Kalam Perantau

Icon

Tahniah…Barisan AJK PAS Kedah

Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kedah hari ini telah meluluskan pembentukan kabinet baru PAS Kedah bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat diadakan di Seri Mentaloon , Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah.
 
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Kedah bagi sesi 2009-2011

Pesuruhjaya    : YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Bin Abd Razak
Timbalan Pesuruhjaya I  : YB Dato’ ir. Haji Phahrolrazi bin Hj Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya II   : YB Dato’ Haji Mahfuz bin Omar
Timbalan Pesuruhjaya III : YB Ustaz Haji Taib Azamudden bin Md Taib
Setiausaha    : YB Senator Haji Muhamad Yusuf bin Husain
Bendahari    : YB Dato’ Haji Taulan bin Mat Rasul
Ketua Penerangan   : YB Dato’ ir Haji Amiruddin bin Hamzah
 
AHLI JAWATANKUASA TAMBAHAN YANG DILANTIK:
1. Ustaz Hj Abu Kassim bin Abdullah
2. Sheikh Ismail bin Kamis
3. Ustaz Mohamad @ Fauzi bin Husin
4. Hajjah Zaakiah binti Baharom
5. Tuan Hj Sobri bin Osman
6. Tuan Haji Che Had bin Dhali
7. Tuan Haji Mohamed Hisham bin Mohd Nordin

KETUA DAN SETIAUSAHA DEWAN
1. Dewan Ulamak
Ketua : Sheikh Mohamad bin Abdullah
Setiausaha : Ust. Mohd Zainal Asri bin Ramli

2. Dewan Muslimat
Ketua : YB Ustazah Hajjah Aishah bin Ghazali
Setiausaha : Ustazah Fatimah binti Wan Teh

3. Dewan Pemuda
Ketua : Ust Ahmad bin Yahya
Setiausaha : Ust. Mohd Rosli bin Azmi

YDP DAN SETIAUSAHA PAS KAWASAN
1. LANGKAWI
YDP : Sdr. Zuber bin Ahmad
SETIAUSAHA : Tuan Haji Nasharuddin

2. JERLUN
YDP : YB Ust Abd. Ghani bin Abdullah
SETIAUSAHA :Sdrzhar bin Ibrahim

3. KUBANG PASU
YDP : YB Dato’ Abd Isa bin Ismail
SETIAUSAHA : Tuan Hj Zuki bin Yusuf

4. PADANG TERAP
YDP : Ust Hj Zawawi bin Ahmad
SETIAUSAHA :Ust. Mohd Azam bin Abd Azaz

5. POKOKS SENA
YDP : YB Dato’ Hj Mahfuz bin Omar
SETIAUSAHA :Sdr. Zuhairi bin Zubit

6. ALOR SETAR
YDP : YB Dr. Ismail bin Salleh
SETIAUSAHA :Sdr Zulkifli bin Yahya

7. KUALA KEDAH
YDP : YB Dato’ Ir. Hj Phahrolrazi bin Hj Zawawi
SETIAUSAHA : Tuan Haji Aris bin Awang

8. PENDANG
YDP : Tuan Guru Hj Abd Rahim bin Abdullah
SETIAUSAHA : Tuan Hj Sobri bin Awang

9. JERAI
YDP : YAB Dato’ Seri Ust Hj Azizan bin Abd Razak
SETIAUSAHA : Sdr. Muzaini bin Azizan

10. SIK
YDP : YB Yahya bin Abdullah
SETIAUSAHA : Sdr Anuardi bin Abu Bakar

11. MERBOK
YDP : Tuan Hj Mat Akhir bin Talib
SETIAUSAHA : Ust Azizan bin Hamzah

12. SUNGAI PETANI
YDP : YB Hj AbdullAh bin Jusoh
SETIAUSAHA : Sdr. Rosli bin Darus

13. BALING
YDP : Tuan Guru Hj Abdahab bin Hassan
SETIAUSAHA : Tuan Yusuf bin Ahmad

14. PADANG SERAI
YDP : Tuan Haji Fauzi bin Mat Tahir
SETIAUSAHA : Tuan Hj Nabil bin Putih

15. KULIM BANDAR/ BAHARU
YDP : Ust Hj Hassan bin Abd. razak
SETIAUSAHA :Sdr Hussain bin Saad

Filed under: News, , , ,

UMNO & PAS TERENGGANU KEMUKA MUKA BARU?

Oleh Suhaimi Al-Maniri

Minggu lepas saya menziarahi seorang rakan yang telah hampir 10 tahun saya kenal. Kebetulan dia baru pindah ke rumah baru. Secara kebetulan saya berjumpa dengan Nik Abduh di rumah berkenaan kerana beliau mungkin turut menziarahinya.

Saya mengambil kesempatan memperkenalkan diri, tapi dengan cepat memberitahu “kenal doh” dan selalu membaca tulisan saya dalam kolum ini walaupun itu kali pertama  saya berjumpa dan bersembang dengan anak Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang begitu popular menjelang Muktamar PAS ke-55 yang lepas.

Kenapa beliau tiba-tiba menjadi popular tidak perlu saya rakamkan di sini kerana semua mungkin sudah sedia maklum. Sebelum ini sukar untuk saya  percaya  bagaimana seorang Tok Guru begitu mudah diperdayakan bila beliau mengeluarkan “bom jangka” yang mengatakan bahawa ayahnya dikelirukan, kerana saya tidak mengenalinya.

Bila melihatkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sendiri terpaksa membuat sidang media memohon maaf dan menarik balik gesaannya kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa supaya keluar PAS dan meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok barulah saya faham kerana bukan mudah untuk seorang anak membidas bapanya sendiri yang bertaraf Mursyidul Am di media kalau tidak ada agenda yang lebih besar yang perlu dipertahankan.

Bila saya menulis tajuk, “Kenapa idea Kerajaan Perpaduan dipolemikkan menjadi boneka UMNO?” dalam kolum ini minggu lepas, ramai juga bertanya apakah cadangan ini akan berkubur begitu sahaja setelah ianya hangat diperbincangkan oleh kedua-dua pihak. Masing-masing, BN dan PR memasang perangkap untuk menjerat mangsa.  Sekarang kita lupakan sahaja Unity Government ini, biarkan ahli-ahli akademik membahaskannya sebagai kajian akademik atau kerja lapangan mereka.

Mahu ke mana UMNO dan PAS Terengganu?

Sebaik sahaja PAS mengemukakan kabinet baru yang lebih segar dan berdaya saing dalam agenda menawan semula Terengganu pada minggu lepas, UMNO Terengganu yang sedang “berkelahi” sesama sendiri setelah Pengerusi (Datuk Hishamuddin Tun Hussein) dan Timbalan Pengerusi (Datuk Ahmad Said) Perhubungan UMNO yang baru dilantik sejak April lepas pun mula mengemukakan kabinet mereka.

Dalam kabinet kali ini, yang benar-benar muka baru adalah Datuk Rahin Said, Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Terengganu yang dilantik sebagai Bendahari menggantikan Roslan Awang Chik. Speaker Dewan Undangan Negeri, Tengku Putera Tengku Awang yang sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi UMNO negeri dilantik Setiausaha Perhubungan UMNO yang baru manakala Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shabery Cheek dilantik Ketua Penerangan yang pernah dipegangnya di dalam kabinet Idris Jusoh.

Pengguguran Rosli Mat Hassan dan Roslan Awang Chik sebagai Setiausaha dan Bendahari Perhubungan UMNO Terengganu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kedua-dua mereka ditahan oleh SPRM baru-baru ini. Bagi mengelak UMNO Terengganu mendapat liability, maka kedua-dua orang kuat Datuk Ahmad Said ini terpaksa berehat dulu. Jika mereka tidak ditahan SPRM pun, mereka tetap digugurkan kerana perlantikan kedua jawatan ini adalah budi bicara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Hishamuddin Hussein.

Dari cakap-cakap kedai kopi yang saya dengar, perlantikan ini tidak akan menyelesaikan masalah dalaman UMNO kerana dikatakan memihak kepada kem Ahmad Said. Tidak dapat dipastikan bagaimana perhubungan UMNO Terengganu akan befungsi dengan baik kiranya masalah kem Idris Jusoh dan kem Ahmad Said ini tidak dapat diselesaikan segera.

Dari tinjauan sepintas lalu, kem Ahmad Said telah menguasai jentera UMNO-UMNO Bahagian di Terengganu. Manakala kem Idris Jusoh masih lagi menguasai jentera ADUN BN Negeri Terengganu. Jika tiada penyelesaian politik dengan segera, tidak mustahil peristiwa 10 ADUN memulaukan sidang DUN seperti yang berlaku baru-baru ini akan berulang.

Manakala seteru tradisi UMNO, yakni PAS juga mula menyusun semula barisan kepimpinan mereka di Terengganu bagi menawan semula negeri berkenaan yang telah 2 penggal, (2004-2008 dan 2008-sekarang) terlepas kepada UMNO setelah menguasainya selama satu penggal pada tahun 1999-2004.

Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden PAS telah memilih untuk menyusun semula kepimpinan PAS di negeri Terengganu dan Perak. Tidak dapat dipastikan kenapa Abdul Hadi hanya memilih untuk melantik Pesuruhjaya baru di Perak dan Terengganu sahaja sedangkan lain-lain Pesuruhjaya negeri-negeri lain telah dikekalkan stelah berakhirnya muktamar PAS ke-55.

Berbalik kepada kepimpinan PAS Terengganu yang baru, sebahagian besar aktivis PAS Terengganu yang saya temui memuji kebijaksanaan Presiden PAS melantik Ustaz Dato’ Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru untuk sesi 2009-2011.

Beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu,  sebelum ini beliau pernah diamanahkan jawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu selama hampir satu dekad bermula tahun 1989 sehingga tahun 1997.

Berbekalkan dengan pengalamannya yang yang tidak pernah kalah di DUN Manir sejak tahun 1982 hingga sekarang kecuali pada tahun 1986. Sungguhpun beliau tewas pada tahun 1986, tetapi beliau berjaya memenangi pilihanraya kecil  DUN Telok Pasu yang bersebelahan dengan Manir pada tahun 1989.

Dengan dibantu oleh Haji Yahaya Ali yang telah dikekalkan sebagai Setiausaha Perhubungan dan  timbalan-timbalan Pesuruhjaya yang telah berpengalaman luas dalam politik seperti Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik, YB Haji Abdul Wahid Endut dan Ustaz Saiful Bahri .

Disamping itu, Muhyiddin Abdul Rashid, bekas Ketua Penerangan sebelum ini telah dilantik sebagai Bendahari yang baru menggantikan Haji Abdul Wahid Endut yang tel;ah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2.

Manakala Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh,  bekas Yang Dipertua PAS kawasan Besut yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat pula dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Terengganu yang baru menggantikan Haji Muhyidin Abdul Rashid.

Sementara Ustaz Aripin Deraman, Setiausaha Jabatan Pilihanaraya Negeri (JPN) telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu menggantikan Haji Yahaja Ali yang akan memberikan lebih tumpuan kepada tugas barunya sebagai Pengerusi Lembaga Pemerkasaan Parti PAS Terengganu.   

Selain Ustaz Dato’ Abu Bakar Chik yang dilantik sebagai Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu dan Ustaz Harun Jusoh yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tambahan, lain-lainnya adalah muka-muka baru  yang sedia berhadapan dengan UMNO dalam menentukan siapakah yang menjadi pilihan rakyat Terengganu pada kali ini.

Dengan pengalaman Ustaz Dato’ harun Taib yang luas dalam sepak terajang politik Terengganu menjadikan beliau merupakan aset dan teras kepada politik PAS Terengganu dalam  menebus maruah dalam pilihanraya umum yang akan diadakan pada tahun 2011 atau 2012 akan datang.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Terimakasih Ustaz Riduan hadiah buku ni pada saya..

Buku Abdul Hadi Awang; Murabbi, Ideolouge, Pemimpin

Jarang benar orang menulis mengenai Presiden PAS ini, Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang. Kalau buku mengenai  Tok Guru Nik Aziz (TGNA), memang mudah untuk didapati. Malah telah dibuat dokumentari mengenai kehidupan TGNA. Mungkin ini adalah satu permulaan bagi pendukung gerakan Islam mengenali anak usrah Sheikh Said Hawwa , seorang ulama’ikhwan yang terkenal dengan bukunya, Jundullah. Moga buku ini bermanfaat.

Terima kasih kepada Ust Riduan Mat Noor kerana sanggup menggali khazanah berharga ini

Filed under: Buku, , , ,

Tok Guru Nik Aziz tarik balik kenyataan- Buang yang keruh, ambil yang jernih

Kenyataan penuh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat:

“Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

“Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi”

Filed under: News, , ,

ALHAMDULILLAH..Berakhir satu episod panas dalam PAS

Alhamdlulillah, berakhirlah sudah satu episod yang cukup mendebarkan khususnya ahli PAS di peringkat bawahan. Gambar di bawah menceritakan segala-galanya. Islam memimpin perubahan. – foto ehsan minaq jinggo

Filed under: News, , , , , ,

Tahniah! Ku Ter, Setiausaha dan Shabery, Ketua Penerangan

Kalam Perantau mengucapkan tahniah kepada  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datok Seri Hishamuddin Hussein yang mengambil alih jawatan tersebut daripada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said April lalu  kerana  berjaya mengumumkan 3 jawatan pentadbiran lantikan yang penting bagi melicinkan perjalanan  Badan Perhubungan UMNO Terengganu.
 
Bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang yang juga Speaker DUN akhirnya dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menggantikan Datuk Rusli Mat Hasan.
 
Manakala Datuk Ahmad Shabery Chek mengambil alih semula jawatan Ketua Penerangan yang dilepaskannya kepada Datuk Zuber Embong. Sementara Datuk Abdul Rahim Said menggantikan Datuk Ruslan Awang Chik sebagai Bendahari Badan Perhubungan UMNO terengganu.
 
Sebelum itu, Datuk Ahmad Said telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO terengganu ekoran perlantikan datuk Hishamuddin sebagai Pengerusi perhubungan UMNO Terengganu.
 
Bravo!

Filed under: News, , , ,

Kenapa Idea Kerajaan Perpaduan dipolemik menjadi Boneka UMNO?

Oleh Suhaimi Al-Maniri

                    Sebelum                                                                    Selepas

Cuti sekolah minggu lepas, saya pulang ke Terengganu kerana anak-anak hendak melihat Stadium Sultan Mizan yang dibina dengan harga ratusan juta runtuh dalam masa tidak sampai setahun. Ini benda ajaib yang tak pernah rakyat Terengganu lihat sebelum ini. Sudah tentu ia juga memahat sejarah.  Beberapa orang rakan yang saya temui lebih berminat menceritakan pergolakan dalam UMNO berbanding perkara ini.

Malah beberapa aktivis PAS pula lebih berminat untuk mengetahui siapa pempimpin PAS yang akan dilantik sebagai Setiausaha Agong, Ketua Penerangan, Bendahari dan Ketua Pengarah Pilihanraya serta Pesuruhjaya PAS Terengganu. Bila pergi kenduri kendara saudara mara dikampong, ada yang datang bertanya, apa sebenarnya isu yang menjadi pergeseran dua Tok Guru yang menjadi tonggak kekuatan PAS selama ini.

Mereka sedih kenapa boleh jadi begini, kerana semua orang Terengganu tahu mana mungkin Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh menjadi ‘boneka’ UMNO atau dituduh nak bawa PAS masuk UMNO?. Sukar untuk dipercayai bahawa cetusan idea Kerajaan Perpaduan dilontarkan oleh Presiden PAS dalam menyelesai krisis politik di Perak dan kemelut ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini merupakan agenda membawa PAS untuk masuk UMNO?

Malah pada satu ketika, Amanat Haji Abdul Hadi yang diambil dari ceramah beliau di kampong Banggol Peradong, Terengganu pada tahun 1981 yang antara lainnya menyebut konsep jihad, negara islam, Islam dan sekularisme, agama dan politik serta beberapa perkara berkaitan dengan pemerintahan Islam telah diputarbelitkan oleh pihak UMNO terutama menjelang pilihanraya dan pilihanraya kecil tanpa menyiarkan sepenuhnya ucapan tersebut.

Sejak Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang menyebut perkataan “kerajaan perpaduan” di Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini, pelbagai pihak memberikan reaksi. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Malah ada yang tidak ambil pusing dengan isu ini, tetapi turut melenting bila dikatakan PAS nak bersatu dengan UMNO.

Apa itu kerajaan Perpaduan?

Sekarang ini  ahli politik dan akademik mula membincangkan konsep Unity Government ini. Oleh kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya dengan “kerajaan perpaduan”, maka ia mendedahkan konsep itu kepada pelbagai tafsiran. Dalam berpolemik, ada yang menyamakan “kerajaan perpaduan” dengan “kerajaan campuran.” Saya tidak fikir itu yang dimaksudkan oleh Presiden PAS. Dalam konsep yang yang umum, campuran semua parti adalah benar, tetapi lebih tepat lagi perpaduan atau muafakat semua parti yang ada dalam satu Dewan Perundangan (legislature).

Seorang ahli sains politik, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif yang sekarang menjadi Pengarah, Pusat Penyelidikan PAS dalam “Antara Dua Tok Guru: Penjelasan dan Penjernihan Terhadap Konsep Kerajaan Perpaduan (Unity Government) menyebut, Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai “satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik ( atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara” .  Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal.  Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.  Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan.  Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.  Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Sementara itu, seorang daripadanya, al-Kundangi membincangkan ciri kerajaan perpaduan dan sedikit perbezaan dengan kerajaan campuran, iaitu ; 1. Perdana Menteri dilantik oleh suara terbanyak Ahli Parlimen daripada mana-mana parti manakala kerajaan campuran pula biasanya dilantik daripada parti yang terbanyak kerusinya; 2. Perdana Menteri ini boleh bertukar bila-bila masa saja mengikut suara terbanyak ahli parlimen.; 3. Ahli kabinet juga dibentuk mengikut suara parlimen bukannya parti-parti tertentu kerana bila masuk ke dalam parlimen ia seolah-olah bermaksud semuanya menjadi ahli parti kerajaan.; 4.  Masing-masing parti masih mengikut haluannya sendiri; 5. Tiada pembangkang tapi bukan pula tidak boleh membangkang; 6.  Biasanya diadakan kerana keperluan mendesak atau menghadapi satu-satu isu yang besar seperti perang atau kemelesetan ekonomi yang teruk. Kerajaan campuran pula tidak semestinya ditubuhkan kerana menghadapi isu-isu besar.

Tuan Guru Presiden PAS menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini. Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Ternyata apa yang dilontarkan oleh Presiden PAS mendapat  reaksi yang berbagai dikalangan rakyat Malaysia. Terlalu banyak perbincangan dalam internet berhubung dengan Unity Government ini. Di antara prinsip-prinsip lain yang dibincangkan oleh seorang penulis (maaf; lupa nama) adalah;

1. Speaker mengatasi kehakiman kerana beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly” ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliament ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan;

2 .‘Unity Government” bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua Ahli Parlimen adalah anggota kerajaan. Namun status dan identiti kekal seperti sediaada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing. Konsepnya berlainan sama sekali sebab ‘Unity Government” pada hakikat sebenarnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT dan ianya bukannya menjadi ‘Coalition Government” ( Kerajaan Campuran) maupun ‘National Front” BN atau Pakatan Rakyat;

3. SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT ) THE PEOPLE’S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan (Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan;

4.,Di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarang ikatan dan kongkongan parti (parti hanya digunapakat sewaktu pilihanraya sahaja );

5. ‘Unity Government” juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman (sudisciary ), aau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif ( Speaker ). tetapi berlakumnya ‘ Separation of Powers ” secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu :i] Judiciary (badan Kehakiman ),ii)]Badan Eksekutif dan iii] Legislative ( Badan Perundangan ), iaitu 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH.

Manakala Nobisha dalam http://nobisha.blogspot.com/ pulaq  nak tanya: Salahkah Presiden PAS mencadangkan “kerajaan perpaduan”? … Baginya, “kerajaan perpaduan” lebih mengambil bentuk politik muafakat. Rakyat yang sudah muak dengan politik pertentangan yang tak habis-habis sejak PRU12 mengharapkan budaya politik baru. Mereka ingin melihat semua ahli-ahli Parlimen dan DUN yang dipilih dapat duduk semeja dan melakukan sesuatu untuk rakyat. Kesampingkan dulu politik kepartian sehingga PRU13. Saya tidak setuju untuk PAS dan UMNO bergabung dalam satu entiti kerana ia akan menimbulkan kecurigaan di kalangan orang-orang bukan Islam / Melayu. Dalam sebuah negara multiras seperti Malaysia, ini tidak sihat untuk jangka masa panjang. Biarlah PAS dan UMNO menjadi dua entititi politik yang berbeza.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah Bil 0154 (21-27 june, 2009)

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Tahniah! Dato’ Harun Taib kembali Pesuruhjaya PAS Terengganu

Sekali lagi Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Harun Taib telah diberi mandat untuk menerajui Badan Perhubungan Pas Terengganu untuk sessi 2009-2011. Beliau yang juga, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu,  sebelum ini beliau pernah diamanahkan jawatan tersebut selama hampir satu dekad bermula tahun 1989 sehingga tahun 1997.

Dato’ Harun dilahirkan di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu pada tahun 1943. Mendaftar sebagai ahli PAS yang sah seawal tahun 1966, sekembalinya dari Mesir, melalui cawangan Pas Kampung Pujuk dengan nombor keahliannya 65152.

Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Belara dan di Sekolah Umum Serada, Kuala Terengganu. Kemudian menyambung pula pelajarannya di sekolah Menengah Agama Pondok Tok Jiring.

Kemudian beliau menyambung pengajiannya dibidang agama di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Batu Buruk, Kuala Terengganu. Selepas itu beliau berangkat ke Arab Saudi untuk memasuki Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang tersebut. Dalam kesibukan tugasan dakwah dan politik sehingga kini tesis kedoktoran di Bidang Politik Antarabangsa masih belum mampu diselesaikan.

Mula menyertai pilihanraya pada tahun 1978(tewas),1982(menang),1986(kalah),1989(Menang Pilihanraya kecil Teluk Pasu),1990(menang),1995(menang),1999(menang),2004(menang) dan 2008(menang).

Pada tahun ini juga beliau sekali lagi diamanahkan sebagai Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, selepas beliau melepaskan jawatan tersebut pada sessi 2007-2009.

Semoga dengan perlantikkan ini diharapkan agar beliau dapat memimpin dan membimbing PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihanraya umum ke-13 nanti.

Filed under: News, , , , ,

Breaking News : Nizar diarah keluar dewan

KUALA LUMPUR 15 Jun – Ahli Parlimen Bukit Gantang yang baru, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin diperintah keluar Dewan hanya selepas 10 minit mengangkat sumpah di Dewan Rakyat hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat arahan demikian kerana tidak berpuas hati terhadap bekas Menteri Besar Perak itu kerana dikatakan menjadi punca beberapa ahli Parlimen pembangkang memakai lilit kepala dengan perkataan ‘Bubar DUN.’Turut diarah keluar ialah empat wakil rakyat pembangkang lain yang memakai lilit kepala itu.

Lilitan hitam ‘Bubar DUN’ itu pertama kali dipakai semasa Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.

Filed under: News, , , , , ,

Kecewa dengan Kerajaan Terengganu

Kalam Perantau berharap Menteri Besar Ahmad Said dapat mengkaji semula ketidakadilan yang berlaku sebelum ini dan menyelesaikan isu-isu begini supaya kerajaannya dapat pembelaan rakyat marhaen…
 
“Saya merasakan telah dizalimi oleh kerajaan pada Mac 2004 setelah jawatan kerja ditarik balik menyebabkan saya hilang sumber pendapatan. Baru-baru ini saya menggagahkan diri bertanya kepada kerajaan perihal penarikan jawatan kerja itu namun hingga kini belum mendapat jawapan atau pampasan. Apakah kerajaan ini hanya berani menghantar surat memecat kakitangan, tetapi bacul untuk membalas surat menjelaskan sebab-musababnya. Di sini saya sertakan salinan surat saya kepada kerajaan:

Wan Mohammad Shukri B. Wan Chik @ Wan Din
No.K/P: 750412-11-5115
No.9, SS18/1C
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 014-2207892 Emel: wmshukri@hotmail.com

Tarikh: 20 April 2009

Y.B. Dato’ Haji Mokhtar bin Nong
Setiausaha Kerajaan Terengganu
Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu
Tingkat 15 Wisma Darul Iman
20503 Kuala Terengganu
TERENGGANU DARUL IMAN

Y.B. Dato’,

TAWARAN JAWATAN PEGAWAI TADBIR NEGERI GRED N41

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada surat SUK.TR.800/310/161-(4) bertarikh 24 Mac 2004 yang memaklumkan bahawa surat SUK.TR.800/310/161-(2) bertarikh 9 Mac 2004 berkaitan perkara di atas dibatalkan dan ditarik balik. Setelah meneliti surat berkenaan, saya mendapati tidak ada sebarang sebab dinyatakan berkaitan pembatalan dan penarikan balik perkara itu. Juga tidak kedapatan sebarang tawaran bayaran ganti rugi atau pampasan terhadap segala usaha yang telah saya ambil sebagai langkah menerima tawaran pada surat SUK.TR.800/310/161-(2) serta kepayahan hidup selepas penarikan balik melalui surat SUK.TR.800/310/161-(4) tersebut yang menyebabkan saya hilang sumber pendapatan. Saya amat kesal dan amat tertekan dengan hal tersebut.

2. Dengan demikian, saya mengharapkan Y.B. Dato’ dapat menyatakan jawapan yang telus dan munasabah terhadap beberapa persoalan berikut:

2.1. Adakah sah penarikan balik dan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2) itu sedangkan tawaran jawatan Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 itu adalah bertaraf jawatan tetap dan bukannya bertaraf jawatan politik?

2.2. Apakah Setiausaha Kerajaan Terengganu ketika itu berhak menarik balik dan membatalkan surat SUK.TR.800/310/161-(2) itu sedangkan proses perlantikan bermula dari pengiklanan, pengeluaran borang, peperiksaan bertulis dan temuduga dijalankan oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri?

2.3. Apakah sebenarnya sebab-musabab penarikan balik dan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2) itu yang sekaligus menyebabkan saya hilang pekerjaan dan sumber pendapatan secara serta-merta?

2.4. Menerusi tindakan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2) yang menyebabkan saya hilang pekerjaan secara serta-merta, apakah Kerajaan Terengganu pernah mengambil kira perihal sara hidup dan kesusahan yang bakal dialami oleh saya sebagai seorang rakyat Terengganu yang sewajarnya mendapat pembelaan dan perlindungan daripada sebuah kerajaan yang bestari dan berintegriti?

2.5. Setelah penarikan balik dan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2) yang saya rasakan sebagai satu bentuk penganiayaan dan kezaliman, mengapakah tidak disusuli dengan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi, pampasan atau ex-gratia?

2.6. Adakah dengan penarikan balik dan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2) itu menandakan segala usaha Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu untuk melantik kakitangan kerajaan negeri dianggap tidak sah dan sia-sia?

2.7. Adakah juga dengan penarikan balik dan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2) bertujuan mempermain dan menyusahkan saya?

2.8. Bagaimanakah pula status surat SUK.TR.800/310/161-(3) bertarikh 9 Mac 2004 yang dikeluarkan kepada Pegawai Perubatan, Unit Pesakit Luar, Hospital Kuala Terengganu yang berada di bawah Kementerian Kesihatan, Kerajaan Persekutuan juga ditarik balik dan dibatalkan sedangkan surat tersebut juga telah memaklumi perihal lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri GredN41?

2.9. Apakah tindakan penarikan balik dan pembatalan itu melalui surat SUK.TR.800/310/161-(4) dibuat setelah mengambil kira soal nilai murni, sifat perikemanusiaan dan aspek keadilan kepada saya kerana saya dapati surat itu bertarikh 24 Mac 2004 iaitu hanya tiga hari selepas Pilihanraya Umum ke 11 pada 21 Mac 2004 seolah-olah terlalu tergesa-gesa?

3. Untuk makluman Y.B. Dato’, saya telah berusaha untuk mendapat jawatan Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 bermula dari mendapatkan dan mengisi borang permohonan, mendapatkan buku-buku rujukan, mengulangkaji dan menghadiri peperiksaan bertulis yang dijalankan di Dewan Besar, Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Kuala Terengganu pada 29 dan 30 September 2003 dan menghadiri temuduga yang dijalankan pada 8 Februari 2004 di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu, Wisma Negeri, Kuala Terengganu. Seterusnya mengahadiri Program Kursus Kepimpinan Terengganu Akademi Pembinaan Insan, Kem Teluk Kalong, Kemaman.

4. Setelah menerima surat SUK.TR.800/310/161-(2) bertarikh 9 Mac 2004 yang menawarkan jawatan Pegawai Tadbir Negeri Gred N41, saya telah mengambil beberapa langkah untuk menerima tawaran tersebut dengan segera iaitu meletakkan jawatan saya dengan serta-merta ketika itu sebagai Pengurus Kolej Teras Timur, Dungun, berpindah dari Kediaman Pengurus Kolej Teras Timur, Dungun ke Kuala Terengganu dengan kos sendiri, mengisi Surat Penerimaan Jawatan (16204-JPN.,Tr.), Akuan Sumpah Bukan Penagih Dadah (16304-JPN.,Tr.) beserta Surat Akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Lampiran A (Pengkalan Data Peribadi), Surat Akuan Diri (16979-JPN.,Tr.), menjalani Pemeriksaan Doktor Untuk Perlantikan Ke Perkhidmatan Kerajaan (Perintah Am 23(a) Bab ‘A’ 1973) pada 21 Mac 2004 dan laporannya siap pada 28 Mac 2004.

5. Sejurus itu, saya terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan Sumber Manusia), Tingkat 8, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu untuk menyerahkan borang-borang yang telah diisi sekaligus melaporkan diri untuk menerima tawaran jawatan dan bertugas. Saya amat terkejut ketika itu apabila kakitangan di bahagian berkenaan meminta saya balik ke rumah dahulu dan akan dihubungi kemudian jika ada maklumat lanjut. Namun saya tetap juga menyerahkan semua borang-borang yang telah lengkap diisi kepada kakitangan di situ dengan penuh harapan positif.

6. Sewaktu perjalanan saya untuk keluar daripada bangunan Wisma Darul Iman, saya terserempak dengan salah seorang majikan saya sewaktu saya bekerja di Institut Kemahiran Safa, Kuala Terengganu. Beliau pada masa itu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setelah menang di dalam Pilihanraya Umum ke 11 pada 21 Mac 2004 dan turut mendapat jawatan Exco Mesyuarat Kerajaan Negeri. Setelah mengucap tahniah di atas kemenangan beliau dan bertegur sapa, saya memaklumkan tentang perihal saya disuruh pulang semasa hendak melapor diri di tingkat 8 itu. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat berbuat apa-apa tentang hal itu kerana itu adalah atas kehendak Y.A.B. Menteri Besar pada masa itu sendiri.

7. Selepas beberapa hari, saya menerima surat SUK.TR.800/310/161-(4) yang menyatakan penarikan balik dan pembatalan surat SUK.TR.800/310/161-(2). Saya merasa amat bingung dan sangat berdukacita pada waktu itu. Saya baru setahun melangsungkan perkahwinan dan tidak mempunyai simpanan kewangan yang kukuh lagi pada masa itu, setelah hilang pekerjaan pula menyebabkan hidup saya amat tertekan. Saya bingung dengan apa yang berlaku dan persoalan mengapakah sebegini dilakukan kepada saya oleh Kerajaan Negeri amat menekan jiwa. Saya menjadi antara orang pertama yang menganggur setelah Terengganu bertukar kerajaan. Saya teringat kepada kata-kata Dato’ Sri Idris Jusoh sebelum beliau menjadi Menteri Besar yang menyatakan sudah serik berada di bawah pentadbiran kerajaan parti pembangkang semasa lawatan Y.A.B. Perdana Menteri ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai sebelum beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003. Harapan-harapan baru yang diberikan kepada rakyat Terengganu sungguh menarik sehingga merasakan apabila Barisan Nasional menang kembali di Terengganu, semua rakyat akan hidup senang. Saya juga pernah mengikuti Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teras Timur ke mesyuarat Gelombang Biru yang diadakan di Motel Desa, Kuala Terengganu sebelum Pilihanraya Umum ke 11 dan nada harapannya juga sama.

8. Saya bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik kerana bagi saya politik bukan bidang saya. Tetapi ketika itu keadaan saya yang bekerja dangan beberapa tokoh atau keluarga tokoh penting UMNO sedikit sebanyak memberi saya peluang untuk mendekati serta mengenali UMNO. Saya berasa seronok ketika bekerja dan mengenali mereka. Namun, amat memeranjatkan sekali tindakan kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihanraya Umum ke 11 itu. Saya merasakan seolah-olah UMNO sangat baik umpama rakan karib kepada saya semasa mereka kalah di dalam pilihanraya, tetapi sebaliknya seperti sudah tidak kenal saya lagi setelah menang dan memerintah semula.

9. Sewaktu awal pentadbiran Y.A.B. Menteri Besar, Dato’ Sri Idris Jusoh ketika itu, tertubuhnya satu unit baru di dalam pentadbiran beliau yang dinamakan Unit Bestari. Seorang kenalan saya iaitu seorang guru agama yang aktif di dalam UMNO cuba menolong saya untuk mendapat pekerjaan di dalam Unit Bestari tersebut. Beliau membawa saya bertemu dengan Pengarah unit tersebut pada masa itu untuk maksud mengisi kekosongan jawatan dalam unit itu. Selang beberapa hari saya dibawa lagi oleh beliau berjumpa dengan Pengarah unit itu dan saya dimaklumkan adanya halangan terhadap saya untuk berkhidmat di bawah unit tersebut oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Kenalan saya itu telah menghubungi dan berbincang panjang dengan ADUN tersebut dan dukacita dimaklumkan kepada saya bahawa ADUN itu tidak dapat menerima saya di atas alasan saya pernah dibuang oleh kerajaan negeri iaitu kes surat SUK.TR.800/310/161-(4).

10. Kemudian saya memulakan usaha baru untuk mencari pekerjaan dengan menghantar banyak permohonan kerja. Banyak juga panggilan temuduga yang saya perolehi. Proses temuduga berjalan lancar sehingga panel penemuduga bertanyakan perihal pengalaman kerja, iaitulah berkenaan apakah pekerjaan yang saya lakukan selepas saya meletakkan jawatan sebagai Pengurus Kolej Teras Timur pada 18 Mac 2004. Oleh itu, saya pun menceritakan perihal surat SUK.TR.800/310/161-(4) yang menyebabkan saya hilang pekerjaan secara serta-merta. Setelah diceritakan perihal itu, saya dapati wajah penemuduga berubah, dan ada penemuduga di sebuah badan kerajaan yang menyatakan seolah-olah saya aktif dalam parti pembangkang pula sehingga menyebabkan timbulnya surat SUK.TR.800/310/161-(4). Saya amat tidak faham dan bingung dengan apa yang berlaku kerana saya tidak pernah pun menjadi ahli parti pembangkang. Saya merasakan seolah-olah saya telah disenarai hitamkan berikutan kes surat SUK.TR.800/310/161-(4) itu, sekali gus menghalang saya mendapat pekerjaan terutama dari agensi atau badan-badan kerajaan.

11. Pernah pada satu waktu saya berjumpa dengan seorang kakitangan Kolej Teras Timur pada satu seminar di Kuala Terengganu dan beliau bertanyakan saya akan kebenaran satu khabar angin yang kononnya dari seorang tokoh UMNO negeri yang menyatakan bahawa saya mempunyai hubungan yang kuat dengan parti pembangkang sehingga saya mendapat tawaran jawatan Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 itu. Saya amat kesal dengan khabar angin sebegitu kerana bagi saya, sekiranya saya ada hubungan yang kuat dengan parti pembangkang, sudah tentunya mereka tidak akan membiarkan saya hidup melarat sehinggakan saya pernah terpaksa mengumpul besi buruk dan botol plastik untuk dijual bagi mendapatkan wang belanja. Parti pembangkang pun tidak pernah melawat saya bertanya khabar apatah lagi memberikan bantuan atau menawarkan saya bekerja dengan mereka.

12. Kini setelah difikir dan direnung semula, saya merasakan semasa parti pembangkang menjadi Kerajaan Terengganu, mereka membiarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu melakukan proses pemilihan kakitangan dengan bebas tanpa diskriminasi walaupun pada waktu itu mereka mungkin menyelidiki atau mengetahui bahawa saya bekerja di institusi kemahiran dan kolej swasta kepunyaan tokoh-tokoh penting UMNO namun mereka tidak pun menyisihkan saya. Ini membuatkan saya terfikir bahawa mereka lebih telus dan tidak pilih bulu semasa memerintah. Sedangkan setelah saya menerima surat SUK.TR.800/310/161-(4), saya digambarkan seolah-olah seorang ahli parti pembangkang dan seolah-olah disenarai hitam dari mendapat pekerjaan.

13. Berikutan itu, saya mengalami kesusahan hidup, tekanan dan kemurungan yang berpanjangan, perasaan rendah diri yang amat mendalam dan hilang keyakinan diri, perasaan amat malu kepada keluarga, kaum kerabat, keluarga mertua, sahabat handai, rakan-rakan sekuliah dan sekerja dahulu, orang kampung dan masyarakat. Saya selaku seorang yang baru tamat alam pengajian beberapa tahun dahulu dan dalam proses menimba pengalaman bekerja untuk menjadi lebih matang dan menjadi orang berguna kepada masyarakat dengan penuh semangat dan keceriaan, tiba-tiba diperlakukan sebegitu rupa hasil surat SUK.TR.800/310/161-(4). Saya benar-benar merasakan diri ini begitu teruk dihinakan oleh sebuah kerajaan yang telah diberi mandat oleh rakyat, yang sepatutnya melindungi dan membela rakyat. Seolah-olah perjalanan hidup saya yang masih muda ini dicantas dan membiarkan saya tercicir lalu mereput menuju kehidupan tua. Kesihatan saya juga kini terjejas dengan beberapa masalah kesihatan seperti kolestrol, stres dan telah disahkan menghidapi penyakit diabetis. Harapan pada UMNO dan Barisan Nasional seakan-akan sudah hancur luluh. Yang tinggal hanya kesengsaraan berpanjangan yang membuahkan kemarahan dalam kebingungan.

14. Baru hari ini, saya mempunyai sedikit kekuatan untuk menulis surat ini dan ingin mengetahui sebab-musabab yang telus dan jujur atas tindakan Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan surat SUK.TR.800/310/161-(4) itu. Di dalam keadaan kegawatan ekonomi yang mula melanda kini, saya turut berasa bimbang jika hidup saya yang ala kadar ini akan menjadi lebih teruk lagi. Apakah Kerajaan Negeri Terengganu pernah terfikirkan hal yang menimpa saya ini selaku seorang rakyat biasa? Apakah yang boleh Kerajaan Negeri Terengganu sumbangkan kepada saya yang dizalimi ini bagi membantu dari segi kewangan, gantirugi, emosi, semangat diri mahu pun pembersihan nama?

15. Adalah diharapkan dengan penjelasan yang telus dan bertanggung jawab dari Kerajaan Negeri Terengganu nanti akan membolehkan saya simpulkan untuk menerangkan permasalahan ini kepada kaum keluarga saya samada yang berbangsa Melayu dari sebelah bapa, keluarga yang berbangsa Cina dari sebelah ibu, keluarga dan kaum kerabat sebelah mertua dan sahabat serta kenalan jua.

Saya memohon agar saya tidak dijadikan warga yang dicicirkan, semoga rakyat terus diutamakan. Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,
 

(WAN MOHAMMAD SHUKRI B. WAN CHIK @ WAN DIN)
No.K/P: 750412-11-5115

Lampiran 1: Salinan surat SUK.TR.800/310/161-(4)

S/K:
1. DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Negeri Terengganu
D/A: Pejabat Setiausaha KeBawah DYMM Sultan Terengganu,
Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu,
TERENGGANU.

2. Y.A.B. Dato’ Sri Haji Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA.

3. Y.A.B. Dato’ Ahmad Bin Said
Menteri Besar Terengganu,
Pejabat Menteri Besar,
Tingkat 16, Wisma Darul Iman,
20503 Kuala Terengganu,
TERENGGANU.

4. Y.A.Bhg. Tuan Haji Isa @ Ghazali Bin Endut
Pengerusi,
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu,
TERENGGANU.

5. Y.A.Bhg. Tuan Haji Omar Bin Haji Osman
Presiden,
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),
Ibu Pejabat Cuepacs, Wisma Cuepacs,
No. 34A, Jalan Gajah Off Jalan Yew,
Pudu 55100 KUALA LUMPUR.

6. Y.Bhg. Dato’ Ismail Bin Haji Abdul Rahim
Ketua Pengarah,
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 PUTRAJAYA.

7. Y.Bhg. Datuk Michael Chong Ten Soo
Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA,
8th Floor, Wisma MCA,
163, Jalan Ampang,
50450 KUALA LUMPUR

Filed under: News, , , , , ,

Blog Stats

  • 237,098 hits

ePaper

RSS Portal Parti Islam SeMalaysia (PAS)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Blog Ayah Chik

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories