Kalam Perantau

Icon

Kepimpinan adalah Amanah

Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).
 
Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.
 
Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara’ , berpandukan petunjuk Al – Quran dan As – Sunnah.
 
Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). 

عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: ” يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة
خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
 
Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.”
(Riwayat Muslim) 

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus. Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain .
 
Apatah lagi dalam keadaan permukaan anak tangga yang licin dan mudah tergelincir. Kesabaran dan kematangan dalam mengambil langkah dan memutuskan sikap adalah dua elemen penting yang dilihat mampu memperkasakan institusi kepimpinan ini.

 
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام
“إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
 
Maksudnya : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki dari sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang tamak utk memperolehinya .
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad) 

Janganlah kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan downline . Sebaliknya sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari’e.
 
Thiqah ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan komunikasi kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya menjelang muktamar yang ada pemilihan ) tetapi thiqah lahir dari kesungguhan berjuang dan keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di atas ketaqwaan yang tinggi dan Himmah yang berwibawa.
 
Memberi laluan kepada yang layak memimpin dalam keadaan kita adalah calon popular adalah jauh lebih bermaruah daripada kita terus menandingi jawatan kepimpinan tersebut. Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna kita tidak boleh menyumbang kepada Islam dan parti yang memperjuangkannya.
 
Demikian juga mengambil tanggungjawab sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah dari ahli dan jamaah adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin yang ada kesungguhan berjuang dan himmah yang berwibawa.
 
Muktamar parti adalah medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi , memperkasakan dalaman parti , membina kader dan memberi amanah kepada yang berhak dan layak . Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan percaturan politik peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh syara’ .
 
Perwakilan semestinya matang menilai dan memilih saf kepimpinan yang akan menerajui parti mengharungi badai perjuangan membelah episod cabaran baru dunia global hari ini.
 
Tidak didorong oleh sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari melalui skima pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui usrah dan kuliah haraki di pelbagai peringkat.
 
Calon kepimpinan pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai penampilan dan lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan sebenar. Justeru ia hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.

عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ” يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
 
Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin Samurah, daripada Nabi SAW sabdanya: “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah)
(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad) 

Semoga muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak dan Shah Alam Selangor [Dewan – Dewan] akan menjanjikan satu muktamar yang bukan sahaja meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan perkasa menggarap perjalanan parti .
 
Ustaz Nasrudin bin Hj Hassan merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Filed under: Recommended, , , ,

Pecahbelahkan Pakatan Rakyat dan Pemilihan PAS

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Kekuatan Pakatan Rakyat berbanding BN di Semenanjung hampir seimbang dalam PRU ke-12 pada 2008 lalu. BN memperolehi 51.4 peratus undi popular berbanding Pakatan Rakyat dan bebas memperolehi 49.6 peratus. Daripada 166 kerusi Parlimen di Semenanjung, Pakatan Rakyat mempunyai 79 kerusi berbanding 87 kerusi BN.

Sebelum ini ada ramalan mengatakan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan dalam jangkamasa terdekat. Saya tak pasti bila Perdana Menteri nak umumkan tarikh PRU ke13? Tetapi selepas keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, ternyata Datuk Seri Najib Razak tidak mungkin melakukannya dalam jangkamasa terdekat.   

Penurunan undi popular BN daripada 63 peratus pada PRN Sarawak tahun 2006 kepada 55 peratus tahun 2011, menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN semakin menjunam dan mencemaskan UMNO dan BN. Jika 45 peratus rakyat Sarawak mengundi Pakatan Rakyat, tidakkah mungkin peratusan yang hampir sama boleh dihasilkan di Sabah?

Pengundi Cina pada waktu ini (sejak 2008) tidak pernah balik kepada BN, malah ia semakin bertambah ke arah Pakatan Rakyat. Selain Cina, kaum Iban di Sarawak juga menolak BN.  Ini akan menyebabkan hampir separuh kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah yang dikuasai BN  akan berubah pada PRU ke-13 nanti. Pakatan Rakyat dijangka boleh memenangi 20 hingga 25 kerusi Parlimen di sabah dan Sarawak.

Sekarang ini UMNO dan BN sudah terdesak untuk terus mempertahankan kuasa di Putrajaya. Setelah gagal memujuk Cina untuk kembali kepada BN, UMNO mula memainkan strategi lama untuk memecahkan gabungan PKR-DAP-PAS. DAP dikatakan parti chauvanis Cina, PAS pula parti hilang prinsip dan jadi kuda tunggangan PKR dan DAP.

Kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin PAS ditafsirkan dan diolah sedemikian rupa bagi diadu-dombakan mengikut rentak UMNO dan BN. Terbaru media memanipulasi dan memutarbelitkan jawaban Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkaitan dengan video seks Trio 3T yang dikatakan membabitkan Ketua Pembangkang.

Tak cukup dengan kenyataan pemimpin UMNO, Nalakaruppan, Presiden Parti MUIP yang tak ada kena mengena dengan isu ini pun tumpang semangkuk. Selain itu, mereka juga menggalakkan perkembangan parti-parti serpihan pembangkang seperti KITA, pimpinan Zaid Ibrahim. 

Komen Aziz Bari dan Pemilihan PAS

Sejak beberapa minggu lepas, ramai yang bertanya apa sikap saya terhadap pemilihan PAS kali ini. Sebenarnya pada saya, ada baiknya PAS menumpukan perhatian untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja daripada terlalu memikirkan berhubung dengan pemilihan pada Muktamar parti itu ke-57 yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini..

Saya tidak bercadang untuk mengulas pemilihan PAS kali ini. Sebagai memenuhi pertanyaan di sini saya petik catatan Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai renungan ahli-ahli PAS. Beliau berkata, Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS). Justeru itu, ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang.

Menjawat atau menyandang status sebagai seorang pemimpin dipelbagai peringkat parti mestilah dengan segala keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf oleh syara’ , berpandukan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. Kepimpinan (Al-Qiadah) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif).

Maksudnya: Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya.” (Riwayat Muslim)

Berasaskan realiti ini , janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus.Perhatikan bilah bilah anak tangga dengan teliti dan cermat serta melangkahlah dengan tertib agar tidak termengah dan mencederakan diri sendiri mahupun orang lain.

Sungguhpun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS baru-baru ini memaklumkan semua jawatan dalam PAS termasuk Presiden terbuka untuk ditandingi. Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara ekslusif dengan Harakah tetap menegaskan beliau bersikap terbuka jika ada pemimpin lain yang ingin bertanding jawatan Presiden yang disandangnya sejak tahun 2002 kerana beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan tersebut selama-lamanya.

Tidak dapat dipastikan apa motif tersirat, seorang Professor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari mendakwa Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat? Saya diberitahu, tanpa ada membuat soal selidik atau kajian lapangan yang menjadi amalan ahli akdemik dalam membuktikan tesisnya, beliau meminta ahli-ahli PAS menggantikan Abdul Hadi dengan pemimpin yang lebih dinamik. 

Dalam hal ini, saya cukup bersetuju dengan cadangan Datuk Husam Musa seperti yang dilaporkan Harakahdaily, bahawa PAS perlu fokus dalam usaha menumbangkan BN bukannya menjatuhkan kepimpinan PAS sedia ada. Katanya, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

Malah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin menambah dua tokoh utama PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan aset penting umat Islam, malah untuk seluruh rakyat bukan sekadar kalangan orang PAS semata-mata. “Nilai mereka berdua dalam memandu seluruh rakyat keluar dari kerenah dan fitnah musuh terlalu besar dan tidak perlu dipertikaikan sesiapa,” kata beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Perak.

Berbalik kepada pemilihan kali ini, sama ada Presiden PAS dicabar atau tidak bukan persoalannya. Sejarah peralihan kuasa dalam PAS telah dilakukan dengan sistematik dibawah kepimpinan ulamak sejak lebih 25 tahun yang lepas berjalan dengan lancer dari Yusof Abdullah Ar-Rawa, kepada Datuk Haji Fadhil Mohd Nor dan seterusnya kepada Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Cuma bila Timbalan Presiden ditandingi sejak tahun 2003, ianya belum lagi sunyi dari pertandingan bagi jawatan tersebut. Sampai bila keadaan ini akan berterusan? Rasanya sudah tiba masayanya jawatan tersebut di’syura’kan semula seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS. 

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , ,

Analisis Keputusan Pasca PRN Sarawak

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Saya mengikuti Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ini sejak tahun 1980’an lagi. Selepas PRN Sarawak pada tahun 1987 dimana Kumpulan Maju pimpinan Tun Abdul Rahman Yaakob (PERMAS) dan Dato’ Leo Mogie (PBDS) hampir-hampir menumbangkan kerajaan BN3 pimpinan Taib Mahmud ekoran peristiwa Ming Court, pilihanraya kali ini begitu  mencabar bagi BN Sarawak.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen. Rakyat Sarawak sudah sebati dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (gambar – kanan) dan masih memerlukan beliau untuk meneruskan kesinambungan pembangunan. Pilihanraya Sarawak kali ini dikatakan petunjuk bagi  mengukur populariti Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Minggu lepas, saya telah membuat analisa awal berhubung dengan PRN Sarawak ke-10 pada 16hb April, lepas. Dengan hasrat tidak mahu menyusahkan Pakatan Rakyat dengan ulasan yang tidak memihak kepada mereka sebelum pengundian dijalankan, maka saya tinggal dahulu apa yang sepatutnya saya sebut dalam analisa awal tersebut. 

Keputusan PRN ke-10

Sungguhpun undi popular BN telah merosot kepada 55 peratus pada pilihanraya negeri ke-10 kali ini berbanding dengan 63 peratus pada pilihanraya negeri ke-9 tahun 2006 tetapi BN berjaya kembali memerintah dengan kelebihan majoriti 2/3 atau 55 dari 71 kerusi.

Bagi saya, Pakatan Rakyat tersilap strategi. Diantara perkara pokok yang sepatutnya saya tulis adalah kegagalan Pakatan Rakyat secara khususnya PKR untuk ‘berjiwa besar’ seperti komponen BN (PBB, SUPP, SPDP, PRS) bagi memastikan satu lawan satu diantara BN.  

PR Sarawak bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan part-parti lain yang ada di Sarawak. DAP dan PAS  telah akur untuk bertanding 15 dan 5 kerusi sahaja walaupun berkemampuan bertanding lebih dari itu. PKR dan SNAP gagal membahagikan 51 kerusi, akibatnya tiada kerjasama untuk hadapi BN.

PKR dan SNAP bertembung di 25 kerusi. Soal sama ada PKR atau SNAP yang lebih kuat, sudah tidak penting lagi sekarang. Hasilnya sudah dilihat, rakyat tolak kedua-duanya kerana gagal bersatu. PKR terpaksa berpuashati menang 3 kerusi (Batu Lintang, Ba’Klalan, Krian) sahaja daripada 49 yang ditandinginya. Hampir semua, 26 dari 27 calon SNAP bukan sahaja kalah malah hilang wang pertaruhan kecuali calon DUN Katibas, Toh Heng Sng.

Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar yang mana pengundi Cina menjadi majoriti di mana DAP berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). SUPP bukan sahaja tumpas teruk, malah presidennya sendiri, Tan Sri George Chan gagal mempertahankan kerusi Piasau, yang sudah sekian lama diwakilinya. Dan apa yang berlaku ini, sudah jelas DAP yang memperoleh kemenangan besar dengan memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

Perkara ke-2, tidak ada kerusi Melayu dan Bumiputera yang ditandingi oleh PBB berjaya dirampas oleh PKR, PAS atau DAP. Kesilapan Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim sendiri kerana terpengaruh dengan kajian-kajian persepsi yang ternyata mengundang padah bila mengisytiharkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri yang baru jika Pakatan Rakyat memerintah yang menyebabkan PBB berjaya memenangi semua kerusi Melayu dan Bumiputera yang ditandinginya.

PAS masih gagal mendapat kerusi sulung dari 5 kerusi yang ditandinginya di Sarawak. Bagi PAS, saya hanya optimis PAS memenangi DUN Beting Maro jika tidak ada perkara-perkara diluar dugaan berlaku pada hari mengundi. Apa yang saya jangka rupanya hampir menjadi kenyataan. PAS kalah dengan majoriti cuma 391 undi sahaja berbanding dengan 895 dalam pilihanraya negeri yang lepas.  Walaupun PAS berjaya meningkatkan undi di saluran lain tapi undi PAS merosot teruk di pusat mengundi SMK Beladin. Macamana UPU Beladin kawasan yang dah jadi macam “kubu PAS” masa PRU12 boleh terlepas kepada BN. Daripada menang masa PRU12 bertukar jadi kalah pulak masa PRN10.

Selain itu, pilihanraya kali ini menyaksikan seramai 71 calon telah hilang wang pertaruhan setelah mendapat kurang dari 12.5 peratus atau satu per lapan jumlah undi. Selain 26 calon SNAP itu, enam calon PKR, empat calon PCM serta 36 calon Bebas. Dominique, bekas ADUN PKR Padungan yang bertanding sebagai calun bebas kali ini juga hilang wang pertaruhan. Hanya calon DAP dan PAS tidak ada yang hilang wang pertaruhan.

Dari 41 calon bebas, hanya 5 sahaja tidak hilang wang pertaruhan. Malah seorang darinya George ak Lagong berjaya memenangi kerusi DUN Pelagus dengan majoriti 2,837 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional Stanley Nyitar @ Unja ak Malang daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan calon PKR, Edward Sumbang ak Asun.

Kerusi DUN Palagus ini dimenangi oleh calon bebas yang disokong oleh ADUN dahulu, Larry Sng (gambar – kiri), Timbalan Menteri yang dipecat oleh PRS dan tidak dicalonkan semula ekoran perbalahan Larry Sng dengan Dr James Masing (gambar – kiri) berebut kerusi Presiden PRS.

Bukan setakat Larry, bapanya dulu pun ADUN di situ. Keadaan ini sama seperti Gabriel Aidit yang memenangi DUN Ngemah dalam pilihanraya ke-9 2006 sebelum ini atas tiket bebas yang disokong oleh Dato’ Leo Mogie selepas PBDS dimasuhkan.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , , ,

Wahai Aziz Bari, bersabarlah…

Difahamkan PAS Sabah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang petugas selama 2 minggu di Sadong Jaya, 2 jam 1/2 dari Kuching. Rombongan 5 buah kereta telah berkonvoi dari Kota Belud, Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan malah Keningau melalui jalan darat menuju ke Kuching yang memakan masa perjalanan 3 hari 3 malam.

Sabah asalnya ditugaskan di DUN Senadin Miri, namun menjelang hari penamaan Senadin telah ditukar dengan PKR dan sebagai ganti PAS bertanding di Sadong Jaya. Berbeza dengan Senadin PAS Miri telah membuat persiapan sejak 2 tahun lalu, di Sadong Jaya hanya 2 minggu. 

Hakikatnya tiada satu pun 25 kerusi melayu/melanau dimenangi oleh Pakatan Rakyat mahunpun SNAP dan Bebas. Daripada 25 kerusi tersebut hanya Beting Maro sahaja memperolehi majoriti undi di bawah 1,000 iaitu 391 – moderator

TAJUK ASAL : Sapa beri kamek duit, itulah yang menang
 
Penulis rasa tindakan Dr Aziz Bari mengkritik pedas PAS ekoran kekalahan parti itu di semua 5 kerusi yang ditandingi mungkin didorong oleh rasa kecewa kerana teringin sangat nak tengok kelahiran anak sulong PAS di bumi kenyalang itu. Penulis yakin beliau amat sayangkan PAS. Cuma penulis agak terkilan sikit bila kritikan itu hingga terbawa-bawa kepada desakan agar Presiden PAS ditukar.

Rasanya Dr Aziz Bari pun tahu kawasan yang ditandingi oleh PAS di Sarawak terdiri dari majoriti pengundi Melayu. Sekurang-kurangnya 50% ke atas.

Dalam konteks pengundi Melayu Islam di Sarawak ini, sewajarnya difahami mereka terpecah kepada beberapa golongan. Antaranya;

  1. Ahli tegar PBB – golongan pengundi setia BN
  2. Ahli PBB yang kecewa – kumpulan yang tidak dapat dipastikan sikapnya.
  3. Ahli PAS – pengundi tetap Pakatan
  4. Atas pagar – kumpulan yang mencari kesempatan sepanjang pilihanraya.

Penulis ingin menceritakan serba-sedikit tentang sikap pengundi Melayu di DUN Sadong Jaya, di mana kontijen PAS Sabah bertugas di sana. Kami diamanahkan menjaga UPU Jemukan.

Penulis dimaklumkan oleh petugas Muslimat yang melakukan culaan di UPU Semera yang mempunyai pengundi Melayu paling ramai. Kira-kira 1,900 orang. Dalam pertemuan mereka dengan penduduk di UPU tersebut, rata-rata penduduk di situ hanya memberi respon “Siapa yang beri kami duit, itulah yang menang.”

Kata-kata sedemikian penulis kira memadai untuk memberi gambaran sebenar bagaimana sikap dan mentaliti pengundi Melayu. Di sudut makan, minum dan pakaian, mereka dah ada semua. Yang kurang hanyalah duit. Bila tiba musim pilihanraya, maka digunakan kesempatan untuk mendapat duit free walau 5 tahun sekali.

Ada sumber menyebut, setiap rumah ditabur antara RM500 – RM1,000 pada malam terakhir kempen. Khabarnya anggota SB telah ditempatkan lebih awal di setiap kampung Melayu bagi tujuan tersebut. Justeru agak sukar dikesan oleh para petugas PAS.

Selain pengaruh wang, faktor buta agama menyebabkan pengundi Melayu begitu mudah berubah pendirian hanya kerana RM500.

Menurut Bob Lokman yang turut membantu jentera kempen PAS di DUN Muara Tuang, golongan tua yang berkopiah boleh lari meninggalkan tempat ceramah ketika beliau menyebut nama Allah dan Islam. Tambahnya, orang muda yang kaki mabuk pulak yang terus setia mendengar ceramahnya.

Dr Aziz Bari mungkin terlupa dek rasa kecewa, bahawa perjuangan Islam merupakan satu perjalanan yang jauh dan panjang. Menagihkan pengorbanan besar, kesabaran dan istiqamah dari setiap para amilin dan penyokong. Pelbagai ujian samada dalam bentuk kepayahan, kesenangan, fitnah, mehnah dan tribulasi perlu dihadapi secara hikmah dan bijaksana bagi memastikan perjuangan yang mulia ini sentiasa berada di atas landasan yang benar dan diredhai Allah.

Dalam konteks menghadapi kerenah dan sikap pengundi Melayu ini, PAS sewajarnya memikirkan satu mekanisma terbaik dalam menangani masalah ‘kehausan’ sokongan pengundi Melayu Islam, lebih-lebih lagi yang masih jahil dan jauh daripada cahaya Islam.

Penulis yakin masa depan PAS di bumi kenyalang amat cerah sekali. Hanya memerlukan sedikit sentuhan tepat. Isyarat awal sudah muncul bila mana seramai 341 orang ahli PBB telah menyertai PAS di DUN Sadong Jaya serta penubuhan 8 Cawangan Penaja.

Insya’Allah, cahaya Islam akan terus mengalir subur di bumi kenyalang.

Takbir!

Sumber asal : monazmuslim.blogspot.com

Filed under: News, , , , , , , , , , , ,

Pemuda PAS pusat mahu Tok Guru Haji Hadi kekal presiden

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 12 April – Dewan Pemuda PAS pusat mahu memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal presiden parti Islam itu di sebalik desas-desus dan ada pencalonan agar beliau dicabar kali ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Azman Shapawi Abd Rani berkata, pimpinan Hadi selaku presiden parti Islam itu telah berjaya menarik sokongan golongan muda terhadap parti itu.

Malah, jelas beliau, selain orang Melayu, golongan muda daripada kalangan masyarakat Cina dan India turut memberikan sokongan terhadap PAS.

“Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS yang kini disifatkan berjaya menarik sokongan orang muda kepada parti.

“PAS kini semakin diminati ramai kerana hari ini orang muda telah memberi sokongan kepada PAS yang berada bersama dalam Pakatan Rakyat.

“Kita menjadi harapan besar kepada rakyat untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, hari ini anak-anak muda bersama dengan PAS, masyarakat Cina berjinak dengan PAS, orang India minat kepada PAS dan harapan besar kepada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Azman Shapawi, hanya kepimpinan Hadi yang boleh membawa PAS terus maju ke hadapan untuk bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Kepimpinan PAS yang diterajui oleh presiden parti yang sedia ada telah berjaya membawa PAS maju kehadapan.

“Sokongan rakyat terhadap PAS yang bersama dengan Pakatan Rakyat mampu membawa perubahan besar dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Laporan semalam menyebut PAS kawasan Bukit Bintang mencalonkan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan presiden. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung kawasan itu Jumaat lalu dan ia merupakan satu perkara yang mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun kata Azman Shapawi, kawasan mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding bagi mana-mana jawatan termasuk presiden kerana ia tidak bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurut beliau, alasan untuk menukar presiden kerana gagal menarik sokongan golongan muda dalam menghadapi pilihan raya umum adalah tidak tepat.

“Pandangan (kurang sokongan orang muda) itu tidak tepat. Itu (isu) tidak berlaku kerana tidak ada satu kajian dibuat golongan muda tidak sokong PAS kerana presiden parti.
“Hari ini orang muda telah beri sokongan kepada PAS, jadi untuk tukar presiden PAS bukan isunya, walaupun itu (cadangan) tidak bercanggah dengan perlembagaan PAS,” katanya.

Pada mesyuarat itu, Kawasan PAS Bukit Bintang turut mencalonkan bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu bagi jawatan timbalan presiden.

Bagi tiga jawatan naib presiden pula, kawasan tersebut sebulat suara mencalonkan untuk mengekalkan penyandangnya, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar selain mencalonkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi jawatan itu.

Pada 2009, PAS Bukit Bintang pernah mencalonkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden, bagaimanapun Mursyidul Am PAS itu menolak pencalonan tersebut.- Malaysia Insider

Filed under: News, , , , ,

Five things we learned in Sarawak

There are five things to be learned from today’s Sarawak election.

The Najib factor
Even Pakatan Rakyat (PR) campaigners concede this fact grudgingly: till Datuk Seri Najib Razak camped in Sarawak, the Barisan Nasional (BN) machinery was rudderless and dispirited.

He cajoled, persuaded, pressed flesh and turned on the pipe of incentives and gifts when it appeared that the BN team was going to collapse under the incessant attacks on Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

PR basically got a taste of what it means to come up against a prime minister who will do pretty much anything to win an election. It is going to be pretty much the same at the next general election. Umno and BN will ride on the Najib brand.

There is no one else in Umno or BN with the pull of the prime minister. Definitely not Tan Sri Muhyiddin Yassin. Or Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Or Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Or Datuk G. Palanivel. Even Tun Dr Mahathir Mohamad can’t work the ground effectively.

The main question in Kuala Lumpur at the onset of campaign was this: why is Najib spending so much time in Sarawak? The answer: without him, BN is just like a piece of driftwood.

It only takes a spark
Remember the Opposition. Yes, the motley group of individuals who sometimes remember that they are PR. The same people who were imploding over the lottery issue, distracted by the video scandal and constantly painted as failures by the mainstream media.
They are alive and kicking. The lesson here is that given the fluid state of politics in Malaysia post-2008, it only takes one issue to get the Opposition going. In this case, PR had a bogeyman in Taib Mahmud and the Alkitab issue.

PAS, PKR and DAP also came together in the wake of the sordid videotape, widely perceived by the public to have been engineered by Umno or its supporters.

So despite having a leader facing all sorts of problems, PR did well. BN and its agents would do well to understand that many Malaysians are not as skittish about voting Opposition.

Taib Mahmud
At one point in the campaign, it appeared that Najib and gang were more upset with Taib Mahmud than with the Opposition. He seemed more interested in his young wife and refused to accept an early exit from politics.

BN leaders wanted him to go six months after polls but he placed himself on a three-year term. To be sure, the man is damaged goods. But with a two-thirds majority in the bag and Sarawak still under his control, he is likely to resist any move towards an early retirement.
And his resistance is going to complicate Najib’s desire to have polls this year. Some Umno/BN leaders believe that Najib should use the heavy stick approach to force Taib out of office. This includes looking into allegations of excessive wealth. The problem with that approach is that Taib has been around for 30 years and has enough leverage on most people, including Federal leaders.

Chinese still with Opposition
Malaysia is a land divided, these days. BN have got the Malay vote and the Indian vote but the Chinese in East and West Malaysia are firmly with the Opposition.

Is this because they want checks and balances against the arrogance of Umno? Is this because they are tired of Chinese-based BN parties being second-class citizens? Is it because the community is weary of playing second fiddle?

The power of incumbency
Conservative estimates suggest that the BN spent more than RM500 million on these hotly contested elections. Last night, the going rate in Miri was RM1,000 per identity card and apparently RM7,000 in Ba’Kelalan.

In addition to cold cash, the BN election machinery was supported by the impressive government machinery, from Kemas officials watching over longhouses to education officials working the ground.

Even the government-linked companies were out in full force in Sarawak, doling out gifts and opening bank branches, etc.

The point is that when PR go to battle, they are up against Umno, MCA, SUPP, PBB, Maybank, Utusan Malaysia, New Straits Times, PDRM, EC, Pos Malaysia, AirAsia, etc.
This is the power of incumbency which Anwar and others are up against

Filed under: News, , , , , , , , , , ,

Analisis Pilihanraya Sarawak : Faktor kekalahan PAS

Secara umumnya PAS, PKR mahupun DAP gagal menarik sokongan pengundi Islam (melayu/melanau) kali ini. Tiada satu kerusi pun dimenangi oleh PR termasuklah kerusi “panas” disasarkan menang. Begitu juga dengan kerusi bandar seperti Satok, Tupong dan Semariang sokongan yang diperolehi juga rendah walhal kadar capaian media baru lebih baik jika dibandingkan dengan kawasan luar bandar.

Harus diakui, ada beberapa kejayaan yang diraih misalnya PAS berjaya menaikkan undi popularnya. Di Tanjong Daru jika sebelum ini PKR hanya mendapat undi sekitar 400 dan hilang wang deposit, namun calon PAS Nani Sahari berjaya melepasi undi 1,000 dan tidak hilang wang deposit.

Secara umumnya PAS berada dalam keadaan sukar apabila PKR mengumumkan Baru Bian Ketua Menteri. Sewajarnya status quo ini jangan diusik – moderator

Persoalan utama yang ditimbulkan berhubung peluang PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak sebelum ini adalah berkaitan dengan pemahaman parti itu ke atas kehendak masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Namun, beberapa kelemahan lain dapat diperhatikan dalam kempennya sehingga PAS tewas di kesemua lima kerusi yang dipertandingkannya hari ini.

Kelemahan jentera
Jentera kempen yang rata-rata diketuai daripada PAS di negeri-negeri semenanjung gagal memahami pengundi setempat. Di kawasan luar bandar, sambutan baik daripada pengundi yang ditemui disalahtanggap sebagai menyokong parti Islam itu. Sedangkan masyarakat bersikap sama kepada setiap parti

Kempen lambat
Kempen lambat dimulakan, termasuk pemilihan calon yang dijalankan di saat-saat akhir. Difahamkan keputusan memilih calon harapan utamanya Abang Ahmad Kerdee Ahmad Abang Masagus sendiri dibuat pada malam terakhir sebelum penamaan calon pada keesokan harinya.

Sementara itu walaupun parti Islam itu telah bertapak sejak hampir sepuluh tahun, ia asalnya lebih mirip kepada gerakan dakwah dan bukannya politik.

Terlalu yakin
Pada hari penamaan calon, melihat sambutan pada Ahmad Kerdee yang seolah-olah bintang filem, PAS dilihat agak memandang rendah pada kemampuan BN. Mungkin juga disebabkan laporan akhbar dan cakap-cakap berlakunya pergolakan dalaman BN antara penyokong penyandang ADUN Bolhassan menyebabkan PAS mengambil mudah lawannya.

BN terlalu kuat buat PAS
Tiga kawasan baru yang ditandingi PAS kali ini merupakan kubu kuat BN yang memenangi kawasan itu dengan majoriti antara 2,000 hingga lebih 4,000 undi. Angka itu dilihat amat sukar dikejar, tambahan lagi melawan BN yang memerintah dengan majoriti besar dalam DUN sejak tahun 1963 lagi apabila negeri itu merdeka bersama Malaysia.

Cubaan PAS di Beting Maro dan Sadong Jaya sebelum ini juga tidak berjaya dan hanya meraih tidak sampai 900 undi.

Kesetiaan Melayu
Sejak awal lagi, masyarakat Melayu di Sarawak dilihat amat setia pada BN dan kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud.

Dalam masa yang sama, calon ketua menteri Pakatan Baru Bian – seorang Dayak – dilihat menakutkan masyarakat Melayu

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Analisis Menjelang Hari Mengundi DUN Sarawak, !6 April, 2011

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Saya mengikuti Pilihanraya DUN Sarawak ini sejak tahun 1980’an lagi. Selepas pilihanraya Sarawak pada tahun 1987 ekoran peristiwa Ming Court, pilihanraya kali ini begitu  mencabar bagi BN Sarawak. Sama ada tsunami Sibu pada tahun 2010 lepas akan merebak ke suruh Sarawak atau tidak, kita sama-sama tunggu keputusannya pada malam ini.

Laporan Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) – Prediction Period 3 yang dikeluarkan hari ini mendapati Pakatan akan menang 28 kerusi, BN 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala Bebas tiga kerusi.

Menurut laporan itu, PAS akan menang di tiga kerusi iaitu Beting Maro, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dua lagi kerusi PAS iaitu Sebuyau dan Sadong Jaya didahului sedikit oleh calon BN.

Laporan itu juga mendapati, calon Bebas, Datuk Salleh Jafarudin mendahului Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Balingian dengan majoriti yang kecil.

PAS bertanding di lima kerusi Dun bagi membawa mesej Islam kepada masyarakat. Rakyat Sarawak hendaklah menggunakan peluang terbaik esok. Pada pilihan raya negeri kali ini PAS bertanding sebagai mewakili Pakatan Rakyat di Dun Beting Maro, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Tanjung Datu.
   
Namun, kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies pula memberikan kemenangan kepada Pakatan dalam PRN kali ini apabila kajian mereka menunjukkan sokongan kepada PR sudah 40 peratus berbanding BN 39 peratus, Snap 17 peratus dan Bebas empat peratus.

Pakatan bersama parti pembangkang yang lain akan berjaya menyekat kuasa dua pertiga BN dalam DUN Sarawak. Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN (Gambar: Anwar dengan wajah ceria selepas sidang medianya)

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang juga Pengarah PRN Sarawak berkata, PAS bertanding untuk menang disemua lima kerusi yang ditandingi.

Sambil meraikan pandangan yang mengatakan PAS mungkin akan menang di tiga dari lima kerusi yang ditandingi, beliau berkata “Kita tanding lima kita nak menang lima”.

(Gambar: Nasharudin  bersama PJ PAS Sarawak, Adam Ahid)

Setelah meninjau ke lima-lima DUN yang ditandingi oleh PAS, saya mendapati PAS hampir pasti memenangi DUN Beting Maro jika tidak ada perkara-perkara diluar dugaan berlaku pada hari mengundi. Sementara itu PAS juga berpeluang besar untuk memenangi DUN Sebuyau dan Sadong Jaya. Begitu juga dua lagi DUN yang ditanding oleh dua lagi calon Muslimat juga tidak mustahil menjadi ‘giant killer’ keatas dua calon heavy weight PBB, iaitu Datuk Seri Ali Mahmud, adik Ketua Menteri di Muara Tuang dan Datuk Seri Adnan Satem, Penasihat Khas kepada Ketua Menteri di Tanjung Datu.

Filed under: News, , , , , , , ,

PILIHANRAYA SARAWAK : Wawancara bersama Tok Guru Nik Aziz

SEDUTAN WAWANCARA EKSLUSIF Shuhaimi Al-Maniri, BERSAMA TOK GURU NIK AZIZ, MURSYIDUL AM PAS DAN MENTERI BESAR KELANTANDI KUCHING SARAWAK 11, April, 2011

Wawancara Ekslusif Shuhaimi Al-Maniri Bersama Tok Guru Nik Aziz (Video)Soalan: Seorang Menteri Persekutuan menuduh, ‘Pas ini ibarat ulama ikan’ yang boleh menghalalkan hukum ikut keadaan. Apa komen tok guru?
TGNA: Dunia ini bukan kepunyaan kita, (ianya) kepunyaan Allah. Hukum adalah milik Allah. Semua orang mesti patuh kepada hukum dan kekuasaan Allah (SWT), pencipta dan pemilik alam ini. Ianya bukan milik manusia. Sejak bila PAS ubah hukum? Contoh, PAS tak pernah ubah hukum daripada muslimat tak boleh bertanding kepada boleh pilihanraya?. Saya nak tanya, bila PAS sebut bahawa muslimat tak boleh bertanding (pilihanraya?). Tak apernah berlaku, tak boleh bertanding waktu pilihanraya, tak boleh mengundi … Umno ni mengarut, bohong. Bila mereka (UMNO) susah, mereka mengarut. Saya ulang sekali lagi, PAS tak pernah kata muslimat tak boleh bertanding, muslimat tak boleh mengundi. Dia (UMNO) yang mengada-ngadakan. Apa yang berlaku (di Malaysia ini), Khadijah Sidek menjadi calon kita (PAS) pada tahun 50’an lagi.

Soalan : Ada satu NGO Melayu (singkatannya, JMM) minta Tok Guru letak jawatan sebagai Mursyidul AM PAS kerana menyokong pelaku video sex (maksudnya video sex anwar) yang heboh sekarang ni. Ini mungkin boleh jejaskan imej parti (PAS).

TGNA: Jejas macam mana? Kenapa perlu letak jawatan? Jawatan ni amanah yang diberikan oleh ahli parti. Saya tak akan letak jawatan, jawatan ini saya di lantik, selagi orang tak tarik balik, saya nak letak macam mana.

Saya bela kebenaran, bila bukti yang membabitkan Anwar tak ada, kita kena membela anwar. Saya akan membela tak kira sesiapa pun. Ada 2 perkara, Anwar disebut liwat sejak sepuluh tahun dulu, tak selesai, dah tak ada bukti, mana boleh bawa kes ? Pertama, liwat ni orang buat dalam kelambu, nyamuk (pun) tak boleh masuk! Tiba-tiba bagaimana tuduh seorang manusia meliwat sedangkan kamu tak tengok. Kamu tuduh orang buat benda dalam kelambu, tentu mu (kamu) tak ada, kalau mu (kamu) ada, tentu mu (kamu) kongsi sama. Kedua, Kenapa kes Anwar diperlagakan sejak dari zaman Dr Mahathir lagi? Tak habis-habis sampai sekararg, sebab tak ada bukti. Saja dicari, buat-buat bukti ada, padahal tak ada. Dalam video ni saya dengar sendiri ceramah daripada ahli parlimen sungai petani dia kata, Kenapa tak tunjuk muka Anwar. Kalau video yang dia buat untuk menuduh anwar, tentu fokus camera itu mesti kat atas muka Anwar. Kenapa tak buat? Nak fokus macam mana, tidak Anwar. Bila itu bukan orangnya, nak fokus macam mana? Dulu liwat, sekarang zina, yang mana sebenarnya? Orang yang tuduh zina, akan kena qazaf. Tak kena qazaf di dunia, akan dikenakan hukum qazaf di akhirat kelak. Saya boleh kata, tidak Anwar.

Soalan : Bila dalam kempen dan ceramah BN, mereka (UMNO) bertanya kenapa pembangkang jadikan isu Pehin Sri Taib Mahmud jadi Ketua Menteri 30 tahun? Kata mereka, PAS pun sama juga ,tengok di Kelantan Tok Guru (Nik Aziz) jadi Menteri Besar, pun dah 20 tahun, tak berhenti juga. Apa komen tok guru?

TGNA: Haaa, itu soalan yang bagus. Bagi saya, pegang jawatan lama itu bukan masalah . Tidak ada kesalahan. Yang menjadi masalahnya ialah, sambil menyelam sambil makan. Bukan sambil minum. Pepatah melayu ada sebut, minum sambil menyelam. Orang ini bukan minum dia makan sambil menyelam.

Longgok harta menjadi masalah. Tengok Presiden Mesir yang kena guling. Disebut dia longgok harta,Presiden Tunisia yang kena guling, disebut longgok harta. Longggok harta, yang salahnya. Baik di Mesir, baik di Tunisia, baik Ghadafi (di Sudan), baik Salleh (di Yaman), disebut-sebut bahawa mereka ini melonggok harta.

Lama pegang jawatan tak salah. Sebab apa kalau kita pegang jawatan lama dan ikhlas lillahi ta’ala, dan tak ada kumpul harta, rakyat sayang pada kita. Macam kita kahwin satu bini. Maknanya,kalau ikut teori ini, lepas kahwin cerai, lepas kahwin cerai, baru betul. Tapi macam kita kahwin laki bini tak pernah cerai sampai mati, ini orang yang baik.

Pegang (jawatan) lama tak pa (apa), bahkan rakyat makin sayang kalau kita betul-betul. Tapi pegang jawatan yang longgok harta menjadi masalah. Nabi Muhammad SAW, 23 tahun pegang jawatan. Waktu dia mati tu, dia lekat hutang kat kedai runcit. Dia tak longgok harta .

Soalan: Akhirnya, apa pesanan dan rayuan tok guru kepada rakyat Sarawak yang akan mengundi pada 16hb April ini?

TGNA : Seperti saya sebut dalam ceramah DAP (di Batu Kawa) malam tadi, dalam pilihanraya ni, undi calon pakatan. Ada calon DAP, undi DAP. Ada calon PAS, undi PAS Ada calon PKR, undi PKR. Itu sahaja (peluang untuk bawa perubahan) di Sarawak ni.

Filed under: News, , , , , , , ,

Analisa Pilihanraya : Apakah musim bunga melanda Sarawak?

Oleh : Bridget Welsh    

Semasa angin perubahan menggoncang Timur Tengah daripada Tunisia ke Yemen, ramai yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku di Malaysia. Kerajaan BN yang mempunyai rekod pentadbiran yang baik, dengan semua ketidakseimbangan dalam lapangan pertarungan, telah mengadakan satu pilihanraya yang kompetitif.

Namun, dengan berlangsungnya kempen di Sarawak, ia semakin jelas bahawa perubahan sedang berlaku. Pentadbiran 30 tahun Abdul Taib Mahmud yang sama panjang dengan kekuasaan regim Hosni Mubarak sudah memberi inspirasi yang tidak pernah dilihat di bumi kenyalang.

Dengan rekod jumlah pengunjung ke ceramah di seluruh pelusok negeri, pintu perubahan sudahpun terbuka, dengan Perdana Menteri Najib Razak menyuruh semua anggota kabinet turun berkempen di Sarawak yang sudah menjadi satu ujian kertas litmus negara yang penting.

Pilihanraya ke 10 Sarawak bakal menjadi medan ujian yang sebenar selepas Mac 2008 samada Malaysia bakal menyaksikan satu lagi musim bunga atau membantutkan angin perubahan.

Hilang kepercayaan terhadap pimpinan Sarawak

Terdapat beberapa persamaan yang penting antara Sarawak dan Timur Tengah selain tempoh kekuasaan kepimpinan yang lama. Yang paling ketara ialah ketidakpuashatian yang semakin mendalam terhadap pimpinan negeri di mana semakin banyak rakyat Sarawak telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Dengan keputusan Taib Mahmud untuk bertanding dan tidak menawarkan satu pelan pemindahan kuasa yang nyata, fokus tetap terpaku kepada keperibadian dan kekayaan keluarganya. Usaha untuk menyekat laman Sarawak Report sudahpun terlalu lewat.

Dengan ramai yang masih tetap setia kepada Taib, terutamanya dari golongan Melayu/Melanau dan pada tahap yang lebih rendah di antara beberapa komuniti Iban, isu rasuah dan nepotisme telah menjadi fokus utama sehingga menjadikan ianya pusat berbanding dengan keadaan di pilihanraya negeri 2006.

Isu-isu ini telah dibincangkan di rumah panjang dan kedai kopi secara terang-terangan, dengan rujukan kepada contoh-contoh konkrit yang membolehkan isu-isu tersebut menyerap luas ke dalam masyarakat. Terdapat pengundi yang merasakan dirinya dikhianati dan ditipu sehingga ada pemimpin negara dan BN yang hilang kredibiliti mereka.

Apa yang berbeza ialah perbualan kedai kopi daripada pilihanraya yang lepas ialah skop perbincangan dan peningkatan mendadak terhadap kepercayaan mengenai “excesses” (kelampauan salah tadbir negeri), ialah persis kelampauan.

Keadaan ekonomi yang tidak baik

Masa pilihanraya negeri kali ini tidak memihak kepada BN, dan memberikan lagi kesan terhadap faktor kelampauan. Inflasi tetap pada kadar yang tinggi (lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia), dan kesan pertumbuhan di bawah pentadbiran Najib, contohnya Model Ekonomi Baru (NEM), tidak dirasai pada kadar yang sama.

Pembangunan di Sarawak sudah terbantut untuk beberapa tahun yang lepas, di mana pertumbuhan telah mundur dan pendapatan tidak naik-naik. Manfaat ekonomi negeri dilihat tertumpu pada tangan golongan elit Taib. Ekonomi Sarawak – selain daripada pelancongan dan pembangunan pelabuhan berkaitan dengan gas asli, secara umumnya kurang dinamik.

Bahkan harga komoditi yang lebih tinggi untuk barang-barang seperti minyak kelapa sawit tidak menetes ke bawah dalam cara yang sama seperti Semenanjung Malaysia, kerana ini didominasi oleh syarikat yang menguruskan ladang (banyak di tangan elit politik dan orang dari Semenanjung Malaysia) daripada petani kecil.

Sektor runcit pula tersepit oleh pengurangan pembelanjaan, disebabkan kesinambungan upah rendah, yang tetap berada di tahap rendah mengejutkan dalam sektor perkhidmatan dan pertanian khususnya, dengan pekerja mendapat kurang dari RM500 satu bulan di pasaran pelanggan yang boleh dikatakan sekurang-kurangnya 30 peratus lebih mahal daripada Semenanjung Malaysia.

Isu sekuriti makanan juga telah muncul sebagai masalah, dengan perubahan dalam pengeluaran pertanian dan inflasi, mengurangkan kualiti makanan, terutama di kawasan luar bandar.

Tahap kemiskinan melampau walaupun mungkin telah turun dari tahun 1980, namun pada saat ini kadar kemiskinan relatif tetap tinggi, dengan rekod kedua tertinggi di negara. Jurang antara kaya dan miskin di Sarawak telah meningkat dan bertambah lebih luas – meskipun seseorang  percaya hanya beberapa laporan kekayaan elit ahli politik negeri itu – daripada Semenanjung Malaysia.

Kesulitan ekonomi dan perbezaan jauh lebih menonjol dalam pemilihan ini dan ini juga sedang dibicarakan secara terbuka.

Hilangnya rasa takut

Perbincangan terbuka ini telah mula mengubah satu lagi elemen penting yang telah menjadi sebahagian integrasi dari politik Sarawak iaitu rasa ketakutan.

Walaupun ada kebimbangan yang cukup bahawa proses pungutan suara tidak rahsia (yang difahami dalam masyarakat penduduknya lebih sedikit), ada juga kesediaan yang lebih tinggi untuk keluar dan berkumpul, dan, seperti yang berlaku di jalanan di Kaherah, dinamik ini sedang mendapat momentum.

Banyak pemilih, yang berdiam diri dalam menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak pembangkang, yang mendapat keberanian untuk menghadapi kesan sampingan dan menghadiri perhimpunan. Mereka memberikan sokongan kewangan di beberapa bandar yang menyamai sumbangan tahun pilihan raya Mac 2008.

Sementara BN yang menunjuk ke arah ketidakstabilan – mengingatkan pada pilihanraya 2001 selepas 11 September – ini tidak mempunyai kesan sama sekali, kerana pemilih di Sarawak seperti di Mesir, lebih bersifat engkar.

Kempen Internet lebih dinamik

Ini kerana sebahagian daripada alasannya berkaitan dengan sumber-sumber maklumat baru, iaitu akses pada sumber maklumat alternatif. Blog, website seperti Malaysiakini, YouTube dan banyak lagi telah menjadi sebahagian integral daripada kempen pilihanraya. Ini tidak berlaku dahulu, bahkan pada Mac 2008.

Kempen siber sangat panas, bahkan mungkin lebih panas daripada rally ceramah. Adalah penting untuk menghargai bahawa penetrasi internet di Sarawak jauh lebih terhad daripada Semenanjung Malaysia, di mana ia hanya tertumpu di bandar-bandar besar. Maklumat walaupun secara tapisan tersebar ke daerah semi-luar bandar dan luar bandar, akan tetapi secara perlahan-lahan dan tanpa impak yang besar sehingga sampai saat ini.

Ironisnya, ini adalah situasi di Timur Tengah juga, kerana perkongisan maklumat hanya tertumpu di kawasan bandar. Golongan kelas menengah dan profesional itu merupakan saluran yang amat penting dan pemimpin perbincangan, dan dinamik ini tampaknya akan bermain di Sarawak juga.

Peranan diaspora yang kritikal

Kesamaan terkini sebagai faktor penentuan melibatkan peranan penting dari diaspora (penduduk Sarawak di luar kawasan) Sarawak. Ada sekurang-kurangnya 300,000 pengundi Sarawak berada di luar negeri. Majoriti yang keluar kerana kurangnya peluang pekerjaan dan mereka tertumpu di Singapura dan Kuala Lumpur.

Mereka telah mengikuti pilihanraya kali ini dari jauh, memberikan sokongan dan kepulangan mereka untuk memilih akan menjadi faktor penting dalam membentuk keputusan di kawasan-kawasan yang sengit. Berapa ramaikah mereka yang akan kembali bakal menjadi penentuan dalam keputusan akhir.

Masalah yang sama juga bermain di dalam negeri, di mana pemilih muda di Kuching, Miri dan Bintulu akan membentuk kempen masyarakat luar bandar (apabila mereka pulang).

Pertandingan yang amat sengit

Walaupun perkara-perkara di atas menunjukkan gelombang ke arah perubahan, terdapat beberapa lagi cabaran penting yang membuatkan pilihanraya kali ini sebuah pertandingan yang paling kompetitif dalam sejarah Sarawak. Kemenangan pembangkang pada tahun 2006 dimenangi dengan margin yang sangat kecil, dan jumlah kecil keseluruhan pemilih di konstituensi membuatkan banyak pertandingan menjadi sengit.

Tiada satu pun dari kerusi pembangkang yang “selamat”, dengan sengitnya pertandingan kali ini, lebih banyak kerusi menjadi pertandingan terbuka. Hampir separuh daripada 71 kerusi di dalam ruang, dengan jumlah pemilih atas pagar yang sangat tinggi, terutama di daerah Iban dan di kerusi semi-luar bandar. Keputusan di semua kerusi akan ditentukan pada saat terakhir, termasuk setiap kerusi pembangkang.

Jentera dan kewangan BN

BN akan terus bergantung kepada kelebihan tradisinya iaitu sumber kewangan. Jentera BN – termasuk penggunaan jabatan kerajaan – bergerak dengan baik dan BN mempunyai akses kepada kawasan luar bandar, yang membolehkannya mendapat sebuah kawasan selamat – beberapa kawasan yang “pasti” menang.

Wang tersebut telahpun mengalir keluar, dengan rumah-rumah menerima RM1,000, individu RM200 dan individu yang berpengaruh sebanyak RM5,000. Sebelum ini mereka ini hanya dibayar sebanyak RM20. Apa yang akan menarik untuk dilihat adalah, jika benar wang terus menjadi kuasa penentuan, yang telah terjadi dalam pilihan raya sebelum ini, adalah berapa banyak lagi wang yang perlu disalurkan.

Penyaluran kewangan awal telah dibuat untuk menjadikan ini satu pilihanraya yang mahal. Meningkatnya penggunaan insentif kewangan untuk mendapatkan sokongan memberikan gambaran terhadap cabaran yang sedang dihadapi BN di dalam usaha memperkukuhkan dan dalam beberapa kes untuk mendapatkan kembali kesahihannya. Laungan janji pembangunan di Sarawak nampaknya tidak mempunyai kesan yang sama.

Pada peringkat ini, adalah amat sukar bagi BN untuk mengadakan pilihanraya umum.

Pertalian peribadi dan pertikaian parti

Penerusan budaya ‘perlindungan’ membezakan musim bunga yang mungkin melanda Malaysia daripada perubahan di Timur Tengah. Di Sarawak, dengan penduduk yang lebih kecil, terutama di kawasan luar bandar, ikatan mereka lebih bersifat peribadi. Ada banyak dalam masyarakat luar bandar yang mempunyai rasa kesetiaan yang kuat kepada Ketua Menteri Taib, kerana hidup dan mata pencarian mereka terikat pada pemerintahannya.

Tidak seperti pertalian akar umbi Umno di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia yang sudah musnah, hubungan peribadi adalah lebih kuat di Sarawak, dan menghasilkan kesetiaan.

Melintasi jambatan ke tempat yang tidak diketahui – terutamanya dengan ketidakpastian di dalam kepimpinan di segelintir golongan pembangkang – bukanlah langkah yang sanggup harungi oleh banyak pihak. Hal ini memberikan BN kekuatan, meskipun telahpun tercemar.

Salah satu alasan mengapa SUPP sedang menghadapi cabaran untuk mempertahankan nyawa ikannya ialah kerana parti itu telah kehilangan sentuhan peribadi di kawasan bandar. Hal ini tidak menghairankan apabila logo kempen mereka cuba untuk menggunakan daya tarikan ini, walaupun dengan kesan yang terhad sampai saat ini.

Satu lagi elemen hubungan peribadi dalam kempen Sarawak adalah hubungan peribadi calon dengan masyarakat. Calon diketahui, daripada yang bebas kepada menteri-menteri BN. Mereka sangat bergantung kepada sokongan keluarga besar dan persahabatan peribadi. Dalam komuniti kecil, isu-isu ini memainkan peranan yang penting.

Semakin banyak pertikaian dalam sesebuah kerusi tertentu, dengan calon bebas yang mempunyai pangkalan mereka sendiri dan ketidakpuasan hati untuk bertarung, ia akan meningkatkan ketidaktentuan dalam perlumbaan-perlumbaan yang sudahpun sengit. Pertikaian telah menyebabkan PKR, Snap dan PBB bertembung dalam pertandingan tiga penjuru dimana calon bebas turut bertarung. Secara keseluruhan, ini membantu BN dalam tahap yang lebih besar daripada pembangkang.

Politik etnik yang mengerikan

Apa yang membezakan kempen dari yang sebelumnya di luar mobilisasi besar pengundi adalah dari sudut etnik dalam kempen kali ini. Secara tradisinya, dinamik etnik di Sarawak hanya dimainkan di peringkat elit, dengan pertikaian kepimpinan yang jarang diperluaskan ke dalam masyarakat. Sementara itu, walaupun nasionalisme Iban juga penting, ia mempunyai kesan yang kecil pada pilihanraya negeri kali ini.

Sekarang semuanya telah berubah. Pertama, politik perkauman sedang digunakan dalam/daerah Melayu Melanau, dengan alasan bahawa sokongan mereka sangat penting untuk menentukan kedudukan komuniti tersebut dalam kepimpinan Sarawak.

Dengan foto Baru Bian daripada PKR yang diedarkan dan mesej yang halus dihantar dalam kempen, isu ‘Ketuanan Melayu’ akan mempunyai kesan.

Hujah halus yang disebut-sebut seperti orang Cina tidak setia kerana menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan beberapa pemilih, yang melihat politik etnik Semenanjung Malaysia telah dibawa ke Sarawak sebagai tidak bersesuaian. Hal ini terjadi pada masa yang sama orang Kristian – Iban, Cina, Dayak dan beberapa orang Melanau – berada dalam keadaan sangat marah atas pengendalian Alkitab dan isu-isu ‘Allah’.

Agama telah lebih terjalin dengan etnik dan dalam negeri ini, yang majoritinya Kristian, soalan kebebasan beragama telah menimbulkan riak politik, seperti yang berlaku pada bulan Mac 2008 di Semenanjung Malaysia.

Lebih merumitkan dinamik etnik adalah masalah tanah, yang telah terikat pada marginalisasi yang sedang dirasai masyarakat Iban dan Dayak, dengan mengorbankan masyarakat lain dan pihak luar.

Kurangnya kemajuan dalam masalah-masalah tanah adat mempunyai kesan dalam komuniti tertentu dan masalah ini sahaja memiliki arti-penting di lebih daripada 15 kerusi – dari Ba’Kelalan ke Belaga.

Menjadikan pertandingan seadil mungkin

Yang menarik untuk diamati dalam pertandingan ini adalah apakah pilihan raya akan terus dijalankan dalam keadaan terhormat dan adil. Orang Sarawak secara tradisinya akan mengelak konfrontasi dan polarisasi politik. Sementara wang telah diterima sebagai satu norma, masalah lain seperti proses pemilihan juga telah muncul.

Pemilih inginkan, dan patut diberi, satu pertandingan yang adil. Mereka ingin suara mereka diambil kira. Ura-ura bahawa telah ada pemindahan pemilih antara kawasan mengundi, masalah dengan senarai pemilih, cabaran undi pos, kad pengenalan yang didakwa telah diserahkan untuk pembayaran bagi seseorang untuk mengundi individu tertentu, pembatalan permit polis, tekanan pada pemilik kedai untuk membolehkan perbincangan politik telah meningkatkan kebimbangan mengenai integriti dan pendapat.

Apapun yang terjadi ketika keputusan akhir datang, adalah penting bahawa proses pilihanraya ini kredibel. Ramai rakyat Sarawak berharap bahawa seruan BN untuk berkelakuan baik dalam kempen di Sarawak akan dipanjangkan ke proses pungutan undi juga.

Peranan berkecuali dan profesionalisme di antara pegawai negeri di Malaysia dalam pilihan raya Sarawak, adalah sama pentingnya dengan tindakan kerajaan di Timur Tengah.

Ujian kepimpinan Najib

Pada hari-hari terakhir kempen, PM Najib telah membuat langkah berani untuk melibatkan dirinya dalam pilihanraya kali ini. Kehadirannya di bumi Sarawak lebih daripada perdana menteri yang lain kerana ini adalah pertarungan kalah-mati untuk mendapatkan mandat beliau nanti.

Adalah penting untuk melihat apakah beliau mampu mengalihkan kecemasan terhadap kerajaan negeri dan menyalurkan undi terhadap BN.

Pola bersejarah ini sememangnya menjadi salah satu kekuatan Taib daripada pemimpin BN yang lain. Namun segalanya bertukar tempat di pertandingan kali ini. Satu perbandingan selari boleh dibuat ke Tunisia dan Mesir apabila para pemimpin lain datang untuk mengelakkan pembangkang diarahkan dari arah atas.

Target dan kemungkinan

Cabaran di kedua-dua belah pihak sangat besar kerana pertandingan kali ini mempunyai kepentingan yang lebih besar sebagaimana yang disaksikan dalam kempen yang telah berlangsung. BN, Taib dan SUPP sedang menghadapi referendum penentuan yang akan mempengaruhi masa depan mereka, dan mereka harus memegang majoriti dua pertiga dan sekurang-kurangnya kerusi masing-masing.

Bagi pembangkang, apa jua kemenangan yang melebihi 15 kerusi berbanding tahun 1987 adalah prestasi yang besar. Menghalang BN daripada dua pertiga majoriti walaupun tidak mustahil, namun perjuangan ini amatlah sukar bagi semua pihak, dan keunggulan tetap berada di pihak BN walaupun ramainya yang menyerbu ceramah pembangkang.

Setiap undi adalah penting. Musim bunga masih belum tiba ke Sarawak, tapi dengan perubahan yang berlaku di bumi kenyalang, ia masih berada dalam keadaan serba mungkin.
————————————
Bridget Welsh adalah profesor sains politik di sebuah universiti di Singapura. Tulisan asal berbahasa Inggeris disiarkan dalam laman web Malaysiakini. Terjemahan dibuat oleh Li Fook Gao (harakah)

Filed under: News, , , , , , , ,

Blog Stats

  • 237,098 hits

ePaper

RSS Portal Parti Islam SeMalaysia (PAS)

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Blog Ayah Chik

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories