Kalam Perantau

Icon

Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Rancangan Jadikan Malaysia Sebagai Hub Hiburan Amat Dikesali

Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sangat dikesali.

Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Ketika isu gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain dibincangkan dengan hangat di media massa, tiba-tiba kerajaan menyongsang arus merancang pula untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan.

Kajian menunjukkan bahawa gejala sosial yang melanda negara kita pada hari ini antara punca utamanya adalah hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Nafsu manusia dirangsang melalui hiburan-hiburan seumpama ini yang akhirnya membawa kepada penzinaan dan seterusnya pembuangan anak apabila mengandung.

Dengan perancangan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk mengatasi gejala sosial yang berlaku. Kerajaan lebih mengutamakan keuntungan duit semata-mata berbanding dengan usaha untuk mengatasi gejala tersebut apabila menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM 427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.

Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.

Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun kerajaan telah menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, ceramah, kuliah dan lain-lain termasuk yang terbaru menubuhkan TV Al-Hijrah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, program-program tersebut hanya akan menjadi sia-sia apabila kerajaan terus menggalakkan hiburan yang berlebihan.

Sebagai seorang manusia, seseorang akan lebih cenderung kepada hiburan berbanding dengan program keagamaan kerana sifat tabiat semulajadi manusia yang diciptakan adalah sedemikian.

Rancangan kerajaan ini menampakkan lagi bahawa kerajaan tidak ada keinginan politik untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan membongkarkan lagi pembohongan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam untuk mengaburi mata orang Islam tetapi hakikatnya negara ini adalah sebuah negara sekular.

Justeru, Ulamak Pelapis PAS menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan ini yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Jika kerajaan ikhlas untuk mengatasi masalah gejala sosial dan membangunkan negara mengikut acuan sendiri, tidak acuan barat, seharusnya kerajaan membatalkan cadangan ini dan seterusnya mengurangkan tempat-tempat hiburan yang ada. Kerajaan seharusnya berusaha untuk membentuk suasana Islam dan bukannya menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat.

Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur

Filed under: News, , , , , , , , ,

Bajet 2011 : RM 6 billion untuk 6 juta rakyat KL, bagaimana yang lain?

Oleh Nazri Abdullah    

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa Bajet 2011 yang dibentang Perdana Menteri tidak seimbang.

Berucap membahaskan bajet di Dewan Rakyat beliau berkata, bajet tersebut hanya memfokuskan pembangunan di Lembah Klang dan mengenepikan pembangunan di negeri-negeri lain.

Beliau memberi contoh peruntukan pembangunan sebanyak RM6 bilion kepada Kuala Lumpur ekoran jangkaan peningkatan 6 juta penduduk menjelang 2015.

Sedangkan, katanya jumlah itu adalah bersamaan peruntukan pembangunan untuk 40 tahun negeri-negeri lain.

“Rakyat semua negeri bayar cukai, sepatutnya tumpuan sama diberikan.

“Saya kira kerajaan perlu mencari formula baru dalam pemberian peruntukan ini,” katanya yang memberi contoh Kanada yang menggunakan formula berasaskan sumber yang terdapat di negeri.

Ketidakseimbangan ini juga jelasnya akan terus meletakkan negeri-negeri yang rakyatnya miskin, terus miskin biarpun mempunyai sumber dalam negeri.

“Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak terus terabai. Empat buah negeri ini rakyatnya paling ramai miskin, sedangkan negeri-negeri ini mempunyai sumber petroleum.

“Some thing has gone wrong some where (sesuatu yang buruk berlaku di mana-mana),” katanya.

Negara pada tahun 2009, katanya memperolehi pendapatan sebanyak 42% daripada sumber petroleum dari keempat-empat buah negeri tersebut.

Maka ujarnya, sangat wajar jika hak bayaran royalti khususnya terhadap Kelantan dan Terengganu diberikan.

“Saya masih ingat janji Perdana Menteri pada PRK Kuala Terengganu dua tahun lepas nak bagi semula bayaran royalti Terengganu, tapi sampai sekarang tak bagi.

“Sekarang berlaku krisis keyakinan, orang tak percaya kerajaan, PM pun boleh menipu,” katanya.

Filed under: News, , , , , , , ,

BATU SAPI : EX-USNO IKRAR SOKONG PEMBANGKANG

Oleh: DATU BADARUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

Assalamualaikum wbkth,

SELARAS dengan prinsip Perjuangan USNO, “Berjuang Tetap Berjuang“, kami tidak pernah lari dari perjuangan ini, untuk membela nasib Bangsa, Agama dan Negara khasnya berpaksikan matlamat untuk melindungi kepentingan ahli-ahli USNO, Generasinya, serta Rakyat Sabah keseluruhannya.

Sejarah telah membuktikan bahawa USNO, Parti Kermerdekaan Sabah Pimpinan Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha telah berjaya membebaskan kita dari belenggu penjajahan sejak 50 tahun dahulu. USNO adalah peneraju Kemerdekaan yang mewakili rakyat Sabah dalam perundingan kemerdekaan kita, serta mengariskan syarat penyertaan kita untuk bersama menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Pra-syarat Perjanjian Perkara 20 Atau 20 Point yang digariskan oleh USNO Pimpinan Tun Datu Haji Mustapha telah dikemukakan kepada British dan IGC bagi melindungi Hak dan Kepentingan Rakyat Sabah dalam Persekutuan Malaysia hendaklah dimasukan sebagai sebahagian Dari Perjanjian Malaysia.

Parti Kemerdekaan ini telah berbuat demikian semata-mata kerana ingin melindungi masa depan Rakyat Sabah di dalam persekutuan Malaysia, USNO bukanlah Parti yang ditubuhkan semata-mata untuk kepentingan Kuasa, Harta Dan Perkauman, tetapi tertubuhnya USNO pada 23 Desember 1961 adalah untuk melindungi Kepentingan Rakyat Sabah dan Kepentingan Bumiputera Sabah dan yang lebih penting Kestabilan Politik Negara Malaysia.

Pembubaran USNO secara teknikal ini tidak semesti menjadikan alasan bahawa rakyat Bumiputera Sabah , mantan ahli USNO , Generasi Muda Sabah, Anak-anak tidak boleh mendaftarkan USNO semula sebagai NGO atau Parti Politik yang mewakili mereka demi masa depan generasi muda Sabah. Apa lagi jika Penubuhannya ditolak tanpa sebab dan alasan Oleh Pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

USNO adalah Lambang Pembebasan Rakyat Sabah dari belenggu Penjajahan Kapitalisme, Kolonialisme dan Neo-Kolonialisme yang seharusnya kekal menjadi pelindung kepentingan generasi muda anak-anak Sabah masa kini dan masa akan datang.

Kepentingan menghidupkan semula USNO samalah juga ertinya ‘Menjaga Kepentingan Kemerdekaan Sabah’ Di dalam Persekutuan Malaysia kerana kami yakin USNO akan bertindak sebagai pelindung kepentingan Rakyat Sabah dan bukan sebagai Parti Politik yang hanya berpesta di setiap pilihanraya dan selepas itu berkuasa dan berpoya-poya.

Kami telah berusaha untuk menubuhkan Kelab USNO Sabah secara serius dan teratur dalam bentuk NGO, Kami telah melantik Penal Guaman untuk meneliti Pendaftaran NGO USNO. Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Undang-Undang tubuh Persatuan, Kami telah menemui Perdana Menteri Malaysia. Kami telah menemui Ketua Menteri Sabah bagi menerangkan hasrat dan tujuan NGO USNO tanpa mengganggu kepentingan Politik UMNO di Negeri Sabah, bahkan memberikan sokongan terbuka kepada Kerajaan Barisan Nasional BN bagi mengelakan syak wasangka, sekian lama usaha telah dibuat secara diplomasi, perundingan di peringkat atasan sehingga ke Perdana Menteri Malaysia, Ibu Pejabat Pendaftar Pertubuhhan di Putrajaya dan juga perundingan dengan ketua eklusif Negeri bagi memberi laluan kepada NGO USNO diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan Pimpinan Barisan Nasional.

Usaha juga telah dilakukan oleh pihak Ex-USNO untuk turun padang pasa 2007/2008 bagi meninjau hasrat bekas ahli USNO yang ingin melihat USNO wujud semula dalam bentuk NGO, hasilnya kami telah menubuhkan wakil-wakil USNO di 25 Parlimen di Sabah, 60 wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dapat mengumpul antara 200- 3,000 ahli bagi membuktikan bahawa USNO terus raleven untuk menjaga kepentingan mereka di seluruh Sabah.

Namun semua usaha ini sia-sia setelah kami menerima penolakan pendaftarannya pada 26 Februari 2009 melalui satu surat dari Pendaftar Pertubuhan bertarikh 24 Jun 2008, Bil : PPM/SBH 1880 / 07 (1) yang ditanda tangani sendiri oleh Ketua Pengarah ROS Dato Haji Mohd. Alias Bin Kalil, tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Rayuan demi rayuan telah dipinta kepada kepada mereka yang bergelar Pelindung perjuangan Bangsa, Agama dan Negara, namun semuanya tidak berhasil; seolah-olah kebebasan untuk berpersatuan telah mati, sistem Demokrasi telah mati. Manakala Parti Kemerdeaan Rakyat Sabah sengaja dimatikan oleh pihak berkuasa kerana dihantui oleh Sindrom Takut Dengan Nama Usno, Fobia dengan laungan USNO, Gentar dengan sokongan yang diterima oleh USNO dari akar umbi.

Jesteru itu kami dari Kelab USNO Sabah telah membuat ketetapan pada Mesyuarat AJK Penaja EX-USNO kali ke 12, pada 24 Oktober 2010, selaras dengan kehendak bekas ahli-ahli USNO untuk ‘Mentranfomasikan Usno Ke arah Pembangkang’; maka hari ini kami ingin ucapkan “Sayonara” kepada Barisan Nasional.

Kami bersiap sedia mengadakan kerjasama dengan PAKATAN RAKYAT di peringkat Persekutuan sementara di peringkat Negeri kami juga telah membuat keputusan untuk mengadakan ‘Joint-Force’ dengan parti-parti Tempatan dari Sabah seperti SAPP dan beberapa parti di Negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya umum PRU-13; di samping itu kami akan memberikan kerjasama kepada wakil Pakatan Peringkat Negeri Sabah.

Kepada Kumpulan yang berhasrat menghidupkan USNO dalam bentuk Parti Politik, kami menyarankan supaya melupakan hasrat itu sementara waktu, kerana kami melihat hasrat dan tujuan murni tuan-tuan akan sia sia sehaja seperti mana yang kami lalui bertahun-tahun berhadapan dengan pihak yang mempunyai ‘Sindrom Takut, Gentar Dan Fobia Terhadap Nama Usno.’

Marilah kita semua Rakyat Sabah, mantan USNO, Parti USNO 2006 & 2008, Generasi muda USNO, Pemuda Pemudi Sabah, Bangunlah. Ubahlah haluan Ke arah TRANFOMASI bersama USNO yang lebih aggresif menghadapi Pilihanraya PRU13 akan datang bersama Pasukan Pembangkang.

Bagi maksud Pilihanraya kecil Batu Sapi Sabah, yang akan diadakan 4 November 2010, Ex-USNO Sabah menyeruh supaya semua ahlinya, semua Bekas USNO yang berada dalam UMNO di kawasan berkenaan supaya mengubah haluan memberikan undi dan sokongan kepada Calon Parti Pembangkang demi nama Usno ke arah Tranformasi Politik Usno.

Berjuang Tetap Berjuang!

(NOTA: Datu Badaruddin Bin Tun Datu Haji Mustapha ialah Presiden Penaja NGO EX-USNO Sabah)

Filed under: News, , , , , , , ,

Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

Oleh Dzulkarnain Taib 

WawiBatuSapi2SANDAKAN 27 Okt – Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Semalam saya lewat, orang Sabah bilang ‘limpas’ pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

“Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela,” kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

“Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

“Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

“Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan,” jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

“Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

“Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi ‘slum area’ atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

“Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan,” kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai ‘penganggu’ Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

“Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , ,

Batu Sapi : Wan Azizah, Ansari Temui Rakyat

Oleh Dzulkarnain Taib    

IMG_3510SANDAKAN 27 Okt – Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah tidak membuang masa untuk terus menemui rakyat bagi berkempen dan mendekati masalah yang mereka hadapi sejurus selepas selesai penamaan calon pada sebelah pagi semalam.

Bersama-sama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ansari berpeluang beramah mesra dengan rakyat di kawasan Jalan Leila dan Bandar Nam Tung yang menyambut mereka dengan baik sekali.

Turut serta dalam kempen melawat rakyat termasuk Exco Selangor, Elizabeth Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang, Gan Pei Nei, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Sahamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

Kebanyakan penduduk yang ditemui menunjukkan respons yang positif kepada kempen agar mereka memilih Ansari bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat pada PRK Batu Sapi 4 November depan.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi yang bakal di adakan 4 November depan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ansari, calon Barisan Nasional Datin Tsen Thau Lin dan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dari Parti Maju Sabah.

PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Batu Sapi, Datuk Edmund Chong dalam satu kematian jalan raya di Tanjung Aru 8 Oktober lalu.

Pagi ini Ansari bersama Dr Wan Azizah sekali lagi bertemu rakyat di beberapa kawasan sekitar Batu Sapi termasuk program sarapan pagi, lawatan ke Pasar Tanah Merah dan Pasar MPS, melawat Pulau Timbang dan merasmikan Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Bandar Ramai-Ramai pada pukul 5.00 petang nanti.

Ceramah kelompok di Kampung Bahagia akan juga diadakan pada pukul 8.00 nanti bersama pimpinan Pakatan Rakyat

Filed under: News, , , , , , , ,

Calon PAS syor tubuh Urusetia Orang Asal

Oleh : Mohd Nor Yahya   

GUA MUSANG, 27 Okt: Keprihatinan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad terhadap nasib masyarakat Orang Asal jelas terbukti apabila beliau berhasrat untuk mencadangkan penubuhan sebuah urusetia yang khusus bagi menjaga kebajikan masyarakat berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Markas Besar PAS di Bandar Lama Gua Musang, pagi ini.
Pada masa ini, kerajaan negeri telahpun mempunyai tiga urusetia iaitu Urusetia Penerangan Negeri, Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO serta Urusetia Pembangunan Wanita, Kesihatan dan Keluarga.

Tambahnya, tujuan utama penubuhan urusetia tersebut adalah untuk memastikan pelbagai hal ehwal yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asal akan diuruskan secara cepat dan cekap.

“Dengan adanya urusetia seperti ini, ia boleh membantu secara langsung kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli milik Persekutuan dalam meneruskan pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli ini,” ujar beliau.

Filed under: News, , , , , ,

Batu Sapi : Abdul Hadi Kecam Umno-BN Punggah Khazanah Sabah, Sarawak Tanpa Selesaikan Masalah Rakyat

Oleh Dzulkarnain Taib    

SANDAKAN 25 Okt – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Umno-Barisan Nasional yang berpusat di Semenanjung tidak berhak memunggah harta kekayaan dan hasil mahsul negeri Sabah dan Sarawak selagi masalah asas yang membelenggu rakyat kedua-dua negeri tersebut tidak diselesaikan terlebih dahulu.

Ini termasuk hal berkaitan dengan keperluan asasi rakyat Sabah dan Sarawak sepertu bekalan air bersih dan elektrik, perumahan yang selesa, kemudahan pendidikan dan kesihatan disamping isu yang lebih besar termasuk royalti minyak, hasil balak dan gas serta perampasan tanah adat.

“Tidak boleh punggah harta Sabah atau Sarawak selagi tidak selesai isu kemisikinan, isu infrastruktur dan sebagainya. Selesaikan dulu hak rakyat ini baru duduk berbincang hendak bagi 20 peratus royalti minyak dan sebagainya. Inilah konsep federalisme dari perspektif Islam dan jika Pakatan Rakyat diamanahkan rakyat untuk memegang tampuk pemerintahan, PAS akan pastikan rakan dalam KEADILAN dan DAP menerima konsep ini yang berpaksikan kepada konsep keadilan. Saya yakin kita telah sama-sama berjanji untuk menegakkan keadilan bersama.

“Macam mana kerajaan Umno-BN mahu menggunakan wang rakyat untuk membina menara 100 tingkat apabila di Sabah ada rumah yang senget, yang bina rumah dalam  sungai pun ada. Tidak ada Persekutuan Malaysia jika tidak ada Sabah, tidak ada Persekutuan Malaysia jika tidak ada Sarawak. Dikumpulkan semua termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak baru ada apa yang kita panggil Persekutuan Malaysia,” tegas Abdul Hadi ketika berucap di penutup Perhimpunan Isu Tanah anjuran Pakatan Rakyat Sabah dan majlis pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi di Dewan Hakka di sini petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata walaupun PRK kecil pada nama tetapi kesannya amat besar kepada seluruh negara dalam penantian rakyat menghadapi Pilihan Rakyat Umum ke 13 tidak lama lagi.

PRK dan PRU jelas beliau memberi peluang kepada rakyat untuk menjadi hakim bagi menentukan siapa yang memimpin mereka.

“Kita sendiri lihat dan rasa bagaimana setelah 50 tahun merdeka, rakyat sepatutnya menjadi bijak dan jangan dicucuk hidung mereka serta berani melaksanakan hak mereka dalam pilihan raya.

“Dari satu segi Sabah dan Kelantan tidak banyak berbeza kerajaan kedua-dua negeri dalm sejarah politik negeri masing-masing telah memilih kerajaan negeri yang berlainan dalam tempoh 50 tahun. Inilah pendirian yang betul dan tepat. Walaupun PAS sebuah parti Islam, ia mampu bekerjasama dengan bukan Islam kerana Islam mengajar kita bersaudara sesama Islam dan juga manusia terutamanya golongan yang dizalimi dan dianiayai.

“Kerajaan adalah penjaga amanah bukan guna ruang untuk rampas tanah atau harta negeri. Dalam isu tanah siapa yang terokai tanah yang bukan milik sesiapa untuk urusan kehidupan seperti pertanian atau perumahan hendaklah dipertimbangkan untuk diberi hak ke atas tanah yang diteroka. Kerajaan boleh ambil tanah untuk tujuan tertentu seperti membuat jalan dan kemudahan awam tetapi hendaklah diberi pampasan yang secukup dan adil. Kalau dirampas begitu sahaja tanpa apa-apa diberikan ganti yang setimpal ini perbuatan yang zalim,” tegas bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Mengimbas ketika Terengganu di bawah pemerintahan PAS di antara tahun 1999 hingga 2004, Abdul Hadi berkata kerajaan negeri telah memberi lebih 60,000 geran hak milik tanah kepada rakyat.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Galas : Proses pencalonan ditutup, PAS vs BN

GUA MUSANG 26 Okt. – Tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang di sini ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Wan Mustapha Wan Abdul Hamid dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 49, dan Dr. Zulkefli Mohamad, 44, daripada Pas.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Wan Mustapha mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi. – Bernama

Filed under: News, , , , , , , , ,

Batu Sapi: It’s a three-way contest

Its nomination day for the Batu Sapi parliamentary by-election which will be held on Nov 4. Nominations are open from 9am to 10am. Objections will close at 11am.

10.00am: Election Commission officials display copies of nomination forms filed by Barisan, SAPP and Pakatan candidates.

9.25am: Wan azizah and other Pakatan leaders walk over to the Barisan tent and greet Barisan leaders.

9.10am: Ansari files his nomination papers. PKR chief Datik Seri Dr Wan Azizah and other Pakatan Rakyat leaders are seated outside.

9.00am: Returning officer announces start of nomination period. Pakatan candidate Ansari Abdullah arrives outside nomination centre.

9.00am: Nomination is open and Datin Linda Tsen arrived with Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabah Chief Minister Musa Aman and other Barisan component party leaders. They are seated under a tent outside the nomination center.

9.00am: SAPP candidate Yong Teck Lee arrives at nomination centre with several hundred party flag carrying supporters.

8.10am: Barisan candidate Datin Linda Tsen Thau Lin arrives early at the town field with other Barisan top guns as they prepare to march towards the nomination centre.

Only a small number of PKR supporters are gathered while SAPP leaders said they are not gathering in any significant numbers. At the nomination centre, pockets of crowd waited for the arrival of the candidates with Barisan supporters marching in at 8.30am.

8.00am: By 6am the sun was up over Batu Sapi parliament constituency in the east coast of Sabah. The nomination centre at the Sandakan community hall opens its doors from 9am.

Supporters of Barisan Nasional, Pakatan Rakyat and Sabah Progresive Party began arriving from sunrise.

Security is tight around the nomination centre with a helicopter hovering over as Barisan supporters with flags and banners gathered at the town field around 300m away with small groups of SAPP and PKR supporters gathered on both sides of the main road some 50m away.

CONSTITUENCY PROFILE:

The constituency has 13,835 male (54.08%) and 11,747 female (45.92%) voters.

The seat’s ethnic composition is Muslim bumiputra (59.02% or 15,099) – Suluk, Bajau, Bugis, Orang Sungei and others, Chinese (38.06% or 9,737) – Hakka, Cantonese and Hokkien, non-Muslim bumiputra (2.69% or 689) – Kadazandusun and Murut and Indian (0.22% or 57).

The candidates who have declared their intentions and filed their nominations are Barisan’s Parti Bersatu Sabah Wanita vice-head Datin Linda Tsen Thau Lin, 54, opposition SAPP Datuk Yong Teck Lee, 51, and Parti Keadilan supreme council member Ansari Abdullah.

All in all, 26 nomination forms were taken from the Election Commission since the Nov 4 by-election was declared following the death of Tsen’s husband Datuk Chong Ket Wah in a Oct 9 road accident.

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Galas: Dr Zulkefli tetap calon PAS

Oleh : Salhan K Ahmad
 
PAS akan tetap meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Galas, kata menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau turut menyatakan kehairanannya apabila ditanya sama ada PAS akan menukar calonnya itu.

“Tukar buat apa kita dah isytihar dah calon kita.

“Tak ada sebab orang tak undi PAS,” katanya kepada media selepas melancarkan Karnival Pertanian Kelantan di Gua Musang hari ini.

Kata-kata mursyidul am PAS itu sekali gus memadamkan khabar angin yang timbul hari ini bahawa parti itu akan meletakkan calon lain bagi menggantikan Dr Zulkefli.

Difahamkan, cakap-cakap itu timbul berikutan serangan yang dilancarkan Umno sejak Jumaat lalu, selepas PAS mengumumkan calon mereka bagi pilihan raya itu.

Sementara itu, ketua penerangan PAS Idris Ahmad juga berkata ura-ura itu tidak wujud.

“Tak adalah cerita macam itu,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jumaat lalu, selepas diumumkan sebagai calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno – Umno Online – yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan ‘isterinya’ sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

“Fitnah semata-mata, – boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia,” katanya.

Filed under: News, , , , , , , ,

Blog Stats

  • 237,098 hits

ePaper

RSS Portal Parti Islam SeMalaysia (PAS)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Blog Ayah Chik

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories