pada hariraya ke-3 (Selasa, 22 Oktober) dari jam 9 pagi hingga ke tenghahari.

Saya menjadi cukup tertarik dan menyentuh perasaan berhubung dengan Perutusan Hari Raya Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang disiarkan dalam akhbar harakah terbaru dan juga Buletin Online.

Kepada anak-anak Terengganu di perantauan kami dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak banyak kain-kain rentang yang dipasang, secomel dan secantik yang dibentangkan oleh parti lawan, kerana kami tidak tahu dia dapat wang daripada mana, (sehingga) mereka dapat menyediakan kain rentang yang cantik, tetapi sekadar wang yang ada pada kami, (kami) buatlah kain rentang ”Selamat Pulang Perantau, Selamat Hari Raya Bersama Keluarga”. Di samping itu kami harap jangan lupakan kami sebagaimana kami tidak melupakan tuan-tuan dan puan-puan. Maka kunjungilah kami jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian pulang dari perantauan ke tempat sendiri untuk berhari raya. Kami adakan majlis hari raya untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada 3 Syawal tahun ini. Walau pun tempat kami tidak secantik mana dan makanan tidak selazat mana tetapi sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian kerana itu sangat mengembirakan kami pada hari tersebut.

Gara-gara tarikh pilihanraya kecil ini diadakan dalam tempoh berhariraya, Rumah Terbuka PAS sempena Aidilfitri pada tahun ini yang dijadualkan pada Ahad, 11hb. Oktober terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang lain kerana bertembung dengan tarikh hari mengundi di Bagan Pinang.

Sesekali saya juga terfikir, alangkah menarik dan sudah pasti akan meninggalkan satu sejarah tersendiri, jika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dipindahkan ke Port Dickson. pada hari tersebut. Pengundi dan petugas pilihanraya sama ada PAS atau UMNO bergilir-gilir hadir memeriahkan sambutan hariraya Aidilfitri PAS. Pemimpin politik saling kunjung mengunjung dengan melupakan seketika pertarungan politik sama ada PR atau BN termasuk Muhyiddin Yasin dan Isa Samad pun boleh hadir sama,.     

Ini mungkin selari dengan perutusan Hariraya Aidilfitri, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, iaitu;

Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam. 
Jadi, oleh sebab itu sudah sampai masanya kepada orang Umno supaya (dia) insaf , dia (berpatah) balik kepada agama dan jangan pakai lagi fahaman-fahaman dari luar yang datang daripada luar Islam dan balik semula kepada usul asal mereka sebagai orang Islam (yang) beramal dengan ajaran Islam. 
 
Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca kolum perantau sama ada di akhbar cetak Siasah dan dialam siber  diblog https://kalamperantau.wordpress.com amatlah dihargai.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , ,

Siasat dengan menyeluruh masalah stadium Sultan Mizan

Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong ketika dihubungi terkejut mendengar kejadian malang yang menimpa binaan yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu itu.

Beliau berkata Stadium tersebut yang tersergam indah, menjadi pesona kepada sesiapa yang melihatnya, malah ia jelas dapat dilihat oleh mereka yang datang melalui udara kerana berhamitran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“Malangnya baru hanya setahun ia telah runtuh,”katanya spontan.

Justeru beliau menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri Terengganu mengadakan satu ‘inquiry’ secara menyeluruh bagi mengenalpasti apakah punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

“Kita minta kerajaan dan pihak berkenaan mengadakan satu ‘inquiry, thoroughly, semua pihak yang terlibat mesti dipanggil dan disoal siasat, bagi mencari punca sebenar dan terperinci, apakah masalah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku,”

“laporan mesti di bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri,” katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Stadium yang dianggap ‘tercanggih’ di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan ‘impian menjadi’ kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh
 
Sementara Setiausaha Ikatan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau), Suhaimi Embong ketika dihubungi meminta pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh dari semua aspek bagaimana stadium yang baru dibina dan digunakan pada Sukma tahun lepas boleh runtuh dalam jangkamasa yang singkat.
 
Beliau berharap kejadian ini memberikan iktibar dan panduan kepada kerajaan yang memerintah dalam merancang dan menyelia pembangunan di negeri Terengganu.

Filed under: News, , , , ,

Kabinet Najib – Perantau Kesal Terengganu DiPinggirkan

Written by SM Noor

Kuala Terengganu – Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) kesal pemilihan barisan Kabinet baru oleh Perdana Menteri, Dato’  Seri Najib Tun Razak telah meminggirkan kepimpinan negeri Terengganu.

Setiausaha Perantau, Mohd Suhaimi berkata sepatutnya Najib melantik sekurang-kurangnya dua orang Timbalan Menteri dari Terengganu sebagaimana yang telah di buat oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, tindakan Najib yang mengekalkan Dato’ Ahmad Shabery Cheek, sebagai wakil tunggal dari negeri Terengganu dalam barisan kabinetnya adalah satu tragedi yang amat malang kepada rakyat Terengganu.

Beliau mempersoalkan apakah kelebihan beberapa Timbalan Menteri yang dilantik oleh Najib berbanding dengan kepimpinan yang ada di Terengganu.

“Apa lebihnya Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, sehingga Najib mengekalkannya dlam kabinet baru?, tanya shuhaimi

Filed under: News, , , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories