November 25, 2009

Penafian Husam terhadap Berita ‘Palsu’ NST

NST: Tolong Takutkan Tuhan

Oleh Husam Musa

Laporan NST semalam, Husam: They go or I’ll quit, begitu mengada-ada.

Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi ’saya’ dan ‘hadhir’ bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa?? Singat saya Isnin dan Selasa lalu saya di Parlimen mengikuti perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM – melihat Datuk Nazri beraksi da..

Mereka berdua ‘tahu’ semua butir percakapan dalam ‘pertemuan’ itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?

Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?

Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?

Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.

Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. ‘Info’ telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan ‘berita’ mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.

Islam sejak dulu menekankan ‘kesahihan’. Pembawa berita juga mesti ‘muttaqin’.

Berita memang penting, kerana itu ‘Nabi’ membawa makna ‘orang yang mempunyai berita’.

Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah ‘hard disc catitan diri’ untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.

Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada ‘berita palsu’. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit ’saguhati’ yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu….

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi ‘menggoreng berita’. Banyak ‘It was understood that….’ dijadikan sandaran apa yang hendak ‘digoreng’ oleh NST.

Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.

Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.

Husam: They go or I’ll quitNST 2009/11/23…By Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah

KUALA LUMPUR: Kelantan Pas deputy commissioner Datuk Husam Musa appears to be entangled in the ongoing crisis in the state party leadership.

It was understood that Husam had stated his intention to relinquish all party and government positions if Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was suspicious of him.

Nik Aziz, it was learnt, had rejected Husam’s offer to resign but the Tok Guru’s blue-eyed boy then turned around and gave him an ultimatum.

Sources close to the menteri besar told the New Straits Times that Husam, who is also a state executive council member, had told Nik Aziz that he would only stay on if the Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK) chief executive officer, Ariffahmi Abdul Rahman, and two state executive councillors relinquished their posts.

Ariffahmi is Nik Aziz’s son-in-law who is being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission for alleged abuse of power.

“Last Tuesday, Husam met Nik Aziz and he wanted to resign but they got very emotional and both of them cried.

“And since Nik Aziz had asked him to stay on, Husam demanded that Ariffahmi and the two executive council members step down, or he would have to go,” the source said without naming the two executive councillors.

The conditions set by Husam were purportedly due to the recent crisis in PMBK involving Ariffahmi.

The issue heated up when the former PMBK corporate liaison officer Syed Azidi Syed Abdul Aziz was sacked for allegedly lodging a report with MACC over the mismanagement of PMBK and for conspiring with a Barisan Nasional assemblyman.

However, it was not known why Husam demanded the resignation of the two state executive council members.

“Husam claimed that there was a conspiracy to remove him from the state government.

“There are people in the opposition and even in Pas who see him as a threat because he doesn’t tolerate any hanky-panky in the party,” said the source.

An online news portal recently reported Husam as saying that he was fully aware of the conspiracy against him and of the efforts to drive a wedge between him and Nik Aziz, who is also Pas spiritual adviser.

He denied rumours that Nik Aziz was considering removing him from the state administration following the actions by Syed Azidi, his former aide of three years, who was openly “attacking” Ariffahmi through his blog and the media.

In Kota Baru, Nik Aziz said he would not allow Husam to step down because of his capability and wisdom, even if the latter had asked to resign from his post.

“I have not mentioned this before for fear of hurting the feelings of other exco members but Husam has brought many benefits to Kelantan with his ideas.

“This boy is smart, has wide experience and is far-sighted. Allah created him not only for Kelantan but for Malaysia. Even if he has requested (to resign), I will not allow it,” he said at a press conference in his office yesterday.

Nik Aziz also confirmed that Husam met him a few days ago, but only to inform him that he was advised by a doctor to seek further treatment for a spinal chord related ailment.

Sumber : http://cetusan-hati.blogspot.com/

November 25, 2009

Khutbah Eidul Adha

Sila klik untuk download khutbah Eidul Adha

November 24, 2009

Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO

Oleh Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.
Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.
 
Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.
 
Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.
 
Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.
 
Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.
 
Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.
 
Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?
 
Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.
 
Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka. Meneruskan Perjuangan Para Nabi 

Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

November 24, 2009

Monsoon Cup; Betulkah Tidak Pernah Di Audit ?

KUALA TERENGGANU – Bagaimana mungkin perlaksanaan projek-projek kerajaan negeri Terengganu boleh menepati slogan ‘Merakyatkan Pembangunan’ sedangkan pelbagai pendedahan menunjukkan penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah ?

(Gambar – kerajaan Terengganu menafikan Monsoon Cup membazir setelah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (gambar kecil ) berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cupitu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata penganjuran sukan perahu layar piala monsun (Monsoon Cup) bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, perkara tersebut mendapat teguran dari Ketua Audit Negara.

”Di negeri Terengganu ini, dia buat projek bukannya ikut peraturan dan prosedur, banyak projek yang dilakukan (dilaksanakan) tidak diaudit,

”termasuk Monsoon Cup, dilaporkan dalam laporan (ketua) audit Negara, perbelanjaan untuk Monsoon Cup tidak diaudit, tidak dikemukakan untuk diaudit,”katanya ketika beucap dalam majlis ceramah bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, di Jalan Kelantan, disini kelmarin.

Menurutnya, berapa banyakkah perbelanjaan yang digunakan untuk menganjurkan piala Monsun tersebut dan ke atas apakah perbelanjaan tersebut dibuat, tidak dilaporkan.

Sehubungan itu, Haji Wahid turut mendedahkan kecenderungan kerajaan negeri Terengganu menyambung perjanjian penganjuran Monsoon Cup yang dijangka tamat pada 2012.

”Ahmad Said (Menteri Besar) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris,”katanya yang juga wakil rakyat bagi DUN Wakaf Mempelam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat ‘Pre-Council’ wakil-wakil PAS untuk sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di pejabat Perhubungan PAS, Kuala Terengganu, semalam, 21 November.
Katanya, majoriti rakyat Terengganu menolak penganjuran perlumbaan perahu layar itu kerana ia dianggap membazir.

”Berjuta-juta ringgit hasil royalti minyak dibelanjakan sedang manfaatnya kepada rakyat tempatan tidak dikecapi,

”ia mesti dihentikan selepas tamat perjnajian pada 2012,”tegas Haji Wahid.

Akhbar tersebut memetik Ahmad Said berkata, sekiranya piala monsun memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri, beliau pasti mempertimbangkan untuk meneruskannya.

Perjanjian antara kerajaan negara dengan pemilik siri perlumbaan terbabit ‘World Match Racing Tour’ (WMRT) ditandatangani kali pertama pada tahun 2005.

Oleh itu, nasib Piala Monsoon selepas tahun 2012 adalah tidak pasti dengan spekulasi bahawa acara akan dihentikan selepas perjanjian berakhir.

”Namun, dengan pertemuan Ahmad dengan penasihat Piala Monsoon, Datuk Peter Gilmour pada hari Sabtu, (14 November) ada tanda-tanda bahawa acara ini akan kekal di Terengganu,”lapor akhbar itu lagi.

November 24, 2009

Blogger dan Etika Penulisan

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Kewujudan blog dan blogger macam cendawan tumbuh selepas hujan sekarang ini, saya kira mengulangi apa yang berlaku dengan era dot.com sedikit masa dulu. Pada mulanya begitu hangat dan mendapat sambutan meluas, selepas itu mula perlahan dan bertahan ala kadar sahaja apabila hasil yang diharapkannya tidak setimbal dengan pelaburan yang dikeluarkan.

Fenomena blog ini saya jangka akan mengulangi perkara yang sama. Pada saat-saat kemunculan ini, ianya nyata senjata ampuh bagi kewujudan sebuah media baru yang tiada tapisan dan halangan lagi apa yang hendak dimuatkan sama ada ianya benar ataupun palsu serta fitnah sahaja.

Sebagaimana tulisan saya berhubung dengan Media baru dan budaya fitnah diinternet (Siasah bil. 0173; 8-14hb. November, 2009) dan kemudiannya, Penyebar Maklumat Palsu mula hilang pedoman! (Siasah bil. 0175; 22-28hb. Nove,ber, 2009) setelah melihat serangan peribadi dengan menggunakan kaedah “pembunuhan karakter”  diamalkan blogger-blogger tertentu dengan mengada-adakan cerita-cerita fitnah yang tidak disahkan terhadap peribadi-peribadi tertentu termasuk saya sendiri.

Maruah dan kredebiliti blogger

Saya yakin Tuan Guru Nik Aziz, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain pemimpin politik tidak mengendalikan sendiri blog-blog yang melibatkan mereka seperti tokguru.com atau chetdet.com dan lain-lain tetapi mereka mungkin membenarkan nama mereka digunakan sebagai blogger. Sudah semestinya mereka juga bertanggungjawab terhadap blog berkenaan.

Blog http://kalamperantau.wordpress.com berkaitan dengan tulisan saya dalam akhbar Siasah dikendalikan oleh pihak lain sebagai moderator tetapi disebabkan blog itu, maka semudah itu saya pun dianggap blogger. Mahu tidak mahu saya perlu mengambil tahu kandungan dan perjalanan blog berkenaan kerana apa-apa yang melibatkan blog berkenaan akan dilihat saya yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Sebagai contoh mudah untuk melihat kredebiliti seseorang blogger begitu mudah. Sudah tentu kita tidak dapat mengesahkan cerita-cerita fitnah terhadap orang lain tetapi saya dapat mengesahkan cerita-cerita fitnah terhadap diri saya yang dilakukan oleh blogger-blogger tertentu.

Bila blogger-blogger berkenaan tidak pula menyiarkan penafian saya terhadap penglibatan saya sama ada secara peribadi atau mewakili organisasi yang dinyatakan atau berada dalam blognya berkaitan apabila saya menafikannya dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam yang dihadiri sebahagian besar pemimpin-pemimpin utama PAS termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung PAS, Ketua Penerangan PAS, Ketua Muslimat PAS dan lain-lain termasuk akhbar dalam talian Harakahdaily maka saya dapat mengesahkan bahawa blog berkenaan tidak bertanggungjawab terhadap apa yang disiarkannya.

Disini kita melihat dimana etika penulisan blogger berkenaan ataupun wartawan yang menjadi blogger yang mencetuskan fitnah tersebut. Jadi pada saya, blogger-blogger ini tidak bertanggungjawab dalam mencari kebenaran tetapi sekadar mensensikan sesuatu isu bagi mencapai hit (kunjungan) ke blog masing-masing untuk perniagaan menjual iklan ataupun kepuasan peribadi tanpa memikir kesan yang diterima oleh pihak yang difitnah. 

Jadi kepada pengunjung-pengunjung blog, kita hendaklah berhati-hati menerima maklumat yang disampaikan melalui blog-blog ini lebih-lebih lagi bila Tok Guru Nik Aziz Nik Mat  mengatakan ada angkara penulis-penulis blog yang mencetuskan masalah.

Begitu juga bila Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menegaskan dan mengingatkan ahli parti supaya tidak mengamalkan budaya menuduh dan menghukum kerana boleh membawa kepada fitnah dan dosa besar.

Sementara,  Ustaz Abdul Gani Samsudin, Pengerusi ICT Pas Pusat yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS menyarakankan tiga (3) langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan oleh parti khususnya Lajnah ICT dan Lajnah Penerangan dalam membudayakan dan memanfaatkan MEDIA BARU seperti blog dan media-media sosial lain sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas dengan lebih bertanggung jawab dan berhikmah:

Tanggung Jawab Kepimpinan dalam Memanfaatkan ICT dan Media Baru – Kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggung jawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka. Kepimpinan terutamanya, akan tetap memikul tanggung jawab kepimpinan walaupun penulisan peribadi mereka, samada di tulis sendiri atau melalui wakil, telah dipapar dan disebarkan melalui media baru seperti blog dan facebook. Masyarakat melihat dan menerima penulisan kepimpinan sebagai mewakili organisasi walaupun ditulis atas kapasiti peribadi. 

Memanfaatkan Laman Web Rasmi PAS untuk Sebaran Maklumat Rasmi Organisasi – JITP telah sekian lama mewujudkan platform dan laman web rasmi parti di alamat web ”pas.org.my”. Namun, platform dan laman web rasmi PAS ini telah tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Penyebaran maklumat melalui laman web rasmi ini boleh disebarkan dengan lebih bertanggung jawab dan terurus, melalui proses penyebaran yang selamat.

Memantau Saluran Media Baru demi Mengurangkan Mafsadah dan Fitnah – Pimpinan parti perlu meyakini ungkapan berikut, ”Miscommunications Breed Wrong Perceptions”, boleh menimbulkan pelbagai mafsadah dan fitnah sebagai sebahagian mehnah perjuangan di era maklumat ini. Maka, sudah tiba masanya untuk diwujudkan satu badan ”New Media Watch” yang memantau saluran-saluran media baru (seperti blog dan media sosial) agar kandungannya dipastikan menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri. 

Tindakan Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad mengadakan Konvensyen Blogger PAS pada 20hb Disember ini yang melibatkan blogger, ajk penerangan dan ajk ict PAS amat kena pada masanya.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

November 24, 2009

Breaking News: Nasharudin Stabil, Kini Dirawat Di IJN

Kuala Lumpur, 23 Nov – Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ust Nasharudin Mat Isa kini dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menurut doktor yang merawat beliau, keadaannya tidak begitu membimbangkan. Beliau tidak mengalami masalah serangan jantung. Mungkin keletihan disebabkan tidak cukup rehat menyebabkan otot di bahagian dada beliau mengalami kesakitan.

Nasharudin kini ditahan di IJN untuk mendapat rawatan lanjut. Pagi tadi beliau dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian dada ketika mengikuti sidang Parlimen dan di bawa ke IJN oleh ambulan kira-kira pada pukul 11:45 pagi.  – ANN

November 24, 2009

Akhlak Dan Displin Di Dalam Harakah Islamiah (PAS)

Muqaddimah
Kemantapan sebuah Harakah Islamiyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau perinsip perjuangannya dan keteguhan pegangannya ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan displin

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjama’ah, oleh itu di bawah ini dikemukakan bebrapa perkara yang menjadi sifat – sifat yang mesti dipunyai oleh perjuang pejuang islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjama’ah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripadaNYa, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat – sifat berikut :

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNYa sehingga didaulatkan.

Firman Allah SWT : “Dan tidaklah diperentah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus”.(alBayyinah,98:5)

Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata – mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat – sifat yang merosakkan niat seperti riya; ujub dan sum’ah.

2.Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya: “Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang – orang yang tidak tahu,” (Yunus,10:89)

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah . Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia – sia.

Rasullah bersabda yang bermaksud:

Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”.

3. Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya menpercayai di antara pemimpin dan pengikutnya, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut – pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat.

Firman Allah SWT:

Hai orang – orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)”.(al-Nisa,4:59)

Rasullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu Rasullah bersabda: “Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

3.1 Ketaatan Yang Di Tuntut

a.Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam – kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jama’ah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jama’ah dalam parti`.

b. Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik dikalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jama’ah dan melaksanakan amal jama’ie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing – masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c. Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai – bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

4. Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan displin dalam jama’ah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah.

4.1. Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)
Dalam aspek ini perlu dibahagiakan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a.Wala’ terhadap perjuangan :
Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan RasulNya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepad rasul yang wajib dengan sifat- sifat kerasulannya.Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada al Quran dan Harakah Islamiah , dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

b.Wala’ kepada Jama’ah :
Menurut rukum dan hukum haram berjama’ah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jama’ah tiba tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menetang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjama’ah dan merosakkan perpaduan jama’ah, strategi dan jenteranya. Adapun wala’ kepada jama’ah itu bergantung kepada wala’ jama’ah terhadap aqidah perjuangan yang sebenarnya dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c.Wala’ kepada pemimpin :
Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripda tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jama’ah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalam pengertian kasih dan taat mestilah diberi di semua peringkat pemimpin. Ia juga bergantung kepada prinsip perjuangan parti atau jama’ah.

5. Displin

Firman Allah SWT : “Wahai orang – orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”.(AL-Imran,3:200)

Perkara yang ditakrifkan dengan displin ialah sebagai mana berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik
3. Kepatuhan kepada peraturan – peraturan yang ditetapkan

4. Hukum atau denda kerana melanggar peraturan.

5. Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara – perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

a.Taat kepada hukum – hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jama’ah.
b.Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya
c.Taat kepada arahan dan perintah jama’ah.
d.Melaksanakan kewajipan – kewajipan yang ditugaskan oleh jama’ah sedaya upaya yang boleh
e.Menjaga dengan cermat segala rahsia jama’ah.
f.Beramal dengan akhlak Islam
g.Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menjalahi atau merugikan jama’ah.

Penutup

Akhlak dan displin penting bagi setiap kebajikan jama’ah. Setiap ahli mestilah berdisplin dan melengkapakan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi metadbir segala kegiatannya

November 23, 2009

Breaking news! SPR Gagal Dapat Perintah Tangguh Keputusan Kosongkan Kerusi Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal mendapat perintah untuk menangguhkan keputusan mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kota Siputeh sebagai kosong.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasakuasa Khas) hari ini menolak permohonan SPR bagi mendapatkan perintah penangguhan itu tetapi suruhanjaya itu telah merujuk perkara berkenaan kepada Mahkamah Rayuan dengan mengemukakan satu lagi permohonan untuk perintah penangguhan.

Jika ia tidak mendapat perintah itu, SPR perlu mengeluarkan writ menjelang Rabu ini bagi mengadakan satu pilihan raya kecil di situ.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin berkata beliau bersetuju dengan Sulaiman Abdullah, peguam utama bagi Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bahawa SPR gagal menyakinkan mahkamah berhubung isu keadaan luar biasa bagi mewajarkan permohonan itu dibenarkan.

Katanya alasan mengenai implikasi kewangan yang dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaruddin Md Said yang mewakili SPR, tidak boleh ditakrif sebagai satu keadaan luar biasa.

“Mengikut undangundang, menguruskan pilihan raya merupakan tanggungjawab biasa SPR dan suruhanjaya ini tidak merujuk mana-mana undang-undang kes untuk menyokong hujahnya,” kata Alizatul.

Pada 17 November lepas, SPR mengemukakan permohonan itu setelah Alizatul membuat keputusan sehari sebelum itu bahawa kerusi berkenaan kosong kerana mendapati penyandangnya Datuk Abu Hassan Sharif daripada Barisan Nasional (BN) gagal menghadiri dua mesyuarat dewan itu berturut-turut tanpa mendapat cuti.

Mahkamah membuat keputusan itu ekoran tindakan Speaker DUN Kedah memfailkan semakan perundangan setelah SPR menerima sijil sakit Abu Hassan dan mengisytiharkan tidak berlaku kekosongan dan beliau masih mewakili kerusi itu.

Dalam penghakimannya hari ini, Alizatul berkata tanpa unsur keadaan luar biasa, mahkamah tidak dapat membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan itu.

Abu Hassan turut hadir pada prosiding hari ini. – BERNAMA

November 23, 2009

Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan

Oleh Salmah Mat Hussin
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.
Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.

“Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PMBK),”

“Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah,” katanya.

Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.
Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

“Tarikh tu terserah kepada dia,” katanya lagi.

Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.

“Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,”

Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.

“Saya dapat terima keputusan  dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.

“Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya,” katanya.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am,  Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.
Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.
 
Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya
 
Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.
 
Tapi tadi tok guru kata apa yang berlaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga  (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.
 
Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua. Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.
 
Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?
Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.
 
Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.
 
Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.
 
Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi

Macam mana pendirian saudara Arif?
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.

Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.
Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.

Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.
 
Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.
 
Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.
 
Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.
 
Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenarnya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.

Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.
 
Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga

Sumber : harakahdaily.net

November 23, 2009

Tahniah Tok Guru…..

Setelah pelbagai spekulasi yang dilemparkan kepada Tuan Guru,akhirnya Allah menunjukkan tentang siapa beliau sebenarnya.Beliau antara Tokoh Islam yang paling berpengaruh di Dunia dengan sifat kezuhudanya inilah yang mengangkat insan yang bernama Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

Nik Aziz Muslim paling berpengaruh di didunia

KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara ‘50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia’.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai ‘500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009′.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.

Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam list 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama – HARAKAHDAILY