Kalam Perantau

Icon

Benarkah ADUN UMNO Terengganu lompat PKR? Harun Taib bakal MB?

Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat 9 ADUN Terengganu yang melompat? Ya, Sekiranya sebanyak 9 ADUN Terengganu melompat, maka DUN Terengganu akan dibubarkan…itu kata Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sebelum ini.

Saya tidak pasti bagaimana Siasah boleh meletakkan dato’ Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu sebagai bakal MB Terengganu dalam keluaran terbarunya bila lebih 10 ADUN UMNO melompat kepada PKR untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan Ahmad Said.
  
Jika ditubuhkan kerajaan melalui kaedah lompatan seperti ini, banyak persoalan timbul:
1)  apakah kerajaan lompat ini akan stabil dan menyelesai masalah rakyat?
2) Apakah PAS bersedia rosakkan imej dan identiti mereka dengan membentuk kerajaan lompat yang dikecam tidak bermaruah seperti yang dilakukan oleh UMNO di perak?
3) Apakah Ahmad Said dan UMNO akan membiarkan semudah itu kerajaan baru di bentuk?

Kalam Perantau merasakan mustahil PKR akan membenarkan PAS menerajui kerajaan Terengganu dalam mana mereka mempunyai lebih kerusi (berbanding dengan 8 kerusi ADUN PAS?)…akibat lompatan jika benar berlaku …Jika sebuah kerajaan baru hendak dibentuk di Terengganu, adalah wajar DUN dibubarkan, satu pilihanraya semula dipanggil untuk memnentukan pihak yang layak membentuk kerajaan yang lebih berwibawa…

Filed under: Most Popular, , , , , , ,

26 Kes Curi Balak Bernilai RM290,842,44 Tahun Ini, 23 Kes Bernilai RM1,101,659,90 Tahun Lalu

 KUALA TERENGGANU – Sebanyak 26 kes kesalahan hutan dikesan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini yang melibatkan anggaran nilai pokok sebanyak RM290,842,44.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, kesalahan itu melibatkan kes pembalakan haram, pemindahan kayu balak tanpa kebenaran dan pemilikan hasil hutan tanpa cukai.

Katanya, walaupun ia menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kes kecurian, namun terdapat pengurangan daripada segi anggaran nilaian pokok.

“Tahun lalu hanya 23 kes dikesan sehingga akhir tahun yang melibatkan anggaran nilai pokok sebanyak RM1,101,659,90 berbanding pada tahun ini sebanyak 26 kes sehingga Julai.

“Hasil siasatan didapati terdapat tujuh kes pembalakan haram yang merupakan kes sejak tahun lalu dan sebanyak lima kes baru pada tahun ini.

“Daerah yang mencatatkan kesalahan hutan yang mempunyai jumlah nilaian pokok tertinggi pula adalah Ajil iaitu RM127,704,50,” katanya sebagaimana dipetik akhbar Utusan

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas-Ladang) di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, dari segi perundangan kes-kes ini akan diambil tindakan di bawah Seksyen 15, 40 dan 84 Akta Perhutanan Negara.

“Seksyen itu merangkumi larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan atau tanah kerajaan melainkan jika dilesenkan.

”Selain itu, larangan memindah apa-apa hasil hutan dari tanah milik, tanah rizab, tanah lombong atau tanah milik sementara melainkan melalui lesen pemindah dan kesalahan memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Tambahnya, bagi membanteras kejadian kecurian balak beberapa langkah-langkah pencegahan telah diambil.

Antara langkah tersebut adalah mewujudkan pasukan rondaan di setiap daerah pentadbiran.

”Langkah lain adalah mewujudkan peta hot spot bagi kawasan tumpuan rondaan dan meningkatkan rondaan, semakan di kawasan hot spot, menggali parit di jalan masuk hutan, menyita peralatan kilang dan mempergiatkan pemeriksaan kayu-kayu balak dalam transit,” katanya.

Filed under: News, , , , ,

Gambar Presiden berkempan bersama Ustaz Salleh di Bazar Ramadhan Kubang Semang

 

Filed under: News, , , , , ,

UMNO dan BN sudah tidak terdaya melawan Pakatan Rakyat ?

Oleh: Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir pada 25hb. Ogos, 2009 memperlihatkan BN mengekalkan rekod kekalahannya dalam setiap pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung Malaysia, selepas PRU ke-12 menjadikan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1. Setakat ini, BN hanya mampu menang pilihan raya kecil DUN Batang Ai, Sarawak dan tidak bertanding untuk pilihan raya kecil Penanti, Pulau Pinang, 31 Mei 2009.

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Ustaz Mohd Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi. 

Undi majoriti berkurang sebanyak 882 sahaja, berbanding dengan majoriti 5433 yang diperolehi oleh Datuk Hamdan Abdul Rahman pada Mac, 2008 dengan  penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu.

Pada pilihan raya kecil kali ini, seramai 14,832 atau 73.1 peratus pengundi daripada 20,290 pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab masing-masing. Berbanding 16,803 pengundi yang keluar pada pilihan raya umum DUN Permatang Pasir dalam pilihan raya umum Mac 2008.

Kekalahan BN di Permatang Pasir seakan-akan sudah dijangka. Namun kalah dengan undi majoriti 4551 diluar jangkaan termasuk dari pemimpin PAS sendiri. Malah Pengarah pilihanraya PAS, Datuk Mahfuz Omar hanya mahukan kemenangan PAS sahaja walaupun dengan 1 undi.

Kajian lapangan yang dibuat oleh sebuah firma kajiselidik mendapati, 64 peratus penduduk Permatang Pasir menjangka PAS akan menang dalam pilihanraya ini. Hanya 20 peratus sahaja yang tidak bersetuju dan masih meletakkan harapan kepada Barisan Nasional, manakala 16 peratus lagi tidak dapat menjangkakan parti mana yang akan menang.

Berikut adalah sebab-sebab yang dikatakan punca UMNO tewas di Permatang Pasir;

  1. Kawasan kubu kuat Anwar Ibrahim ini masih utuh sejak dia menceburi politik. Kalau semasa Anwar dalam BN dahulupun, PAS dan DAP gagal menggugatnya. Bila Anwar berpaling kepada pembangkang dan isterinya bertanding di situ pun, UMNO dan BN turut gagal merampas kerusi kawasan berkenaan.
  2. BN dan UMNO gagal mengaitkan isu peribadi Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat berjaya mengambil rakan kongsi Rohaizat, iaitu Yusri untuk memburukkannya walaupun saat akhir Yusri membuat kenyataan yang bertentangan dengan membela Rohaizat tetapi pengundi sudah tidak yakin dengan kredebiliti calon berkenaan.
  3. Isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat berjaya memikat hati pengundi dan penduduk kampung. Pembangunan yang cuba dibawa oleh BN melalui Projek Anak Emas di Permatang Pasir seolah-olah ‘tidak ada pembangunan tak apa’ kerana ianya belum pasti berlaku hanya sekadar modal politik murahan sahaja.
  4. Persepakatan antara Pakatan lebih kelihatan berbanding UMNO dengan MCA, MIC dan Gerakan. Isu PKFZ yang dihadapi MCA masih gagal ditangani oleh BN. Pengundi Cina lebih gemar kepada PKR dan DAP berbanding Gerakan dan MCA.
  5. Peranan media perdana masih gagal mempengaruhi penduduk pinggir bandar seperti Permatang Pasir untuk terus menyokong BN

Dalam keputusan penuh, UMNO dan BN tewas pada semua peti undi. Keadaan ini sungguh menakjubkan setelah UMNO memperolehi suntikan semangat dari Manek Urai baru-baru ini sehingga PAS hanya menang tipis dengan 65 undi majoriti di kubu sendiri.

Satu analisa yang dilakukan di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN. Dikawasan bukan Melayu, seperti Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi. Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Dalam analisa yang dilakukan, PR kekal menguasai sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru, Pakatan Rakyat  dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat. Manakala kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi majoriti Melayu.

Jelas di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN “berjaya merapatkan jurang”, golongan pengundi muda tetap bersama PR.  Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

Kemana Politik Kedah dan Terengganu selepas ini?

Dalam masa pertarungan sengit UMNO dan PAS untuk merebut kerusi Permatang Pasir, tiba-tiba muncul dua berita yang menggemparkan dalam politik Kedah dan Terengganu selain krisis politik Selangor yang terus panas antara komponen-komponen Pakatan Rakyat.

Dua hari menjelang pengundian DUN Permatang Pasir,  Adun Lunas (PKR), yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat & Tenaga Manusia), Mohd Radzi Salleh  mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi Adun Bebas. 

Tetapi keadaan masih terkawal kerana Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim ( PKR), Lim Soo Nee.

Keadaan belum reda kerana sebelum itu, kemungkinan akan berlaku satu lagi pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh dalam masa terdekat berikutan tindakan Datuk Abu Hassan Sarif wakil rakyat DUN tersebut dari Umno-BN  tidak hadir sidang dua kali, pada pada 19 April dan 9 Ogos lalu, tanpa sebarang kebenaran Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail.

Mengikut Perkara 51 Undang-undang tubuh Kerajaan negeri Kedah,kerusi mana-mana ADUN dikira kosong jika tidak hadir persidangannya dua kali berturut turut tanpa kebenaran Speaker. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan  menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya dalam jangka masa terdekat.

Jika SPR memutuskan kerusi itu kosong, ini bermakna negara bakal menghadapi pilihanraya kecil yang ke 8 selepas Pilihanraya Umum ke-12 tahun lalu dan yang ke dua bagi negeri Kedah selepas Bukit Selambau.

Pada saya adalah wajar UMNO membiarkan SPR mengadakan pilihanraya di DUN Kota Seputeh ini kerana inilah peluang untuk UMNO dan BN membuktikan partinya masih berpengaruh di Semenanjong Malaysia disamping mengurangkan jurang kekalahan dengan Pakatan Rakyat. 

Pada pilihan raya umum lalu, Abu Hasan yang mewakili Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon PAS, Ismail Wan Teh dengan majoriti 1,573 undi.

Manakala di Terengganu lain pula ceritanya. Sebuah akhbar dalam talian melaporkan Lebih 10 ADUN UMNO/BN dikatakan berura-ura untuk melompat kepada PKR bagi membentuk kerajaan yang baru. Walaugaimanapun ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi ADUN bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.

Sementara itu, Ustaz Harun Taib, Pesuruhjaya PAS Terengganu  yang juga ADUN Manir, berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai sembilan ADUN Umno akan menyertai PKR bagi membolehkan mereka bergabung dengan lapan ADUN PAS untuk membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Artikel ini diterbitkan untuk akhbar Siasah edisi cetak

Filed under: Siasah, , , , , , , , , ,

Takziah! Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah

Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura. 

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.
Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.
Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Filed under: News, ,

Takziah! Chua Soi Lek dipecat, konflik MCA semakin kritikal

Chua Soi Lek dipecat, konflik MCA semakin kritikal
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: MCA, parti komponen Barisan Nasional yang sedang menyaksikan pergeseran dalam kalangan pemimpin tertingginya dikejutkan lagi dengan pemecatan timbalan presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek malam ini.
 
Majlis Presiden MCA lewat malam ini memecat timbalan presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhubung skandal seks yang dihadapi bekas menteri itu awal tahun lalu.

Pemecatan itu diputuskan majlis presiden hasil mesyuarat membincangkan tindakan yang disyorkan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata rakaman skandal seks Chua yang tersebar dan menjejaskan imej parti menjadi sebab pemecatan Chua yang juga pesaing kepada Ong.

Rakaman hubungan seks Chua itu mula tersebar pada 2007 dan beliau kemudian mengakui secara terbuka sebagai lelaki dalam rakaman video itu. Ong dalam sidang media di pejabat MCA mengatakan keputusan itu yang berkait dengan disiplin adalah muktamad.

Filed under: News, , , ,

Mungkinkah ADUN BN Terengganu Masuk PAS?

ADUN BN Terengganu Masuk PAS; “Kalau Ada Permohonan saya Timbanglah….”kata Ustaz Harun Taib 
  
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan PAS tidak mahu menerima mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari ADUN BN yang mahu menyertai PAS.

”Manalah tahu dia (ADUN UMNO) tak masuk (PAS) lagi, kalau ada surat permohonan saya timbanglah,

”kalau semua buat permohonan nak masuk PAS kita timbanglah, sekarang ni tak ada permohonan, jadi (kalau) berbincang, saja aja lah (sia-sia),”jelasnya ketika ditanya pihak media, adakah PAS boleh menerima sekiranya ada ADUN Barisan Nasional (BN) yang mahu menyertai PAS.

Menurutnya sehingga kini tidak ada sebarang pertemuan yang berlaku diantara pemimpin PAS Terengganu dengan mana-mana ADUN BN atau pemimpin UMNO Terengganu.

Beliau menegaskan, tidak tahu menahu tentang berita yang disiarkan oleh sebuah laman media Internet, yang menuduh beliau menjadi penghalang kepada penubuhan kerajaan baru Terengganu.

Katanya, beliau ada berjumpa dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam majlis ceramah yang berlangsung di Kertih, Kemaman dua minggu lalu, namun tidak ada sebarang perbincangan berkaitan perkara yang disebut-sebut itu.

”Saya tidak tahu menahu dalam bab ini, maklumat itu tidak sampai kepada saya dan apa yang disebut-sebut itu tidak ada dalam maklumat saya,

”saya ada berjumpa (dengan Anwar) tapi tak bercakap pasal itu, ada berjumpa sekali tempat ceramah di Kemaman, jumpa dia (Anwar) tapi tak bercakap bab ini,”ujarnya kerika ditemui wartawan, selepas Sidang DUN Terengganu, di Wisma Darul Iman semalam

Beliau yang juga ADUN Manir menafikan, ada perjumpaan yang berlaku diantara ADUN PAS dan ADUN BN sebagaimana yang ditulis dalam artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider.

Beliau tidak pasti samada terdapat ADUN BN yang mahu menyertai Pakatan Rakyat, namun katanya beliau pernah menyarankan agar ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid supaya menyertai PKR.

”Tak tahu ada…. kemungkinan ke yang itu nak masuk… nak lompat…. tak (tahu)… saya dulu, dalam Sinar harian saya pernah menyebut,

”maknanya, ada seorang wakil rakyat, wakil Ajil tu, kalau dia sudah tidak dominan dalam UMNO, dia boleh menyeberang ke PKR,”jelasnya

Filed under: News, , , , , , ,

Benarkah Kerajaaan Terengganu tumbang?

ADUN Umno nafi ingin sertai PKR

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi ADUN bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.

Beliau berkata laporan The Malaysian Insider itu semata-mata untuk menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR.

Ketika ditemui pemberita pada persidangan dewan DUN Terengganu hari ini, Rosol berkata beliau bersama ADUN Umno yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu walaupun beliau mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.

“Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita (Umno).

“Apa yang pasti, kita masih lagi wakil rakyat BN…itu tiada kompromi. Apa yang berlaku sebenarnya bagi memastikan kerajaan kita kuat dan kita yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib (Tun Razak),” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan sembilan ADUN Umno diketuai Rosol dikatakan bersetuju menyertai PKR dan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Namun, menurut laporan portal itu, hasrat berkenaan terganggu apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Harun Taib, yang juga Ketua Dewan Ulama PAS, tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Ditanya mengenai tiada penglibatan wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab dan perbahasan pada dua hari persidangan dewan itu berlangsung, Rosol mengakui perkara itu kerana masih ada masalah dalaman di kalangan wakil rakyat parti itu dengan menteri besar yang belum selesai.

“Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan (pendirian kerajaan negeri dalam dewan) sedangkan kita pun tiada maklumat,” katanya.

Tanpa mahu menjelaskan masalah dalaman yang berlaku, beliau berkata perkara itu sudah dibangkitkan semasa pertemuan dengan Najib pada 23 Ogos lepas.

Beliau berkata presiden Umno juga memberi jaminan bahawa kemelut politik yang berlaku di Terengganu akan diselesaikan segera.

Sementara itu, Harun yang juga ADUN Manir, berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai sembilan ADUN Umno akan menyertai PKR bagi membolehkan mereka bergabung dengan lapan ADUN PAS untuk membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Katanya, beliau ada berjumpa dengan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan ceramah di Kemaman baru-baru ini, namun mereka tidak membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baru itu.

“Apa yang disebut-sebutkan itu, tiada dalam maklumat saya,” katanya.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi, dengan 24 dikuasai Umno dan lapan oleh PAS. – BERNAMA

Filed under: News, , , , , ,

Permatang Pasir: PR menang di semua saluran

Oleh Lim Hong Siang

Pakatan Rakyat berjaya menyapu bersih semua saluran pengundian di DUN Permatang Pasir semalam, sementara menjauhkan jurang antara PR dengan BN dengan rekod 6-1, dalam pilihan raya kecil sejak Malaysia dilanda tsunami politik pada 8 Mac 2008.

UMNO-BN yang tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, 31 Mei 2009, walau bagaimanapun mengekalkan rekod kekalahan 6 kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia selepas PRU ke-12, dalam pertembungannya dengan Pakatan Rakyat.

Kemenangan mutlak PAS-PR

PAS dari PR semalam bernafas lega, apabila menundukkan calon UMNO-BN dengan kemenangan mutlak di kesemua saluran pengundian.  Menurut keputusan terperinci yang terpapar, BN hampir menembusi saluran pengundian kedua di Permatang Ara (97% pengundi Melayu) dengan 287 undi, bagaimanapun tidak kesampaian apabila PAS-PR memperolehi satu undi lebih daripadanya.

Begitu juga apabila UMNO-BN dihampakan dengan 10 undi sahaja, di saluran pengundian kedua di Kampung Pelet, kawasan yang terdiri daripada 72% pengundi Melayu.  PAS-PR memperolehi 185 undi, berbanding UMNO-BN dengan 175 undi.

Antara sembilan daerah mengundi, PAS-PR menang dengan margin majoriti yang paling selesa di Cross Street, dengan menyapu 75% undi.  Cross Street terdiri daripada lebih 80% pengundi bukan Melayu.  Sebaliknya, di daerah mengundi yang terdiri daripada 93% pengundi Melayu, Kubang Semang, menyaksikan PAS-PR merangkul 74% jumlah undi.

Di daerah mengundi seperti Sama Gagah, Permatang Pauh dan Permatang Tengah, PAS-PR berjaya mencatat nisbah jumlah undi 7:3, berbanding UMNO-BN.

UMNO-BN hanya mampu merapatkan jurang di daerah mengundi seperti Permatang Ara (43% undi), Kampung Pelet (42% undi) dan Bukit Indera Muda (40% undi).  Dari struktur kaum pengundi, kawasan tersebut adalah kawasan Melayu majoriti, dengan Permatang Ara 97% pengundi Melayu, Kg.Pelet 72% pengundi Melayu dan Bukit Indera Muda 96% pengundi Melayu.

Pengundi muda tetap memihak PR

Walau bagaimanapun, PR kekal dengan kelebihannya di saluran pengundian ketiga dan keempat, memperlihatkan sokongan pengundi muda terhadap pakatan politik baru ini.  Walaupun di kawasan yang majoritinya pengundi Melayu, misalnya di ketiga-tiga daerah pengundian di mana UMNO-BN “berjaya merapatkan jurang”, golongan pengundi muda tetap bersama PR.  Di Permatang Ara misalnya, UMNO-BN kalah dengan satu undi di saluran pengundian kedua, tetapi kalah dengan 152 undi majoriti (PAS 349: BN 197) di saluran ketiga.

Di daerah mengundi Permatang Tengah misalnya, dengan majoriti 89% pengundi Melayu, jumlah undi di saluran pengundian ketiga, keempat dan kelima menyaksikan bagaimana UMNO-BN tewas dengan 491 undi majoriti, apabila PAS-PR memperolehi 804 undi dan UMNO-BN mendapat 313 undi.

UMNO-BN dijangka tidak berubah

Jelas, kelebihan UMNO-BN hanya pada saluran pengundian pertama dan kedua, iaitu golongan pengundi yang umurnya lebih lanjut, di kawasan pengundi Melayu majoriti.  Peningkatan sokongan Melayu mungkin tidak jelas, khususnya di kubu politik Anwar Ibrahim.  Tetapi, mungkinkah keputusan ini cukup untuk memberangsangkan pemimpin UMNO?

Pengarah Strategi PKR, Tian Chua meramalkan bahawa UMNO-BN akan terus dengan propagandanya seperti “Anwar pengkhianat”, “DAP hina Islam” dan sebagainya, memandangkan peningkatan undi 1% pun mungkin memberi kepuasan kepada UMNO.

“Sememangnya kami (PR) juga bimbang akan kehilangan undi Melayu, tetapi selagi kami mengambil pendekatan yang sederhana, mengekalkan sokongan dari struktur pengundi yang sedia ada, maka UMNO-BN akan musnah dengan sendirinya,” jelas Tian Chua kepada MerdekaReview.

Kelas pekerja bersama PR

Ahli Parlimen Batu ini mengingatkan bahawa golongan yang tidak mengundi semalam adalah dari kelas pekerja, yang tidak mempunyai cuti, malah mungkin keberatan untuk balik mengundi kerana tambang kenderaan yang mahal.

Beliau yakin bahawa penurunan peratus pengundian sebanyak 10%, dikenalpasti sebagai pengundi pekerja yang akan mengundi untuk PR.  Maka, kemenangan PAS-PR semalam mengukuhkan keyakinan PR bahawa strategi dan pendekatan yang sama wajar diteruskan, untuk berdepan dengan PRU ke-13.

Cuma, bagaimana pula dengan UMNO-BN?

Sumber : http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10295

Filed under: News, , , , , , , ,

Permatang Pasir : Laporan terperinci dalam format PDF

Posting laporan terperinci sebelum ini agak besar saiznya menyukarkan para pengunjung kalam perantau membaca. Saya upload dalam format PDF untuk manfaat bersama.

https://kalamperantau.files.wordpress.com/2009/08/keputusan-pilihanraya-kecil-n11.pdf

Filed under: News, , , , ,

Blog Stats

  • 237,098 hits

ePaper

RSS Portal Parti Islam SeMalaysia (PAS)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Blog Ayah Chik

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories